Tangga Gaji Pensyarah Universiti DG52 (RM6439.44 = 10 Tahun) VS Gaji Guru Sekolah DG52 (RM6322.59 = 8 Tahun)! Tidak Adil?


Tangga Gaji Pensyarah Universiti DG52 (RM6439.44 = 10 Tahun) VS Gaji Guru Sekolah DG52 (RM6322.59 = 8 Tahun)! Tidak Adil?

Tiada universiti yang memberikan kenaikan pangkat kepada para pensyarah berdasarkan time based walaupun seseorang pensyarah mempunyai kelulusan yang tinggi berbanding kalangan guru di Malaysia, ditambah dengan beban dan tanggungjawab yang lebih besar. 

tangga gaji guru

Inilah antara rintihan yang dialami kalangan pensyarah hari yang mana disuarakan oleh Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC).

Mereka merasakan sudah tiba masanya pensyarah universiti dinaikkan pangkat berdasarkan timebased seperti jabatan kerajaan yang lain khususnya seperti guru sekolah.

Melihatkan beban tugas guru hari ini, persatuan akademik merasakan kalangan guru hanya :

  • membuat kerja pengurusan
  • tidak perlu membuat penyelidikan
  • Perundingan, penulisan, pengajaran dan sebagainya

Tetapi apabila tiba masa time based atau khidmat guru dianggap cemerlang maka guru akan dapat naik pangkat dengan mudah. Kecemerlangan mereka dinilai pada satu aspek sahaja. Akan tetapi bagi pensyarah universiti kecemerlangan mereka adalah terlalu luas dan wajib dilaksanakan kesemuanya.

Bagi guru pula pelbagai saluran naik pangkat yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) antaranya :

  • Time Based
  • Guru Pakar
  • Pengetua, Penolong kanan
  • Guru Panel
  • Guru Besar/Pengetua Cemerlang
  • Sekolah Premier
  • Kenaikan pangkat di PPD, Jabatan, Bahagian, Kementerian

Sebaliknya pensyarah Universiti tidak memegang sesuatu jawatan hakiki, sebaliknya mereka hanya diberikan elaun jawatan sahaja secara giliran atau tempoh tertentu seperti :

  • Ketua Jabatan
  • Timbalan Dekan, Dekan
  • Ketua PTJ

Hakikatnya, kenaikan pangkat pensyarah universiti adalah terbuka tetapi hakikatnya agak sukar untuk dicapai dek kerana penilaian yang terlau subjektif yang mana pensyarah tidak tahu yang mana satu yang perlu dibuat penekanan.

Berbanding guru sekolah yang lebih beruntung selain daripada kenaikan pangkat secara time based, NUTP adalah amat kuat untuk mendesak menteri KPM mengadakan lebih banyak jawatan kenaikan pangkat secara hakiki dengan lasan kononnya untuk mertabatkan profesion perguruan. Akhirnya profesion guru menjadi sebutan ramai kerana cepat naik pangkat, malangnya peluang itu tidak dinikmati kalangan pensyarah hari ini

Dan gelaran Profesor Madya & Profesor yang sebenarnya menyekat kenaikan pangkat pensyarah universiti.

Perbandingan Tangga Gaji Pensyarah Universiti (DS) VS Guru Sekolah (DG), “N”, “J”

  1. Tangga gaji bagi DG52 P1T1 bermula pada RM4900.47 manakala DS52 bermula pada RM4573.47. Ini bermakna DS52 lebih rendah sebanyak RM327.00. Walaupun gaji pensyarah yang akhir adalah sedikit lebih besar dari guru iaitu sebanyak RM 116.85 akan tetapi ia mengambil masa 10 tahun berbanding dengan huru hanya 8 tahun sahaja rujuk Jadual 5(a) seperti di atas
  2. Tangga gaji bagi DG54 P1T1 bermula pada RM5167.64 manakala DS54 bermula pada RM4842.03. Ini bermakna DS54 lebih rendah sebanyak RM325.61 rujuk Jadual 5(b). Nampak jelas di sini walaupun gaji akhir seorang pensyarah hanya sedikit lebih besar dari guru akan tetapi guru adalah lebih untung dari pensyarah. Ini disebabkan mereka hanya mengajar di peringkat sekolah menengah atau rendah dengan kelulusan ijazah sarjana muda sahaja.
  3. Sedangkan pensyarah universiti dengan kelulusan sarjana atau Ph.D mengajar di peringkat sarjana muda, sarjana dan Ph.D, di samping pelbagai beban akademik, pentadbiran dan kemasyarakatan yang perlu dibuat.
  4. Bagi guru sekolah kenaikan pangkat secara time-based dari DG41 ke DG44 ialah 10 tahun tanpa syarat, tetapi tidak ada time-based untuk pensyarah universiti.

Semakan Gaji Pensyarah Universiti : Saranan & Harapan Pensyarah?

  1. Semua pensyarah universiti dinaikkan pangkat sekurang-kurangya kepada Gred DS54 sebelum mereka bersara.
  2. Dengan adanya kenaikan secara ini maka bermakna tidaklah sesaorang pensyarah universiti kekal pada Gred DS45 atau Gred DS52 terlalu lama atau sehingga bersara akan tetapi mereka sepatutnya diberi penghargaan terhadap jawatan mereka sebagai pensyarah universiti berdasarkan time-based.
  3. Untuk pensyarah yang dinaikkan pangkat melalui saluran bukan akademik atau time-based adalah dicadangkan agar mereka tidak diberi gelaran Profesor Madya atau Profesor. Ini adalah untuk membezakan sama ada kenaikan pangkat itu berdasarkan kecemerlangan akademik atau time-based. Walau bagaimanapun kenaikan pangkat bukan secara akademik dicadangkandiberi kan sekali sahaja

Apa respon balas anda melihatkan saranan Majlis Persatuan Akademik Malaysia kali ini melihatkan ketidakadilan tangga gaji pensyarah universiti berbanding guru sekolah?