Terkini 3,000 Penjawat Awam di Malaysia Bermasalah. Cuepacs Dedahkan Punca & Sebabnya!
Daripada dahulu aduan-aduan diterima daripada orang ramai, termasuk juga kalangan rakanrakan ditempat kerja melihatkan adasegelintir kakitangan awam yang dikesan curi tulang ketika bertugas.
Hari ini Cuepacs Malaysia mendedahkan mengapa dan kenapa mereka bertindak sedemikian rupa berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan mereka selama ini. Antaranya ialah :
Punca 3,000 Penjawat Awam di Malaysia Bermasalah?
- Cuepacs mendapati kalangan kakitangan awam yang mengular ini banyak melibatkan kakitangan awam berpangkat rendah
- Gaji yang diterima kakitangan awam tidak setimpal dengan usaha dan komitmen yang telah diberikan mereka
- Sehingga menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan, tiada semangat, tiada komited untuk bekerja
- Ada juga kalangan kakitangan awam berpangkat rendah ini terpaksa bekerja lebih masa, bekerja sambilan dan mencari pendapatan tambahan lain sehingga menjejaskan komitmen dan kualiti kerja mereka pada esok harinya
- Ditambah pula dengan gelombang kenaikan harga barang sehingga menyebabkan mereka akhirnya hilang motivasi untuk menumpukan sepenuhnya di tempat kerja
tangga kenaikan gaji naik di Malaysia melibatkan kakitangan awam sudah lama tidak disemak iaitu sudah 10 tahun lamanya. Berapa lama lagi kakitangan awam perlu tunggu?- Setakat ini, berdasarkan kajian dan angka yang diperolehi oleh pihak Cuepacs seramai 3,000 yang dikesan bermasalah ketika bekerja
Bagi Berita Semasa sendiri, jikalau kalangan kakitangan kerajaan yang sudah bekerja 10 tahun dengan kos sara hidup sekarang memang tidak cukup. Kecuali jika bertugas di pinggir bandar atau pedalaman.
Berita Semasa merasakan tiada keperluan mendasak untuk dilakukan semakan kenaikan gaji naik 2015 buat masa ini. Ini kerana yang paling penting adalah dilakukan semula adalah semakan elaun seperti elaun perumahan awam.
- Gred 17 dengan RM180 dengan duduk di kawasan bandar
- Campur elaun cola habis terus bajet untuk duit sewa
- Belum dicampur dengan perbelanjaan lain.
- Ini kerana kajian mendapati disebalik pengumuman kenaikan gaji naik melibatkan kakitangan awam mendapati pekerja swasta swasta akan turut terkena tempias dek beban yang menimpa mereka. Dimana, peniaga dan pemaju perumahan akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan produk mereka.
- Akhirnya yang perit gred-gred rendah ini juga.
Apakah cadangan anda bagi meningkat kualiti dan prestasi perkhidmatan kakitangan awam di Malaysia supaya kalangan penjawat awam yang bermasalah dapat dikurangkan daripada masa ke semasa?
P/S : Sekarang ini ada lebih ratusan ribu orang yang berminat untuk mohon kerja kerajaan. Diharap, yang sudah mendapat jawatan di sektor awam, sayanganilah dan hargailah kerja anda.