Berita WSJ Najib : Daripada Fitnah Bertukar Perakuan Derma?


Kronologi Berita WSJ Najib. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma? (BAHAGIAN II)

Sebelum ni, apabila laporan berita Wall Street Journal yang dianggap sekelompok rakyat Malaysia, adalah akhbar kafir, akhbar yahudi, akhbar yang mahu menjatuhkan kerajaan, akhbar yang mahu menjadikan negara Malaysia kacau bilau, bla…..bla…..bla….di mana WSJ mendakwa :

wsj najib

  • Ada duit masuk ke akaun bank Najib Razak, sepantas kilat terdengar kenyataan yang mengatakan laporan berita WSJ Wall Street Journal ini adalah fitnah, FITNAH…FITNAHHHHHH!!!!
  • Mana mungkin Perdana Menteri sedangkal itu untuk terima duit tersebut ke dalam akaun peribadinya dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh kita semua perhatikan…
  • Sesiapa yang buat fitnah tidak masuk syurga. Sebab fitnah adalah haram. Itu kenyataan dahulu…..
  • Sekarang?? Itu wang derma 2.6 bilion sebenarnya dan apabila sudah masuk dalam akaun peribadi tiada siapa berhak untuk persoal
    sebab derma adalah halal. Oooohh….

WSJ Najib : Laporan Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ : Respon Menteri dan Ahli Politik BN?

  • 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul
  • 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib
  • 5 Julai 2015, Zahid Hamidi :┬áNajib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara
  • 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti
  • 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan beberapa kenyataan menteri disebalik kontroversi berita WSJ Najib mengenai dakwaan wang masuk ke akaun banak Najib Razak sejumlah RM2.6 bilion seperti di bawah ini :