≡ Menu

Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta



(Kemaskini terkini pada: Aug 15, 2017)

Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta

Munasabahkah kalau tarif elektrik naik lagi selepas ini? Kalau ikut rekod keuntungan TNB sebelumnya, TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah peroleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.

tarif elektrik

Kemudian, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya peroleh untung bersih untuk tempoh berikutnya, separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu sejumlah RM1.343 bilion….

KUALA LUMPUR :  Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa ekoran kekurangan bekalan gas dialami oleh syarikat itu. Sehubungan itu, keuntungan bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2011 merosot 84 peratus kepada RM499.5 juta berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2010.

Dalam kenyataan pada sidang media hari ini, kumpulan itu berkata, keadaan itu telah menyebabkan pertambahan kos bahan api RM2.1 bilion ekoran kekurangan bekalan gas, sekali gus memaksanya menggunakan minyak dan sulingan yang berharga tinggi untuk menjana tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, beliau berpandangan bahawa akan menjadi satu cabaran bagi Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi dan ekoran penggunaan bahan api ganti yang mahal, keputusan suku pertama tahun kewangan semasa syarikat utiliti itu juga dijangka sama sebagaimana dialami pada suku keempat tahun kewangan lalu. Katanya, TNB sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai soal mendapatkan pampasan daripada Petronas. “Pampasan dalam bentuk tertentu diperlukan,” kata Che Khalib. (Sumber : MalaysianInsider)

Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%. Walaubagaimanapun, TNB tak setuju yang mereka monopoli industri tenaga sekarang ini…..Jawapan mereka ada pada paparan (gambar) di bawah ini…

Antara beberapa alasan yang popular diberikan rugi setiap kali menerima kerugian tempoh-tempoh tertentu beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga adakala menyebabkan mereka bertindak menaikkan tarif elektrik beberapa kali sebelum ini :

  1. ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
  2. kenaikan harga minyak/gas dunia
  3. kekurangan bekalan gas
  4. kenaikan harga arang batu
  5. kemerosotan permintaan

tnb malaysia

(Gambar Barisan pemain utama IPP di Malaysia)

Dan…kena tambah satu lagi faktor yang menyebabkan kadar keuntungan TNB jatuh adalah disebabkan pembelian mahal kuasa yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Untuk rekod, TNB terpaksa menanggung RM12.5 billion untuk beli kuasa daripada IPP berbanding tahun kewangan sebelumnya 2009 dengan RM11.8 billion. Tahun 2011, berapa pula tanggungan TNB terhadap IPP?

Punca kerugian TNB kali ini adalah disebabkan kebakaran pada Disember 2010 di blok Bekok yang terletak di pesisir 200km dari Pantai Timur Semenanjung. Penyambungan semula bekalan penuh dah berkali-kali ditangguhkan. Sehingga akhirnya TNB terpaksa beralih kepada bahanapi lain yang lebih mahal. Itu sebab mereka rugi banyak kali ini berdasarkan kenyataan TNB baru-baru ini.

Pelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli. Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya  sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini.

Menurut Petronas, kekurangan gas kerana harga gas subsidi (ha…yang ini siapa yang paling banyak dapat?) dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan ini telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas.

Tambah Petronas lagi,
  • Subsidi gas telah diberikan sejak tahun 1997 lagi sehingga menyebabkan permintaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan minyak meningkat melebihi keperluan
Yang menjadi persoalannya sekarang,  adakah jika bekalan bekalan dari Bekok C walaupun berjaya dipulihkan sepenuhnya, kekurangan gas akan berjaya diselesaikan? Secara faktanya, Malaysia bukan calang-calang rizab gasnya sehingga Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-14 di dunia dari segi rizab gas, mengikut laman web Malaysia Gas.
Setakat ini ada cadangan telah dikemukakan yang mana beberapa pengeluar tenaga bebas perlu berkongsi kos yang tinggi ketika ini. Mahu atau tidak, tidak diketahui lagi.

Pendapatan daripada gaji CEO dan elaun orang-orang di belakang pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikongsikan di bawah ini :

Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkan tarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi?

31 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Anoy 10:35 am

    kalau tnb untung che khalib naik gaji,
    tnb rugi che khalib kena turun gaji ka?
    ok tak deal ini?

  • 2 Rahimi 10:42 am

    – TNB beli gas subsidi Petroknas – rakyat kena tanggung
    – Petroknas dituntut pampasan oleh TNB – rakyat kena tanggung, lagi….
    – falsampah meniaga apa yang diorang ikut ni…

  • 3 Anti Kapitalis 10:51 am

    tahla..hati kuat aku rasa mcm kekurangan gas ini sesuatu yang dirancang sebagai alasan untuk Petronas buat untung lebih besar kat psran luar, lagi byk untung wooo….

    daripada jual rege murah kat sini. pendpat aku je…

  • 4 Muslim 11:43 am

    yang ini gaji CEO TNB sebulan ka setahun? Kalau sebulan…mak datuk.
    Giler apa diorang ni. kalau tarif leketrik murah, aku tak kisah. ni caj mahal
    dapat ulak gaji tinggi…

  • 5 Gurkha Pencen 11:47 am

    PATI yang masuk ke Malaya ni sewa rumah hanya untuk tidur aja. Siang hari ia bekerja.Jadi penggunaan elektrik di setiap isi rumah tak lebih RM 20. Subsidi yang di beri oleh TNB pada pengguna yang tidak melebihi RM 20 akan diperolehi oleh PATI ini. Rakyat Malaya kena cukai tapi PATI ini lari dari cukai dan dapat subsidi. TNB terpaksa mendukung biawak hidup ini. IPP dapat subsidi. Jana ke atau tak jana elektrik. TNB kena bayar dengan IPP berdasar pada kontrak yang dibuat oleh pemimpin terdahulu. Alasan kerugian TNB boleh meberi kelebihan untuk mereka menaikkan tariff elektrik di masa hadapan,

  • 6 Junta 11:51 am

    memang cantik

    syed mokhtar – Melayu
    lim goh tong – Cina
    Francis Yeoh – Cina
    Ananda Krishnan – India

    mungkin inilah yang najib harapkan selama ini, slogan 1Malaysia yang dia dok canang selama ini
    ini baru lah dinamakan konsep 1Malaysia
    semua bangsa dapat rasa kekayaan negara

  • 7 fasha sandha insaf 3:48 pm

    ok jugak tu..

  • 8 beejna 5:34 pm

    syabas buat warga BS…. satu kajian & fakta yang tepat dan meneyeluruh. kalah wartawan arus perdana. moga2 berita ini disebarkan seluas mungkin untuk rakyat jelata menilai sendiri, betapa KAPITALISnya perniagaan tenaga elekrik di Malaysia ini. Ini bukanlah yang pertama BS mendedahkan kepincangan TNB, tapi sehingga ini, Industri ini terus “KEBAL” untuk disiasat.

  • 9 Petai 5:56 pm

    korang ini tahu nak kutuk je
    bukan senang nak bekalkan letrik kat korang semua…
    yang korang tahu, bukak suis nak lampu on
    bagi aku setakat ni aku puas hati dengan servis TNB…

    kalau korang nak tahu, Kenaikan tarif 7% hanya cukup untuk menampung kenaikan harga gas saja tapi TNB masih terpaksa menampung subsidi untuk kenaikan harga arang batu.

    Memandangkan Amanah Saham Bumiputera merupakan antara pemegang ekuiti terbesar dalam TNB, semua pelabur ASB perlu menyokong sebarang kenaikan tarif letrik.

    Bukannya mahal sangat walaupun semakin meningkat. Lebih baik kita bayar bil lebih seringgit atau dua ringgit sebulan asalkan dividen ASB juga meningkat lebih tinggi hasil keuntungan TNB.
    Biarkan saja kaum bukan bumiputera pemalas semua melalak. Kaum miskin mundur macam cina memang kaki subsidi.

  • 10 Plant vs zombie 8:41 pm

    gila gaji tu. sedangkan kt kerja kerajaan minta naik cikit pn kerajaan tak bagi. mereka boleh plak gaji juta2. yang atas tu untuk sepuluh tahun, setahun atau sebulan. kalau sebulan mmg gila kaya. gaji aku yang kerja ni simpan 20 tahun pun belom tentu sampai 500ribu. tahniah tahniah tahniah…

  • 11 Azhar Tahir 9:56 pm

    gaji untuk setahun bro
    tu gaji kalau tnb rugi, kalau untung besau, aku rasa 7 keturunan tak larat nk mentekedarah diorang punya gaji….

  • 12 Linda 12:06 am

    Kalau TNB adalah syarikat monopoli yang tidak diikat kaki dan tangan dan boleh menaikkan harga sesuka hati yang menyebabkan hanya sikaya boleh menikmati cahaya dan simiskin hidup dalam kegelapan, pasti TNB akan rugi lebih besar sebab simiskin tidak akan berdiam diri melihat kesenangan dan kemeriahan sikaya. Sikap vandalisma simiskin akan menyebabkan pencawang-pencawang elektrik TNB banyak yang terbakar, tanggapannya biar sikaya dan simiskin sama-sama bergelap.

  • 13 Rakyat 1 Malaysia 1:32 am

    Pandangan yg bernas, tetapi sebagai pengguna kita perlu tahu mengapa tarif perlu dinaikkan bukan kita tak mampu bayar tetapi kenalah ada sebabnya. Mengapa TNB perlu beli dari IPP walaupun tahu IPP jual harga mahal kenapa tak jana sendiri elektrik (macam mana berniaga kalau buat sendiri boleh murah tapi nak juga beli yg mahal) itu namanya bodoh atau ada sebab yg tersembunyi. Fikirkanlah………….

  • 14 cICAK tOkek 8:27 am

    TNB rugi kerana membeli tenaga yang di jana oleh IPP pada kadar harga yang lebih tinggi? Macam mana boleh jadik macam tu????? Apa ke bodohnya orang yang buat perjanjiantu?. Tak pandai meniaga ke? Kalau IPP tu letak harga mahal, jangan beli. Ini nak mintak duit rakyat untuk mengayakan penjana IPP. Jangan kerana bangangnya orang yang draf perjanjian maka rakyat jadi mangsa!!!!!!!!!!! Tak paham akuk!

  • 15 eddie 1:13 pm

    TNB untung sebab jual aset…dah tiada apa nak jual…sebab tue rugi…kos operasi TNB memanglah tinggi, itu tidak dinafikan dengan subsidi yang tidak menampung kos operasi…

    so berjimatlah sikit terutama yang kawsan suka pasang lampun warna warni seperti kawasan di agungkan oleh BN yang dikatakan pihak pembangkang nak gadai kawasan tue…

    p/s: baru nak beli kereta Hybrid…Hybrid ambil tenaga letrik…letrik dari gas…dan gas dari bumi….apa beza kalau pakai petrol…sama aje konsep…renung2kan lah

  • 16 tutttt.... 12:30 am

    lps ni pakai lampu minyak tanah je..
    yg keje kilang gaji sbln RM700 tak naik2,yg gaji dh juta2 pun tak cukup lg..
    Masih ramai lg rakyat kt m’sia ni tak cukup mkn..

  • 17 msi 11:59 am

    ntah laa…dunia…dunia…zaman sekarang semua nak tamak haloba…xpikir bebanan rakyat..yg kaya senang lenang…yg miskin bertambah sengsara sengsara..

  • 18 haizzzz 12:34 pm

    aku ade 1 pandangan tp diharap korg buat kajian psl hal ni. kan ade alternatif len cth pakai solar. mmg pembelian solar agak mhl tp kalo di negara luar cthnye US, syarikat konsesi utiliti akan beli balik elektrik yg dijana dari system solar tersebut..mmg agak pelikkan?dan yg lg pelik, cthnye penggunaan 1 kilowatt=2 sen utk cas domestik,jual balik pada harga 9 sen per kilowatt..jd penduduk US boleh jana keuntungan dengan jualan balik ni. malah ada yg smpai m’cecah $3000 setahun.di Malaysia ade juga konsep ni tp xsilap xberi return value kpd pengguna..kalo betul gomen benar2 dan kearah bumi hijau,wat kajian atas perkara ni..ty.

  • 19 Wak Jawa 9:28 pm

    petronas jual minyak kepada TNB tak ada untung
    jual minyak kat jepun lagi untung.
    TNB sila pikir cara lain untuk generate tenaga…atau pun gulung tikar
    sudah, monopoli pun masih nak susahkan orang lagi

  • 20 seekers 12:53 pm

    ok mmg xdinafikan subsidi salah satu punca tnb rugi. tp ade sbb lain yg menyumbang pd kerugian tnb ni spt yg ditulis pihak admin. baca la smpai habis bro. penat admin tu terangkan, tp ade jgak org bg komen mcm xbaca je. bg anda mgkn xmahal, tp tgk la sedara mara yg dok kmpg tu. bukan nak m’harap subsidi sgt pun. kalu xde subsidi pun kite bleh hidup. tp tgk la org yg gaji kurang 1k tu. cm m’harap ketelusan kerajaan dlm m’uruskan DUIT RAKYAT je. setakat dividen dlm ASB tu, brp kerat la sgt kalu nak bandingkan dgn kos yg t’paksa ditanggung stp bulan. fikir skit bro.. jgn dongak ke langit je smpai lupe plak berpijak kat bumi

  • 21 Karut Sing Barua TV3 suku 12:36 am

    TNB rugi???…. Mungkin la tu kot..
    Gaji CEO saja dah RM100k lebih. Tak termasuk Board Commitee Members. Pastu duk beli plk tenaga dari IPP dgn harga tak sepatutnya. Padahal IPP dibiayai subsidi kerajaan.
    Negara ada hidro elektrik Bakun, Jeli dan sbgainya. Tapi rakyat dipaksa dengan penuh kekerasan supaya membayar harga elektrik yang mahal. Pemilik2 IPP yg hanya duk goyang kaki ketawa berdekah2 sambil masukkan duit dalam akaun bank masing2.
    Dlm masa sama TNB isytihar ianya sudah rugi ratusan juta.
    Apakah tujuan sebenar sandiwara ini dipersembahkan kpd rakyat???… Kerajaan BN sengaja memutar belitkan kenyataan supaya rakyat menjadi biol seperti penyokong2nya.
    Rakyat yg sokong kerajaan BN umpama badut2 sarkas, walaupun muka dicalit conteng penuh hina, diberi pakai spt orang gila tapi tetap juga tersenyum rela diperbodohkan..

  • 22 Karut Sing Barua TV3 suku 12:57 am

    Tolong jangan salah faham la saudara ku….Syed Mokhtar tu bukan melayu la…….
    Puak2 syed ni adalah keturunan ARAB BADUWI + PAKISTAN + BELANDA = SYED.

  • 23 zaki 1:04 pm

    bodoh…… yang dengki sgt ngn melayu tu knape? kalu semua tu cina ko senyap je kan? yang penting die beragama Islam..

    macam sial statement… kesian aku tgk ko ni… kalau ko tu hebat sgt bukak r ipp sendiri…tak berani kan? atau lgsg tak berusaha…

  • 24 annie 1:34 pm

    singapura baru2 ni umumkan akan menurunkan tarif elektrik negara itu berikutan penurunan harga dunia telah turun sejak 3 bulan lepas…..

  • 25 jas mersing 6:02 am

    Ada lagi orang melayu yang berfikiran macam Petai nie yek…..kesian.Diketawakan dek bangsa asinglah bangsa kita nie.

  • 26 jas mersing 6:05 am

    Kesian ko….berfikiran 50 tahun terkebelakang.

  • 27 jas mersing 6:13 am

    Itulah peninggalan pemimpin Malaysia.Itu sebab kene kekalkan pemerintahan,klau tak naye.Pemimpin yang tinggal kini pun dah tercungap2 nak pertahan jawatan.Dah kering idea nak yakinkan rakyat supaya trus mengundi utk trus berkuasa.Skrang kumpul seberapa banyak harta hantar/labur ke overseas,bila terpaksa….gooodbye rakyat.

  • 28 jas mersing 6:24 am

    JUNTA kenalah fikirkan ikut peratus ramainya satu2 kaum tu….kita yang tercicir dan tetipu sebenonya.

  • 29 staff tnb 12:23 am

    mcm2 komen. aku yg keje tnb susah hati kalau tnb terjual. kami semua ada kemungkinan kena berhenti keje. tnb masih dapat kawal IPP ni tapi apa yang tak dapat kawal adalah minyak diesel. petronas tidak dapat bekalkan gas secukupnya pada tnb. dgn ini tnb terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi tanpa subsidi. bila gas tiada dah tentunya minyak diesel digunakan. petronas menjanjikan gas mereka dapat dibekalkan selepas bulan 6 2012. semua ini tidak mengikut perjanjian. munafik org petronas ni.korang pikir la sendiri. kete pun kalau guna gas lg banyak jimat dr guna dieselkan. doakan tnb terus bertahan demi rakyat.

  • 30 SEB 10:02 pm

    Yg menghairankan, kalau tnb tak mampu habiskan kuota pembelian gasnya daripada petronas atas sebab2 spt major breakdown set tarbin, tnb juga masih perlu membayar baki kuota tersebut. dan lebih teruk lagi ia perlu dibayar berserta denda dari petronas. tapi kalau perkara sebaliknya berlaku, spt apa yg berlaku kpd pelantar petronas baru2 ini, tiada apa2 yg tnb boleh lakukan atas kekurangan bekalan tersebut. sepatutnya gantirugi yg sama harus dikenakan kepada petronas. inilah yg akan berlaku jika perjanjian itu tidak seimbang.

  • 31 mr.sam 9:55 am

    apa nie??? TNB boleh rugi ke? betul ke nie? atau ini ada sangkut pautnya dengan politik? cukup2 la mengutuk rakyat tu! tak masuk akal tau, satu syarikat koprat gergasi boleh rugi. “HELLO TUAN TUAN BESAR” kami semua rakyat 1malaysia nie ada sekolah tau!!

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini