Caj VEP Malaysia Untuk Kereta Singapura Keluar Masuk Dari Malaysia


Caj VEP Malaysia Untuk Kereta Singapura Keluar Masuk Dari Malaysia

Kadang-kadang saya terfikir juga. Bukan niat saya untuk mendatangkan kesusahan kepada orang Singapura ye.

vep malaysia

Kalau di Johor Bahru, kereta Singapura semata sehingga berlakunya kesesakan disebabkan kehadiran dan pertambahan bilangan kereta Singapura keluar masuk dari Malaysia dari hari ke sehari.

Kalau hujung minggu lagi teruk. Bab cara memandu anda boleh lihat sendiri, bagaimana. Bukan semua,  tetapi sebilangan besar menunjukkan jaguh di jalan raya.

Caj VEP Malaysia Akan Dikenakan?

Apa yang berlaku sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura untuk tempoh yang terlalu sekejap? Mereka boleh mengenakan pelbagai cukai dan peraturan kepada kita. Sampaikan jikalau pada weekdays, kena bayar SGD 20.00 per car.

Apa salahnya kalau tak banyak pun, kita impose Vehicle Entry Permit (VEP Malaysia) kepada kereta Singapura. Tentang nilainya biar kerajaan yang tentukan. Bukannya apa, hasilnya itu sebenarnya boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan negara terutamanya untuk tujuan pembangunan dan prasarana. Yang mendapat faedah orang Malaysia dan orang Singapura yang  keluar masuk dari Malaysia mendapat tempiasnya juga.

Kalau dikenakan VEP Malaysia contohnya RM200-RM300 setahun tak jejas pun kehadiran pelancong Singapura. Di mana lagi untuk mereka keluar daripada kepompong negara Singapura tu, kalau tidaknya Malaysia. Sudah berapa la kita berikan kebebasan kepada orang-orang Singapura, jadi tiada salahnya peraturan ini iaitu VEP Malaysia diperkenalkan untuk kebaikan bersama dan manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Mungkin sudah tibanya Malaysia perkenalkan peraturan VEP Malaysia ini.

Adakah kedatangan pelancong Singapore untuk bercuti akan terjejas? Saya tidak merasakan caj VEP Malaysia yang bakal dikenakan akan membebankan mereka. Kat mana lagi boleh test drive kereta-kereta mewah mereka itu? Selain  di Malaysia. Apala sangat orang Singapore dengan caj VEP Malaysia ini, kalau ia jadi dilaksanakan nanti.

Mari kita lihat apa caj-caj yang dikenakan oleh Singapura jika orang Malaysia jejak kaki di sana. Antaranya :

  • Mengenakan yuran S$150 (RM351) sebulan terhadap setiap pekerja asing dalam erti kata lain orang Malaysia yang memegang permit kerja.
  • Setiap kenderaan Malaysia yang ingin memasuki Singapore mesti didaftarkan dan dikenakan bayaran Permit Kenderaan Masuk (VEP Singapura) S$4 (RM9.40) sehari untuk motosikal; S$20 (RM44.80) sehari untuk kereta dan van. Bayaran untuk bas dan lori saya tidak pasti.(Yang mana tahu, tolong mention di ruangan komen). Walaupun bayaran itu tinggi, ramai rakyat Malaysia memandu kereta untuk ke Singapura.
  • Memastikan setiap kereta Singapura yang ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman S$500 (RM1,170) akan dikenakan.
  • Mengenakan cukai (GST) sebanyak tujuh peratus terhadap setiap barang yang dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.
  • Mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal. Memastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman trafik pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK)
  • Mengenakan tol terhadap pengguna lebuh raya. Yang tak tahan motosikal pun termasuk sekali.
  • Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.
  • Mengenakan saman yang tinggi iaitu S$70 (RM163.80) terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan mesin IU, sebanyak S$155 (RM362.70) seunit.

Dulu Malaysia hampir-hampir mengenakan levi RM20 ke atas setiap kenderaan asing, kemudian buat palang dan semua lorong kereta/bas/lori di semua Pusat Pemeriksaan Imigresen, habis duit berjuta-juta memasang terminal tol.

Akhirnya, akur dengan permintaan/bantahan negara-negara jiran, maka projek itu terbatal selepas diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 31-8-2007. Larangan membeli minyak petrol/diesel bersubsidi di dalam lingkungan 50 km sempadan negara, dibatalkan sekelip mata ketika harga minyak Malaysia naik mendadak (RM2.70) menghampiri harga pasaran dunia (RM3.00).  Pada masa itu, kenderaan asing masih boleh menikmati 30 sen subsidi pada masa itu bersama dengan rakyat Malaysia. B

Begitu juga dengan larangan membeli minyak masak dan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, penguatkuasaan dibuat secara “sementara”, rakyat asing kini menikmati barangan subsidi bersama. Katanya tahun depan bakal dilaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras penikmatan subsidi dikalangan warga asing. Kita lihat bagaimana mekanismenya yang bakal digunakan kerajaan. Diharap berbaloi-baloi.

Kelemahan ketara apabila rakyat Singapura yang  keluar masuk dari Malaysia telah dikenakan saman. Mereka tidak akan ditahan apabila keluar dari Malaysia walaupun saman belum dijelaskan. Sebab Malaysia sendiri tiada sistem yang boleh track atau mengesan kesalahan yang ada pada setiap kenderaan yang keluar masuk negara. Hai……..sepatutnya Malaysia sudah ada mekanisme untuk mendaftarkan kehadiran kereta-kereta Singapore di Malaysia ini. Apatah lagi jika hendak menyemak saman.

Tetapi itula….suka atau kita tidak suka sekarang ini hakikatnya……

  • Malaysia sampai sekarang tak impose VEP Malaysia kat kereta singapore, tetapi apabila kereta malaysia masuk Singapore dikenakan bayar S$20 weekday.
  • Pekerja Malaysia di Singapore kena bayar levy, tapi sebaliknya tiada caj.
  • Sebarang isu “bertindih”, Malaysia Singapura masih lagi tidak menampakkan kesudahan dalam isu air
  • Malaysia walaupun sudah ada CIQ baru, dalam pada masa sama jambatan bengkok pun sudah diberikan kontrak pun akhirnya terbatal dengan mudahnya. Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.

P/S : Sekarang ini Singapore tengah buat promosi, dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2 pagi. Free of caj masuk sana.

PP/S : Kalau nak beri subsidi, biarlah undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang itu diadakan secara teratur. Kerajaan asyik-asyik habiskan membuat sesuatu polisi dan menggunakan duit negara/rakyat, bayar duit berjuta-juta membayar duit palang + komputer + Sistem kepada Iris Sdn. Bhd dan syarikat-syarikat tertentu serta beri subsidi kepada rakyat asing. Akhirnya, menemui “jalan mati”

PPP/S : Tindakan ini amat menghampakan rakyat. Buat ubah, buat ubah. Ini semua yang merugikan rakyat bawahan.

PPPP/S : Berita terkini, VEP bermula 1 Ogos 2016 ini. Boleh semak video di bawah ini: