Tun Mahathir Tolak Sokong Najib (Lemah, Ekonomi Kacau-Bilau)


Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi dan Perpaduan Kacau-Bilau dan jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?

Disaat Pakatan Rakyat bergolak disebalik krisis MB Selangor, Tun Mahathir mengambil kesempatan dan ruang ini untuk kritik dan serang Datuk Seri Najib Razak.

najib razak

Berdasarkan laporan portal mypt3 walaupun, umur Tun Mahathir sudah menjangkau 88 tahun, tetapi nampaknya tidak meninggalkan terus dunia politik di Malaysia

Masih memandang dan memerhati daripada dekat dan sekali-sekali menghangatkan suasana dengan menegur pemimpin dia tas di mana beliau merasakan ada berlaku kesiapalan yang tidak diperbetulkan dan dibiarkan.

Melihatkan tiada penyokong kerajaan yang acapkali memuji dan memuja Najib Razak tanpa menegurnya walaupun telah melakukan kesilapan, menyebabkan Tun Mahathir Mohamad serang Najib Razak.

Punca Tun Mahathir Mohamad Tidak Sokongan Najib Razak?

Mahathir Marah Najib

  1. Prestasi Najib Razak lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi
  2. Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 di bawah Najib Razak lebih teruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.
  3. Najib Razak tidak menunjukkan iltizam untuk berubah daripada segi dasar atau pendekatan walaupun telah ditegur sebelum ini
  4. Banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara
  5. Tun Mahathir mengatakan yang beliau lebih sayangkan bangsa dan negara melebihi segala-galanya
  6. Najib Razak melayan melayan tuntutan musuh termasuklah ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh sehingga menyebabkan jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng
  7. Terlalu tunduk kepada negara-negara jiran
  8. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan

Johari Razak SUMATEC

Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak : Pemerhatian Berita Semasa Dasar Najib Razak

Hakikatnya, apa yang Berita Semasa perhatikan di zaman Najib Razak banyak perpecahan kaum semakin berleluasa yang diapi-apikan oleh kelompok berkepentingan tanpa sebarang tindakan dan kawalan daripada pihak berkuasa.

Kemudian letak pula adiknya (Datuk Nazir Razak) dalam CIMB….CIMB bakal “wallap” dengan RHB dan MBSB, CIMB mahu dijadikan NO.1 dan bank Mega tidak lama lagi di mana adiknya telah pindah pula kepada Khazanah. MAS di bawah Khazanah…CIMB mahu dijadikan NO.1 dan bank Mega tidak lama lagi. Mahu meletakkan kalangan “orang Najib razak tidak lepas” akhirnya Datuk Johari Razak dalam Sumatec sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dalam syarikat dikuasai tokoh korporat Tan Sri Halim Saad, Sumatec Resources Bhd yang mana bakal menjadi Oil & Gas yang mega juga. Nantikan….

Ditambah pula Berita Semasa sehingga ke hari ini, jabatan-jabatan pelik ada di JPM, ada satu lagi audit negara = PEMANDU? Apa yang dipandu PEMANDU selama ini? Membawa Malaysia ke arah lebih baik atau bencana?

Tidak cukup dengan itu, Kementerian lantik pula Ex Minister yang tidak dipilih oleh rakyat menjadi penasihat. Macam mana mereka-mereka ini boleh menjadi penasihat sedangkan individu itu tidak menunjukkan prestasi yang terbaik? Sekarang ini jadi penasihat wanita…Ermm…..Terlalu banyak jawatan yang bertindih-tindih sekarang ini.

Ya…betul. Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika Barisan nasional lemah. Tiada 2/3 majoriti, sokongan non Najib Letak Jawatan MahathirMalaysia sangat lemah dibandingkan di zaman Dr. Mahathir yang serba kuat. Ditambah pula, pada masa itu, pembangkang hanya pelengkap rencah politik sahaja berbanding sekarang dengan kewujudan dan kekutan Pakatan Rakyat. Tetapi….

Tetapi perkembangan dunia dan politik hari ini cukup pantas dan “kejam” menuntut pemimpin kerajaan dan politik menunjukkan prestasi yang dituntut oleh kalangan “shareholder politik di Malaysia” iaitu kalangan pengundi yang sah di Malaysia.

Sebenarnya, tidak kira anda pengundi Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukan bermakna anda tegur dan mengkritik pemimpin anda akan dicopkan sebagai “pengkhianat kepada parti atau pemimpin”. Tegur kerana kita sayangkan parti atau negara. Itu sahaja.

Sebenarnya dalam bahasa pemimpin politik tegur ini boleh disimpulkan sebagai seperti di bawah ini :

  • bukan naik harga minyak semasa, tetapi kurangkan subsidi
  • bukan naik harga gula, tetapi penyelarasan subsidi
  • bukan suruh dia (najib Razak) letak jawatan,
  • cuma tidak bersetuju sebahagian besar dasar Najib Razak

Dasar Najib Razak

Janganlah lihat siapa yang menegur, lihat dan semak apa teguran yang diberikan kepada pemimpin di atas. Anggap teguran yang diberikan atas dasar mahu melihatkan negara bernama Malaysia ini menjadi lebih baik dan bertmabah baik di masa akan datang.

P/S : Berita Semasa lebih selesa jikalau jawatan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya maksimum hanya 2 penggal sahaja.