Kisah Benar Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 777

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kisah Benar Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 777

Hari ini sudah masuk hari yang kelima tragedi pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines hilang.

Pramugari MAS

Kalangan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus untuk terus mendapatkan petunjuk sekaligus melancarkan usaha menyelamat dan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370. Insyaallah…..

Disebaliknya itu, hari ini Berita Semasa ingin kongsikan di sini kisah benar & pengalaman seorang Ustaz dengan pramugari Malaysia Airlines MAS. Ia ditulis sendiri dengan harapan dapat memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap perilaku sesetengah pramugari Malaysia Airlines MAS.

Dengan hanya pertemuannya dengan seorang ketua Pengamuri MAS Malaysia Airlines ini telah mengubah sedikit sebanyak persepsi Ustaz Farid Ravi terhadap pramugari Malaysia Airlines MAS amnya dan kew MAS umumnya….

Sangat baik untuk dikongsikan bersama…

Ikuti Kisah Benar Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 777

Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya (Ustaz Farid berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;

Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.

Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamualaikum Ustaz”, saya jawab “Waalaikum salam”.

Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.

Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni”… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari Malaysia Airlines MAS yang mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;

Perbualan  Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 777

Pramugari: Assalamualaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikumsalam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.

Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.

Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)

Selepas Pramugari Malaysia Airlines MAS itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew Malaysia Airlines MAS telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.

Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DGN ORG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORG DARI ZAHIRNYA”.

Nukilan : Ustaz Farid Ravi

P/S : Cuumanya ada sedikit pembetulan di situ, mungkin Ustaz Farid Ravi tersilap. Ini kerana penerbangan sekadar laluan Singapura – Kuala Lumpur tidak pernah menggunakan B777-200 Ustaz. Hanya B737-400 atau B 737-800 sahaja. Walaubagaimanapun, pengalaman dan artikel yang Ustaz Farid Ravi kongsikan adalah sangat baik utnuk dikongsikan bersama…



Share.

66 Comments

  1. Alhamdulillah cerita yang bagus.
    Tapi sy nak tgur sikit krew MAS, awat dok tuang tok arak kt dlm flight. Mana nak berkat bisnes. Tu yg asik rugi jer tu….
    Musibah ini pun mgkin Tuhan nak bagi pengajaran…
    Yang tuang tok arak tu pn ada saham gak tau.

  2. Bagusle tu. Mereka ni ada yang nak mencari kebenaran. MAS kalau buat pakaian pramugari tu menutup aurat tak boleh ke. Hari tu ke jeddah boleh pulak diaorg menutup aurat. Minumam keras tu tak payah le.

  3. Saya pernah nampak salesgirl di mall yg pakai tudung. Bila dia tunduk, tshirtnya tersingkat ke atas. Jangan kata nampak kulit belakang, bahkan seluar dalam dan celah bontotnya pun ternampak. Saya tersentak dan terus tegur. “Cik, rasanya lebih baik cik buka tudung itu dan guna untuk tutup celah bontot kat belakang tu. Buat malu tudung saja.” Jadi, janganlah pandang orang dari luaran saja.

  4. Salahnye kita kerana cpt menilai seseorang melalui luaran tanpa mengenali hati budinye..don’t judge the cover by it’s the cover!

  5. Bicara yg terbaik dan penuh berfaedah..jgn sangka pramugari tidak Alim walaupun tidak mempunyai tudung semasa menjalankan tugas.

  6. apapun, tutup aurat dengan sempurna itu adalah satu kewajipan kepada Allah. Hukum qat’ei

  7. Alhamdulillah.. hanya tu jer yg mampu sy ucpkn
    utk Pramugari yg punya hati seperti ni..
    jgn terlalu cpt menilai sesorng .. biarpun aurat tu terdedah.. kita tidak tahu sesuatu hari nanti mereka laa yg d tempat kan d sisi ALLAH. InsyaAllah

  8. Bergenang air mata baca mesej ni…
    Tak de apa nak dikomen kan.
    Rasa tersentuh sangat2 hati ni

  9. 5 suku ekar on

    pramugari tu belum jumpa ustaz azhar idrus lagi tu, kalau jumpa, mesti melompat ajak ustaz azhar duk sebelah pilot, haha

  10. ya lah…………….kalau ada orang buat rampasan arak kedai 24 jam tak sokong pulak. hairan hairan.ih ih ih ih…..kesian

  11. Dalam hukum islam kalau seseorang itu baik macam mana pun atau buka tafiz sepuluh sekolah pun kalau diri sendiri tidak mengikut hukum , tidak tutup aurat , tidak solat ..pahala tak akan sampai dan tetap berdosa..disisi Allah.

  12. sekali lagi pepatah “do not judge a book by its cover” digunapakai dalam kisah sebegini. sebenarnya seseorang yang berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam itu sudahpun berpenampilan baik walaupun akhlaknya belum lagi diketahui. sebaliknya seseorang yang berpakaian tidak mengikut syariat Islam itu awal-awal lagi telah memberitahu orang sekeliling bahawa dia seorang yang tidak baik dan berhati-hatilah. itu yang dipanggil sebagai “first impression”. walaupun benar majoriti pramugari tidak menutup aurat dimana rambutnya terdedah dimana hadis Rasulullah S.A.W. bagi perempuan yang membiarkan rambutnya dilihat oleh bukan mahramnya dia akan duduk di dalam neraka selama 70,000 tahun. itu adalah hadis SAHIH. baiklah, dia seorang yang baik, akhlaknya mulia, suka bersedekah malah membelai kepala anak yatim. yang itu akan dibalas kemudian, sebelum itu dia akan duduk di dalam neraka selama mana dia mendedahkan setiap helai rambutnya. jadi tanya balik diri sendiri, adakah orang yang masuk neraka itu orang yang baik? tentu tidak, bukan. begitu juga orang bukan islam yang tidak mahu memeluk agama islam yang berkelakuan baik dan berakhlak baik malah ada orang bukan islam yang akhlaknya 1,000 kali ganda lagi baik dari orang islam yang mengaku dirinya islam dan pasti masuk syurga. mereka tetap akan masuk neraka dan amal baiknya tidak akan dikira kerana asasnya mereka bukan islam.

    jadi guna akal yang diberikan untuk berfikir dan memperbetulkan semula dengan niat kita terutamanya dengan ayat klise: jangan nilai ikut pakaian.

    kita bukan cerita soal pakaian. kita cerita soal aurat. perempuan yang mendedahkan rambutnya adalah mendedahkan aurat. perempuaan yang menutup rambutnya tetapi tudungnya nipis, pakaiannya nipis dan ketat juga tidak menutup aurat, dia sekadar menutup kulit dan rambut sahaja. jadi pendedahan aurat ini sudah dihukum oleh al-Quran dan juga Hadis Rasulullah S.A.W.

    berbalik kepada kisah pramugari di atas, memang benar hatinya tulus suci dan murni lebih lagi dengan kisahnya yang ada melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. namun itu bukan alasan untuk dia tidak menutup aurat. ramai orang suka kata: kita ni akhirnya akan masuk syurga juga walaupun masuk neraka dulu. ya memang betul. tapi sanggupkah anda? apa guna anda mengaminkan doa “wakina azab annar” setiap hari sekiranya anda boleh berfikiran dan mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa?

    setiap orang yang mendedahkan auratnya, memaparkan gambarnya tidak menutup aurat samada di dalam facebook, album gambar dan sewaktu dengannya, selagi ada mata bukan muhrim yang melihat, selagi itulah dosanya akan bertambah. seperti aku pernah ulas sebelum ini, teknologi maklumat menjadikan dosa dan pahala kita juga berubah-ubah dengan begitu pantas sebagaimana kepantasan sesuatu maklumat itu disebarkan di dalam talian.

    matlamat tidak menghalalkan cara. sekiranya pekerjaan tersebut memang tidak membenarkan anda menutup aurat, seharusnya anda cari pekerjaan lain. tiada alasan terpaksa, darurat dan sebagainya. biarlah anda hidup miskin berteduh di bawah jambatan daripada hidup ada pendapatan bulanan namun bergelumang dengan dosa.

    sekiranya istilah: si polan walaupun seksi tapi “ALIM” ataupun si polan walaupun jadi pramugari tapi dia begitu begini, kenapa perumpaan sebegini tidak anda terjemahkan kepada pemimpin negara yang anda sedang benci sekarang ni? kenapa mereka selalu dijaja keburukannya sedangkan mereka juga buat kebajikan, menyediakan dana tertentu untuk kebajikan?

    sebabnya mudah. anda benci dia. itulah masalah penduduk malaysia masakini. mereka mudah dihasut dengan hasutan berbentuk kebencian.

  13. Siapa kita utk menjatuhkan hukum. Jika salah kita tegur tp amal2 jariah yg dilakukan biarlah Allah yg menilainya. Kita pun tak tahu amal kita diterima Allah @ tidak.

  14. hamba ALLAH on

    jgnlah cepat sgt nak mnjatuhkn hukuman kat org lain…KBM awak tu Tuhan ke? kita xpernah tau nasib seseorg tu kat akhirat kelak…sebaiknye awak berdoa semoga dia dapat mnerima hidayah sudah…cara awak berckp tu xmmbantu org lain utk dekatkn agama…khusunya remaja

  15. kita doakan supaya pramugari tersebut yang memang telah islam sejak lahir lagi mendapat hidayah semula dari Allah S.W.T. supaya beliau kembali patuh kepada ajaran agama dan kembali kepada fitrah kejadian manusia & dalam masa yang sama menutup aurat yang sepatutnya ditutup. seperti kata PR di atas, pekerjaan bukanlah alasan bagi anda untuk menidakkan hukum. sekiranya pekerjaan tersebut tidak membenarkan anda untuk mengikut hukum Islam seperti menutup aurat dan sebagainya, elok tinggalkan dan carilah kerja lain. pastinya ada kerja lain. sekiranya darurat sekalipun, buatlah kerja yang memberi pulangan sedikit asalkan diri anda menutup aurat dan tidak dibebankan dengan kod etika pemakaian yang lari dari hukum Islam.

    sekiranya kita ini bukan umat Muhammad S.A.W. dan tidak mendapat manfaat dari doa Baginda yang memohon agar tidak ditimpakan bala secara tunai, pastinya bukan setakat 1 kapalterbang sahaja yang hilang, malah hampir setiap penerbangan di dunia ini akan hilang, dimusnahkan, terhempas dan sebagainya disebabkan berlakunya perkara mungkar di dalamnya. namun kita bernasib baik kerana kita mendapat manfaat dari doa Baginda bagi memberi ruang & peluang untuk umatnya memohon ampun dan bertaubat.

    kita sudah ada tragedi. memang tabiat manusia apabila sudah ada tragedi barulah kita akan beringat, mengambil tindakan, membuat kajian/post-mortem dan bagi yang beriman akan kembali ke pangkal jalan & bertaubat.

  16. 5 thn ulang alik gi ova c dulu…x pernah plak diorang tnya nk arak ke tak?

  17. jgn duk jatuh hukum kat orang..kenal dulu siapa diri kita lengkapkah amalan kita…satu lagi pelihara aurat kaum keluarga kita dulu…pernahkah kita mengimankan solat dalam rumah kita sendiri…fahamlah maksud saya ni

  18. kita kena hormat seseorang dari segi amalannya dan cara nya membimbing kita…bukannya dari segi lawak jenakanya….mudahan allah buka hati kita untuk mendapat hidayah dari allah

  19. Hati itulah yang dipandang oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita. Ratu cantik? Miss Universe? Pelakon? Pengacara? Si Bongkok? Si Hodoh? Tidak kira siapa.

    Jadi, bodohlah bagi mereka-mereka yang menjaga rupa paras, wajah, pakaian, gaya, bentuk badan dan segalanya semata-mata memenuhi pandangan manusia. Bermodalkan berjuta untuk bersolek dan berfesyen, tetapi tiada harga di Mata Sang Pencipta. Rugikan? Rugi!

    HATI. Ya,hati itulah yang dipandang oleh Allah. Sama ada elok mahupun cacat. Sama ada cantik atau hodoh. Kerana hati itu kunci jasad.

    “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI” (HR Muslim.)

    Lihat, hati itu bagaikan raja di dalam jasad. Jika elok raja tersebut, maka eloklah pimpinannya. Jika rosak raja tersebut, rosaklah keseluruhan pimpinannya.

    Untuk menjaga jasad kita, kita perlulah menjaga hati. Jika inginkan wajah yang elok, elokkanlah hati. Jika inginkan akhlak yang cantik, cantikkanlah hati. Segalanya bermula dari hati.

    Kenalilah hati kita dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama’. Didiklah ia dengan Quran dan Sunnah. Berilah makan dengan berzikir dan mengingati Allah. Peliharalah ia dari hasutan syaitan. Buangkanlah karat-karat di hati agar peribadi kita berkilat tanpa karat. Sinarnya nanti, akan berkilau memancar dan memikat sesiapa sahaja.

  20. kalau kita tersasau dari jalan yang diredai allah baliklah ke pangkal jalan,jangan jadikan alasan kerja seperti itu kita boleh membuka aurat kerana banyak kerja lain yg.boleh dilakukan.

  21. kukupan besi on

    jgn pandai nak buat hukuman sendiri..ingat pandangan Allah itu lagi penting..sapa kita nak menilai sesama manusia..Insya’lah Allah akan bg petunjuk gak kaloorg tu baik..kita ni bkn malaikat yg imannya tak dak psg surut..tp kita ni manusia yg imannya boleh kurang boleh naik..so,doakan diri sdr jek..moga iman kekal dhati

  22. Ni bukan masanya nak nasihat atau kondem begitu.. kejam benar bunyinya dikala ramai yg menunggu kepulangan insan tersayang.
    wrong timing.

  23. aku tension betul lah sebab kat pejabat aku nie makcik-makcik yg bertudung labuh dan tua bangka suka baca buku Avon yg ada gambar model pompuan pakai coli dan spender sampai terjejas konsentrasi aku untuk membuat kerja…pa…laa…weeiii….!!

  24. Jg suka hati ye,,,dlm kapal trbang
    bkan itu islam sja yg naik semua
    Bangsa.naik nak cakap pun ingat
    lah skit ok

  25. Hi kwan2.kta di sana megapa wja kta
    Boleh npak hati tdak bleh npak anjak
    Tuhan yg maha kuasa sja boleh
    Keburukan dlm hati kta ini

  26. ala kisah apa MAS tuang arak dlm flight…Saudi Airlines ngan Emirates pun tuang arak gak…cuma beza diorg x tuang arak kalo flight saudi tue charter utk jemaah umrah atau haji…so Saudi or Emirates tue saper pulak…

  27. sebelum pakai tudung solat yg perlu dijaga…solat tiang agama…tudung memang wajib untuk wanita muslim tp yg utama sekali solat…dosa pahala ALLAH yg tentukan…sebagai umat islam memang wajib nasihat menasihati tp bukan mengadili…

  28. jaga kata-kata anda dikhuatiri boleh tergelincir. yang sepatutnya adalah aurat perlu dijaga sebelum solat kerana tidak sah solat sekiranya tidak menutup aurat. tudung itu adalah suatu konsep penutupan aurat iaitu rambut bagi wanita. malah sebenarnya aurat itu perlu dijaga dari pandangan lelaki bukan anjabi tidak kira dimana anda berada, bukan hanya di dalam solat. jadi peranan tudung sebagai konsep penutupan aurat adalah yang paling utama.

  29. terpulang kepada anda untuk kekal dengan kepercayaan anda. kelak nanti apabila dihimpunkan di padang mahsyar baru anda tahu siapa untung siapa rugi

  30. hambaallah on

    50 th lebih dah merdeka, takat nama je negara islam. Ini bukan masaalah hati. Ini masaalah tutup awrat. Tutup awrat perintah Allah. Tak tutup, tak ikut perintah Allah. Masaalah hati itu lain mauduqnya. Akal Allah bagi utk fikir bagaimana nak taat perintah Allah, bukan nak cari excuse utk tidak mau buat. Sbb cari excuse ni hendak seribu dalih tak dak seribu dalih. Sebab itu sahabat2 ikram ajmain, bersifat dgn samiqna wa atoqna, bukan samiqna wa asoina, allahuaklam!

  31. islam itu indah on

    Alamak aiii..komen mcm suci je blaka…otak kat kepala lutut..hallo..tak kan pasal MH370 salah landing dlm laut baru nak cite pasal pasal pramugari tak tutuk kepala..kurang dia org pakai kebaya…tak de lah mcm negara lain pakai skirt je kot..buka skit otak tu jgn nak rakus sgt memandang org tak bertudung tu jahil agama…ntah2 kau lagi jahil…skrg dah tahun2014….100 tahun yg lepas dah memang ramai kepala tak tutup…jgn lah pasal flight ni salah landing ko org semua nak tunjok handal….nak nasihat tak salah tapi faham tak ape maksud POYO..so jgn pandang negative pada org silap aribulan ko org seboj nak jaga tepi kain org tapi anak branak ko org lebih terok dr itu…

  32. sayang… nickname dah cantik dah “islam itu indah”, tapi baris kata langsung tak mencerminkan nickname. siap ada kepala lutut. siap emosional lagi bagai. rilek! yang tiba-tiba nak melantun ni kenapa? takkan ada komen2 di atas yang menyentap anda? bawa bertenang! kalau anda seorang yang mengamalkan ajaran agama, tak perlu melenting! :P~

  33. Hamid hj Amba on

    saya setuju dengan PR.Hukum Allah tidak boleh diubah,tutup aurat adalah wajib..melanggar undang undang manusia pun dihukum..inikan pula undang undang Allah..kalau berahlak terpuji tidak akan lengkap jika tidak ikut hukum Allah..kan ahlak terpuji itu didahului dengan mentaati perintah Allah

  34. TUTUP AURAT ITU PERINTAH ALLAH..ITU BUKAN UNDANG UNDANG MANUSIA..AHLAK TERPUJI TERMASUK MENTAATI PERINTAH ALLAH

  35. Tu memang unifom mereka. Jadi minta pengurusan membuat perubahan supapaya semua pekerja blh tutup aurat dan tidak menghidangkan makanan tidak halal.
    Sesekali naik kapal terbang hati duk dak duk dak mikir kalau allah turun bala kerana pemakaian peramugarinya dan ada arak aku pun kena gak…..

  36. anonymous airlines on

    Ngko x payah la nak ajar mas cmne nk ikut islam punya cara…cuba tengok saudara2 terdekat korang dulu or family, dah betul cara baru ngko nak ajar org. ngko buat pakaian yg menutup aurat bagi mereka free je.. mereka ambil sudah tentu nak jaga hati,
    nak pakai?????

  37. As salam,

    Jangan semudahnya berkata “jangan mudah menghukum”, sedangkan orang yg menyatakan hukum itu, mengambilnya dari hadith yg sahih.

    Kita digalakkan mengambil (memperdengarkan) hukum dr ALLAH agar semua org tahu besar atau kecilnya sesuatu kesalahan.

    Kalau seseorang tu punya hati yg baik, tetapi dengan begitu mudah langgar perkara asas seperti aurat ini, ia tetap tanggung dosa yg banyak. takkan kita nak nafikan perkara ini? Kecualilah, jika dia sempat bertaubat dan insaf ttg hal penjagaan auratnya itu.

    Tidak seperti Us Ravi, saya tak pernah fikir yg mereka2 tk bertudung tu teruk sangat pemahaman dan keinginan kepada agama. Saya sendiri membesar dikalangan org2 seperti pramugari itu (agaknya). AlhamdulILLAH, saya diberi kekuatan utk segera berubah. Sebab tu la saya memahami keadaan org spt pramugari itu. Tapi, itu tak bermakna yg perbuatannya masih tidak mahu tutup aurat adalah dosa yg kecil berbanding hatinya yg baik itu

  38. sepatut nya korang kena tegak kan agama islam dan negara. bukan nye duk bertekak kat sini mcam budak2..macm ne melayu nak maju .. renung2 kan lah ..

  39. POKOK ISLAM ITU ‘ZUHUR ASHAR MAGHRIB ISYA SUBUH’ BUKANNYA ‘TUTUP AURAT’,MANALAH TAHU PRAMUGARI TU TAK TINGGAL SOLAT,KITA NI ASYIK BERHUTANG DENGAN ALLAH SWT. SIAPA YANG MASUK DULU SYURGA?

  40. Saripah Aloyah Kueh Lapis on

    Biasa lah orang Malaysia tambah2 Melayu…kalau pakai tudung baik, tak pakai tudung tak baik. Manusia tetap sama, pakaian hanya luaran. Tapi kalau nak tipu Melayu ingat kita ni bagus..pakai la tudung. Hahahaha!

  41. aku setuju!! hahhaha sedangkan yang pakai tudung tue lagi senang nak bawak ke hotel budget….

  42. Kunci kesucian iman dan indahnya islam ialah hubungan kecintaan kita terhadap yg Esa dan RasulNya..justeru hanya dengan kembali kpd al quran dan sunah rasul jawapan kpd kesulitan..
    Moga semua muslimin dan muslimat di dunia sentiasa dirahmati dan diberi keredhaan ilahi..amin..

  43. Saudara Baru on

    Org melayu ni xde keje lain nak mengondem je tau. Asyik nampak yg tak betul kat org lain. Bodoh la org melayu ni. Dok comment panjang berjela tp nak kondem org lain je. Tak membina langsung. Akal beku. Tu yg tak maju mcm bangsa lain.

  44. hukum tetap jatuh sekiranya aurat dibuka.. tak de istilah kau, aku, siape ke jatuhkan hukum… ALLAH dah tetapkan. Berbalik pada niat sekolah tahfiz tu hanya ALLAH yang akan balas niat murninya. Setiap perkara dimulakan dgn niat yg baik telah pun diberikan ganjaran pahala hatta belum dilaksana lagi.

  45. Salam…
    -Pernah dengar cerita seorang pel#### masuk syurga kerana memberi minum seek or anjing.
    -Cerita seorang alim masuk neraka kerana menyeksa sekor kucing.

    Tak tahu Cuba google

    Tutup aurat adalah wajib. syurga & neraka adalah hak Allah. Berusaha utk yang terbaik

  46. Betul tu .. kalo dah ttp aurat dgn sempurna .. mulut .perangai atau perkataan pon biarlah sempurna juga barulah sedondon.kalo x mampu byk sgt katergori sempurna tu nak compilekan semua nt jd mampo’s .makanya dr site ni kita amik contoh tauladan yg baik saja kannnn

  47. Bagus comment kamu. Simple tapi bermakna. Saya baca comment2 kat atas ni… Ramai betul orang yang bijak pandai kat Malaysia yang bercakap tentang agama. Tapi setakat cakap jek laa… Kata-kata tu mencerminkan siapa kita… Dari comment2 yang saya baca… Kemungkinan besar Pramugari yang diceritakan ustaz itu lebih mulia.. Wallahu’alam….

  48. Anonymous on

    ramai yg tahu, tapi tak kenal…
    sesama kita pi ngaji lg..
    tak cukup sekadar ngaji kat sekolah.

    tp…itulah.. dlm kita menyangka kita hebat merancang, kita lupa DIA lah yg sebenar benarnye Yg Merancang.

    segalanye atas kehendak dan izin DIA jua..

    Wallahualam..

  49. Anti-Wahabi on

    Amalan Wahabi dah berleluasa di Malaysia sekarang ini. Apa nak jadi daa.

  50. Anti-Wahabi on

    Setuju. Ustaz-ustaz rebung ni lah yg merosakkan agama Islam. Tulah sebab mereka org-org kafir suka melabelkan org Islam sebagai fanatik, militan dsbnya. Pengaruh Arab Saudi dah meresap ke jiwa mereka. Pengaruh Wahabism.

  51. Putihbersih on

    Bila baca comment di atas,seolah2 tk boleh langsung menegur langsung mereka yg berpakaian tapi bertelanjang…belum lagi comment belum ikhlas nk bertudung yg menutup aurat.kenapa kita tidak berfikiran terbuka supaya,mereka yg tidak bertudung utk bertudung,mereka berpakaian ketat melonggarkan pakaian?sama2 lah kita ke arah kebaikan

  52. Kepada suma yg x memahami kerja ni,(krew kabin) mereka hanya mengikut syarat-syarat com(x memakai tudung).tetapi ini bukan bermakna mereka asyik membuat dosa. Fungsi mereka amat penting di dlm flight. Tiada mereka siapa yg akan bantu pax.bagaimana pula yg kerja di pejabat atau kerja di darat yg byk buat maksiat tu? Tima kasih

  53. Bukan diorng nak hidang pun tp sbb company sruh….patut dlm flight no alcohol luar flight ikut suka hang la……harap perkara yg baik dpt dilaksanakan tanpa ragu2

  54. Tuk kbm….mmg la diorg x ikut syariat islam tp itu urusan Allah.kita jangan cepat nak nilai Allah yg terima setiap amalan hamba2 nya……

  55. “Being gay is just one important aspect of who I am. The festival makes a special effort to recognize the best of the films, as you create a buzz for your film. Studies have indicated that LGBT persons have been the targets of discriminatory behavior and in many areas, they have no legal protections. A number of other states prohibit same sex marriages based on state statutes while others forbid it via state constitution. ” The book also claims Bobbi Kristina had a volatile relationship with her late mom,
    Whitney Houston, who was secretly having a lesbian affair with her assistant, Robyn Crawford.

Leave A Reply