Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2017

Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2017

Kami, warga Beritasemasa memberikan ucapan Hari Guru 2017 kepada semua guru-guru di Malaysia.

ucapan hari guru

Tidak kiralah anda guru dalam bidang apa sekalipun, anda tetap juga seorang guru.

Dalam sepanjang kehidupan kita, kita belajar dari ramai orang tidak kiralah secara formal atau tidak formal.

Ucapan Hari Guru dari Berita Semasa

Dan guru pertama kita sudah semestinya adalah kedua ibu-bapa kita di mana mereka berdualah yang banyak mengajar kita bagaimana mahu menjalani hidup di dunia dan di akhirat.

Secara tidak langsung sebenarnya, takrifan guru bukanlah hanya semata-mata kepada guru sekolah sahaja.

Ianya boleh diperjelaskan ke makrifat makna yang lebih besar. Dariapada siapa kita belajar, itulah guru kita. Dan kami, sangat menghargai segala pengorbanan guru-guru yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu dalam mendidik setiap anak muridnya agar menjadi orang yang berguna kelak.

Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga.Tema sambutan tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Negara. Ucapan Hari Guru untuk semua!

P.S.Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita penting untuk guru-guru pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan nanti yang diadakan di Kuching, Sarawak.Agak-agaknya, apa ya?