≡ Menu

Senarai Pakej Kenaikan Yuran Taska Naik : Bayi dan Kanak-kanak

Senarai Pakej Kenaikan Yuran Taska Naik : Bayi (RM550), Kanak-kanak (RM350 – RM450). Taska Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor? Semakan bantuan kanak kanak rm1000 sebulan dan keluarga dibuka sekarang

Dahulu taska di seluruh Malaysia tidak mendapat sambutan Tetapi tidak untuk hari ini, ia sudah jadi satu keperluan dan kemestian dikalangan ibubapa yang bekerjaya bagi menampung kos sara hidup setiap bulan di samping tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka.

yuran taska

Nah…disebalik masalah itu, hari ini pusat taska di Malaysia sudah tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutamanya di bandar-bandar besar sperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Ada yang haram, ada yang halal. Ada yang berdaftar. Ada juga yang tidak berdaftar. Ada yang cekik darah & melampau-melampau. Ada caj dan harga yuran taska yang dieknakan masih lagi berpatutan. Macam-macam pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan pusat taska di Malaysia hari ini.

Satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi adalah, kenaikan caj dan yuran pusat taska di Malaysia naik tidak boleh disangkal lagi. Apatah lagi, menjelang bahang dan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang menjelang tahun 2015.

Satu demi satu kenaikan yuran taska naik di Malaysia naik diumumkan kepada ibubapa. Terbaru, kenaikan yuran taska di Negeri Sembilan naik diumumkan seperti di bawah ini :

Senarai Kenaikan Yuran Taska Naik

  1. Yuran pendaftaran taska : RM100 yang dibayar oleh anda sekali seumur hidup
  2. Caj secara bulanan bagi seorang bayi yang berumur antara 2 bulan hingga 12 bulan: RM550
  3. Caj secara bulanan bagi seorang kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 2 tahun : RM450
  4. Caj secara bulanan bagi seorang kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 4 tahun : RM350

Tidak cukup lagi dengan itu, pengusaha taska boelh mengenakan caj dan yuran tambahan berdasarkan kehendak dan keperluan pihak pengurusan.

kenaikan yuran taska

Punca kenaikan yuran taska naik di Negeri Sembilan disebabkan 2 faktor :

  • kenaikan kos operasi taska yang terus meningkat saban tahun
  • dan juga kenaikan gaji minima naik di Malaysia

Itu baru harga kenaikan yuran naik di Negeri Sembilan? Bagaimana pula ditempat anda, mohon kongsikan bersama di sini? Di bandar-bandar besar? Yuran taska di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang? Adakah caj baru seperti di aats ini bakal menjadi paras harga biasa pada masa akan datang?

P/S : Adakah dengan permulaan pengumuman kenaikan yuran taska seperti ini bakal akan ada lambakan pusat asuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas sini? Mungkin?

PP/S : Kenaikan yuran taska naik mestilah selari dengan tahap servis dan kualiti taska yang diberikan. Diharapkan kes kecuaian taska seperti laporan berita di bawah ini, berkurangan…