Ulasan Haron Din : MH370 Jadikan Malaysia Terkenal Seluruh Dunia. Allah Malukan Malaysia Dengan Peristiwa Tikar Terbang & MH370

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ulasan Haron Din : MH370 Jadikan Malaysia Terkenal Seluruh Dunia. Allah Malukan Malaysia Dengan Peristiwa Tikar Terbang & MH370

Dato Dr Ustaz Haron Din sebelum telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

Haron Din MH370

Terkini, keadaan kesihatan Dr Haron Din semakin beransur pulih. Terbaru Dr Haron Din ada menyampaikan kuliah selepas Maghrib dan ada menyentuh perkembangan tragedi MH370. Di bawah ini…

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan bersama intipati kuliah maghrib Dr Haron Din yang menyentuh dan memberikan beberapa nasihat dan teguran untuk kebaikan Malaysia disebalik insiden MH370 yang harus difahami dan direnungkan sebagai peringatan bersama :

Ulasan Haron Din : Tragedi MH370

Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:

  1. Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kepada Allah. Insaflah yang kita sedang diuji Allah
  2. Air di empangan makin kurang..3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru Mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun tidak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
  3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan-tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta..masih tidak mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lagi ilmuNya.
  4. Dr Harun Din bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
  5. Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya…Allah hina negara kita Malaysia dengan peristiwa macam ini.
  6. Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
  7. Apabila sudah 3 4 hari tidak jumpa baru nak ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
  8. Dr Harun Din kata ikut pengalaman beliau cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan.
  9. Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh sudah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… hingga 1 dunia tengok gejala khurafat dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita. – Mustaqimah



Share.

30 Comments

  1. Pembela Melayu on

    sepatutnya kita kena bersatu bila isu2 cmnie. Jangan asik nak salahkan kerajaan jer…salahkan kerajaan tak selesaikan apa2 mslh pn. cakap mmg senang
    Last2 gomen gak yg kena tanggung sorang2.

  2. sedih bila baca ucapan dr haron din.betul kita sbgai umat islam mudah lalai apa yg allah amanahkan pd kita.kita cepat lupa diri.kita perlu bersyukur apa yg allah telah berikan kpd kita..

  3. wanie npaknya kau lebih takutkan bomoh dari allah swt.betul pun apa yg dperkatakan haron din.kita sebagai umat islam wajib mempertahankan agama agar tidak terpesong akidahnya.

  4. Apa guna bersatu dalam melayu dgn pemimpin korup belaka …patut bersatu dalam melayu islam sejati..

  5. dalam sekelip mata saja,malaysia dimalukan di mata dunia..apa pun doakan untuk mh370.

  6. Mata hati
    Terima kasih dr haron din atas peringatan.. sudah dijelaskan sejwlas2nya..terpulang pada individu itu.. jika btol syg agama..

    Allah malukan negara dengan hanya tikar terbang shaja..Maha Suci Allah..

    Semoga pemimpin dapat iktibar ini.. jadilah pemimoin Islam sebenar..bukan Islam + sekular.. tak sama sekali sesuatu yang Suci bercampur dengan yang jijik..

  7. Ini bkn mslh myalahkan kjaan…fahamilah betul2 apa yg hdk dismpikan oleh Dr Harun Din…kembali pd Allah Itu yg disarankan…bkn myalahkan atau menuding jari sesama kita.

  8. Setiap zaman Allah ada menurunkan musibah sebagai pengajaran, mengapa kita susah sangat menjadikan itu sebasgai iktibar, saya rasa tak lain kerana kita kurang perhatin, hanya bila dah terdesak sahaja.

  9. Memang, menggunakn bomoh itu sgt2 memalukan Malaysia sebagai negara islam

  10. Ooooi…sini pon nak berpolitik ka….ade lagi org cam ko ni yek? Ingatkat dah mampus abih dah.

  11. asraf abu hanifa on

    Ooooi…sini pon nak berpolitik ka….ade lagi org cam ko ni yek? Ingatkat dah mampus abih dah.

  12. Hamba Allah on

    Setuju dengan tasya..bila mata hati tertutup, takut benda lain lebih dari takut Allah..adakah ‘benda lain’ tu mampu beri manafaat atau mudharat kpd org lain tanpa izin Allah. Mohon pandangan cik Wanie..

  13. kerana ‘tikar terbang’ orang islam dipersendakan dan diketawakan oleh kaum lain.
    islam hanya pada nama..akidah sudah terpesong.buat malu je…

  14. buat ‘buzzzz’ nak melawak biar kena tempat.jangan nak mempersendakan hukum allah..jangan terlampau taksud dgn bomoh,ini dah dikira syirik.

  15. jangan asyik nk kutuk je. berilah nasihat. yg bersalah kembali ke pangkal jalan, insaflah.jauhkan perbuatan syirik. ambil iktibar dari apa yg berlaku. ALLAH maha pengampun

  16. RAZIF ISMAIL on

    ALLAH ada nyatakan kebenaranNYA BHW SEGALA APA YANG DIJADIKAN/DINIKMATI AKAN DIKEMBALIKAN PADANYA SEMULA…… KERANA ITU SAMA SAMA FIKIRKAN AKAN SEBALIK PERKARA INI, BUKAN LIHAT DGN MATA KASAR,TTPI LIHAT DISEBALIKNYA,KENAPA??? KRN ADA HIKMAH SEBALIK SEMUA INI, ITU YG menunjukkan ALLAH sentiasa uji kita walau susah dan walau senang…..SAMA SAMA kita semua BERMUHASABAH DIRI

  17. Disini izinkanlah saya berbicara..Jika direnung2kan sebentar secara jujur hati memang ada sesuatu hikmah yang mana Allah lebih mengetahuinya..@Memang agak luarbiasa/pelik/menghairankan dengan kes kehilangan MH370 ini..sekarang segala asset2 canggih daripada negara2 seluruh dunia mencari MH370..apa yang menghairankan ialah segala-gala kecanggihan yang dimiliki oleh seluruh manusia tidak dapat mengesan kehilangan MH370 ini..sekiranya MH370 ini meletup, tentulah ia akan meninggalkan kesan2 serpihan..sekiranya MH370 ini dihijacked, tentulah ia akan mendarat kesesuatu tempat/negara tertentu..sekiranya MH370 ini tenggelam, tentulah sesuatu serpihan/pecahan badan kapalterbang ada ditinggalkan kerana ia terhempas..apa yang menjadi misteri MH370 ialah ia menghilang tanpa meninggalkan sesuatu untuk dijadikan petunjuk..@Apabila ini berlaku tanpa sebarang petunjuk/kesan, maka kepada Allah sahajalah tempat kita memohon petunjukNya..@Jika kita renungkan..ada juga kebenarannya..apabila kita mahu memulakan sesuatu perjalanan, maka lebih baik/afdal kita memohon keselamatan/perlindungan daripada Allah..kerana apa yang bakal berlaku kita tidak mengetahuinya..sepatutnya berdoa dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Saudi dan Brunei kerana kita negara Islam..@Barangkali juga didalam negara tiadanya keadilan dalam sesuatu perkara..yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin/susah..barangkali juga kita lupa kepada Allah..sehingga kita sesama Islam bercakaran kerana fahaman politik dan sebagainya..disinilah barangkali Allah cuba memberitahu kita supaya kita bersatu sesama Islam..@Benarlah juga bahawa ilmu Allah itu meliputi segala apa yang ada dilangit dan dibumi..ilmu manusia hanyalah sedikit..ilmu manusia ibaratnya seperti setitis sahaja air yang jatuh dilautan luas..kita manusia semakin lupa meninggi diri untuk menunjukkan ilmu masing2..kononnya mereka terlalu arif/bijak dalam ugama, sains, politik dan sebagainya..@Dalam hal kehilangan MH370 begini kita masih juga mahu meminta khidmat bomoh..inilah dia penyakit kita..dari keturunan nenek moyang kita, kita masih tidak lupa nak guna bomoh..tak kiralah dia ni ketegori dalam raja bomoh ke, king bomoh ke, bapak bomoh ke..bomoh2 ini pun tidak pasti lagi nasib mereka..sebab semuanya adalah dalam genggaman Allah..Wallahu’alam

  18. Entah apalah malangnya nasib Malaysia ni..dalam pada negara sedang sibuk2 mencari MH370..tiba2 muncul pulak pak dukun buat aksi lawak yang barangkali dapat ditonton oleh penduduk seluruh dunia..rasa2nya siapalah VIP yang menjemput pak dukun buat aksi lawak tu..boleh beritahu tak siapa VIP yang percayakan pak dukun tu?..barangkali agaknya dia jadi VIP pun atas pertolongan pak dukun tu..alahaii..

  19. AKU TERBANG on

    DI MANA MH370?HILANG.HILANG???!!!YA!!!BENAR2 HILANG.KEMBALILAH KITA KEPADA PENCIPTA SAINS ITU.ALLAH S.W.T.DI SINI KITA HANYA PERLUKAN 2 PERKARA: DOA DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN DOA DARIPADA AHLI KELUARGA YG TELAH DITIMPA MUSIBAH INI. (DIADAPTASI DRPD BEKAS KETUA PILOT NEGARA-KAPTEN NORUDDIN)

  20. Hakikt..kesushan akn menimpa bg mereka yg sepattny menyelsaikn pekra ini,sekiranya mementingkn diri sendiri..masalh akn dtg bg mereka yg brusha menylesaikn kejadian ini,tpi bg mereka yg mempunyai keluarga trlibat dlm tragedi ini..takziah,menerima kptsn adalh perlu..kesedihn itu lumrh sbgai manusia..tpi bg kta rakyt malysia,pekara ini perlu dselesaikn brsma,tanpa mengira pangkat,bngsa,agama..kerana kesan kejadian ini membawa pelbgai kesan..dri segi imej negra..trutama akar kempimpin negara,dn ekonomi ngra..negra yg ekonominy mundr pasti khdupnny lebh sush..

  21. Hakikt..kesushan akn menimpa bg mereka yg sepattny menyelsaikn pekra ini,sekiranya mementingkn diri sendiri..masalh akn dtg bg mereka yg brusha menylesaikn kejadian ini,tpi bg mereka yg mempunyai keluarga trlibat dlm tragedi ini..takziah,menerima kptsn adalh perlu..kesedihn itu lumrh sbgai manusia..tpi bg kta rakyt malysia,pekara ini perlu dselesaikn brsma,tanpa mengira pangkat,bngsa,agama..kerana kesan kejadian ini membawa pelbgai kesan..dri segi imej negra..trutama akar kempimpin negara,dn ekonomi ngra..negra yg ekonominy mundr pasti khdupnny lebh sush..

  22. Takut””..dalam dunia sekarang perkataan tu sukar hilang dari kita”’…itu hakikat”..takut rugi, takut turun gaji”..takut turun pangkat dll”…siapa yang tiada perasaan takut kalangan kita?????….hanya orang yang tidak memikirkan dunia saja tiada perasaan takut”’…adakah orang macam itu???…ada” jika matlamat sebenar hidup di dunia dia tahu”’…boleh buatkah???..tidak semua orang mampu kecuali dengan ilmu dan usaha”””…

  23. Bersatu hati dlm menempuh cabaran itu paling utama”’..lebih baik berdiam dari bercakap benda yang kita tidak tahu itu boleh menimbulkan fitnah”…usaha, doa dan berserah dengan ketentuannya”’..cakap memang senang”..tapi siapa lagi tempat bergantung?????…

  24. Bila dunia semangkin canggih’ manusia dikuasai olah dunia sains&teknologi”..akhirnya kita diajar berfikir secara logik”’..padahal tidak semua logik itu betul”..menyebabkan kita terlalu bergantung kepada sains dalam segala hal”’…tidak salah cuma jangan terlalu yakin dengan sains sehingga keyakinan yang sebenar tertutup oleh “Logik”

  25. Orang lebih takut kpd penguasa dari menjaga akidah….walaupun menguna alat canggis masa kini hanya Allah saja maha mengetahui dimna berada…

  26. Di MALAYSIA abad ini pemerintah mentadbir negara tak takut pada dosa mereka sanggup ketepikan islam walaupun mereka beragama islam janji mereka dapat kekayaan boleh hidup mewah rakyat sengsara pandai2 lah nak hidup sebab itu Allah nak uji kita macam2 dah bencana yang melanda negara kita tapi pemimpin tak serik2 tetap juga boris dan kurop.

  27. Setiap apa yg keluar dari mulut Tuan Guru Haron Din adalah benar dan beliau seorang yg sangat merendah diri dan setiap percakapannya mengandungi hikmah..Tuan Guru ulamak sejati…mukanya tersangat bersih..

Leave A Reply