Wang Tidak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wang Tidak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara

Inilah dinamakan kuasa viral. Dahulu ramai yang tidak sedar dengan kewujudan satu urusan yang dikendalikan di bawah Jabatan Akauntan Negara iaitu urusan Wang Tidak Dituntut.

wang tidak dituntut

Dahulu lengang sahaja pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh negara. Tetapi itu dahulu. Sekarang tidak lagi.


Gara-gara viral di Facebook, Youtube, Twitter, Instagram, Jabatan Akauntan Negara telah dikerumuni ramai rakyat Malaysia termasuklah anda, anda semua di sini. Masakan tidak, mengetahui yang mana sebahagian duit mereka yang mereka tidak disedari dahulu mungkin ada disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Lebih-lebih dengan kos kenaikan sara hidup hari-hari, dengan ada sedikit duit tambahan yang tidak disedari mereka selama ini dapatlah menggunakan mereka dengan sebaiknya.

Yang datang setiap hari cukup ramai semata-mata mahu melakukan semakan WTD di kaunter Jabatan Akauntan Negara aka ANM. Mungkin ada, mungkin tidak ada. Mungkin banyak, mungkin sedikit sahaja yang disimpan ANM. Sehinggakan terpaksa dikawal berapa jumlah yang dibenarkan untuk berurusan di Jabatan Akauntan Negara.

Sebab Duit Anda di Wang Tidak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara.

Berita Semasa senaraikan bagaimana, punca, kenapa wang dan duit anda berada di bahagian Wang Tidak Dituntut di ANM yang boleh anda semak seperti di bawah ini :

  1. Apabila bank yang pernah anda simpan duit sebelum mengkategorikan sebagai tidak aktif (akaun bank yang tidak berlaku sebarang transaksi untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan terakhir)
  2. Jadi bank akan hantar notis kepada anda yang mana akaun bank anda telah tidak aktif lagi. Jadi anda dinasihatkan untuk mengaktifkan semuala untuk tujuan mengeluarkan duit yang berada dalam akaun bank tersebut
  3. Walaubagimanapun, jika pihak bank tidak menerima respon daripada anda selepas 3 bulan daripada tempoh notis (surat) tersebut dihantar kepada anda, bank akan hantar notis yang kedua pula sebagai peringatan.
  4. Jika akaun bank mempunyai baki lebih dari RM10, pihak bank akan menolaknya untuk tujuan pengaktifan dan dikenakan caj perkhidmatan.
    sehingga tiada lagi baki yang tinggal atau lebih 7 tahun terjadi begitu
  5. Selepas sehingga 7 tahun sebgitu rupa masih ada baki lagii, maka duit tersebut dikategorikan Wang Tidak Dituntut akan dikelaskan sebagai wang yang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut (1965), baki akan dipindahkan kepada Kerajaan. Anda boleh menuntut dan mengambil wang tidak dituntut itu dari Pendaftar Wang Tak Dituntut dengan mengemukakan borang UMA-7 dan dokumen sokongan yang diperlukan di mana-mana Pejabat Pendaftar di seluruh negara. Tiada had masa untuk anda menuntut kembali wang anda.

Maklumat hubungan Pendaftar adalah seperti berikut:

Pendaftar Wang Tidak Dipuntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti
Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel .: 03-2034 1850
Faks: 03-2072 5707 / 03-2026 7430
Laman web: www.anm.gov.my

Share.

Leave A Reply