Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion? Perdana Menteri Saman WSJ?
Jahat sungguh laporan berita Wall Street Journal, akhbar kafir yang dicopkan oleh beberapa kumpulan lantas dakwaan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri sebagai berniat jahat kerana tergamaknya fitnah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan menerima duit sejumlah 2.6 bilion ringgit Malaysia terus ke akaun peribadi Najib Razak.
Begitulah antara butiran dakwaan laporan Berita Wall Street Journal, sebuah akhbar berpengaruh di dunia yang memfokuskan kepada laporan berita perniagaan dan berita ekonomi.
Yang menarik selepas sahaja laporan berita Wall Street Journal ini mendedahkan tuduhan terbaru ke atas Najib ini, ada yang mengatakan :
- Ini adalah konpirasi jaringan media Yahudi, kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii
- Dicadangkan agar Datuk Seri Najib Razak berundur buat sementara waktu sementara siasatan sedang dijalankan ke atasnya, kata Tan Sri Rahim Tamby Chik
- Tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri tidak logik, Datuk Dr. Haron Din
- PM perlu beri penjelasan yang meyakinkan dan saman Wall Street Journal, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tetapi Wall Street Journal dilihat tidak peduli dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada laporan berita mereka dan terus tetap dan yakin pendedahan dan berita terkini melibatkan skandal terbaru apabila sejumlah duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak katanya.
Terbaru semakan Berita Semasa menunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman pun dilihat sudah “give up” dengan cara Datuk Seri Najib Razak menangani tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kata-kata Tan Sri Abu Talib Othman cukup menarik perhatian Berita Semasa apabila mengatakan :
Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion : Respon Bekas Peguam Negara?
- Bukannya susah sangat
- Katakan sahaja ada atau tidak?
- Kalau ada, ada duit masuk atau tidak? Apa susah sangat?
- Mahu bincang dengan kumpulan peguam samada mahu saman atau tidaklah
- Bla…..bla……bla…..bala…..
Harapan Berita Semasa jangan biarkan drama, hanky panky dibiarkan tergantung terlalu lama. Jikalau terlalu lama tergantung tanpa dijawab persoalan yang berbangkit, jangan salahkan rakyat Malaysia persepsi demi persepsi terus bertambah menyelubungi pemikiran mereka. Usah berdolak dalih lagi. Rakyat Malaysia terus memerhatikan apa tindakan seterusnya dari Datuk Seri Najib Razak berhadapan tuduhan yang cukup berat kali ini…..
P/S : Jangan lupa sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah medan seluruh ahli, sanak saudara, adik beradik dan kenalan lama berkumpul samada orang islam atau bukan Islam di rumah terbuka contohnya. Pastinya topik berkenaan isu semasa isu ekonomi Malaysia, kos sara hidup akan menjadi topik perbualan hangat kali ini….
PP/S : Saman jangan tidak saman. Nama Malaysia terus menghiasi akhbar-akhbar utama dunia melibatkan skandal demi skandal yang tidak berpenghujung ini. Berita Semasa hanya akan percaya apabila terbitnya berita Najib SAMAN WSJ. Tetapi, kalau ayat Najib AKAN atau NAK saman AWSJ, ini susah sikit. Tidak cukup untuk tuduhan seberat ini hanya bising-bising cakap tuduhan tidak berasas, tiada bukti, bla…bla…..bla….bala
PPP/S : Jikalau betul mereka buat tuduhan palsu tiada bukti, lagilah senang untuk menang saman. JADI SAMAN TERUS berita Wall Street Journal ini…