Umur Bersara Kakitangan Kerajaan Umur 60 Tahun. Setuju?
Dah nak dekat dah, pembentangan Bajet Malaysia dan seperti biasa Cuepacs melakukan “tugasnya” meminta kerajaan Malaysia umum kenaikan umur bersara daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.
Harapan mereka supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet Malaysia bulan depan.
Alasan dan hujah Cuepacs diperkuatkan lagi apabila industri perbankan tempatan telah bersetuju baru-baru ini menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
- Cuepacs telah meminta supaya umur bersara penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006 Cuepacs telah hantar memorandum, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun
- Umur bersara pada umur 60 tahun adalah satu pilihan dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun
Perbandingan Umur Bersara Kakitangan Awam di Kalangan Negara Asia Tengara?
- Umur bersara di Malaysia – 58 tahun
- Umur bersara di Thailand, Brunei dan Indonesia – 60 tahun
- Umur bersara di Singapura – 62 tahun
Mungkin bagi kami, samada umur lanjut atau tidak bukan menjadi penghalang untuk mereka meneruskan perkhidmatan mereka di sektor kerajaan. Kalau mereka berkhidmat dengan baik, mengapa tidak?
Cadangan mereka sekarang ini, kakitangan kerajaan akan mempunyai pilihan samada mahu melanjutkan tempoh umur bersara mereka ke 60 tahun atau tidak. Kalau yang memberikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja tidak mengapa lagi.
Ingat memang ada kakitangan kerajaan walaupun sudah berumur tetapi masih produktif dan kepakaran mereka sentiasa ditagih, TETAPI BUKAN SEMUANYA BEGITU. Bagaimana kakitangan awam (lanjut usia) yang jenis curi tulang, “memulau” ataupun “kerap ambil MC” dalam erti kata lainnya sudah tak produktif lagi?
“Yang paling pentingnya sudah tiba masanya golongan ini memberikan peluang kepada pelapis baru aka graduan baru”
Cuepacs tidak kasihan dengan lambakan masalah pengangguran yang berlaku di Malaysia? Masalah pengangguran belum berjaya diatasi, mahu ditambah dengan beban yang lain pula….
Pada Berita Semasa, jikalau hanya penjawat awam yang mempunyai kepakaran, penjawat awam tersebut memang “menyumbang” sebelum itu dan juga berminat untuk menyambung perkhidmatan mungkin boleh diberikan tawaran untuk menyambung perkhidmatan, tetapi bukannya membuka kepada semua.
Kadang-kadang mengenai graduan ini pula, bila masa temuduga, semua kata ya, ya dan ya. Bukan semua, terdapat sebahagiannya begitu. Tetapi bila berjaya ditemuduga, permintaannya banyak sangat. Tak boleh itu, tak boleh ini dan juga tidak boleh ditegur.
Sebab itulah untuk masalah yang sebegini pula, ada baiknya jika lantikan terus untuk graduan baru dalam sektor kerajaan ini, ditawarkan kontrak setahun dahulu seperti yang diamalkan semasa pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), walaupun dapat waran tetap JPA.
Apabila kontrak, majikan senang nak tamatkan kontrak jika mencapai prestasi yang memuaskan. Sebelum dapat kerja, merayu-rayu nak kerja, sampai bawa tandatangan wakil rakyatlah, menteri dll. Akhirnya apabila sudah dapat, tak boleh buat kerja pula……
“Perbuatan tak selari dengan pertuturan semasa sesi temuduga sebelum itu”