Tangga Gaji Pensyarah Universiti DG52 (RM6439.44 = 10 Tahun) VS Gaji Guru Sekolah DG52 (RM6322.59 = 8 Tahun)! Tidak Adil?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tangga Gaji Pensyarah Universiti DG52 (RM6439.44 = 10 Tahun) VS Gaji Guru Sekolah DG52 (RM6322.59 = 8 Tahun)! Tidak Adil?

Tiada universiti yang memberikan kenaikan pangkat kepada para pensyarah berdasarkan time based walaupun seseorang pensyarah mempunyai kelulusan yang tinggi berbanding kalangan guru di Malaysia, ditambah dengan beban dan tanggungjawab yang lebih besar. 

tangga gaji guru

Inilah antara rintihan yang dialami kalangan pensyarah hari yang mana disuarakan oleh Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC).

Mereka merasakan sudah tiba masanya pensyarah universiti dinaikkan pangkat berdasarkan timebased seperti jabatan kerajaan yang lain khususnya seperti guru sekolah.

Melihatkan beban tugas guru hari ini, persatuan akademik merasakan kalangan guru hanya :

  • membuat kerja pengurusan
  • tidak perlu membuat penyelidikan
  • Perundingan, penulisan, pengajaran dan sebagainya

Tetapi apabila tiba masa time based atau khidmat guru dianggap cemerlang maka guru akan dapat naik pangkat dengan mudah. Kecemerlangan mereka dinilai pada satu aspek sahaja. Akan tetapi bagi pensyarah universiti kecemerlangan mereka adalah terlalu luas dan wajib dilaksanakan kesemuanya.

Bagi guru pula pelbagai saluran naik pangkat yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) antaranya :

  • Time Based
  • Guru Pakar
  • Pengetua, Penolong kanan
  • Guru Panel
  • Guru Besar/Pengetua Cemerlang
  • Sekolah Premier
  • Kenaikan pangkat di PPD, Jabatan, Bahagian, Kementerian

Sebaliknya pensyarah Universiti tidak memegang sesuatu jawatan hakiki, sebaliknya mereka hanya diberikan elaun jawatan sahaja secara giliran atau tempoh tertentu seperti :

  • Ketua Jabatan
  • Timbalan Dekan, Dekan
  • Ketua PTJ

Hakikatnya, kenaikan pangkat pensyarah universiti adalah terbuka tetapi hakikatnya agak sukar untuk dicapai dek kerana penilaian yang terlau subjektif yang mana pensyarah tidak tahu yang mana satu yang perlu dibuat penekanan.

Berbanding guru sekolah yang lebih beruntung selain daripada kenaikan pangkat secara time based, NUTP adalah amat kuat untuk mendesak menteri KPM mengadakan lebih banyak jawatan kenaikan pangkat secara hakiki dengan lasan kononnya untuk mertabatkan profesion perguruan. Akhirnya profesion guru menjadi sebutan ramai kerana cepat naik pangkat, malangnya peluang itu tidak dinikmati kalangan pensyarah hari ini

Dan gelaran Profesor Madya & Profesor yang sebenarnya menyekat kenaikan pangkat pensyarah universiti.

Perbandingan Tangga Gaji Pensyarah Universiti (DS) VS Guru Sekolah (DG), “N”, “J”

  1. Tangga gaji bagi DG52 P1T1 bermula pada RM4900.47 manakala DS52 bermula pada RM4573.47. Ini bermakna DS52 lebih rendah sebanyak RM327.00. Walaupun gaji pensyarah yang akhir adalah sedikit lebih besar dari guru iaitu sebanyak RM 116.85 akan tetapi ia mengambil masa 10 tahun berbanding dengan huru hanya 8 tahun sahaja rujuk Jadual 5(a) seperti di atas
  2. Tangga gaji bagi DG54 P1T1 bermula pada RM5167.64 manakala DS54 bermula pada RM4842.03. Ini bermakna DS54 lebih rendah sebanyak RM325.61 rujuk Jadual 5(b). Nampak jelas di sini walaupun gaji akhir seorang pensyarah hanya sedikit lebih besar dari guru akan tetapi guru adalah lebih untung dari pensyarah. Ini disebabkan mereka hanya mengajar di peringkat sekolah menengah atau rendah dengan kelulusan ijazah sarjana muda sahaja.
  3. Sedangkan pensyarah universiti dengan kelulusan sarjana atau Ph.D mengajar di peringkat sarjana muda, sarjana dan Ph.D, di samping pelbagai beban akademik, pentadbiran dan kemasyarakatan yang perlu dibuat.
  4. Bagi guru sekolah kenaikan pangkat secara time-based dari DG41 ke DG44 ialah 10 tahun tanpa syarat, tetapi tidak ada time-based untuk pensyarah universiti.

Semakan Gaji Pensyarah Universiti : Saranan & Harapan Pensyarah?

  1. semua pensyarah universiti dinaikkan pangkat sekurang-kurangya kepada Gred DS54 sebelum mereka bersara.
  2. Dengan adanya kenaikan secara ini maka bermakna tidaklah sesaorang pensyarah universiti kekal pada Gred DS45 atau Gred DS52 terlalu lama atau sehingga bersara akan tetapi mereka sepatutnya diberi penghargaan terhadap jawatan mereka sebagai pensyarah universiti berdasarkan time-based.
  3. Untuk pensyarah yang dinaikkan pangkat melalui saluran bukan akademik atau time-based adalah dicadangkan agar mereka tidak diberi gelaran Profesor Madya atau Profesor. Ini adalah untuk membezakan sama ada kenaikan pangkat itu berdasarkan kecemerlangan akademik atau time-based. Walau bagaimanapun kenaikan pangkat bukan secara akademik dicadangkandiberi kan sekali sahaja

SUMBER : Kertas Kerja MAAC Skim Penambahbaikkan Perkhidmatan Pensyarah IPTA.

Apa respon balas anda melihatkan saranan Majlis Persatuan Akademik Malaysia kali ini melihatkan ketidakadilan tangga gaji pensyarah universiti berbanding guru sekolah?



Share.

324 Comments

  1. Perghh…kalau macam inilah gajinya. Baik jadi cikgu. Cikgu lagi mewah dpd lecturer. keje pun senang, boleh balik awal pulak tu. Cuti sekolah pun, cikgu cuti sama…

  2. Kalau pensyarah politeknik, lagi lah malangnya, ada master ke PHD ka, takda benefit pa, nak naik pangkat kemain banyak songeh. pui!

  3. Saya pun merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA, sudah pun bekerja selama 7 tahun lamanya. Alhamdullilah saya kini merupakan Pensyarah Kanan. Syukur.

    Pendapat saya tugas sebagai pensyarah bukanlah mudah seperti yang disangka-sangkakan. Perlukan usaha yang kuat, kena rajin dan perlu bijak mencari peluang.

    Kenaikan pangkat pensyarah tidak bergantung kepada timed based, tetapi ianya bergantung kepada performance kita..jadi sekiranya hendak merasa pangkat yang lebih tinggi, Pensyarah perlu bekerja kuat tidak mengira masa dan tenaga. Tidak seperti skim guru yang jauh lebih mudah dan kurang mencabar. Tetapi tidak adil kepada pensyarah di Malaysia.

  4. Baik kerja askar.. Gaji askar pangkat Kapten dah RM 4300. Elaun rumah RM450, Elaun Keraian RM 400, Cola RM 300 dan lain-lain yang semua nya berjumlah RM 5700++.
    Aku baru service 5 tahun.. Muahahaha..

  5. Artis Malaysia on

    ALA, JADI ARTIS LA BEST, KORANG BELAJAR BAGAI NAK GILE TIME SKOLAH APE DAPAT? TGK AKU, MUKE LAWA, HENSEM, SENANG SENANG DAPAT JOB. SEKALI JOB RIBU RIBU BEB, KEJE 3 TAHUN, BULEH PAKAI RUMAH APARTMENT, SIAP ORG SPONSOR LAGI…YANG MANE LAWA, TEMPEK JE ORG KAYA, JALAN JALAN OBERSEA, LIFESTYLE AWESOME, KORANG KEJE JE LA SAMPAI BILE2

  6. salam.mu cakap molek halim.guru banyak keja jugak.orang luar buleh ckp guru keja senang.try skali jadi cikgu tengok

  7. Jom lihat senarai tugas guru 2014
    1 E-Operasi
    2 E-Pangkat
    3 E-Prestasi
    4 HRMIS
    5 SPLG
    6 E-Tukar
    7 E-Profil
    8 SPPBS
    9 Psikometrik
    10 E-SPTS
    11 APDM
    12 SPS
    13 SAPS
    14 SARANA IBU BAPA
    15 Guru Penyayang
    16 Mentor Mentee
    17 Minda Sihat
    18 L4
    19 Konsep Kendiri
    20 DWEN
    21 VLEFrog
    22 e-Nilam
    23 zoom A
    24 EMIS
    25 SSDM
    26 SSQS
    27 NKRA – LINUS
    28 e-kehadiran
    29 IQ-PSS
    30 PROTIM
    31 1M1S
    32 Myspata
    33 E-mateks for spbt
    34 E-bulk for spbt
    35 Ujian komptensi ICT
    36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
    37 penandaan buku latihan, bla
    38 gubal soalan ujian
    39 penghasilan abm
    40 persediaan buku rekod mengajar
    41 penetapan etr / kpi setiap subjek
    42 aktiviti persatuan
    43 aktiviti sukan
    44 aktiviti koakedemik
    45 kajian tindakan
    46 spsk (johor)
    47 keceriaan kelas
    48 latihan kebakaran dan kecemasan
    49 kem motivasi
    50 kemaskini fail kurikulum
    51 program susu sekolah
    52 program pemulihan pengayaan
    53 peka/pafa
    54 pelaporan guru bertugas harian
    55 program sekolah selamat
    56 pelaporan kantin
    57 persiapan padang dan balapan
    58 program akses kendiri
    59 program pecutan upsr/pmr/spm
    60 kelas tambahan cuti sekolah
    61 projek hikmah
    62 galeria sekolah
    63 pengurusan stok dan rekod
    64 pengurusan panitia
    65 tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kurss, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll

  8. John Abraham on

    Aku setuju dgn ko Artis Malaysia. Tak payah nk pecahkan kepala buat deg bagai… Dapat income seciput jer pon! Kalo jd artis, 2,3 thun dah dpt beli umh mewah dan keta mewah dah

  9. rempit terlampau on

    aah jd artis best, xde epf xde pencen, dah tua kang masuk paper mintak simpati sakit itu sakit ini, nasib xterbela bagai.

  10. Adil Ka Dunia on

    Malas nak pk la paham2 sendiri la gaji besau2 pon klu kija objektif x tercapai. nti kt kubur jawab la soalan byk2 ingat senang dunia senang akhirat ka..

  11. skim gaji yg ditunjukkan dalam berita semasa ini sememangnya salah..utk time based guru berkhidmat 8 thn dr dg41 ke dg44 seperti tiada time based jugak kerana ada syarat2 lain sukar untuk capai bermula 2013. dari dg44 ke dg48 jugak timebasednya 8 thn dgn pelbagai syarat.. syarat2 ini samada dg41 ke dg44 atau dg44 ke dg 48 saya kira amat sedikit yang boleh mencapai, tak silap jika saya kataka mungkin hanya 10% shj guru yang dpt mencapainya.

  12. Tangga Gaji Pensyarah Universiti DG52 (RM4900.47 = 10 Tahun) VS Gaji Guru Sekolah DG52 (RM4573.47 = 8 Tahun)! Tidak Adil?
    untuk guru
    dg41 ke dg 44= 8thn time based+ pelbagai syarat
    dg 44 ke dg 48= 8thn timebased + pelbagai syarat
    dg48 ke dg52 = 6thn timebased + pelbagai sayrat
    dan jika dg41 ke dg52 adalah 22 tahun dengan pelbagai syarat yang hanya sebilangan kecil sahaja dapat

  13. cgu nak naik dg52 kena tunggu time based 20 la dol..
    pensyarah ada sampai 20 tahun??
    pensyarah 10thn dh ble naik 52 klu ada phd & kerja bagus..

    smbang kat org bodoh ble la..choi

  14. Terima kasih saudara yang disenaraikan itu memang menjadi tugas guru zaman sekarang.Kalau inginkan ganjaran, ikut kami menyuarakan melalui persatuan guru . Yang kami peroleh ini sebenarnya telah disuarakan lebih sepuluh tahun yang lalu, bukan minta tahun ini tahun depan dapat. Ia melalui satu proses yang panjang. Jumpa lagi.

  15. Balik awal ye? Itulah persepsi orang yang tak pernah berubah..kami buat kerja tgh2 mlm kat rumah takde sapa yang tahu…sekarang ni segala mak nenek online ada..kalau laju takpe..ini lembab…kat sekolah x payah cerita laa macam2 hal…saya tak kisah kalau pensyarah nak fight utk gaji diorang..silakan..tp persepsi terhadap tugasan guru tolong perbetulkan

  16. omak najib on

    jgn la nak marah cikgu r seapao yg naik gaji 2…ketidak adilan ini berpunca dr kerajaan yg d beri amanah…kalu xpuas hati..jgn salahlan mane2 perkerjaan n jawatan…tapi salahkan mereka2 yg berkuasa yg sengaja tidak berlaku adil

  17. Ermmm.. macam mana pulak dgn pensyarah di IPTS? saya mengajar di IPTS ade degree, tapi gaji basic RM1400. Elaun cuma ada 2. Total RM1700 (belum tolak KWSP). Bukan nk gaji tinggi macam guru sekolah, tapi wajarkah lepasan ijazah dibayar RM1400 sebulan dan kerja saya mengajar, bukan kerani. Harap kerajaan letak gaji minimum yg wajar utk sektor swasta juga.

  18. Iby Izani on

    Kerja pensyarah susah,jadi cikgu pun susah,jadi doktor lg susah.Nak cara muda jadi pemain bola profesional.. Kelulusan tk tinggi,cari mkn dgn kaki.. Sebulan boleh jangkau rm 80k.Yg tak ada SPM pun gaji cecah rm 30k sebulan.Kalau dihitung main 7 thn dah cukup untuk langsaikan apa sekali pun.Walau tk ada pencen,belanja kena jimatlah.Duit dpt seketul tiap tiap bulan.

  19. jauh lebih mudah & kurang mencabar…????itu tanggapan zaman dahulu la puan….cuba buka semula dasar baru yang digubal dalam pendidikan sekolah rendah…cuba baca balik ye puan..mesti puan boleh faham dasar tu dengan baik sebab puan pensyarah…. =)

  20. Kalau ada yang kata kerja cikgu menimbun.. (dari segi kerja2 pengurusan dan pentadbiran).. saya rasa sekarang mungkin ya la.. rasional kenaikan gaji guru itu berdasarkan apa? naik gaji.. kerja mcam tu jugak.. sama je.. justified ke kenaikan tu? mesti ada penambah baikan..kan..kan.. jgn la cakap beban.. *nak bagi cili sikit jangan marah ya* kalau ada guru yang mampu buat tuition kat rumah atau di mana2 pusat tuition after school tu mcmn plak ya? standard pendidikan nak ditambah baik.. mestilah orgnya ditambah baik jugak kan.. jgn la mengeluh bila cuti sekolah tak dapat CUTI juga.. skim2 lain ada cuti tahunan dan cuti sakit je kawan2 guru sekalian..

    Mmg skim pensyarah dah lama tak ada review on the salaries.. betul.. kita kena tengok juga keperluan tersbut. Kalau skrg nk jadi pensyarah at least kena ada Masters.. ada juga sesetengah Universiti yg menetapkan PhD sbg taraf kelayakan.. Review mmg perlu. Taraf dan tahap pengajaran.. Bidang kelayakan dan professionalisma sebagai agen penyelidikan.. pembentang kertas2 kerja dasar.. dll pun kena ambil kira. Bukan nak menyebelahi sesiapa.. Saya setuju jika perjawatan2 yg dah lama tak review tu.. dikaji semula.. dari segi struktur perjawatan, gaji dan lain2 elaun.. termasuk skim teknikal dan kecemasan macam Bomba dan Jururawat..

  21. Anonymous on

    Jadi askar je la. Ijazah kapt da tentu 3k keatas dah gaji baru servis…2 pon lau layak hehe

  22. Anonymous on

    Jadi askar je la. Ijazah kapt da tentu 3k keatas dah gaji baru servis…2 pon lau layak masuk hehe

  23. Anonymous on

    tak ada isu perbandingan, kerana perbandingan bakal mengundang sensasi selar menyelar… gaduh tak tentu hala.

    Beza yang paling KETARA diantara pensyarah IPTA (Universiti Penyelidikan) dan guru:
    PENYELIDIKAN & PENERBITAN IMPAK TINGGI ANTARABANGSA
    kalau kalian faham apa itu semua, barulah faham kenapa kami rasakan perlu ada semakan gaji kami.

  24. 1MALAYSIA on

    maaf bercakap….kebanyakkan pensyarah2 di IPTA adalah bekas2 guru yang menyambung master semata-mata kerana nak cabut lari ke IPTA sebab tak tahan dengan bebanan kerja di sekolah…saya ada beberapa rakan yang sebegini rupa….bila sampai di IPTA mereka tak berpuas hati pula kerana kenaikan pangkat amat sukar dan terdapat persaingan hebat drp senior2 dan yang rajin buat penyelidikan…..sekarang nie nak bandingkan pula dengan guru….apa semua ini? siapa suruh mereka masuk jadi pensyarah? kalau tau guru lebih tinggi gaji, maka join lah jadi guru….depa nak kerja goyang kaki + gaji besar2…….yang sukar naik pangkat ini di IPTA adalah kaki2 mengular……bab2 research apa pun tak tau…cuba tanya student2 master/phd di IPTA…mereka akan berikan respon kualiti pensyarah kita di IPTA….

  25. As salam, Isu disini bukan la nak lawan sape lebih mencabar di antara guru dan pensyarah, kedua2 nya mencabar dan sama penting dalam sumbangan pendidikan negara. Isunya adalah peluang kenaikan pangkat tu biarlah adil dan selaras, itu je.

    Sebagai pensyarah nak naik pangkat KPI bergantung kpd orang luar(barat)….journal kena publish diperingkat international, local x ambil kira ….

  26. 1MALAYSIA on

    DG41 – DG44: 8 tahun
    DG44 – DG48: 8 tahun
    DG48 – DG52: 6 tahun
    jadinya guru mengambil masa paling cepat 20 tahun untuk sampai DG52 (itupun kalau clear markah prestasi, dan diskong bos)…..kalau anda nak tau…di IPTA pelajar lepasan PHD baru umur 28 boleh join gred DS 52 terus…tak payah pengalaman perkhidmatan terdahulu…nampak?….so apa beza cikgu dengan pensyarah?……bolehkah fresh graduate PHD join jadi cikgu dapat gred DG52?

  27. tak ada isu perbandingan, kerana perbandingan bakal mengundang sensasi selar menyelar… gaduh tak tentu hala….
    itulah pekerja yang dihasilkan oleh malaysia NEGARA MAJU.

  28. 1MALAYSIA on

    boleh saya tahu berapa ramai pensyarah IPTA yang buat benda impak tinggi ini?….pensyarah IPTS lagi ramai….

  29. salimaman on

    Kenapa cikgu sibuk2 nak buat keje pentadbiran dan pengurusan? Tu la.. ptd nak masuk tolong jaga pentadbiran n pengurusan tak nak.. degil.. keras kepala.. sekarang, padan muke la.. hahahaha

  30. 1MALAYSIA on

    beribu-ribu pensyarah IPTA yang buat part time dengan OUM, wawasan university, dan UNISEL, dsb…tak nak persoal kah?…mereka kerja untuk siapa?…kalau cikgu buat tuisyen beberapa ratus dah kena sound…yang depa nie sebulan berpuluh-puluh ribu senyap jer…ada anda menilai kualiti lepasan universiti? jika tidak mengapa menilai pelajar lepasan sekolah?

  31. apa2 pun kalangan guru kena bersyukur diatas rezeki yg b’tmbah.Tahniah kpd kesatuan2 guru yg sering berusaha memartabatkan profesion guru dan upah.Manakala para pensyarah pula perlu mencari ruang dan peluang utk mengetengahkan bukti kukuh mengapa nilai upah mereka sangat wajar ditingkatkan. Bukan dgn merendahkan2 sumbangan dan hasil kerja pihak lain yg dijadikan sbg bukti utk menjayakan hasrat tersebut.Saya yakin dan percaya para pensyarah kita mempunyai idea yg bernas yg boleh dijana utk mencapai apa yg dihasratkan.SELAMAT BERJUANG….

  32. aku bukannya nk menyebelahi sesiapa..tapi kalau korang nk tau sekarang ni cikgu lagi la bertambah-tambah senang sebab sudah ada pembantu, iaitu pemb. tadbir P/O bertaraf pekerja harian sambilan yg diberi gaji harian. jawatan ini diwujudkan oleh Kem Pendidikan m’sia adalah untuk membantu meringankan kerja2 guru. Nah kita lihat sekarang cikgu2 sudah dapat menaik nafas lega……terutama sekali guru2 yg mengajar di sekolah2 di negeri kedah dan sabah, sebab 2 negeri ini sudah pun melaksanakan jawatan ini…

  33. aku bukannya nk menyebelahi sesiapa..tapi kalau korang nk tau sekarang ni cikgu lagi la bertambah-tambah senang sebab sudah ada pembantu, iaitu pemb. tadbir P/O bertaraf pekerja harian sambilan yg diberi gaji harian. jawatan ini diwujudkan oleh Kem Pendidikan m’sia adalah untuk membantu meringankan kerja2 guru. Nah kita lihat sekarang cikgu2 sudah dapat menaik nafas lega……terutama sekali guru2 yg mengajar di sekolah2 di negeri kedah dan sabah, sebab 2 negeri ini sudah pun melaksanakan jawatan ini…

  34. Pensyarah yang isterinya guru on

    paling lambat le.. bukan paling cepat… kalau perform boleh cepat lagi drp 20 thn…

  35. Anonymous on

    mslnye senarai byk2 ni cikgu buat ke??yg e tu byk tala ke kerani je..

  36. Ahmad Dug on

    Sebenarnya kerja cikgu ni memang susah… Pensyarah senang je tau…
    Sebab apa senang,,, Pertama sekali, mesti tau membuat donut… sebab senang nak buat rekod dunia..
    Kedua pulak, mesti pandai mencanting batik, itu pun untuk rekod dunia jugak… dan dan dan…
    yang terakhir setakat ni, pensyarah-pensyarah mestilah fizikal kuat dan pandai senaman aerobik,,, leh wat rekod dunia lagi… bersenam 88 jam pulak ke…

    Kah kah kah.. Kah kah kah.. Kah kah kah…

    p/s: Kalau ini lah yang dihasilkan oleh pelajar universiti kat malaysia, alamatnya ghaib la pekerja-pekerja anak tempatan 10 – 20 tahun akan datang… Kah kah kah…

  37. razif…sy setuju la sgt2 dgn statement u ni..PPPT la yg paling tersepit. Even cuti semester pn keja masih lagi betimbun. Gaji lebih kecik berbanding pensyarah IPTA lain n lebih kecik dari Cikgu…Setiap malam bawa balik kerja, Sabtu n Ahad pun turun kerja (Kolej Komuniti). Lps tu pentadbiran n pengurusan pun PPPT pegang. Tiada istilah P/O tadbir, P/O kewangan..semua PPPT sapu buat…

  38. Pak Tukang on

    Dulu ramai guru yang kat sekolah ambil master nak jadi lecturer untuk cepat naik pangkat. Sekarang apa dah jadi. he…he.. he…

  39. jgn terlalu mengeluh..Allah telah bg hambanya kesenangan dan kecukupan.kalau mengeluh,sampai bila pun rahmat jauh dari anda..moga kita semua sentiasa bersyukur dan di dalam rahmatnya.tp x salah menyuarakan pendapat dan hak.lecturer is teacher also.tq all my cikgu and lecturer

  40. Salam Sayang,

    Penyarah tak perlu merungut tentang gaji. Yang penting ikhlas dan bersyukur apa yg ada. Jangan jadi seperti Prof Agus yang lupa daratan. Dia lupa bahawa UMNO/BNlah yg bagi segala kemudahan sehingga bergelar seorang penyarah tapi bila pegang jawatan tinggi terus melupakan jasa UMNO/BN kerana terhasut oleh dakyah jahat pembangkang. Prof Agus patut dipecat kerana kita tak mahu dia mempengaruhi siswa-siswi membenci kerajaan UMNO/BN.

    Akak seru semua penyarah dan guru undilah UMNO/BN demi keberkatan hidup dunia akhirat. Harus diingat gaji anda dibayar oleh UMNO/BN bukannya pembangkang. Kalau undi pembangkang dikhuatiri gaji anda menjadi haram. Wallahulam.

    Akak bangga menteri UMNO/BN semua ada PHD. Mat Sabun pula belajar jurusan pemakanan pun tak habis. Pro Syiah lagi. Itu pun boleh jadi orang besar PAS.

  41. UMNO Muda on

    sokong akak senah. PR umpama telur masin. sedap dimakan tapi memudaratkan.

  42. Anonymous on

    tukang sapu pun akan cakap sama…aku pun teruk juga kerja menyapu dan membersihkan kawasan…tapi dia ada Master? PhD?

  43. Janji kerja kuat on

    Kecoh la korng…syukur la ade kje..ade gaji…klu bnyak cekadak sgt bkak sekola @ universiti sendri la…klu rase gaji xckup nape pilih profesion pendidikan..nk duit banyak bukak bisnes la lenchai…xpyh mkn gaji..:p

  44. pensyarah gaji kurang dengan cikgu pun masyuk bnyk…claim x ingat….selagi boleh claim, deme claim je…xpe la kurang sket pun gaji tu….dah masyuk lain pun banyakkk

  45. Macam ni ker golongan pendidik kita. Tak kirala guru or pensyarah, bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya bagilah idea yang bernas.. ini tidak menuduh, bertelagah dsb. Takut saya memikirkan masa depan anak saya sekiranya ada golongan pendidik begini….

  46. Apabila org bodoh berkata-kata,jadilah mcm komen kt atas nh.. ntah apa-apa ntah senah

  47. anda memang hebat Dutz…
    itu belum lagi kes budak2 kurang ajar dgn guru…??
    then, pagi2 kena lepaks depan sekolah sambut budak2 datang sekolah start dr 7.00 pagi…
    kn sambut budak2 satu sekolah BRO…
    kemudian kena menghadapi SSPBS yang akan ditangguhkan ke tahun 2014 sebab KPM baru
    sedar server online nya berproblem…
    kn berjaga lagi lah macam ni….

  48. ko nak senang cuba la sambung phD.. tgk leh lepas ke x… blajar nak smpai degree, tp nak compare ngan org phD..

  49. Di private sector, gaji engineer sekurang2nya 1.5 kali ganda kalau banding dengan technician. Mengapa? Engineer kerja guna intellectual and hasil R&D. Kerja technician banyak tapi tak payah perlu intellectual yang setinggi dengan engineer.

    Pensyarah perlu Phd degree dan guna wang sendiri untuk buat RESEARCH sampai 5 tahun. Tak semesti semua orang boleh graduate. Hanya top 5% dalam mahasiswa dalam university boleh akhirnya dapat PhD.

    Kalau tak ubah skim untuk pensyarah, memang bodoh sekali. Siapa lagi mahu buat PhD? Pensyarah mengapa mahu kerja susah dalam R&D.

    Macam ini boleh jadi Negara maju?

    Tengok lah Singapore. Gaji pensyarah jauh lebih tinggi daripada guru biasa.

    Nanti ada orang cakap kalau tak suka pergi Singapore la. BODOH mindset.

  50. Guru mesti faham mereka boleh jadi guru kerana pensyarah ajar mereka. Pensyarah ada PhD, guru hanya sajarna muda. Kalau kira, master 2 tahun, PhD 5 tahun = 7 tahun. Bukan semua orang boleh lulus master atau PhD.

    Guru jangan hina pensyarah. Gaji guru sudah tinggi. Jangan cemburu sebab pensyarah yang ada intellectual tinggi boleh dapat gaji lebih tinggi.

    Tanya sendiri, boleh guru jadi pensyarah tak?

    Tanya sendiri, kalau guru and pensyarah same level. Tutup saja universiti. Malaysia perly hanya ada guru cukup la.

  51. Guru mesti faham mereka boleh jadi guru kerana pensyarah ajar mereka. Pensyarah ada PhD, guru hanya sajarna muda. Kalau kira, master 2 tahun, PhD 5 tahun = 7 tahun. Bukan semua orang boleh lulus master atau PhD.

    Guru jangan hina pensyarah. Gaji guru sudah tinggi. Jangan cemburu sebab pensyarah yang ada intellectual tinggi boleh dapat gaji lebih tinggi.

    Tanya sendiri, boleh guru jadi pensyarah tak?

    Tanya sendiri, kalau guru and pensyarah same level. Tutup saja universiti. Malaysia perlu hanya ada guru cukup la.

  52. Duit je perkiraanya guru dan pensayarah..
    Sebab tu ada yang dipanggil gelaran macam2 sebab ceritnya semua bab gaji kenaikan bonus…tebak sana-sini kenaikan dan pergerakan gaji…

    Kalau pensyarah tak puas hati bab gaji..hantarlah kertas cadangan atau memorandum ke kapada kementerian pendidikan dan JPA yang mengurus bab-bab tangga gaji dan kenaikan gaji…

    Buat research dulu, fakta dan angka, barulah hantar…

  53. ambo..
    buat je la kerja kita. Gaji besar ke…kecik ke..kalau tak berkat..tak ke mana juga.Kalau sibuk dok banding gaji si pulan sana..si pulan sini..sedar-sedar malaikat maut menjemput.

  54. Anonymous on

    Sila masuk tahun 1 berjumlah 35 orang agak2 blh handle x tuan2…

  55. Saya ckgu smk..yg tetap n berpencen mngajar kelas hujung ..b6dak india cina yg x ghm bahasa…dlm kelas mcm sarkas…tp aku respek kat ckgu sek ren…camnelah gaya dowang handle budak yg tgh aktif…yg mcm2 peel..nak ngadap 35 kepala …

  56. Minta maaf puan..walaupun saya cekgu cabukk..saya tidak pernah menunjukkan ketidakbijaksanaan saya dgn mngata..menuduh .,membuat persepsi sendiri..kata keje tu snng..keje si polan susah…..nama je pensyarah kanan…tp puan sangt merendahkn martabat puan dengan menidakkan keupaayaan org lain..sekian..
    saya yg hanya cekgu cabukk …

  57. Minta maaf puan..walaupun saya cekgu cabukk..saya tidak pernah menunjukkan ketidakbijaksanaan saya dgn mngata..menuduh .,membuat persepsi sendiri..kata keje tu snng..keje si polan susah…..nama je pensyarah kanan…tp puan sangt merendahkn martabat puan dengan menidakkan keupaayaan org lain..sekian..
    saya yg hanya cekgu cabukk …

  58. Pada saya dua2 skim ni sepatutnya ditambah baik…mmg skrg nmpk cikgu lebih byk benefit dr pensyarah…sedangkan profession pensyarah memerlukan ijazah kedoktoran yg mana susah utk dicapai setiap org..spttnya berilah sedikit penghargaan.

  59. pensyarah cikgu on

    haha.suke la aku tgk camni. ade pendapat masing2..lepas ni aku nak nurse, doktor, polis, FRU, bomba, askar, UTK, pembantu rumah, posmen join sekali dan mintak semakan gaji depa lak dan merungut pasal kesusahan kerja masing-masing… dan kita bebas berkomen sampai kiamat pasal hal ni…

    Silakan admin..

  60. Tak betul tu.. sebelum 2011 guru tak boleh naik ke dg52 melainkan dengan cara memohon menjadi guru cemerlang (setelah berkhidmat tak kurang 20 tahun) skrg dah ada time base sehingga dg52 tapi utk guru yang telah mencapai dg48 shj (maknanya guru tu dah berkhidmat 10 thn di dg41, 10 thn dg44, dan 8thn dg48..) klu ada pun yang cepat guru yang sgt cemerlang iaitu 5 thn dg41, 3 thn dg44, 3 thn dg48 (kes mcm ni tak pernah berlaku tp on paper tak mustahil). tak berlaku sebab faktor kuota pangkat dan sbg nya..satu cara lg jadi pengetua..nak jd pengetua takkan guru tu baru keje 10thn kot

  61. Anonymous on

    Jgn dok bandingkan. Semua keje x der senang. Pensyarah kalau nak gaji tinggi minta dgn kerajaan. Tak profesional langsung.

  62. salam sayang semua..

    Saya mohon xperlulah kita warga pendidik saling prasangka buruk sesama sendiri, malah menjatuhkan kredibiliti kita sbg pendidik.

    Secara amnya masing2 baik guru mahupun pensyarah mmg profesional.. Cuma kini telah tiba turn pensyarah mohon dikaji semula skim gaji mereka. Lepas nie turn cikgu pula..

    Walaupun saya tutor yg dh berkhidmat 4 tahun tapi belum sah jawatan sbb tgh persue PhD, tapi bila terkenang zaman kerja kilang, engineer kena masuk sekali dalam mesin dgn tech, keje sampai malam, kena maki dengan bos, solat lewat, hmm mcm2 lagila.. saya jadi bersyukur.. yang penting, ikhlaskan hati semasa bertugas.

    Banyakkan syukur, istighfar, sedekah & solat Dhuha.. In Sha Allah, rezeki kita akan bertambah.. Yakinlah pada Allah.

    Akhir kata.. saya bagi pihak staf universiti aka pensyarah mohon ampun maaf pada para guru. Apa yg penting masing2 kena respect tugas masing2.

    Tiada guru, tiadalah pensyarah.. begitu juga sebaliknya.

  63. Tolong Fikir on

    Soalan: Kalau gaji pensyarah dinaikkan sama taraf dengan gaji guru, adakah gaji guru akan dikurangkan? Sbb beria benar nak lawan siapa yang paling banyak kerja. Seeloknya bekerjasamala antara satu sama lain. sama-sama pendidik kan? Dua-dua ada cabaran dalam mendidik. Pensyarah dengan cabaran mendidik para belia yang sama sukar dan penting seperti guru yang perlu mendidik murid dari usia 7tahun sehingga 19 tahun. Pensyarah sibuk dengan tugasan penyeliaan student degree, master dan PhD, pengurusan, penyelidikan dan pengajaran. Guru sibuk dengan pengajaran, pengurusan yang benar-benar mencabar dan kokurikulum. Tugasan hampir sama je sebar dua-dua adalah pendidik seperti mentor-mentee, program sekolah atau uni, buat kertas soalan dll. So, BERGANDING BAHU AGAR KEDUA-DUA DAPAT SECARA ADIL!

  64. KERJASAMA on

    Soalan: Kalau gaji pensyarah dinaikkan sama taraf dengan gaji guru, adakah gaji guru akan dikurangkan? Sbb beria benar nak lawan siapa yang paling banyak kerja. Seeloknya bekerjasamala antara satu sama lain. sama-sama pendidik kan? Dua-dua ada cabaran dalam mendidik. Pensyarah dengan cabaran mendidik para belia yang sama sukar dan penting seperti guru yang perlu mendidik murid dari usia 7tahun sehingga 19 tahun. Pensyarah sibuk dengan tugasan penyeliaan student degree, master dan PhD, pengurusan, penyelidikan dan pengajaran. Guru sibuk dengan pengajaran, pengurusan yang benar-benar mencabar dan kokurikulum. Tugasan hampir sama je sebar dua-dua adalah pendidik seperti mentor-mentee, program sekolah atau uni, buat kertas soalan dll. So, BERGANDING BAHU AGAR KEDUA-DUA DAPAT SECARA ADIL!

  65. Salam,
    sbgai cikgu saya hraplar profession lain xmembezakan gaji kami dengan gaji yang lain. Xperlu nak persoalkan ap yang kami dpt dengan bebanan kerja kami seolah2 anda tahu dan faham kerja kami.
    Harap memahami.

  66. Anonymous on

    Oo baru sy tau, rupa2nya gaji sy selama ni UMNO/BN yg bayar.. >_<

  67. maaf. ini pendapat saya, masalahnya x salah cgu @ pensyarah. sepatutnya kerajaan kena buat gaji berdasarkan akademik. cuba wujudkan skim gaji baru utk kelulusan MA @ phd, x kira jabatan, baru babaloi belajar. TQ

  68. Pengalaman berdepan dengan kawan-kawan guru dan pensyarah.

    Kalau fresh graduate, guru bermula dengan tangga gaji DG41, paling cepat kalau tiada masalah, 20 tahun baru sampai tahap DG52. Maknanya umur 43-44 baru merasa DG52.

    Kalau pensyarah Ph.D, habis sarjana muda sambung master 4-5 tahun dan Ph.D. 4-5 tahun , jumlah paling lama 12 tahun. Jadi pada umur 33-35 tahun dah sampai DS52. Kalau rajin buat research, bila sampai umur 43 dah pakai tangga gaji lebih tinggi.

    Jadi tak adil nak bandingkan DG52 dengan DS52.

  69. Pembantu takbir tu bukan jd pembantu guru tapi jadi pembantu kerani-2 yang berjwwatan tetap,

  70. Gaji pemandu taxi memang tak sama dengan pemandu kapal terbang.

    Senang nak cari pemandu taxi, but pemandu kapal terbang perlu lulus dalam latihan.

    Kalau orang yang lebih pandai dan professional dapat gaji sama. Memang betul ke?

    Ini sama untuk banding guru and pensyarah. Kerja sama susah. Tapi pensyarah main peranan lebih penting bagi Negara seperti dalam research dan mendidik jutera dan guru. Itu sebab gaji pensyarah di luar Negara pasti jauh tinggi daripada guru biasa. Hanya Malaysia boleh buat gaji guru sama dengan pensyarah.

  71. Pembantu takbir tu bukan jd pembantu guru tapi jadi pembantu kerani-2 yang berjwatan tetap,

  72. Anonymous on

    Salam..Guru dan pensyarah sama sahaja dari segi pengertian bahasa. tapi kita seharusnya memahami, guru ataupun pensyarah, kita sama sama terbeban dengan tanggungjawab mulia, mendidik dan membentuk anak anak muda menjadi insan yang berguna secara jasmani dan rohani. benar, telah lama skim gaji pensyarah tidak dikaji, berbanding guru yang sentiasa mendapat lebih perhatian. Guru yang mengajar di sekolah, menguruskan aktiviti kokurikulum, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dan pelbagai lagi adalah beban dan tanggungjawab mereka, begitu juga pensyarah, menjalankan kajian, menyelia pelajar pelajar ijazah, sarjana dsb, ini semua adalah tugas hakiki masing2, cabaran masing2 selari dengan kelulusan masing2, yang mahu ditegakkan di sini, pensyarah mahu lebih perhatian daripada pihak berkenaan tentang sumbangan mereka seperti di pandang sebelah mata. maksud saya jika elaun, gaji, kemudahan lain guru di kaji 3 kali dalam 10 tahun, keadilan harus juga diberikan kepada pensyarah juga penjawat2 awam yang lain itu sahaja. “buluh muda lembut rebungnya, siapalah rela jika bukan guru dewasa, dewasanya anak anak ini tercermin peribadi indah manusia, disambung pensyarah dengan didikan berfokus pada kerjaya, beban guru dan beban pensyarah berpisah tiada, tujuan utama mendidik ikhlas moga peroleh syurga” sekian, Adzim -UiTM

  73. Tuan/Puan, tugas sebagai pendidik samada guru atau pensyarah adalah tugas mulia,janganlah dicemari dengan berbagai ungkitan dan pandangan serong antara pihak yang menjadi topik. Memang pensyarah mengajar guru menjadi guru, namun pensyarah harus ingat itu adalah tanggungjawab kerjaya.Pensyarah harus bangga didikan mereka dimartabatkan. Bukan senang menjadi guru memanusiakan manusia, yg dtg dlm pelbagai rupa dan warna. Kalau nak cuba… silakan…soal gaji yang terlebih sedikit sebanyak mencemari insan pensyarah yang ternyata ada yang ungkit mengungkit terhadap ilmu yang dicurahkan… akhir kata … apala bila pasal wang lupa segala.

  74. E kat atas tu ada 9. Ko igt krani nak hadap 9 e utk sorg cikgu. Buat skolah tu ada 50 org. Tu baru cikgu 50 org. Nak plak portal kerajaan ni cmne. Lembap !

  75. 1MALAYSIA on

    habis degree: umur 23
    sambung master terus…habis umur 25…..sambung phd terus…habis umur 28, ada kable masuk IPTA terus DS52………..cikgu kena naik tangga satu2…yang nie ada kabel…terus DS52 umur 28 tahun….

  76. Anonymous on

    Salam.. guru dan pensyarah sama penting. Kebnyakn universiti aliran utama sekarang meletakkan kelulusan Phd untuk menjadi pensyarah terutama RU. Bukan senang untuk dpt Phd.. on average 7 tahun drp first degree. Nak naik pangkat ke DS54 pun on average dlm 9 tahun -berdasarkn pengalaman sendiri di Research univ. Itu pun fulfill Kpi bersama recomendation dari external parties…nak naik Prof juga bukan mudah- perlu antara lain menghasilkn sekurang-kurang 3 org Phd yg bergraduasi…kalau sequential 4 tahun x 3 org = 12 tahun..pada saya cadangan time based itu ada baiknye..cuma mungkin pensyarah yg naik time based ini tidak akan dpt gelaran prof @prof madya. .

  77. Cikgu Zie on

    guru atau pensyarah, dua2 tak ada beza. semuanya wujud atas satu tujuan. kalau nak buat semakan tu, buatlah. kalau bukan rezeki kita hari ini, mungkin itu rezeki untuk anak2 kita di masa depan yg akan ambil alih tempat kita tu satu hari nanti.

  78. Ha..nie baru Betol!! Ade ke kompare gaji pensyarah gred 52 Dgn gred guru 52!! Ramai guru stakat dg41 n dg44 jer. Guru dg41 yg keje 10 thn cume dpt rm3300++ jer. Pensyarah 10thn dpt rm4900++.

  79. Anonymous on

    “Mengurus dan mentafsir data tak sama dengan mengurus dan mentafsir manusia”

    “mengajar manusia daripada kosong tidak sama dengan mengajar manusia yang sudah ada prinsip dan ilmu”

    Janganlah dibanding bezakan dengan jawatan lain.

  80. wahai pensyarah yang cerdik pandai, berfikirlah cara bijaksana jangan bijak mengata. Oklah kalau bg pandangan anda tugas guru mudah itu terpulanglah, kalau tanya dengan penggali kubur atau tukang rumah mungkin mereka pun kata kerja mereka lagi susah. Tapi sebenarnya ia terlalu subjektif untuk kita banding bezakan. Maksudnya, menilai dengan mata kasar terlalu banyak kekurangan, begitu juga jika anda membuat penyelidikan takkan nak ikut andaian, mestilah berdasarkan kajian terperinci.

    Walaupun anda anggap tugas guru mudah, tapi guru sebenarnya serba boleh apa subjek diberi guru dapat ajar.

    Walaupun ada yang mengata guru diajar oleh pensyarah, tapi jangan lupa bahawa sebelum menjadi pensyarah gurulah yang memberi ilmu.

    tapi kalau nak gaji naik janganlah membandingkan dan memandang rendah tugas guru. guru pun sokong kalau anda naik gaji sebab tugas kita adalah sama sebagai pendidik. pelajar u yang anda ajar adalah yang terbaik yang guru telah hasilkan.

  81. TANPA NAMA on

    Pensyarah ka guru ka semua ada kelebihan dan kekurangan yang tuhan bagi.Dok sibuk kata mengata bincang gaji sapa ptnya lbh tinggi.Semua orang akan mati.Baik wat keja betoi2 kerana Allah. Nanti semua orang akan disoal akan tanggungjawabnya bkn tanya gaji.Renung-renungkan.

  82. Pembantu guru la saaaangaaaat!!!! (Eyes rolling) kerje die cume key in kehadiran pljr n guru. No more than that! Bangge saaangaaat dpt PEMBANTU GURU!! Haaaakkktttuuuuuiiii!!!!

  83. Alaaaa…bising-bising buat apa…sapa nak jadi guru p lah jadi guru….sapa nak jadi pensyarah…p lah jadi pensyarah…masing-masing ada lebih dan ada kurangnya….mana bole sama… namanya pun dah tak sama…

  84. Anonymous on

    pasni da blh buang la kut perkataan Guru ibarat lilin dan sebagainya, Pensyarah pun sama juga sebagai seorang guru kepada guru, tapi kedua2 guru bertelagah semata-mata kerana gaji.. kedua2 nya adalah dari golongan hebat, berfikir la dgn jalan yang hebat tanpa memperlekehkan tugas seseorang lagi2 anak didik sendiri yang sepatutnya kita bangga menjadi contoh pada bakal pelajar baru.. Sama juga seperti guru, tiada pensyarah apa lah maknanya seorang guru.. jadi fikir fikir kan lah..

  85. Pembantu guru la saaaangaaaat!!!! (Eyes rolling) kerje die cume key in kehadiran pljr n guru. No more than that! Bangge saaangaaat dpt PEMBANTU GURU!! Haaaakkktttuuuuuiiii!!!!!!!!

  86. Anonymous on

    kenapa tak bandingkan dgn jawatan lain ya…. pegawai undang2 contohnya… 3 thn berkhidmat da naik 44… tak sampai 11 thn da dapat 52… kenapa ya, asyik2 cikgu yg org nmpak… salah satu sbbnya bila budget jika ada sbrg kanaikan gaji asyik bri contoh guru padahal semua pa terlibat… dan bila diumumkan kononnya guru mudah dpt knaikn pangkat padahal utk jawatan tertentu sahaja…. yg jd mangsa kutukan guru jgk…

  87. Anonymous on

    kenapa tak bandingkan dgn jawatan lain ya…. pegawai undang2 contohnya… 3 thn berkhidmat da naik 44… tak sampai 11 thn da dapat 52… kenapa ya, asyik2 cikgu yg org nmpak… salah satu sbbnya bila budget jika ada sbrg kanaikan gaji asyik bri contoh guru padahal semua pa terlibat… dan bila diumumkan kononnya guru mudah dpt knaikn pangkat padahal utk jawatan tertentu sahaja…. yg jd mangsa kutukan guru jgk…

  88. Jangan nak membohong sangatlah kata guru banyak kerja.ada pun guru yang banyak kerja pun tak ramai….penjawat awam yang paling ramai buat perniagaan adalah guru.bila dah berniaga perasaan nak jadi pendidik sudah luntur kerana fokus lebih kepada perniagaan.kenaikan pangkat guru cukup senang dan mudah dan cukup tida gntelman.time best dibuka sampai DG54 dan tidak mustahil suatu ari nanti gred jusa c juga akan dibuka menjadi timebest.bayangkanlah gaji maksimum dg54 kup rm11864.00 berbanding dengan gaji n26 rm4751 kenapa kerajaan tidak membuka laluan timebest n26 kepada pembantu tadbir?adakah timebest n26 akan membebankan kerajaan dan membkrapkan negara?

  89. apa nak dibangakan dengan master dan phd guru.tukang sapu pun boleh ambi dgri,mster n phd.pjj kan ada tetapi adakah tukang sapu akan terus dilantik seperti guru yang dah tamat pjj(pengajian jalan-jalan)?

  90. kenapa pula tak boleh handle kalau pelajar hanya 35 orang….seorang pembantu tadbir bergaji kecil di PPD boleh handle 2000 kakitangan di bawah jagaan PPD tidak patut guru yang bergaji besar tak boleh handle pelajar 35 org.mengaja org dewasa yg degil,banyak songeh,mengada2 dan berlagak pandai lebih mencabar daripada menjaga budak tahun 1 35 org yang baru nak kita bentuk.

  91. Banyak mana pun pendapatan kita memang cukup tak perlu nak gaduh pasal gaji. Sebab yang bagi cukup tu Allah swt bukannya gaji. Kalu tak takkan tukang kebun atau yang seumpamanya boleh hantar anak mereka mengaji tinggi dengan kemampuan kewangan yang tak seberapa dalam tangan. Yang gaji banyak tu pun Allah akan jadikan dia terpaksa buat itu dan ini dangan wang yang selebih drpd keperluannya itu spt baiki rumah, kereta rosak, keluarga sakit, hilang, kecurian, belanja anak2 dsb… Sebenarnya pendapatan yang kita terima itu bukan semua untuk kita, ada hak orang lain didalamnya. Kita akan jadi tukang urus samada dengan redha atau paksa. Bila banyak yang kita dapat banyak le kerja yang kita kena urus samada suka atau tak suka. kalu redha dapat pahala kalu tak redha kalu tak dapat dosa sekurang2nya kita kita akan dihisab diakhirat kelak. Kata ulama, yang halal akan dihisab yang haram akan diazab kecuali golongan yang mendapat rahmat Allah swt. Kalu biasa kena audit mesti faham siksanya. Itu baru audit dunia, paling lama 1 minggu. Bayangkan kalau kita hidup 75 tahun… tolak 15 tahun belum baligh, masa audit akhirat minima 60 tahun. Kalu impak amalan berkait-kait dengan orang lain tambah masa lagi. Ini andaian kita je…. Jadi biarlah sikit tapi cukup. Redha je le

  92. Anonymous on

    Guru dulu n kini dah x sm. Tp kenyataan guru sek blh balik awal hanya on paper je.ada ant guru yg terlibat dgn akt 2 sek smpi mlm. Cuti sek pun dah x cuti LM mcm dulu. Tp kalau nk diulas mungkin ada terlebih terkurang. APA yg boleh sy analogi .. Tengok tgn tuan puan ada 5 jari yg x sm. Ada jari yg byk fungsi ada jari yg kurang fungsi. JD sm lah kits dlm dunia pendidikan kalau nk d fikir byk2 mmg lg byk ketidakpuasan berlaku. Harap masalah INI d selesai secara intelektual.

  93. Pensyarah cabok on

    Kalau gaji guru baik, aku untung gak, kalau gaji pensyarah baik, aku lagi untung….mmg jadi guru penat – penat mental dan fizikal, itu belum lagi diambil kira guru2 yg ada PHD (penyakit hasad dengki)……..kesiaan bini aku dah la kena panjat lebih kurang 500 anak tangga sehari dari kelas ke kelas……mental pun stress sebab perangai bebudak skolah, rakan dan pentadbir.

  94. Lagi satu guru2 selalu kena kejar dengan ejen pemasaran spt ejen loan peribadi, ejen insuran dan lain2 lagi. Cuma apa yg ingin saya tekankan di sini ialah penjawat awam mesti ada ilmu pengurusan kewangan peribadi supaya penjawat awam tidak terperangkap dengan komitmen hutang yang tinggi.

  95. Kambing Hitam on

    Bagi saya semua pekerjaan itu susah dan mencabar. Tidak ada yang senang. Pekerjaan guru pun mencabar apatah lagi pensyarah. Akhir kata, “Yang mudah itu hidup,
    Yang susah itu pilihan”. Fikirkanlah dan renung kembali.

  96. wahai semua pendidik, guru2, pensyarah ipta/ipts, jgn lah bertengkar di ruangan yang kecil ini. yang awak semua didik adalah anak bangsa. semua pelajar masuk tadika, sek rendah. sek menengah, kolej/ipta/ipts/u dll. kalau kita tak bersatu, macamana anak bangsa kita nak maju. duk kata ni, macam2 tak puas hati. saya agak malu pada awak semua. kata graduan ipg,maktab, university, ada diploma, degree, master, phd. tapi apa yang dibincangkan di atas tidak menunjukkan tahap keilmuan yang dimiliki. dalam hadis nabi, tidak akan putus amalan hamba yang meninggal dunia, daripada sedekah jariah, doa anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat. jika semua menjadi guru/pendidik/lecturer yang ikhlas mendidik anak bangsa, bayangkanlah redha dan rahmat yang allah berikan. murid2 sentiasa mendoakan kebahagiaan guru2 mereka. rezki yang diberi jika berkat insyallah walaupun sedikit atau banyak kita akan berasa cukup dengan gaji yang diberi. tapi kalau gaji dah besar/ banyak part time tapi masih rasa tak cukup2 dgn apa yang ada. kita tengok balik apa yang kita buat semasa kerja. banyak mengular ke, buat kerja x betul ke. x payah la gaduh2. kalau rezki tu berkat gaji seribu ke 2 ribu ke 10 , semua hamba allah dapat merasa rezki yang diberikan melalui kita dgn cara sedekah/derma. kalau gaji tak berkat dapat 50k sebulan pun tak senang hidup dunia akhirat

  97. Anonymous on

    pensyarah memang gaji tinggi pun tak cukup lagi ,
    cikgu kerja kat sekolah mula-mula dg41 tunggu lapan tahun hingga sepuluh tahun baru naik pangkat , tapi pensyarah dalam masa lapan hingga sepuluh tahun dah dapat naik 48 dah ,,, kalau pensyarah tu apply jadi guru awal-awal baru tau sikit ker banyak , pensyarah nak bandingkan guru yang dah lama bekerja dengan pensyarah yang baru bekerja memangla gaji guru tinggi , kenapa tak bandingkan guru yang lama bekerja ngan pensyarah yang dah lama bekerja sudah tentu gaji pensyarah lebih tinggi berbanding guru …….

  98. pensyarah memang gaji tinggi pun tak cukup lagi ,
    cikgu kerja kat sekolah mula-mula dg41 tunggu lapan tahun hingga sepuluh tahun baru naik pangkat , tapi pensyarah dalam masa lapan hingga sepuluh tahun dah dapat naik 48 dah ,,, kalau pensyarah tu apply jadi guru awal-awal baru tau sikit ker banyak , pensyarah nak bandingkan guru yang dah lama bekerja dengan pensyarah yang baru bekerja memangla gaji guru tinggi , kenapa tak bandingkan guru yang lama bekerja ngan pensyarah yang dah lama bekerja sudah tentu gaji pensyarah lebih tinggi berbanding guru …….

  99. first time dgr pensyarah yg mintak revise gaji, kalo tak tiap2 cikgu je bising gaji tak cukup, padahal hujung taun gi holiday sakan. student cuti, dia pun cuti gak, gaji masuk, tapi tak cukup gak ke? business online semua tak cukup gak?

  100. Adakah semua guru melakukan tugas tersebut?kalau nak membohong agak2lah.Bila masa guru buat e-pangkat,hrmis,e-operasi dan segala e yg lain?kalau setakat kemaskini profil peribadi dan individu itu bukan termasuk dalam tugas guru kerana megemaskini untuk diri sendiri.kalau profil perkhidmatan baru diangap tugas.

  101. Betul.

    Cikgu ini hanya penting diri saja. Pensayarah contribute lebih banyak tapi hanya minta gaji revise pertama kali saja.

  102. Anonymous on

    kalo nak gaji naik gi la buat tuntutan. yg banding2 buat ape? dengki? ahahaha

  103. kalo nak gaji naik gi la buat tuntutan. yg banding2 buat ape? dengki? ahahaha

  104. kek_tikus on

    Saya guru yang dah ada PHD…jangan bedakan antara insan yang bergelar Guru dan Pensyarah…ada peranan masing-masing.

  105. Sekadar nak bagi pandangan. Sy setuju dgn pandangan rakan2 di atas supaya x dibandingkan di antara guru dn pensyarah. Semua pn ada kelebihan dan kekurangan masing2. X dinafikan pensyarah2 ramai yg pandai2, kalau bodoh x kan la ada master dn phd.

    Cuma kalau dapat direnungkan bersama, kalau la dikatakan gaji guru lebih tinggi daripada pensyarah, kenapa ramai guru yang beralih arah menjadi pensyarah, tapi x ramai pensyarah yang beralih arah nak menjadi guru. Kalau kata peluang kenaikan guru lebih besar dpd pensyarah kenapa ramai gurunyang pencen masih gred 32, gred 41, paling2 pn gred 44. Kalau setakat nak tunjuk yang guru boleh naik sampai ke jusa ke berapa peratus la sgt jumlahnya berbanding keseluruhan guru. Pensyarah starting dh DS45. Paling cikai pun pencen kurang2 DS52. Boleh dikatakan semua mcm tu. Kalau rajin blaja dan buat research bleh je cecah sampai gred 54 dn jusa. So, jgn la terlalu suka membanding sangat. Kan pensyarah pandai2, selalu buat kajian ilmiah, apa kata buat satu kajian yang menyuluruh dulu baru bagi tau keputusannya. Jangan begitu mudah merendah2kan keje orang lain kalau kita tak tau keadaan sebenarnya.

  106. Ramai je yang cikgu dah jadi pensyarah, tapi macam x nampak pulak pensyarah yang nak jadi cikgu. Kenapa ye? Hang pikir le sendiri…

  107. Memang gaji pensyarah lebih tinggi daripada gaji guru. Cuba la kira daripada tahun kerja yang sama, seperti guru yang sudah bekerja 8 tahun dan pensyarah yang sudah bekerja 8 tahun. Adakah gaji guru tersebut lebih tinggi? Jawapannya tidak.

    Kalau pensyarah pandai sangat sampai nak merendah2kan profesion perguruan, sila buat kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Harap belajar je sampai PHD dan buat R&D macam2 la konon, tapi cakap macam orang yang setakat ada SPM je.

  108. kerani sekolah on

    hai semua.pe la cikgu ngan pensyarah nk gaduh2.cmni la.aq keja kerani kat sekolah pun, aq tgk xsemua cikgu rajin.tp yg rajin tetap ada.patutnya kalau cikgu nk naik gred,ketua jbatan kena minta pendapat kami juga.sebab kami selalu bekerja bersama guru.pensyarah tu jangan bandingkan hal gaji ngan guru. try buka universiti kat pedalaman sabah ngan sarawak.tgk larat x korang nk naik airplane,bot,4wd, and jalan kaki 2 jam utk smpai sekolah.pastu guna air ujan utk mandi,korang tadah sndiri.kalu ada buaya,pndai2 la ko berkawan ngan dia.ingat sekolah pedalaman di borneo ni satu dua ke?try pensyarah2 PHD terhormat sekalian buat kajian.jangan tahu cakap je.sori ye,menantu i cikgu.tu yg i tahu situasi mereka.papepun,jangan la jd mcm budak2.kalu nk gaji bsar,usaha lg.doa byk2,dipermudahkan pintu rezeki masing2.

  109. Salam sejahtera semoga semua golongan pendidik di Malaysia dirahmati dan diberkati.

    Saya bukanlah cikgu atau pensyarah. Melalui pemerhatian saya sudah tentu pihak kerajaan dah melihat berkenaan beban guru secara rasional dan menimbangkan kenaikkan gaji yang memuaskan.

    Saya ada beberapa orang rakan yang menjadi pensyarah di IPTA (IPTS tak taulah macam mana keadaanya) . Saya melihat berbanding guru , walaupun beban kerja mmg ada , saya melihat pensyarah IPTA ada beberapa kelebihan tertentu yang mungkin cikgu tak akan dapat sebagai contoh:

    -Suasana kerja yang kondusif, selesa, state of the art facilities, bilik sendiri yang baik (berhawa dingin)
    -Waktu kelas yang flexible. Saya tgk rakan saya kadang2 tak perlu masuk kerja pagi jika kelas petang.
    -Mempunyai authority yang lebih terhadap student, marking, kertas soalan.
    -Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD begitu terbuka dan banyak peluang untuk dapatkan scolarship. Rakan saya umur 31 dah ada title Dr. di IPTA. Tak taulah kalau Cikgu pun boleh.
    -Peluang untuk mendapatkan duit luar mengikut kepakaran mereka sehingga mencecah 5 angka sebulan, dan ini dibenarkan oleh Universiti. (e.g Konsultansi, Ceramah dan Kursus2 oleh pihak luar seperti motivasi di sekolah)
    -Boleh apply geran-geran penyelidikan peringkat universiti,kementerian,luar negara sehingga berjuta ringgit , pensyarah sendiri yang menguruskan geran penyelidikan tersebut.
    -Jika penyelidikan di patenkan, kalau ada rezeki pensyarah mungkin boleh jadi millionaire kalau ada syarikat komersil yang nak beli paten tu.
    -Conference trip globally dgn biaya universiti.

    Walaubagaimanapun sebagai orang awam, kita mendoakan agar apa2 permintaan yang baik semoga dikabulkan dan diberkati. Aminn…

  110. Anonymous on

    Pembetulan. Rezeki tu ALLAH yg beri.. jgn sampaikan kita terpesong akidah. Ajal maut ALLAH yg tentukan.

  111. Kah..kah…kah..kah…..

    Cikgu dengan pensyarah bergaduh pasal beban kerja dan gaji masing2…
    malu weh…malu….
    No wonder la rangking universiti Malaysia dan taraf pendidikan Malaysia tak sepadan dengan mentaliti rakyatnya…

    Sebab guru dan pensyarah yang mengajornya jenis mcm ni..

    hahahahahahahahahahahhaahah………buat lawak la…

  112. hamba Allah on

    ni la org melayu,,yg banyak jd cikgu org melayu,yg byk jd pensyarah pun org melayu..cuba jgn berdengki..kalo nak mintak la naik gaji camne pun..jgnla kita dengki2

  113. buat je la kerja masing2 ngn ikhlas..kalo pegi tya org atasan pon diorg ckp bsyukurlah tuan puan masih ade gaji..Malaysia masih aman..

  114. Suatu masa dulu bila mana guru bergaji kecil dan kurang dari pensyarah guru tak pernah berdengki dengan apa yang mereka dapat tapi sekarang pensyarah dah mula menampakkan kedengkian mereka kepada guru. Tak pernah saya mendengar guru merungut kerana guru tak banyak peluang untuk keluar negara untuk present paper… Pensyarah banyak habiskan duit universiti untuk ke luar negara… present paper la… dan sebagainya…. guru harus hadir berada di sekolah dari jam 7.30 pagi…. Waktu tu pensyarah masih berkain pelikat menghantar anak ke sekolah…. Ada sebahagiannya pukul 9.30 baru ke pejabat….. Guru selalunya mengajar di kelas yang mempunyai 40 orang pelajar dan seharusnya memberikan penumpuan kepada setiap pelajar… Pensyarah hanya bercakap di depan dan memberikan tajuk projek atau report kepada pelajar….. Pelajar seorang guru dinilai oleh peperiksaan selaras negara dan selalunya diHIGHLIGHTkan oleh menteri dan media…. Pelajar pensyarah cuma dinilai oleh pensyarah itu sendiri…. (bagi je markah ok kalau tak mau dipersoalkan…) … Banyak lagi kalau nak tulis…. Bebanan tanggungjawab tu sama saja untuk orang yang nak bertanggungjawab…. Pendapat saya: Kerajaan harus bagi saja gaji yang banyak kepada pensyarah… Sebanyak mana yang mereka mahu kerana mereka perlukan wang untuk mendabik dada dan untuk bergaya dengan kemewahan…. Cikgu tak perlu gaji besar kerana cukuplah dengan rezeki Allah… Cikgu tak akan merungut kerana gaji pensyarah lebih banyak dari gaji guru…..

  115. Saya pensyarah kanan yang ada PHD.
    Saya rasa kita tak perlu nak bertekak di sini.

    Asas berita ialah pensyarah minta revise gaji selepas 10 tahun.
    Ia adalah permintaan yang logik dan tepat.

    Saya tak mahu kisahpun mengenai gaji guru atau bidang tugas guru.
    Ia tidak berkaitan dengan saya.
    Yang saya minta ialah gaji pensyarah di revise.

    SAYA MENYOKONG SEPENUHNYA.

    SEKIAN

  116. bullshit. macam la sorang cikgu kena buat semua tu. xleh blah la tgk cikgu2 exaggerate mengada2 nih. dah dapat mcm2 kelebihan pun nak bising2 lg. Igt kerajaan hargai sgt ke korg? for them, 520k teachers simply means 520k voters. kalau korg sikit jgn harap kerajaan nak layan kerenah korang. pagi mengaja 4,5 jam, petang bisness, malam key in data yang dah dekat due date ramai2. memang la sistem tersumbat. pastu salahkan sistem lembab.

  117. Anonymous on

    alahai,,cikgu ijazah je kot..nk jadi pensyarah kena ada phd..tapi gaji sama..ciput betul,,kn x adil tu..

  118. cikguShikin on

    Sy seorang guru. Tapi saya tak pernah membandingkan mana2 pekerjaan lain..kerana bagi saya setiap pkerjaan ada kelebihan dan kekurangan..biasanya mmg kita nampak kerja org lain mcm senang,kerja kita mcm susah tapi kita tak akan tahu dgn sgt arif melainkan kita berada di tempat org tersebut pada masa tersebut dan mengalami apa yg dialami spt org tersebut..sy nmpak kerja pensyarah mcm senang, ajar pn bdk besar2 yg xbyk masalah disiplin..klu xnk blajar pn xhantar tugasan xpegi exam fail jelah..gaji pn lg byk dr cikgu..hmm..tp sy boleh cakap je sbb sy xtau apa yg sebenarnya pensyarah alami..jadi tolonglah tuan2 pensyarah jgn compare kerja cikgu dgn pensyarah..klu nk compare biarlah dgn pensyarah jgk..mgkin psyarah U lain dgn U lain baru adil..

  119. siapa suruh jd pensyarah.. Lepas jd pensyarah berlagak pulak cakap kerja org lain senang n kerja pensyarah susah. Ilmu makin bertambah amkin bijak.. bukan bengong dan penuh hasad dengki (PHD juga tu)

  120. siapa suruh jd pensyarah. dah jadi pensyarah berlagak. Cakap kerja orang lain mudah n kerja pensyarah susah. Org makin berilmu makin bijak bukangnya makin bengong, sukak tengok kelemahan orang n perasaan hasad dengki makin tinggi (PHD juga tu)

  121. Adie…nak jd pensyarah kena duk belajar sampai 12 tahun smpai dpt Phd…nak jd guru cuma belajar 3-4 tahun je…yg tu ko tak ambik kira? huh!

  122. BS perlu lebih jelas…. lecturer leh pkai 52 brape taun khidmt bekerja? dan guru setau saya perlu 22thn untuk pakai 52…itupun klu layak…dan konfom leh kira ngan jari jer yg leh pakai 52

  123. Anonymous on

    siot je..cikgu bepuluh thn br dpt 52..pensyarah 10 thn da dpt 52…..nak minta naik gaji pensyarah..mintaklah..nape duk memburukkkan org lain plak….haha

  124. Anonymous on

    Alaaaa…macam telur kata…telur yang ada dulu…tapi ayam kata..ayam yang ada dulu…macam tu lah…apa2 pon sy sokong pensyarah dapat seperti yang mereka nak..

  125. for allah on

    kenapa nak buat bandingan tentang gaji?. buatlah perbandingan tentang pahala. Adakah ikhlas kita mengajar pelajar sehingga kita diredhai Allah dan diberikan pahala? Setakat gaji, dunia je dapat, akhirat belum tentu selamat.

  126. Intellectual level pensyarah lebih tinggi daripd cikgu ialah sate kenyataan (Fact). Ini bukan penghinaan.

    Gaji cikgu jauh lebih tinggi daripada “cleaner” atau kerani biasa. Sebab kerja cikgu perlu intellectual dan kelulusan lebih tinggi, juga perlu lulus sekurang2nya diploma.

    Berapa orang boleh dapat PHD? Ramai mahasiswa belajar 4-5 tahun tapi tak boleh lulus PHD. Mahasiswa PHD adalah top 5% mahasiswa dalam Malaysia.

    Kalau orang pandai tak kasi gaji lebih tinggi itu munasabah?

    Ketika belajar master dan phd, tak ada income, bayar yuran sendiri … … ramai put dapat lulus PHD.

    Tapi cikgu terus kerja ada gaji. Kerja banyak, tapi tak perlu pandai untuk dapat gaji tambah.

    Ini pendapat daripada seorang ada PHD level. Mungkin sama dengan org tak ada PHD.

  127. Masya Allah…kenapa perlu dibandingkan kerja pensyarah di universiti dengan guru di sekolah. Kalau pensyarah universiti nak minta gaji naik..silakan lah. Atau nak minta ada time based macam guru ssilakan lah.. Tapi jangan baut perbandingan hingga seolah2 merendahkan martabat guru yang mengajar di sekolah. Guru tak pernah tunjuk rasa cemburunya kepada pensyarah universiti….malah menyokong tuntutan anda semua… sialalh menuntut sesuai dengan tanggungjawab anda semua yang hebat itu…dan silah tolong jangan perkecilkan tugas guru….(boleh ke persatuan pensyarah universiti?)

  128. insan biasa on

    guru menjadi guru sbb pnsyarah yg ajar dan pensyarah sebelum mjadi pensyarah guru yg ajar..xpyh nk gaduh2.

  129. Ada PHD tapi kamu bukan pensyarah. Tak payah buat research. Mungkin kamu tak ada kebolehan hasil jurnal paper bertaraf antarabangsa. Ini kena paham.

    Jadi pensyarah biasany mesti publish jurnal paper dan research output.

    Main point ialah job scope, bukan ada PHD.

  130. Sakit kepala saya.

    Kalau gaji technician sama dengan engineer, boleh keh?

    Setahu saya technician kerja susah, macam engineer.

    Tapi saya tak paham mengapa gaji technician lebih rendah daripada engineer.

    Saya lagi tak paham mengapa gaji technician lebih tinggi daripada pembersih lokang?

    Saya rasa pembersih lokang patut dapat gaji paling tinggi sebab kerja dia org paling susah!

  131. manusia mana pernah berpuashati dengan apa yg mereka dapat. kami guru-guru pun bekerja jugak..redha dengan apa yang diperolehi..

  132. Tugas pensyarah sama dgn guru, tetapi melebihi guru
    1. Mengajar – kelas termasuk waktu mlm & hujung minggu. kurikulum lebih compleks (di uni pun ada pelajar lemah n bermasalah)
    2. Pegang post pentadbiran (office hour)
    3. Ko kurikulum I.e sukan etc
    4. Research&publication&presentation
    5. Cuti tahunan spt pekerja pejabat
    6. Tiada pembantu pejabat – menjaga peperiksaan
    7. Mentor/penasihat akademik etc
    8. Mendpt Ranking uni di peringkat antarabangsa
    Beza tekanan yg dihadapi
    Guru – ibubapa
    Pensyarah – industri

  133. Tugas pensyarah lebih kurang dgn guru
    1. Mengajar – kelas termasuk waktu mlm & hujung minggu. kurikulum compleks (di uni pun ada pelajar lemah n bermasalah)
    2. Pegang post pentadbiran (office hour)
    3. Ko kurikulum I.e sukan etc
    4. Research&publication&presentation
    5. Cuti tahunan spt pekerja pejabat
    6. Tiada pembantu pejabat – menjaga peperiksaan
    7. Mentor/penasihat akademik etc
    8. Mendpt Ranking uni di peringkat antarabangsa
    Beza tekanan yg dihadapi
    Guru – ibubapa
    Pensyarah – industri

    Perbandingan itu utk menunjukkan gaji pensyarah perlu dikaji agar setaraf dgn guru.. sbb sama kategori n kementerian. Bukan memperlekehkan guru.

  134. Setuju.

    Sudah jadi biasa yang tak paham (cikgu) asyik nak banding kerja mereka dengan pensyarah. Mereka ramai, buli yang pandai tapi bilangan yang kurang.

  135. comel sangat on

    pensyarah & guru bertekak..dua2 intellectual..setiap hari saya dan rakan2 hanya tersenyum melihat gelagat mereka yang asyik ada rasa tidak puas hati itu dan ini. macam tidak profesional pula. dah habis keluar semua idea, akhir sekali salahkan PTD yang setiap tahun asyik memikirkan penambahbaikan perjawatan mereka ni. orang-orang intelek ini bagai hilang pedoman, sudahlah tidak bersyukur, tidak berterima kasih malah menyalahkan orang lain lagi. subahanallah..

  136. pensyarah kanan on

    gaji pensyarah mmg patuut revise..tak adil pada yg ada PhD..tambah2 yg buat kat oversea…mcm pengalaman saya…habis berpuluh2 ribu sbb nak habiskan pengajian PhD sbb terlebih semester…terpaksa pulak bekerja sambil study untuk tampung tuition fee and cost of living…it was a lonely journey yg org lain mmg takkan paham..ramai juga kawan2 yg kecundang di tgh pengajian…then ada yg kena bayar balik…ada yg bercerai berai masa pengajian..sakit jiwa…stress dan sebagainya…

    oleh yg demikian saya menyokong usaha revise semula gaji pensyarah

  137. Mr Pensyarah on

    Bodoh sape yg kata pensyarah ngan guru sekolah sama. bangang abadi. bangang nak mampos. mmg tak sama la bodoh.

  138. stressssss on

    Tolong naikkan elaun rumah nurse sama macam guru. knapa elaun rumah nurse tidak sama mcm guru, GAJI NURSE JUGA RENDAH DARI GURU. AMAT AMAT TIDAK ADIL. KAMU KENA PIKIR KERJA KAMI MELIBATKAN NYAWA KAMI. KAMU KAJILAH BRAPA BANYAK SUDAH NURSE DAPAT PENYAKIT BERJANGKIT DARI PESAKIT DAN TERPAKSA TANGGUNG SEUMUR HIDUP. DI MANA KEADILAN UNTUK NURSE???????????????? SAMPAI BILA KAMI DIANAK TIRIKAN???????????????

  139. Awak kan ada phd, x kan la ayat saya yang simple kat atas tu pn x faham. Synbersetuju gaji pensyarah lebih tinggi drpd guru. Memang semua orang pn tau yg profesion pensyarah ni lebih hebat drpd guru. Cuma yg saya nyatakan adalah jangan dibandingkan pensyarah yang baru bekerja setahun jagung dengan gaji guru yg dh bekerja berpuluh tahun. Wajarkah dibandingkan gaji guru dan pensyarah pada gred 52 sedangkan untuk guru sampai ke gred 52 pun bukan suatu perkara yang mudah, tetapi tidak terlalu sukar untuk pensyarah sampai ke gred 52. Sebagai seorang yang ada phd sila buat perbandingan yang adil, bukan sekadar membandingkan di mata tangga gaji sahaja, sebabnya ini akan memperlihatkan kebodohan pensyarah yang ada phd. Malulah kita kalau rakyat kita yang ada phd pun x boleh nak berfikir dengan baik.

    Dan seperkara lagi, tahniah la saya ucapkan kerana anda sudah mempunyai phd. Cuma kadang2 saya terfikir, anda mempunyai tahap ijazah yang tertinggi bermaksud anda adalah seorang yang pandai, tetapi apa lah gunanya pandai tapi nak cari duit pun tak pandai. Saya sebagai guru bersyukur dengan apa yang saya dapat. Anda sebagai pensyarah juga perlu bersyukur dengan apa yang anda dapat kerana sememangnya anda dapat lebih darinapa yang guru dapat. Itu adalah fakta, sekiranya anda tidak bersetuju, saya cadangkan sila buat satu kajian yang menyeluruh bagi melihat isu ini. Kita kena ingat rezeki tunada di mana2, cuma kita yang perlu berusaha untuk dapatkannya. Kalau anda nak bangga2kan phd yang anda ada dan mengharapkan orang memberi anda gaji yang tinggi kerana kebijaksanaan anda, cuba lihat di sekeliling anda yang mana ramai orang2 yang kaya tidak pun memiliki ijazah bahkan phd. Jadinfikir2kan lah

    Walau apa pun, saya tetap mendoakan semoga pensyarah mendapat kenaikan seperti yang mereka harapkan. Cuma jangan terlalu mudah memandang rendah profesion pekerjaan yang lain termasuklah cleaner. Tak semua orang bernasib baik macam anda sehingga boleh belajar ke tahap phd. Ada juga segelintir org yg berjawatan rendah ini mempunyai kebijaksanaan yang lebih baik daripada anda tetapi tidak mempunyai keluarga dan peluang yang anda ada.

  140. Ada pembantu guru??? yang baru beberapa bulan dilantik dah pandai curi tulang. Selalu lesap……

  141. Saya masuk IPG tahun 1994. Tahun 2005, saya DG44. Kawan saya yg sama2 masuk maktab kemudian sambung belajar jadi pensyarah U pada tahun 2006… sudah DS52. Katanya…. dia tu dah kira lambat………

  142. Kota Marudu on

    Guru bukanlah menuntut perkara yang berlebihan, namun janganlah ada pihak yang mencemburui pendapatan guru pada hari ini. Terdapat segelintir individu yang mendakwa pendapatan guru begitu tinggi jika dibandingkan dengan khidmat yang diberi. Individu terbabit mungkin merujuk kepada guru yang bermasalah dan malas, tetapi ketahuilah majoriti guru lain yang sedia dan setia berkhidmat dengan penuh keikhlasan menyebar ilmu di sekolah-sekolah seluruh tanah air. Kajian harus dijalankan sekiranya ada pihak yang mendakwa pendapatan guru adalah tinggi dan tidak munasabah kerana kebanyakan daripada kita maklum pendapatan guru tidaklah seberapa berbanding tugas yang harus dilaksanakan dalam era ini.

  143. jin pakai toncet on

    keje 10 tahun bru RM4900..perghhhh meninggal la ini macam..tapi tak pe kerja mulia

  144. Anonymous on

    komen ni gak yg plg best. wa caya sama lu abg mat tiarap. yg plg byk komplen kt fb ni kata keje diorang berat cikgu la. xde pun aku tgk komando ke vat 69 ke atau mamat2 driller yg keje korek minyak kt laut tu komplen. dh le gaji nk beso, keta nk beso, keje nk 1/2 hari je, blk bole wt MLM/jual insuran/kelas tuisyen lg. kalau berat sgt jadi cikgu ni xyah komplen byk2, berenti je. klu x ikhlas dan rasa terbeban mendidik anak bangsa x payah buat. masuk U amik course sastera bila offer KPLI muka dia tiap2 tahun g interview. dh dapat lg mcm2 komplen kt media sosial…PIIIIRRAHHHH!!! (sape makan cili dia rase pedas, bukan semua cikgu perangai mcm diatas. peace yawww!!!

  145. Anonymous on

    jadi artis kalau shooting cerita hantu sampai malam. cikgu 1/2 day je…kau hado?

  146. Cikgu skrg bukan cg dulu..cuti tahunan 7 hr..org cuti..cg buat kerja..kursus..jaga exam.. kem bina pelajar.. cg berkebun.. cg tukang baiki kerusi meja rosak.. mgecat taman..cg skrg da kena buat kajian tindakan.. lain tugas khas.. kutip yuran..daftar..latih sukan..bilangan pelajar pun ramai.. ansk2..bukan yg besar panjang dan bole bw diri.. blm guna peralatan sendiri.. Xpayah banding kerja dan gaji. Kerajaan da kaji semua aspek..kalu nak naik gaji..minta la..atas sb munasabah masing.jgn plak banding2.. xsama situasinya..

  147. Anonymous on

    Cuihhhh… student poli saja purata 40 org satu kelas, mate haram tak terer tp yg terok pensyarah la kena terang balik, dh la pensyarah poli keja opis hour, cuti semester pun takdak, gaji mcm cikgu, kerja sampingan mengalahkan kerani, time konvo pensyarah la kena angkut kerusi, bengkel pelbagai dok pening kena urus, siap kena ikut ISo la MQA la pa bagai, FRP kena audit tiap2 sem, ada yg bunuh diri la kt poli kuching, tp dh takdak persatuan sapa nk dengar rintihan kami

  148. Anonymous on

    Bila manusia tak reti bersyukur nielah jadinya..
    Bekilo…kilo buat dosa…sian..
    Rezeki tak berkat hasat dengki…pasal gaji..gaduh…bodoh…yg cerdik pun jd bodoh..
    Bila lah kita nak bersatu….payah…
    Yang buat gaji sapa…
    Senang dok dalam hutan..
    Bersatu lah kawan berfikiran matang…

  149. Anonymous on

    Sy cabar tn, tolong dtg ke sekolah dan test bt kerja guru dlm sebulan. .. pas blh la kamu nilai kerja cikgu tu byk ke tidak…

  150. Maaf mcelah.. cik pn senah.. yg beri rezeki Allah.. tak perlu bgtg pd manusia.. plz check back ok.. Allah yg beri rezeki BUKAN.. sesiapa..

  151. Maaf mcelah.. cik pn senah.. yg beri rezeki Allah.. tak perlu bgtg pd manusia.. plz check back ok.. Allah yg beri rezeki BUKAN.. sesiapa..

  152. Eric, jika dah rasa guru ni teruk sangat, anak masuk darjah satu nanti masukkan universiti terus. Usah lah suruh cikgu mengajar anak encik di sekolah.

  153. Apa la korang ni, keje saje. kita keja, dapat rezeki. Cukupla. Jangan mengata, nanti rezeki jadi haram . Dari kamu semua ni mengata kat sini, baik korang buat kerja.

  154. Pemilihan kerjaya adalah pilihan masing-masing. Kenapa merungut atas pilihan sendiri ?

  155. Padan muja dorg…. ingat jd cikgu senang… profesion yg unik iaitu memanusiaksn manusia…. ajar asuh didik urus dll… sbb melalui sekolah rendah br ada pelajar menengah br ada pelajar poli n lain2… klu budak d sekolah rendsh x mencapai kkemenjadin sahsiah n akhlak mcm mn nak ke peringkat seterusnya…

  156. Suami guru on

    Saya amat bersetuju dengan beberapa komen di atas. Setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangannya. We live by the choices we make. Jikalau ingin meperbaiki situasi sesuatu pekerjaan, do it by promoting what that occupation offers and does, not by comparing it with other occupations, especially in terms of remuneration. Seperti kata seseorang yang amat saya hormati; jikalau tidak berpuas hati dengan pekerjaan lain yang disangkakan senang; gaji lebih; easier promotions etc, the simplest solution is to resign and join that occupation. If one is reluctant, ask yourself, why am I so reluctant to join that particular workforce when it seems better? Like I said, we make choices in life, and like it or not, we have to live by those choices. If lecturers feel they deserve a better deal, by all means go for it, but it is unfair to compare what lecturers seek with the teaching workforce. The lecturers community should be strong enough to put forward its demands without dragging other groups into it.

  157. mmmm…cant agree more on that. its d pasture which is always greener on d other side. even some who think d other men’s wives r all beautiful but not theirs. yea…maybe thats d way we’r fashioned. d answer is simple, professional or not……they don’t know how to appreciate what they’v on hand. maybe those few who bullied their students around do suffer that disease…. I’ve no idea.

  158. cikgu ke..pensyarah ke dua2 byk utang..gaji mhl pon blm tentu hidup dberkati..kna byar ptptn la,kete, umah, loan tu loan ni…ksimpulan nya…kje la bsungguh2 jgn banding2 ngat…lau g kelas ngajar gitu2 je pon x berkat gak..bg lecture skadar mlpaskn batuk x ksudahan gak..niat la kerana Allah…xcya semak la sape y DIANTARA pling byk wat loan…no pain no gain la…dah2 jgn gaduh wahai golongan inteltual y sbnrnya byk utg…HAHAHA

  159. emas lapok on

    guru sekarang ni masuk kerjaya guru semata-mata gaji tapi bukan semua… KEBANYAKKAN. kebanyakkan yang jadi pensyarah adalah kerana minat dan cita-cita… bukan semua..KEBANYAKKAN. SEBAB ITU, mereka ni selalu sibuk pasal KENAIKAN GAJI. mereka ni antara manusia yang menyusahkan sektor swasta khususnya dan masyarakat amnya. kerana mereka-mereka ni adalah kakitangan kerajaan yang mendapat banyak faedah daripada kerajaan. hakikatnya mereka ni hanya 30% sahaja dari tenaga buruh. lihat sahaja kenaikkan gaji kakitangan kerajaan menyebabkan harga barangan dan makanan turut naik. pengurangan subsidi baru-baru ini memberikan mereka bonus dan kenaikkan baru. rakyat terpaksa terbeban kerana golongan ini. kalau nak dikatakan mutu mereka memang KEBANYAKKANNYA HANCUR!!!!!!. dari segi layanan dan juga tanggungjawab. mereka menggunakan kuasa yang diamanahkan.

    SETIAP KALI KENAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM TERMASUK PENSYARAH DAN GURU MEMANG PETANDA BURUK KEPADA GOLONGAN SWASTA. KORANG SEMUA BUKANNYA PENJANA PENDAPAT RAKYATPUN… TAKDE MOTIF KEUNTUNGAN DALAM KERJAYA KORANG KECUALI SESETENGAHNYA TERMASUK PENSYARAH. DUIT KWSP KERAJAAN TERPAKSA PINJAM TANPA PERSETUJUAAN DARI PENCARUM YANG MAJORITI BESAR ADALAH SWASTA SEMATA-MATA NAK URUSKAN KORANG YANG BANYAK BUNYI NI…

  160. emas lapok on

    ORANG KERAJAAN PUNYA MENTALITI… MEH MASUK SWASTA MEH…. MENGHARAPKAN KERAJAAN MEMANGJANG…. SWASTA NAK HARAP GAJI NAIK ADALAH KUALITI……… KADANG KUALITI TAK CUKUP KENA TAMBAH KERJA LEBIH MASA TANPA BAYARAN ATAU ELAUAN..

  161. emas lapok on

    BOLEH JUGAK TU KALAU TRY JADIK CIKGU… KITA PAKAT TUKAR SUKE SAME SUKE… KO MASUK TEMPAT AKU (SWASTA) YANG GAJI DIA RM1800 (IJAZAH) DAN AKU MASUK TEMPAT KO JADI CIKGU (KAKI TANGAN KERAJAAN) JOM JOM….

  162. mmg layakla pensyarah naik gaji cepat sb kelayakan pensyarah phd..egt senang ker nk dpt phd??? bila dah ada phd,mestilah gaji kena berbeza..mne bole same dgn guru yg ijazah..kalau cikgu lg tnggi tidak adil lah

  163. budak hostel on

    Assalam dan selamat sejahtera,

    aku sebenarnya x kisah klu pensyarah nk mintak naik gaji tp yg aku rasa kesal ialah bila membandingkan gaji & tugasan dgn guru siap ckp kerja guru lebih mudah tp dpt gaji bnyk.yg minta ni dh sah2 la pensyarah2 otai tp IQ cam bdk blom ambil PMR.perlu ke merendah2kan martabat & maruah guru smpai camtu sekali sbb nak minta naik gaji? perlu ke wahai org yg kononnya golongan paling cerdik ini? ye la sbb ade phd.

    selama ini pernah ke kesatuan guru minta naik gaji dgn merendah2kan golongan pensyarah? tp ape yg golongan pensyarah ni buat terhadap kredibiliti guru hanya kerana iri hati? perlu ke? siap komen menghina terhadap guru.yg x t’libat pun turut kutuk guru.dh sah2 la yg komen sokong naikkan gaji pensyarah & kutuk guru itu adalah pensyarah..ke student anda semua yg mulia tak tergamak lihat pensyarahnya ‘kerja lebih tp gaji tak berbaloi’?

    sudah2 la wahai golongan cerdik pandai semua…mintalah ape saje yg anda rasakan berbaloi utk tugas & beban kerja anda tp tak perlulah smpai membandingkan dgn beban tugas guru kerana ia akan bnyk mengundang perspektif negatif terhadap guru.

    ape salahnya golongan cerdik pandai yg bangga dgn phd ni kononnya minta je kenaikan gaji dgn memberikan penerangan yg lebih detail ttg masalah beban tugas yg kononnya x setimpal dgn gaji anda.sy tnya sekali lg…perlu ke membandingkan dgn gaji & beban tugas guru hanya kerana ingin memenuhi tuntutan anda sebagai seorg pensyarah? bg sya ini lebih kpd tindakan seorg PENGECUT. menuding jari ke arah org lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

    tak beranikah golongan cerdik pandai ini menuntut dengan menyatakan alasan yg lebih realistik & tidak merendahkan kredibiliti & maruah org lain? jika tidak, sia2 lah anda ada phd. jgn smpai phd tu sy takrifkan sbg Perasaan Hasad Dengki.

    wassalam.

  164. budak hostel on

    assalam dan selamat sejahtera,

    mgkin ade golongan pensyarah ygterkedu bc tajuk isu di atas.sy harap admin boleh perbetulkan agar pandangan negatif & prasangka buruk serta perasaan iri hati terhadap guru boleh dihindar.

    betul ke timebase guru 8 thn naik ke gred 52? setahu sya timebase 8 thn guru baru naik ke gred 44. itupun mmg betul2 kena tggu timebase.klu yg dpt APC boleh dipertimbangkan utk mohon ke gred 44 pd thn ke 7.nk tggu naik 52? setau saya timebase berperingkat utk guru naik dr 41 ke 44. pastu dr 44 ade timebase utk naik 48 pastu br timebase ke 52.kiranya dh nk pencen nnti br la merasa 52.

    timebase pensyarah utk naik ke gred 52 ialah 10 thn tp ape yg saya dapati di IPTA tmpat saya ni br 5,6 thn dh naik 52.terbaru sy dgr pas sah jawatan, 3 thn dh bleh mohon 52. x-stdnt sya jd pensyarah thn ke 5 dh naik 52…

    itu rezeki masing2. jgn tuding jari kpd org lain jika anda x puas hatii dgn gaji yg anda terima berbanding beban tugas. mohonlah dgn cara yg bijaksana selari dgn thp pendidikan anda sbgai golongan pensyarah. x perlu lg merendah2kan maruah & menghina guru hanya kerana GAJI. jadilah pejuang yg tulen.

    terlalu bnyk komen negatif terhadap guru hnya kerana tuntutan kenaikan gaji oleh pensyarah.bila baca byk komen di sini yg merendah2kan golongan guru buat saya hilang rasa hormat pada golongan pensyarah. ke yg banyak komen kutuk guru & sokong kenaikan gaji pensyarah ni kerani sekolah?

    Wassalam.

  165. betul tu..setuju dgn mus..zahir ja nampak guru keje smpai tghari..hakikatnya guru keje sampai malam..tu yg org tak tau dan tak nmpak..kami para guru, balik sekolah kul 1 lebih..pkl 2 lbh ada xtvt sek, meeting, ko-k n macam2 lg la..malam, isi SPPBS, SAPS, semak buku kerja murid n macam2 lg..jd bg sesiapa yg nk ckp guru keje tak banyak..korang pikir dulu..selidik dulu

  166. Senah Senget on

    Bila masa pula UMNO/BN yang kasi gaji? sya spm ja tapi takde la bodo bertingkat2 level degree/phd.. kalau pun dia org yang kasi gaji, UMNO/BN dapat duit dari mana pulak nak kasi gaji?

  167. Lihat kembali nawaitu sebelum menjadi pensyarah. Ada yang menjadi pensyarah disebabkan dapat belajar sehingga peringkat PhD dan selepas itu Post PhD (tidak semua). Kenapa bandingkan dengan gaji guru yang mendidik mengenal A,B,C dan 1,2,3 sejak tadika lagi. Cuba bandingkan gaji pensyarah dengan gaji buruh kasar atau pemungut sampah (maaf bukan menghina). Maka bersyukurlah dengan ilmu yang ada dan gaji yang ada. Cadangan adalah lebih baik bandingkan dengan pensyarah universiti swasta daripada bandingan gaji guru.

  168. Hanya Allah yang maha adil, kenapa untuk naik perlu pijak kepala orang lain? Memburuk-burukkan orang lain,memperkecilkan orang lain,pensyarah sebelum jadi pensyarah bukankah diajar oleh insan yang bergelar ‘guru’??? Guru pun sebelum mengajar diajar oleh pensyarah, jadi sekarang tak perlulah mendabik dada,lakukanlah tindakan melalui jalan yang betul usaha,berdoa dan berserah kepada Allah.

  169. Kenyataan ialah job scope pensyarah ialah research and didik cikgu-cikgu dan professional lain. PHD ialah satu quaification untuk jadi pensyarah. Job Scope and qualification bukti pensyarah perlu intellectual lebih tinggi untuk kerja.

    Memang cikgu-cikgu tak ada intellectual setinggi pensyarah. Ini kenyataan dan bukan penghinaan.

    Dunia ini memang orang ada yang lebih pandai, rajin tapi dan lain-lain. Kalau sendiri tak cukup pandai terima saja. Tak tahu cakap tak tahu.

    Alasan yang realistik untuk banding dengan cikgu kerana SKIM sama. Jadi boleh banding.

    Kalau sendiri tak ada intellectual untuk paham, saya pun tak boleh buat apa. Sekian.

  170. Betul. Dia ingat siapa-siapa boleh dapat PHD. Lagipun kerja pensyarah ada research. Hanya top 1% mahasiswa dalam sarjana muda saja akhirnya lulus PHD.

  171. Betul. Ketika pensyarah belajar master dan PHD, sudah guna 5-7 tahun. Guna wang sendiri lagi. Lagipun banyak yang tak lulus. 5-7 tahun tak ada pendapatan.

    Yang lulus itu mereka yang pandai dan rajin. Mereka perlu beri gaji lebih tinggi.

    Kalau panggil cikgu perlu study PHD, mungkin 99.99999999999999999% mereka tak lulus.

  172. Cikgu2 dan pensyarah ada kerja itu semua UMNO bagi. Cukup la. UMNO dah bagi banyak. Jangan minta lagi.

  173. Standard guru hanya boleh ajar di sekolah. Tak boleh ajar di Universiti kerana tak cukup intellectual.

  174. Salam. Kita perlu sentiasa bersyukur. Kebanyakan jawatan kerajaan yg berijazah start dgn gred 41 termasuk guru, doktor, jurutera, ahli farmasi dll. Gred pensyarah uni mula dgn gred 45, oklah tu. Pakcik saya seorang guru nak dapat gred 52 pun mengambil masa 26 tahun, itu pun kalau ada kosong. Kebanyakan yg DG52 adalah Pengetua sekolah dan peratus adalah amat sedikit berbanding dgn bilangan guru hampir 400,000 orang atau lebih, macam piramid atau food pyramid. Apa apa pun perlulah bersyukur.

  175. pemerintah perlu buat kajian ttg tuntutan rakyat on

    Salam…pensyarah dan guru jgn gaduh2..mereka x salah dan itu adalah hak mereka bila mereka lihat tidak berlaku keadilan. Yg patut di pertanggugjwbkan adalah kerajaan yg dipertanggungjwbkan atau kementerian yg terlibat samada Jpa ker, MOE ker atau MOHE ker atau menteri2 yg membuat polisi ttg gaji dan kemudahan2 yg lain tanpa membuat penyelidikan ttg keperluan dan perbandingan tanpa ada benchmark yg sepatutnya…tahukah anda yg membuat polisi2 ini bahawa anda juga akan diadili di hadapan Allah???

  176. money…if u keep counting ur money, u really r not a rich man. working as servant is not a path that can let u to riches. if u really gotta make money, more than u wannabe happy…..be compulsive n get out of d service. many paths can led to riches….nothing in console room, but most in ditches. take my word….ci’gu n en.!

  177. susah sangat.. suruh pensyarah tu jadi guru..tau kerja banyak dan macam-macam. jaga budak, bawa budak ke mana-mana pertandingan, ke hospital, masukkan markah on line, pbs dan paling mencabar ialah mengajar pelajar-pelajar yang pelbagai tahap iq… ada berani……

  178. Alkisah sebuah rumah

    Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.

    “Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

    Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

    “Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

    Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

    “Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

    Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

    “Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

    Wahai anakku,
    Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
    jadi orang lain.

  179. Salam, saya bekas guru kini pensyarah di IPTA. Saya akui bahawa kenaikan pangkat di sekolah agak mudah berbanding dengan pensyarah di IPTA yang mesti melaksanakan pelbagai kerja seperti dinyatakan rakan-rakan di atas/sebelumnya. Tetapi tugas guru sekarang ini amat mencabar dan menyebabkan seseorang guru itu stress. kalau mengikut data-data yang terkini, guru-guru yang mengalami masalah mental semakin meningkat berbanding pensyarah di IPTA.( Memang rezeki daripada ALLAH swt tetapi kita manusia diberi usaha dan ikhtiar. Ahli sunnah wal Jeamaah)

  180. gaji dah besau rileks la bro…bg la tumpuan org yg gaji kecik2 plak…org yg gaji kecik mntak dpt cukup2 untk kperluan je,,org yg gaji besau dh mewah tp nk mewah lg…hahaha harga kereta ble nk turun,,hahaha

  181. Pensyarah dan Guru adalah bidang yg sama, gaji pun tak jauh beza, jika bezapun tidaklah banyak sangat, mengapa kita sesama warga pendidik harus berbahas ? cuba kita lihat gaji LHDN dan PTD, gaji diaorang lagi jauh beza dengan kita….,
    Penolong Pegawai
    Kelulusan – Diploma (CGPA 2.70 min)
    Tangga gaji RM1998.00 – RM4950.00

    Pembantu Tadbir
    Kelulusam – SPM atau setara
    Tangga gaji RM1370.00 – RM3417.00

  182. cikgu keje xbanyak.tapi cepat naik pangkat.bersyukurla cikgu jgn merungut..

  183. Di palestin , guru..x di bayar gaji. mereka kerja ngan ikhlas..kalau ado pun bantuan ihsan, dalam 60 dollar untuk 3 bulan. Namun keberkatan ilmu yg dicurahkan ..hanya Allah shj yg dapat membalasnya.

  184. pensyarahkuguruku on

    Cuba jelaskan

    Berapa gaji yg guru nk? dan
    Berapa gaji yg pensyarah nk?

    Kalau nk ikutkan mudah..
    Kita perlu based pada pemikiran sempit kita jer..
    Kenapa mesti cerita beban tugas masing2..
    Sbb kerja banyak..sbb kerja susah perlu bayar gaji lebih ke?
    Kalau begitu kenapa bayar gaji buruh, tukang dll rendah padahal kerja mereka lg banyak dan susah..
    Sepatutnya golongan mereka ni yg perlu dibayar tinggi berdasarkan beban tugas dan kesukaran kerja mereka..
    So kenapa nk bayar gaji guru dan pensyarah mahal2 sbb guru dan pensyarah kerjanya tak la sesesah dan sebanyak golongan2 buruh, tukang dll

    Jawab..jawab..jawab…
    Fikir..fikir fikir

  185. Tanya sama pokok apasal boleh goyang, nanti jawab pokok akar nak mereput. Tanpa guru sekolah masakan ada orang masuk university!

  186. Sudah2la berdebat tentang bnda ni…
    Bebanan tugas setiap pekerjaan berbeza..
    Yg penting macamana kita melihat bidang tugas kita dari mata kita..
    Kita tak layak menilai bidang tugas org lain selagi kita tidak berada di tempatnya..
    Gaji banyak pon kalau tidak tahu bersyukur pon tak guna jugak..

  187. Data tu berdasarkan percentage atau raw numbers? Jumlah keseluruhan guru mmg lebih ramai, lagipun, beban kerja mereka memang bertambah secara mendadak baru2 ini. So that’s hardly surprising. Mohon kaji tugas guru zaman sekrang, nampak macam byk yg pointless. Guru sibuk key-in data, anak2 murid terbiar.

  188. keje dgn ikhlas on

    Dutz, bukan semua cikgu yang involve dalam 65 senarai tugas guru tu. e-tukar tu, setiap hari ke cikgu tercongok depan pc, key-in nak mintak tukar? keceriaan kelas? Bukan semua cikgu adalah cikgu kelas. latihan kebakaran dan kecemasan setiap hari ke? Kalau nak compare tugas cikgu dengan tugas pensyarah, list kan tugas HAKIKI la

  189. mmg kene buat la bodo..da xtau nak tnjuk bodo lak kat sini.. xpaham ak org bodo ni, kalu xtau tanya, da dye list tu, mmg keje dye la, ap ke bodo sgt..sistem tu buat awal taun pon lembab bodo..kerajaan pon xhargai ko bodo,,BODO

  190. Saya rasa sekurang-kurang 99.5% cikgu tak pernah kerja di private sektor atau industri. Jadi mereka rasa kerja mereka susah sangat. Mereka rasa kerja mereka setaraf dengan pensyarah. Tak masuk akal!

    Cikgu complain banyak kerja. Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah jangan bagi cikgu balik awal. Buat office hours cikgu seperti industri 9AM-6PM. Pagi kerja cikgu mengajar, petang buat kerja admin. Semak murid-murid exam papers sebagainya.

    Kalau bagi balik awal, nanti tidur petang, jaga anak, minum teh … … Bila kerja admin tak siap, complain kerja banyak!

    Ketika cuti, cikgu pun tak boleh cuti. Datang sekolah buat kerja admin seperti masuk data dalam computer.

    Pensyarah memang tak ada cuti seperti cikgu. Biasa kerja dalam office hours. Banyak yang kerja ketika weekend untuk buat research. Lagipun, intellectual yang diperlu untuk job scope pensyarah sangat tinggi. Bukan siapa-siapa boleh buat research. Mungkin yang top 1% yang paling rajin dan cerdik di kalangan rakyat malaysia boleh buat research!!!!

  191. Awak nim cikgu ke? Ade masuk ipt ke? Masa mase ipt dulu, saper ajar awak utk jafi cikgu? Cikgu jugak ke? Jadi kalau tak de pensyarah x de la cikgu. Kalau nak ngungkitla

  192. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Tidak ada pensyarah, tidak adalah guru. Sudah lupa IPTA?

  193. Katak Lompat on

    tengok para pendidik kita bergaduh.. masing2 tak mau kalah, masing2 memperlekehkan kerjaya orang lain, masing2 rasa diri lebih hebat. memalukan. no wonder budak2 sekarang tak menjadi, dapat guru dan pensyarah begini.

  194. Memang bodoh statement ini. Mana universiti kamu graduate. Sudah ada PHD pun tak tau perbezaan job scope.

    Adakah kita perlu seorang yang punya degree jadi kerani atau cashier?

    Ada PHD hanya bukti kamu ada minimum keupayaan jadi pensyarah. Ini sebab ramai yang ada phd tak semesti boleh semestinya boleh jadi pensyarah terutamanya research universities.

  195. Salam. Nak tambah pendapatan? Tulis buku rujukan. Apa apa pun perlu sentiasa bersyukur.

  196. budak hostel on

    As salam & selamat ejahtera,

    Saya x nk pertikaikan ttg kelulusan intelektual pensyarah & guru tp ape yg sy kesalkan ialah sikap pensyarah yg membandingkan beban tugas & gaji yg diterima oleh pensyarah & guru. cuba anda lihat kembali gaji permulaan guru gred 41 & pensyarah gred 45. di situ terang2 sgt b’beza. gred mna lebih tggi? 45 kan? mna plak timbulnya p’soalan gaji guru lbih tggi? tngok pula kenaikan gaji m’ikut gred & turutan. brp thn utk p’syrh naik ke 52 & brp thn utk guru naik ke 52? pastu ckp beban tugas guru x seteruk pensyarah tp menikmati gaji yg lbih tggi? bknkah ini 1 p’hinaan?

    “Alasan yang realistik untuk banding dengan cikgu kerana SKIM sama. Jadi boleh banding.” Cuba awak terangkan kt saya tang mn skim pensyarah & guru ni sama? knp awk x banding beban tugas & gaji dgn pensyarah di IPTS? bkn kah itu lbih realistik b’banding p’bandingan dgn guru yg jelas beban tugas & SKIM adalah x sma?

    “Kalau sendiri tak cukup pandai terima saja. Tak tahu cakap tak tahu.” Adakah awk tahu ttg SKIM pensyarah & guru serta time base & kenaikan pgkat pensyarah & guru? Bkn kah ayat awk tu satu p’hinaan t’hdp org yg kononnya tidak cukup pandai spt awk?

    “Kalau sendiri tak ada intellectual untuk paham, saya pun tak boleh buat apa. Sekian.” Ya, bagaimana pula dgn org spt awk yg ade intelektual yg tggi tp masih x fhm2?

    Sekian, wassalam.

  197. Mana universiti Cikgu boleh jadi Pensyarah?? Universiti tempatan terutamanya Research Universities perlu PHD untuk jadi pensyarah.

    Kalau private college memang cikgu boleh jadi pensyarah.

    Jangan tipu sendiri cikgu boleh jadi pensyarah dalam universiti tempatan!!!!

  198. Guru juga Pensyarah on

    Di Institute Perguruan Malaysia, di Institute Aminuddin Baki dan Kolej Matrikulasi…. tempat ini semua Guru jadi Pensyarah, ramai ada masters juga PhD.

  199. Haha.. saya ada seorang kawan lelaki (Guru) dan isterinya seorang (Pensyarah Uitm). Saya pernah bertanya pada kawan saya yang kerja guru ni.. mana senang jadi guru ke pensyarah..dier jawab

    1. Pensyarah susah, soalan Exam kena buat soalan sendiri mengikut standard.. MQA..EAC.. kena ada open ended question. Guru pulak..senang kalau setakat test, exam, tgk je koleksi soalan2 PMR, SPM, buku teks.

    2. Pensyarah nampak rehat, tapi setiap semester paling kurang kena ada 6 tajuk untuk pelajar tahun akhir, mesti berbeza, jadi kena study macam pelajar..kena bukak scopus, ieee, elsavier, kena tgk latest trend of technology. Guru tak payah buat apa-apa untuk part ni.

    3. Pensyarah flexible hour, tapi dorang buat kerja sampai pagi nak cari idea, sebab idea bernas bukan ikut masa, bila sekali dapat idea bernas untuk buat kertas kerja, exam..tak tido malam study nak kembangkan idea. Guru tak tido malam nak keyin markah student, tapi pensyarah pun sma kena key in markah student.

    4. Pensyarah ni banyak habis duit sendiri nak beli barang penyelidikan, sebab kadang-kadang gran dpt ciput-ciput, last-last guna duit sendiri beli bagi student pakai, sebab kesian student tahun akhir tak cukup peralatan.

    5. Pensyarah ni paling kesian sebab selalunya dapat taraf mula berkhidmat ni bila dah berusia, sebab nak tunggu minimum requirement, master dan PHD, bertahun-tahun nak dapat. Selalu bermula pada usia dah tua.

    6. Kemudahan pinjaman perumahan/kereta kerajaan, dah tua-tua baru pensyarah dapat. Maklum lah lepas habis belajar, kena tunggu pengesahan jawatan. Tu pun nak sah jawatan ada macam-macam syarat, kena hantar kertas kajian minimum 3, SKT, kena ada buku dihasilkan, kelulusan ujian dalaman bahasa inggeris yang sangat ketat (menyamai IELTS).

    7. Pensyarah nak dapat kenaikan pangkat kena melalui proses ketat jika nak apply prof. madya & prof. Kena ada journal – selalunya makan masa setahun prosesnya baru siap, kena ada 3 student phd ( yang dah tamat), setiap pelajar PHD makan masa 4 tahun untuk lulus. Jadi indah khabar dari rupa pensyarah cepat naik pangkat. Guru pulak ikut time based.

    8. Pensyarah mula tak puas hati bila mereka telah ditempatkan dibawah bumbung yang sama dengan guru . Jadi mereka melihat gaji seharusnya dibuat mengikut kesarjanaan dan bukan mengikut pengalaman semata-mata.

    9. Bak kata orang gaji pemandu kapal terbang, takkanlah nak sama dengan gaji pemandu teksi. betul tak.

  200. Kerajaan boleh membawa melayu keluar dari kampong . . tapi kerajaan TIDAK berupaya membawa kekampongan keluar dari melayu seperti Puan Senah ini.

    Inilah yang dikatakan “MENTALITI DUNIA KE-TIGA. Lain kali kalau nak beri pandangan semak dan pastikan faktor yang diketengahkan itu betul dan tepat.

  201. Gaji adalah perkara sensitif kerana ia melibatkan titik peluh dan periuk nasi seseorang. Tak brsyukur? Bersyukur atau tidak bukanlah perkara yang wajar dipertikaikan kerana hak dan tahap pendidikan wajar perhatian. Jika benar guru gajinya lebih tinggi berdasarkan time based berbanding pensyarah yg ada phd yg dah kerja lama tetapi tak cemerlang…maka ia wajar dilihat. Keadaan gaji pensyarah yg kurang menarik sebenarnya memberi implikasi kepada ipta itu sendiri bila mana ramai pensyarah kita enggan pulang ke malaysia gara2 offer lebih bagus d luar negara dan akhirnya negara kita sendiri juga yang rugi..ramai saya lihat…pensyarah yg pergi study d uk us australia yang gi buat phd dengan duit kerajaan tak nak balik malah sanggup bayar semula hutang pendidikan kepada kerajaan kerana offer d luar lebih bagus. Seorang pensyarah phd..kerajaan belanjakan beratus ribu seorang sebabnya negara masih kurang kepakaran dalam bidang2 tertentu d malaysia. Tepuk dada tanya selera! Bersyukur atau tidak, ia bukannya masalah yang dibincangkan d sini tetapi hak sepatutnya jika dia dah lepasi tahap pendidikan tertinggi menurut JPA. Cuma isu time based utk ipta pulak..kerajaan perlu pulak ambilkira output dan rating sesuatu ipta kalau ada sesetengah pensyarah akan kata ‘lama2 naik juga, tak payahlah penuhi hakiki’ dan bagaimana dengan pensyarah cemerlang? Yang lengkap dengan merit penulisan, penerbitan, pelajar pasca, geran2 luar, inovasi, konsultansi dsbnya….jadi isu yang kerajaan perlu fikir ialah pensyarah cemerlang yang ada master phd tetapi tidak cemerlang dan pensyarah yang ada master phd tetapi cemerlang! Ramai juga saya lihat dekan2 taknak orang bawahan dia naik sebab dia sendiri belum capai tahap kecermelangan akademik yang amat istimewa mutunya berbanding org bawahannya….fikir dan renungkanlah….sekadar pandangan sj

  202. setuju sgt…

    baik guru atau pensyarah masing2 ada tanggungjawab. laksanakan tanggungjawab dgn amanah. nak mintak gaji naik mintak la. tp amat tak profesional kalau memburuk-buruk atau perlekehkan tanggungjawab orang lain. memang patut gaji pensyarah naik berdasarkan beban pendidikan yg panjang dan umur yg dh dibazirkan utk belajar.

  203. kerja pensyarah byk rilek kata segelintir golongan yg tidak tahu, ada lah sekumpulan pembimbing tu yg selalu naik gaji, dan gaji nyer lebih dari kita pensyarah, katanya kita nie kerja tak byk, depa beban lagi nyk: mai baca senarai pendek koje koje pensyarah nie:

    Kan aku dah cakap dari dulu…berkesatuan (UnioN) tak boleh, cikgu boleh, pasai apa, govt kata Pensyarah nie pada klasifiaksi (Pengurusan dan Professional). Dgn itu tidak boleh berkesatuan tapi boleh berpersatuan (association)(aku nak masuk persatuan pengakap lah) …. berbanding guru, tapi kita tak boleh suarakan tuntutan kita sebab apa…kita PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL…katanyer….SAMPAI BILA NAK JADI MCM NIE.

    MEMANG BETUL PENSYARAH NIE MEMANG TAK BANYAK KERJA pun SEBAB DIA BUAT KERJA KERJA REMEH KAT BAWAH NIE:

    1) Penyelidikan (Research) (Kena ada geran) (kalau tak buat nie tak boleh naik pangkat).
    2) Penulisan berwasit (refereed journal or conference) (Puns ama tak dak nie tak bleoh naik pangkat) (International standard Scopus – ISI thompson). Sethaun 3 kalau RU resarch university lebih lagi.
    3) International Innovation Design (IID)…kena world punya local 2 depa tak mau terima…utk naik pangkat…
    3) Pengajaran (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat – Amanah Tugas Akademik 39 jam seminggu)
    4) Pembelajaran (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat – Amanah Tugas Akademik 39 jam seminggu)
    5) Khidmat Masyarakat (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    6) Community consultation (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    7) Students Research consultation (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    Curriculum review (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    9) OBE Outcome Based Learning (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    10) Administration work ( paling kurang 5 lima perlantikan) (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    11) Reviewer (curriculum-journal) (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    12) Federal government works(pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    13) Profesional body (tak dak nie tak leh nal lebeh lebeh) (pun kena kalau tak tak leh naik pangkat)
    14) sabtu ahad pun kena bawak balik assignment, tesis student, material for next week, new issue on subject from Internet or books (for example: Finance, Strategic Management).
    15) Pensyarah kerja sehingga 12 jam sehari, kelas pagi kul 8am-11am tgh hari makan Petang 2pm – 5pm, dan membawak ke malam sampai kul 10 pm…baru dapat balik kerumah. Kita tak kerja setgh hari kita kerja full day.
    16) jaga exam student
    17) buat kertas dan jawapan setiap semester utk sekurang kurangnya 3 ke 4 subjects.
    18) Mesyuarat (mcm 2 mesyuarat lah)
    19) Kursus 9mcm 2 mcm kursus lah)
    20) kem motivasi (mcm 2 kem motivasi lah)
    21) Pendaftaran pelajar baru
    22) Penasihat akademik (yg nak drop, ygn nak tambah subjek)

    inilah serba sedikit kerja yg kita buat, tak byk pun sikit ajer….

  204. cicaktokek on

    Aku bukan guru tapi aku tengok dan buat bandingan cara hidup guru dan pensyarah yang aku kenal maupun tak berapa kenal. Ramai pensyarah pakai merc, bmw, alphard etc. Ramai guru pakai waja, vios, civic, persona dan seumpamanya. Aku jumpa guru motong getah sebelum gi sekolah. Aku jumpa guru tolak kubota masa musim padi. Depani pakai kapcai je. Rumah takdepun kete mewah, rumah biasa-biasa lagi. Lama aku dok perati dan.kesimpulannya yg aku boleh buat ialah Pensyarah lebih glamour dan mewah dari guru. Pensyarah jauh lebih kaya dari guru sebab sebahagian pendapatan guru macam dah kena tarik dek menguruskan anak murid terutama macam pi koko dan sedekah kat kelas depa. Itu apa yang aku tengok. Yang hanagpa tengok aku tak taulah.

  205. Gaji PPPT lebih kecik dari cikgu???? kalau awak tengok matriks gaji same je DG/DGA dengan DH….. camne plak bole lebih rendah dari cikgu…???

  206. kalau ikut akedemik juga tak adil…. konsep yang tepat kadar kerja dan upah… bukan semua nak jadi Askar/polis walaupun tak perlu akedemik tinggi tapi risiko sgt tinggi… bukan semua nak jadi cikgu…alih2 kene posting kat pendalaman..naik bot pagi2… keluar ke bandar sebulan sekali sebab takde bank/atm.. bukan semua nak jadi pensyarah sebab nak jaga mutu kesarjanaan dan keilmuan yg tinggi…bukan semua nak jadi cikgu tadika..kene didik dan asuh kanak2…tak lupe jugak kene basuh berak dan muntah…. begitu juga jururawat..dan apa jua perkhidmatan… sijil akedemik bukan kayur pengukur muktamad…

  207. Teruknya jadi pensyarah… Nasib baik tak jadi pensyarah… Kerja menteri pun tak teruk macam tu… Ini patut menteri tau ni…

  208. Hamba Allah on

    Daripada dahulu gaji pensyarah lebih daripada gaji guru walaupun ada guru yang ada berkelulusan Sarjana dan Phd termasuk pensyarah di Insititut Pendidikan Guru seramai lebih kurang 30,000 tetapi kami skim DG juga tak dikira nilai tambah Ijazah Sarjana dan Phd kami. Usah dinafikan daripada dahulu gaji permulaan pensyarah baru lebih tinggi berbanding dengan guru. Memang patut gaji pensyarah baru lebih tinggi sebab ada nilai tambah Master dan Phd. tetapi guru dikira menggunakan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja. Jika guru atau Pensyarah IPG ada Master dan Phd, pun nilai tambah itu tidak dikira dalam pengiraan gaji permulaan mereka, pensyarah IPG juga ikut skim DG walaupaun sekarang ramai yang dah ada Master dan Phd. Tugas Pensyarah IPG dah macam pensyarah IPTA dan IPTS dari segi beban tugas, adakah skim gaji mereka DG mengambil kira kelulusan Master dan PhD yang mereka ada? Baru setahun kerajaan umumkan skim time-based barulah nak dibeza-bezakan sedangkan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu gaji guru-guru dan Pensyarah IPGM@Maktab kecil berbanding dengan Pensyarah Universiti. Tak baik buat macam itu, ini macam guna psikologi untuk mengaburi pandangan masyarakat dan bimbang boleh menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak adil. Agak ramai sedia maklum kebanyakan atau rata-rata guru adalah DG29, DG32 dan DG41 daripada bilangan guru seramai 400 ribu lebih itu. Bilangan yang dapat DG52 dan ke atas amat sedikit jika dinisbahkan rata-rata guru adalah DG29, DG32 dan DG41. Manakala masih ada Pensyarah IPGM bermula dengan memangku DG44 sahaja(belum lagi DG44).Kita diajar jika ingin mengejar matlamat jangan sekali-kali menekan dan memberi pandangan negatif atau kurang baik yang menyebabkan pihak lain terasa, kan mereka golongan guru dan Pensyarah IPGM@Maktab juga ada perasaan dan hati. Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah perkara ini.

  209. Sememangnya saya dah merasa kepayahan bekerja sebagai pensyarah DS52 dan adik2, ipar duai..semuanya cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah mengajar STPM, SPM…dan STPM sekarang sistem semester penilaian berterusan. Dua2 pekerjaan adalah sama mulia dan kita mengajar untuk mengangkat mertabat masyarakat. Namun, ada golongan lain yang memerlukan perhatian seperti golongan miskin komuniti berpendapatan rendah. Program KTP melalui KPT memerlukan para pensyarah turun padang. Kita berkongsi ilmu dengan komuniti dengan mengikut pepatah ‘Berikanlah orang itu joran supaya dia dapat memancing dan berdikari, jangan berikan dia ikan yang habis sekali makan saja’….guru2 tak buat kerja-kerja komuniti begini. Penilaian naik pangkat pun ikut kesepakaran kita…kadangkala tertindas oleh golongan ’emas’ yang ambil masa 10-15 tahun baru naik pangkat jadi prof, prof madya dan ‘ego’nya tinggi dan kita yang dianggap muda / cetek pengalaman…mesti ikut jejak langkah mereka juga tanpa ambil kira merit untuk kenaikan pangkat….maka ramailah rakan taulan yang tidak dapat naik pangkat. Peliknya ramai pula pensyarah berpindah2 IPTA dan mudah pula naik Prof Madya, Prof…..berbanding orang lama yang sudah kerja dan memang rasa sangat tidak adil tetapi jika dibandingkan dengan kemampuan DS53 secara pindah randah ni…ramai (bukan semua) adalah ‘low quality’ dan menulis permohonan geran pun, pelajar prasiswazah lebih bagus dan itu sekali lagi melukakan hati mengapa mereka layak naik pangkat dan mengapa kita tidak. Jadi kesimpulannya disini ‘trend’ pindah randah antara IPTA jika nak naik pangkat cepat adalah senario terkini di Malaysia sebab tak dapat naik pangkat dalaman U sendiri sebab ada golongan tertentu nak kita ikut jejak langkah dia lepas 10-20 tahun baru naik jadi prof madya DS54 atau Prof C. Pelik kan? Dunia akademik pensyarah yang spekulatif…jadi bila kita dapat naik pangkat…gaji guru dah berganda naik dan sekali lagi ia menyedihkan para pensyarah….Akhirnya, biarlah kenaikan pensyarah jelas kerana sekarang ni semuanya mengikut kriteria ‘istimewa’, ‘sangat istimewa mutunya’ dan hmmmm….sangat spekulatif..dan ‘nak istimewa macammana lagi jika yang para pensyarah tu buat masih tak cukup istimewa?’

  210. Sememangnya saya dah merasa kepayahan bekerja sebagai pensyarah DS52 dan adik2, ipar duai..semuanya cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah mengajar STPM, SPM…dan STPM sekarang sistem semester penilaian berterusan. Dua2 pekerjaan adalah sama mulia dan kita mengajar untuk mengangkat mertabat masyarakat. Namun, ada golongan lain yang memerlukan perhatian seperti golongan miskin komuniti berpendapatan rendah. Program KTP melalui KPT memerlukan para pensyarah turun padang. Kita berkongsi ilmu dengan komuniti dengan mengikut pepatah ‘Berikanlah orang itu joran supaya dia dapat memancing dan berdikari, jangan berikan dia ikan yang habis sekali makan saja’….guru2 tak buat kerja-kerja komuniti begini. Penilaian naik pangkat pun ikut kesepakaran kita…kadangkala tertindas oleh golongan ’emas’ yang ambil masa 10-15 tahun baru naik pangkat jadi prof, prof madya dan ‘ego’nya tinggi dan kita yang dianggap muda / cetek pengalaman…mesti ikut jejak langkah mereka juga tanpa ambil kira merit untuk kenaikan pangkat….maka ramailah rakan taulan yang tidak dapat naik pangkat. Peliknya ramai pula pensyarah berpindah2 IPTA dan mudah pula naik Prof Madya, Prof…..berbanding orang lama yang sudah kerja dan memang rasa sangat tidak adil tetapi jika dibandingkan dengan kemampuan DS53 secara pindah randah ni…ramai (bukan semua) adalah ‘low quality’ dan menulis permohonan geran pun, pelajar prasiswazah lebih bagus dan itu sekali lagi melukakan hati mengapa mereka layak naik pangkat dan mengapa kita tidak. Jadi kesimpulannya disini ‘trend’ pindah randah antara IPTA jika nak naik pangkat cepat adalah senario terkini di Malaysia sebab tak dapat naik pangkat dalaman U sendiri sebab ada golongan tertentu nak kita ikut jejak langkah dia lepas 10-20 tahun baru naik jadi prof madya DS54 atau Prof C. Pelik kan? Dunia akademik pensyarah yang spekulatif…jadi bila kita dapat naik pangkat…gaji guru dah berganda naik dan sekali lagi ia menyedihkan para pensyarah….Akhirnya, biarlah kenaikan pensyarah jelas kerana sekarang ni semuanya mengikut kriteria ‘istimewa’, ‘sangat istimewa mutunya’ dan hmmmm….sangat spekulatif..dan ‘nak istimewa macammana lagi jika yang para pensyarah tu buat masih tak cukup istimewa?’

  211. bagi sy..kenaikan pgkt guru lbh mudah..time based je..brkualiti ke x…ttp nek pgkt…brbeza ngn pensyarah kna ikt performance dn mcm2 g…serba mencabar…bab mgajar..mmg guru n pensyarah mngajar…guru mngajar bdk2 yg kurg matang…pensyarah ada kalanya mengajar org yg lbh matang spt pjj…dn kena brdepan ngan mcm2 ragam n soalan2 yg mncabar..pensyarah kna siap sedia untuk mnjawab sgala soalan dr pelajar matang yg bkn calang2 pangkat…guru klu x dpt jwb..leh kelentong je…dr segi gaji..sepatutnya pensyarah ptt diberi lebih sdkt dr guru..level mereka brbeza..ni pndpt sy yg bkn guru atau pensyarah

  212. nmpk sgt bohongnya…list je…bkn suma tugas tu cikgu sowg bt…da kna bahagi2kn..klu sowg je bt..alamat drh tgi la…agak2 la klu nk menipu…

  213. Jgn la smua nk bperang, kt kan org tpelajar, pakat2la bjuang hak. Klau asyik salahkan pihak itu ini xkan slesai mslah.

  214. Anonymous on

    Terima kasih atas komen anda. Saya seorang pendidik dan nampaknya pandangan anda kurang tepat. Untuk makluman, bukan semua sekolah menerima pembantu tadbir tambahan dan tugas guru yang ‘sebenar’ hanya diketahui oleh orang yang bergelar guru sahaja. Bidang tugas mereka juga bukan seperti yang anda fikirkan. Memang ramai yang selalu mengatakan tugas guru itu makin lama makin senang tetapi adakah kenyataan tersebut benar2 berlaku? Saya tidak menyatakan pendapat anda salah, cuma kurang tepat dan kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan buat pembaca :)

  215. Anonymous on

    Cerita pasal tukang sapu ni menarik dan lucu… Adakah cuma kelulusan akademik sahaja menentukan samada seseorang itu layak menjadi guru? Ceteknya pemikiran anda… Cuba guna akal fikiran dan fikirkan… mengapa graduan yang memiliki ijazah tidak memegang jawatan manager di sebuah syarikat terkemuka? Pastilah sebab akademik hanya salah satu yang dinilai… Kalau ada lelaki nak berkahwin dengan anak awak, dia ada kereta BMW 5 buah, rumah banglo 3, duit banyak TAPI ada AIDS… nak terima tak? Pakai akal sikit la klu nak bagi pandangan tu… lucu….

  216. Anonymous on

    Saya guru sekolah menengah dan pelajar dalam kelas tahun lepas 62 orang. Jumlah kelas diajar 6, masa seminggu 30… biasa jer…

  217. Anonymous on

    Ceteknya pemikiran… Sekiranya seseorang itu menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan amanah, tidak mungkin ada begitu banyak masa untuk buat part time sini sana. Bukan setakat guru sahaja. Bagaimana dengan pensyarah yang tidak masuk kuliah langsung dan hanya beri tugas sedangkan sibuk diluar? Sibuk apa klu jumpa di kedai jalan2 … Adoii….

  218. Anonymous on

    To: anon.

    mcm la cuma awak yang buat kerja malam kan? guru menanda buku, key-in itu ini, buat perancangan itu ini… awak? kerja tengah malam apa yang dibuat ye… clubbing? hehehe

  219. Anonymous on

    Sebab itulah hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang tau susah payah dan beban yang ditanggung. Yang lain cuma Nampak duit, guru nampak tanggungjawab. Keep on fighting… :)

  220. Anonymous on

    Orang yang tak tau apa-apa pasal tanggungjawab guru nak komen … aiiii… takde guru ko membaca pun tak pas… apalagi nak jadi pensyarah. Nak cakap guru penting diri? Cermin dulu muka tu dan fikir balik, apa pengetahuan yang kamu ada tentang tugas2 seorang guru? Tulah dulu parents suruh belajar baik2 tak nak. Bila gaji kecil cari
    alasan itu ini untuk tutup malu… Mesti dulu kamu ni pelajar nakal dan tak berdisiplin… Apa2pun, pendapat saja

  221. Cetek Ilmu on

    Setuju dgnmu Guruku…
    Anda pensyarah hanya mngajar ‘budak’ dewasa yg dah tau apa itu 123 dan ABC, yg dah tau bgmn nak berfikir secara KBKK utk suatu prmasalahan yg diberi, yg dah peroleh sijil SPM & STPM dgn cemerlang, yg dah peroleh diploma-degree-master pd peringkat yg mahahebat… Anda cuma angkat tangan, mereka dah boleh ‘berdiri, bergerak,berlari dan melompat’ dgn hebatnya…
    Kalau anda berasa bahawa anda layak mngatakan sedemikian ke atas guru dan kalangan andalah yg sepatutnya lebih diutamakan, marilah….silakan datang ke sekolah. Beranikan diri anda utk masuk mengajar 4-5 kelas menengah yg semuanya pelajar kelas hujung/lemah yg masih terdapat pelajarnya ‘merangkak’ utk mmbaca spnjang tahun… barulah anda tau tinggi rendah langit dan bumi itu…. lain kali, berfikir dgn rasional. Jgn terlalu obses tak berasas… nnti berparanoid tak sudah… sebenarnya, kita ni ibarat simbiosis je… maaflah, saya cetek ilmu shj

  222. Anonymous on

    saya guru, degree je,,,tak larat nak smbung masters atau PhD lagi pun bukan syarat dalam pendidikan untuk naik pangkat. jika itu syarat wajib MESTI lah buat kan..,Gaji sekarang rasa padan ngan tugas sekarang. walaupun sering mengeluh. he he. Respect kat pensyarah semua sebab ada masters atau PhD (orang tinggi ilmu) dan menyokong untuk gaji pensyarah memang PATUT LEBIH TINGGI. …saya tak mampu buat research seperti anda, pelan tindakan pun tak pernah. malu pulak rasanya. Bila di arahkan buat perancangan strategik dan lain-lain kerja perkeranian, pengurusan yang dirasakan bukan tugas guru tu jadi TENSION.

  223. Yaa. Betul tu.. Even I’m not a teacher nor a lecturer. But my sister is a lecturer and I can see that all the things you’ve listed mmg betul Khairul Hafiz

  224. Nkorang pensyarah memang hebat le, ijazah sampai Master, PHD. Kitorang tak ramai ada Master atau PHD, ramainya hanyalah ijazah (tu pun cukup makan). Kerja cikgu senang aje tapi yang susahnya kerja-kerja bukan cikgu yang ntah apa-apa sekarang ni. Multipurposelah katakan. Cuba nkorang (sapa-sapalah) gi tengok kelas-kelas hujung sekolah harian biasa, kalau berani cuba masuk untuk beri arahan sekali sekala. Mula-mula dia hormat sebab baru kenal, nkorang masuk hari-hari sampai dua bulan. Saya percaya orang yang lemah semangatnya akan minta berhenti selepas sebulan je. Kitorang pun tak suka tapi kerana gaji cikgu ni besau, suka ke tak suka terpaksa buat juga. La ni ramai cikgu yang nak pencen awal, waktu sign dulu semua nak pencen 60 thn tapi dengan perangai budak macam ni, pencen 55 tahun pun kira bonus dah. Saya percaya pensyarah dan kakitangan yang lain memang layak untuk mendapat imbuhan yang baik sama seperti guru. Tuan puan semua memang berhak.

  225. vice verca – minta pula seorang guru buat kerja pensyarah, tak payah buat banyak, tulis satu journal dah (level ‘scopus’ / ada ‘impact factor’), kita tengok mcm mana. Belum lagi supervise master/phd students dll… cheer.

  226. Anonymous on

    jika kita ingin menjadi guru..kita patut bersyukur pada rezeki yang dianugerahi ini..jangan sia sia kan..ramai anak anak guru tidak berjaya dalam pelajaran..ada juga yang ramai berjaya dalam pelajaran..keihlasan yang perlu..ibu bapa pun penting juga..anda adalah guru dan pensyarah kepada anak anak kita..duitgaji yang banyak tak bawa mati..

  227. saja mencelah on

    Alangkah indahnya ada guru/pendidik seperti zaman datuk nenek kita dahulu. Sebagaimana bait2 puisi A. Samad Said…

  228. Nak gaji lebih study la rajin2 dulu, tak pyh jadi pnsyarah. Dah tau gaji ciput . bodo

  229. anynomous on

    Sebenornyer Cikgu bukan guru..Kalau guru tak harap gaji la.,.kalau Cikgu mmg lahap gaji la…masok klas ckp selamat pagi Cikgu bukan selamat pagi guru

  230. guru cabuk on

    apa la punya perbandingan..kenapa abanding dgn guru..bandinglah jgk jawatan lain yang sama gred 54..apa punya bodoh..guru nak sampai gred 54 tu tua nak pencen kalau sempat..kalau tidak hanya setakat 48 tau 52 shja ..guru bermula 41.44.48.52 dan 54 makan masa 25 tahun perkhidmtan..bari yan baru berkhidmat..bagi yang lama belum tentu sampai 54

  231. Semua pendapat takda salah takda yg betul. Sebenarnya guru mjadi tumpuan bmcm2 isu bukn krana guru bmasalah, sebbnya kakitangan paling ramai adlh guru di kpm, lebh krang 500, 000 ataupn 0.5 juta d seluruh negara.Cuba byngkn manusia yg seramai itu sudh smestinya mcm2 ragm dn kerenah.cuba byngn juga klau mreka ini mogok boleh lumpuh negara.sbb itulh kerajaan jga betul2 warga guru.lgpn baru bberapa tahun ni shj gaji guru dinaikn.bagilh mereka pluang menikmati gaji yg lumayn.

  232. Kpli dh tak bukak sekarang ni.nak msuk ijazah guru kputusn spm dn stpm kena cemerlng.ramai yg msuk dn tak rmai yg keluar sbb umur pencen dh naik 60 tahun.

  233. Pemain saham on

    Suami saya cikgu, kakak dan abang saya pensyarah. Saya rasa gaji saya seminggu lebih byk berganda2 dr suami, abang dan kakak saya. Mereka xde masa nak bgaduh kat sini. Kalau pensyarah minta gaji dinaikkan, kerjaan perlu buka mata, naikkan je ikut prfession mereka yg dah belajar tinggi2. Cikgu dah selalu naik pun xkan nak bising lagi. Inila baru pensyarah nak menyuarakan hak mereka. Yang bergaduh sini buat apa..xdenya pihakbwajib nak baca semua kat sini. Moh main saham. Datang kelas bayar 5k je pun belajar. Lps ni nak untung baratus K pun xpe. Dok umah je..sambil ajar anak2 dirumah.

  234. Pemain saham on

    Sebelum nak pesan sapa yg nak reply komen saya, fikir sebelum komen. Yg jadi cikgu tu andalah yg memilihnya, yg jadi pensyarah tu pun anda juga yg memilihnya. Masing2 ada hak nak bersuara tapi jangan bergaduh komen xbaik mcm ni, memalukan jd pendidik mcm ni. Saya tak sepandai kalian. Tapi saya yakin rezeki itu datangnya dari Allah. Xpuas hati terus buat surat ke buat memorandum hantar pd pihak yg sepatutnya. Jangan bergaduh. Buang masa. Suami saya selalu pesan walau kita ni gaji banyak atau sikit semua tu Allah xtanya mati nanti. Tapi nak hidup atas dunia ni perlu ada aturan. Aturan yg mcmana? Nak kencing nak berak kat tandas awam pun kena bayar xde yg free.. Nak makan nak beli keperluan semua kena bayar. So kena cari rezeki yg halal. Nak cari rezeki yg halal tak yah gaduh komen mcm kat atas. Ikhtiar. Usahaaaaaaa.. Bukan lawan komen. Jangan tertipu dgn dunia alam maya mcm ni. Berniaga la kome kalau nak kaya. Bangkitlah! Bangkitlah anak2 melayu.. Kita dah ketinggalan dr semua aspek. Pensyarah nak menyuarakan hak mereka..sokonglah. Kalau cikgu nak menyuarakan hak cikgu pun sokonglah. Doa. Usaha. Bukan perang komen. Sekian. Aslkm.

  235. gemuk gedempul on

    kalau nak gaji banyak, jangan kerja cikgu atau pensyarah. pegi bukak bisnes la wei.. tak pun jadi artis. artis yang suam-suam kuku pun boleh beli handbag rega rm20000 tau. tapi kalau nak keberkatan, jadilah cikgu@pensyarah@ bukak bisnes halal.

  236. saya bangga sbb cikgu dan pensyarah tlh mmbntu sy. dorang sngt berkaliber wlupun brbza akademik.. psl gaji ni sapa2 pn berhak cma biarlh btul cranya. tp jgn smpi prtikaikn peranan dan tggngjwb msng2.. cikgu dan pnsyrah dibri peranan utk mndidik. jd dlm hal ni xda sapa yg slh. diharap pihak trtntu dpt mnyelesaikn mslh ni.

  237. Cikgu dan lecturer on

    Saya bukan hendak menyebelahi mana2 pihak…cikgu ataupun pensyarah. Dua ni saya pernah rasa. 8tahun saya mennjadi guru…hanya sempat dilantik dg44. Mana pun kira2 la pensyarah tulis blog ni ambil 8thn jadi cgu bole gred DG52 ni…klu skim lama…smpi pencen pun cikgu rak merasa gred DG52 ni. Skim baru time based ni ada la skit harapan…tapi ingat bkn 8tahun. 8 8 6 3…25tahun. Tau tak? Sy tak hairan kenapa penulis ni tak naik pangkat kt uni…piang sgt. Uni ni tempat ilmiah tahap tinggi…publication jurnah high impact. 8tahun saya jadi cikgu..gred saya hanya DG44. Akrg ni tahun ke 4 saya jadi lecturer uni (dengan phd). Saya dah berada di gred DS54…setiap bidang kerja ada kerjaan dan keseronokan…jika diri kita memang cemerlang. Jadilah perdana menteri sekali pun…kalau piang…tak kan kemana

  238. Our Malaysian teachers are giving stupid excuses to justify their holidays. It’s time they do more work to make up for their high income. As an IPG lecturer, I work from 8.00 am-5.00 pm everyday but since I belong to the “naik pangkat potong gaji category” my salary is lower than that of the primary school teachers who are in the same batch with me. Sometimes even our Saturdays and Sundays are not spared. Whenever we miss a class, we have to make up for the credit hours – that’s why we have to work at night and even during public holidays to make up for the classes we missed when we are sent for courses or have to go out for practicum. And these courses are simply killing us. Just imagine how we are going to make up for the one week classes after being away for one week for a course. And sometimes we are sent for courses for 6 consecutive weeks from 8.00 am to 10 pm every day. Just how beneficial these courses are is still very doubtful but one thing is for sure – they are there to kill us! When it comes to holidays, lecturers are great losers. Take the recent Deepavali holidays for instance, teachers have four days off from 9 Nov -12 Nov 2015 but lecturers have only one day off i.e. 10 Nov 2015. To our Malaysian teachers, please stop complaining and justifying your holidays. You don’t deserve them at all! It’s time for the education ministry look into the situation – they should make the teachers come to school even though their students are having their holidays. If this is what is happening to all lecturers, why must the teacher be spared? That’s why many people are saying that our teachers “terima gaji buta”.

  239. teachers also works 8 to 5 am even more.they also need to do others works.ok why compare teachers and lecturer only.ok now compare also which others post in government.actually lecturer get more.you lambat laun you ada phd.so gaji lecturer lama kelamaan akan lebih tinggi.you buat phd dapat free sebab sponsor by universiti atau kerajaan.masa you balaja ambil phd ni masa ni you dapat duit , kalau pergi oversea di tanggong satu famaily selama you blajar.so bersyukur. 1 lagi , jangan ingat guru ni insan yang kurang pandai drpd lecturer.tak semua.contohnya my wife….kalau rasa nak duit banyak baik you all buat bisniss..ramai lagi yang orang ada degree kerja biasa2 jer..

  240. kepada guru pulak, anda jangan rasa ek pulak….teruskan usaha anda mendidik.

    saya tak minat jadi guru.dulu lagi dah dapat offer

  241. Anonymous on

    Saya guru sklh rendah..ada master dan phd..susah gak nak dpt phd..tapi alhamdulillah..Allah permudahkan…skrng still jd ckgu..ada offer dri u untk jd lecturer ds51…tetapi menolak…di sekolah rendah walau ada phd gaji tetap sama…x kisahlah..yng ptng dalam tugas seharian saya ada terselit bekalan untk akhirat saya..klu kita ikhlas kerana Allah..gaji sntiasa cukup malah bleh sedekah dan infak mana yng sesuai..so bersyukurlah..stiap kita Allah dh tentukan eezeki masing2..nak lebih usaha doa dan bnyakkan bersedekah serta dhuha selalu..inshaa Allah kita akan tenang dan swntiasa rasa kecukupan…dan x membandingkan dengan rezeki Allah bg pd orang lain..

  242. he..he..simpati saya. seorang pensyarah mengajar seorang bakal guru di IPT. yg mana gaji yang bakal diterima pelajar apabila jadi cikgu lebih besar dari pensyarahnya. Rezeki cikgu2..dah tertulis..

  243. apa yg saya perhatikan, guru2 mmg xleh ditegur dan x profesional kalau ditegur, cepat melatah. kalau tegur mesti nk viral. mcm mana generasi skrg x teruk. itu la sbbnya student2 yg masuk universiti teruk2 attitute. teruk keja pensyarah.

  244. Utk sampai dg52 guru perlu melalui tempoh 8thn dg41, 8thn dg44 dan 6thn dg48 jawabnya 22thn utk sampai dg52 time base…

  245. Sayabkncikgu on

    Cikgu ialah profession yg mulia, sbb mendidik ank2. Tp cikgu2 skrg mcm ramai yg x ikhlas pun bekerja. Bekerja asyik merungut dan complaint. Tak dinafikan kerja sbg cikgu byk tp ingat kerja jawatan lain goyang kaki ke? Cikgu2 skrg tak tahu bersyukur walaupun kerajaan dh beri byk kelebihan.
    Pasal isu gaji ni, sy brbelah bahagi. Betul, pensyarah pada dasarnya kerja nya di tahap lebih tinggi brbanding cikgu2 di sekolah kerana memerlukn kelulusan ug lbh tingi. Tp bg sy master & phd pd zaman skrg ini, tak semua bermutu krn dasar politik universiti. Jd brbanding pensyarah yg tak perform (malas), dan cikgu yg brsungguh menjalankn tugas, mmg patut gaji cikgu yg rajin tu lbh tinggi. Tp dari segi yg lain, pensyarah yg rajin juga mungkin susah utk naik pangkat kerana kurang peluang @ dasar politik. Jd jadual gaji ini tak adil pada mereka.

  246. F M Wajdie on

    Pesan guru, membanding nasib diri dgn org lain itu hanya menimbulkan rasa tidak puas hati, marah dgn Tuhan. Hah,marahh lah, marah, marah..

  247. Berapa guru starting berkhidmat boleh gred GH52 seperti penyarah yang ada PhD pada umur 20++. Biayanya mereka berumur 50 tahun baru gred 52 yang bergaji sama macam penyarah yang gred 52 pada tahun 20++.

  248. a ah la…yg guru n pensyarah ni xmo jadi artis bkn pe…jenuh nk menjawab nanti kt akhirat…..byk xbaik dri baik jadi artis ni…..haahahahaha

  249. Cekak hantu on

    Mujur saya baca article ni.nak tolak lah tawaran jd pensyarah.baik jd guru.gaji lg best.ingat lecturer lg tggi gaji.rupanya ciput je

  250. Apa apa pon buanglah sifat irihati atau tak puas hati… kalau cerita mcm ni sampai kesudah tak selesai… setiap satu benda atau perkara yg berlaku ada baik dan buruknya… marilah sama sama kita bekerja dgn ikhlas..

  251. Pensyarah Sains on

    Guru memang lebih senang kerjanya dari pensyarah. Guru setiap tahun benda sama mengajar. Buku teks pun tiap2 tahun sama. Kalau tukar pun benda sama jugak ajar. Pensayarah banyak ajar topik bertukar2 setiap sem. Nak kena study pasal topik itu lagi, nak buat slides lagi. Satu sem berapa topik kena ajar? At least 4. Kena buat test kena buat quiz kena buat assignment. Guru kalau tanda buku bagi soalan sama je ubah2 sikit je. Siap ada skema jawapan lagi. Setakat mengajar sains tulen sekolah menengah sy hantar student sy je. Pensyarah kena buat research guru tak perlu. Pensyarah kena hadiri kursus macam guru juga. Pensyarah perlu cukupkan credit hours, guru nak ambil cuti pun bagi MC je. Guru kerja sampai malam tanda buku level budak sekolah, siap ada objektif lagi. Pensyarah kerja sampai malam periksa jawapan semuanya subjektif.

  252. kenapa pensyarah dan guru masing2 tidak mahu mnerima hakikat kerja kita sebagai pendidik adalah sama. kalau para pensyarah nak fight tentang gaji silakan. Jangan mengatakan kerja masing2 adalah sukar. Guru2 ada bebanan mereka sendiri dan Pensyarah ada bebanannya sendiri. Masing2 adalah pendidik. Tidak perlu mengungkit kerja seorang pendidik.

  253. Kalau nk kerja sebagai guru, pastu duk bandingkan gaji ni rendah, gaji tu tinggi, tak yah kerja sebagai guru la, pergi buat bisnes la…. buat apa kerja guru tak ikhlas, guru adalah kerja yang mulia, ikhlaskan diri, tanam niam nak didik bangsa, majukan bangsa, naikkan semangat bekerja dengan lihat keadaan remaja sekarang.. semakin hari, semakin teruk..huhu…

  254. Masalahnya.. kenapa nak banding2??

    Hairan juga bila level PHD pun mempunyai perangai suka membanding2 dengan pihak lain. Perangai ni kebiasaannya dimiliki oleh orang yang mempunyai intelek rendah dan kurang mempunyai kerja2 penting untuk dilakukan. Maka mereka mula membanding2.

    Guru dah ada spek tugas, dah ada tanggungjawab, dah ada beban kerja, dah ada gaji seperti yang dipersetujui dalam kontrak lantikan.

    Begitu juga pensyarah,,

    Kalau tidak bersetuju, patut jangan terima amanah tersebut, bagi saja kepada orang lain yang lebih menghargai. Ada banyak lagi kerja lain yang boleh memberi lebih dari RM325.61 tu. Kalangan pensyarah sendiri ada ramai yang melakukan kerja luar untuk mendapat income tambahan.

    Dalam universiti pula, pihak pensyarah telah menghalang jawatan lain untuk menjadi ketua jabatan. Ketua2 jabatan telah dihalang untuk diisi oleh jawatan lain dan dibolot oleh pensyarah sahaja. Jawatan2 lain hanya mampu melihat dan mempersendakan kebolehan pensyarah2 yang kononnya mampu menjadi ketua ..

    Patut Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) juga memperjuangkan keadilan ini..

  255. Keje utk apa sebenarnya?? Utk berkhidmat atau wang?? Cikgu start ngan 41 then g 44 then gi 48 baru pegi 52. Lecturer start je dh 52. Nama je lecturer tapi otak singkat. Cikgu puluh tahun keje baru sampai 52. 52 tu tahap pengetua dh kot. Ko start keje dh 52. Kesian ak ngan lecturer sekarang. Phd je lebih tapi???

  256. Entah le..letih otak aku baca. Cenggini la keje apa pun semua ibadah. Kalu cikgu tak betul cikgu le jawab di SANA nanti. Kalau lecturer tak betul, jawab juga la di sana nnati. Rezeki org jgn dipertikaikan ..tp usahala utk brjuang agar rezeki srndiri juga meningkat. Waalhualam. Ni tidak ..ko kata aku aku kata ko..mn end nyer..ye idok?

  257. Yabadabedoo…hari raya aku cuti banyak. ko ada.cuti sekolah lagi 2 bulan lebih..7 hari cuti setahun lagi.mai2 join cikgu..dijanjikan timebased..25 tahun dah dapat 54..ko ada.keke..salah tu 52 8 tahun..sebenarnya 8 tahun 44. 8 tahun 48. 6 tahun 52 .3 tahun 54..yabedabedoo…lagi2 nak tambah kalau ada…

  258. Hmmm… sy x nk sentuh bab gj guru n psyarah uni tp sebenarnya tugas guru sek trutama sek men n psyarah uni sama berat.. 2 2 bw balik keje ke rumah..2 2 buat keje sampai tgh mlm or kdg2 sampi pg.. if nk compare penugasan, guru ada lebih sikit tugasnya dr psyarah..dlm bab cuti kkebihn pd psyarah sbb bole minta bila2 perlu kcuali ms nk dekat exam..cikgu pula pyh nk cuti n bila cuti skolah pula time tu la mcm2 kursus or progrm kena buat d sekolhla d ppd la..prgkt kmenterian la mcm2..so srupa mcm x cuti juga..tp dlm hmpir 30 thn pmerhatian sy pd guru n psyarah ni.. adalh tpulg pd istiqamah n attitude individu kerana x d nafikn ada guru yg langsung x msuk kelas..msuk pun x mgajar suh murid bc sendiri… yg psyarh pula nk mgajar ikut time dia free je n kluar msuk ofc ikut ms sendiri pun ada… nape sy bole kata gitu kerana sy bcmpur dg 2 golongan ini krn ke 2 2 wife sy guru sek men n psyarah uni lbih 25 thn.. n dh msk dgn bidg tugas keduanya..so x pyh la yg d luar komen ikut sedp mulut.. x puas hati bole je call/wsp/msg 0183993912. Assalam..

  259. Anon, soalan dia, bayar org yg ajar budak dengan ajar org tua. Beza dia banyak.

    Modal nak belajar tinggi dah la x murah, kerja gerenti ikut time, research nak power, pointer nak tinggi. Bayar nak murah. Lama2 malaysia x pyh bina universiti. Tutup je. Gaji kecik.

    Bina je sekolah banyak2.

  260. “ramai ada masters juga PhD”.

    Kena ada pensyarah, nak jadi pensyarah. Bukan guna guru.

  261. Mat Troxal on

    Saya rasa tak boleh nak kata kerja guru lebih senang, sebb susah senang kadang2 subjektif, tengok audience (murid/pelajar uni). Pada hakikatnya, saya mmg tau kerja guru agak susah.

    Pada masa yg sama, kerja pensyarah juga tak la mudah (tapi ada yg boleh ambik mudah, malahan lagi mudah dari guru). Namun, saya mmg rasa skim pensyarah harus disemak semula, sebb liku2 yg harus dilalui oleh bakal pensyarah adalah lebih sukar dari guru (wajib habis PhD…. dan ramai yg terkandas juge, end up tak dapat kerja di uni dan kena bayar balik… [ni masa ada jawatan tutor lah]). Dan penilaian pun lain dari guru….

    Bukan nak kata yg satu tu susah satu tu senang. DUA DUA susah :) Nama pon kerja ye dok. Cuma mmg harap supaya skim pensyarah buleh diperbaiki lah :) Kerja banyak, kriteria kenaikan pangkat amat subjektif (tu belum uni. masing2 naikkan requirements :P) …. Mari kita sama2 AMIN kah kenaikan skim pensyarahhhh :D

    – den ponsyarah uni.

  262. ahmad maslan on

    wahh ini senarai tugas ni macam saya punya stail jer. Saya buat 3 kerja 8 jam sehari. guru2 pun buat semua ni dalam satu hari ker? dan hari2? hebat guru2 nie. memang sama hebat macam saya.

    yang benar
    ahmad maslan.

  263. Betul….semua kerja ada cabaran.msg2…tp kalo anda bkn guru @ bkn pensyarah@ bkn tukang sapu sekalipun…usahlah memberi komen yg anda sendiri tidak pasti sejauh mn benarnya…tambah dosa sndiri buat fitnah. Sng citer…ada ank 2-3 org kt umah pun kt pening kepala ngn ragamnya…blom lg bab2 terberak terkencing dlm kelas…jd jgnla dipandang remeh tugas guru yg stp hari hati perlu sabar melayan kerenah budak2 yg masih lg blom matang akalnya…yg kdg x tahu pun cikgu tgh sakit, tgh pening…on time..kelas ttp kena masuk..xbleh nk tukar2 hr..x de istilah fleksibel dlm jadual seorg guru…jd hrp fikirkanlah sblom asyik mmbndingkn tugas guru dgn tugas2 lain. Knp x dibandingkan dgn penjawat awam lain?? Knp semua yg melibatkan guru mnjadi isu?

  264. Ice Peach Tea on

    Selamat sejahtera.

    Saya tak nak komen pasal perbandingan gaji pensyarah dan guru. Yang buat saya kesal ni, mengapa orang anggap kerja guru semakin senang. Saya sendiri seorang pendidik. Saya sudah merasai pengalaman berkerja dalam bidang pendidikan dan swasta. Sebagai guru, kami perlu berhadapan dengan murid pelbagai ragam. Bukan satu kelas 35 orang saja nak dijaga, tapi berkelas2. Kalau kena sekolah gred A yang banyak kelas dalam satu darjah, lagilah berbagai ragam kita nak handle. Bukan murid saja, tapi nak handle ibubapa lagi satu hal. Itu berkaitan dengan client (murid/ibubapa). Kalau musim peperiksaan/ujian, kita perlu gubal soalan, sediakan jadual spesifikasi ujian, untuk beberapa kelas/subjek. Lagi sibuk masa persediaan UPSR, sebab nak anak-anak tuan puan lulus UPSR. Di situlah ada bengkel, kursus, ceramah, kem motivasi segala. Masa cuti pun kena laksanakan. Kerja online yang periodically kena update. Walaupun ada pembantu tadbir, mereka tak masuk kelas. Tapi mereka memang membantu untuk key in data. Masih juga beban tu tak banyak berkurangan. Banyak lagi kerja online yang guru2 kena buat sendiri. Tambah lagi tiap malam kena buat lesson plan untuk beberapa kelas. Habis lesson, kena nilai setiap murid untuk pencapaian nak tulis dalam refleksi. Kerja guru perlu kesabaran tahap maksimum. Orang yang tak tahu kerja guru memang tak akan faham, Saya pernah lawat Hospital Psikiatri dan mereka kata majoriti pesakit kemurungan/depression yang datang untuk rawatan adalah dari golongan GURU. Saya sendiri mempunyai beberapa orang kenalan guru yang sdg minta rawatan depression dkt hosp psikiatri.. Lagi satu, janganlah merendahkan intelektual guru, kalau intelek guru rendah, buat apa tuan puan nak kami ajar anak-anak tuan puan, bagus ajar dkt rumah. Harap jangan dikutuk profesion keguruan sebab kami juga ada pengaruh dalam menentukan masa hadapan anak-anak anda. Saya tak merendahkan profesion lain, sama penat, sama berat tanggungjawab. Tapi jangan suka hati lontar tuduhan tak berasas kalau TAK PERNAH jadi guru.

  265. Ade ke cikgu biasa kt sekolah DG52, dan DG54. Gred tersebut guru besar dan pengetua pun mimpi je dapat….. yg dpt gred ni biasanya pegawai di pejabat dan pensyarah IPG.
    TQ

  266. Guru Pedalaman on

    Jum mengajar di pedalaman. Gaji rm5k. menagajar 3 tahun. Jarak sekolah ke pekan terdekan 16 jam. 2 jam jalan kaki, 4 jam naik bot panjang, 6 jam naik express boat, 4 jam naik kereta 4×4. ni baru pekan terdekat. bukan bandar terdekat. hihihi….

  267. kelebihan cikgu : 1. cuti sekolah 2. kul 3pm bleh balik

    kelebihan pensyarah : 1. masa keje flexible masuk kul 12 xpe, janji 6jam 2. dihantar, ditanggung belajar luar/dlm negara gaji jalan 3. laptop printer disedia 4. balik belajar naik pgkat terus 5. kelas 6 – 10 jam seminggu (cikgu sampai 20jam seminggu) 7. dpt geran research puluh ratus ribu, bila siap benefit dia ada kpd pensyarah juga dr segi anugerah, pangkat etc 8. pangkat bukan setakat dekan, timbalan je… universiti besepah jawatan kat pusat2 ada berpuluh2 pusat ptj berserta timbalan, asrama dah berapa pengetua spt utm berbelas kolej asrama. 9. peluang naik pangkat kpd jusa/professor…mufti pun boleh

    so mana korang rasa lg lebih?

  268. masing2 ade pro and cons dia…tp sekurang2 nye gaji 6K,ape lg yg nk kecah compare org luar yg kerja bagai nk rak, gaji pun ciput.bwk le bersyukur tuhan ksk rezeki mcm tu.

  269. budak sekolah on

    Point dier nak mintak naik gaji jer..
    tapi kenape mesti memburukkan orang lain,
    kalau bace komen semua ni memang sah la..
    orang MELAYU kuat dengki, x boleh orang lain senang,
    tapi ISLAM, sangatla x selari,
    kalau x pernah nak belajar nak menghargai orang,
    macam mana orang nak menghargai kita..
    semua pekerjaan pon ade kepentingannya..
    kita dah tahu gaji pensyarah macam tu,
    dah mintak kenaikan, tapi x naik jugak kenapa yang salah cikgu,
    bukan ke yang salah orang yang beri gaji tu,
    tapi sbb takut dan komen orang bagi tu,
    cikgu pulak yang ‘kena’
    sangat x paham..

  270. Pendapatan guru la x adil. Dah la dpt gaji dari government, dapat lagi buat bisnes sendri. Apa kes?

  271. cikgu kampung je on

    salam.tlg la jgn bezakn dgn cikgu.masing2 ada tugas dan amanah.soal gaji,kemukan pd yg brwajib.kalau kita gaduh pn,gaji kita ni,bkn kwn2 yg byr pn.nk lect naik gaji berbelas ribu pn,rasanya cikgu2 pn tk kisah.apa ada hal.bkn duit cikgu2 pn yg byr gaji lect.tp,jgn la nk mengata cikgu2.tqvm.

  272. Ketiak Berbau on

    Perghhhh bernas dan menyakinkan..guna lah deodorant ketiak paling latest dan maju di abad ini..gerenti WANGI gerenti Puas hati!!

  273. Insan tidak bernasib baik on

    Aku hairan tgk korang yang bergaduh pasal perbezaan gaji ni, jurang beza x de la smpai 10k atau 20k antara gaji2 korang tu..sikit je pun kalau ada beza..

    Kadang2 kita kena tgk org yg lagi kurang dari kita, baru kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita dah genggam.

    Ada manusia kt luar tu, harta banyak, kaya, pangkat besar tp x de anak, ataupun kematian ahli keluarga tercinta. Apa guna pangkat, apa guna harta anak kalau org yg kita syg dah x de? Wang dan pangkat bukan segala galanya kalian..

    Korang cikgu2 dan pensyarah2 smua yang dah gred 41, 44, 45, x kisahlah DS ke DG ke, smua gaji dah ckup untuk menampung keperluan. Ada pensyarah kt luar sana yang gaji ckup2 makan. Aku penah jumpa pensyarah kolej swasta gaji RM1700 je sebulan bersih, elaun x de, bonus lagi la x de, dah la tu pencen lagi la x de, aku penah juga jumpa cikgu sekolah tp cikgu KGSK gaji rm2000 je sbulan x de elaun x de benefits apa pun,

    Korang semua dah disahkan dlm perkhidmatan, pencen confirm ada, gaji dah ckup besau, pangkat dah ckup tinggi, apa yang nak lagi kalian semua? Macam mana dengan golongan2 cikgu and pensyarah di atas tu kalau diletakkan side-by-side dengan korang semua yang rata2 dah keje tetap dan confirm ada pencen?

    Disaat korang semua seronok kerja dan seronok membelanjakan harta dengan bini anak, ada org kt luar sana tu terpaksa mengemis di luar premis2 bank, premis2 bangunan kerajaaan, demi sesuap nasi. Nak ada rm50 dlm poket pun susah.

    Kadang2 kita kena tgk org yang lagi susah dari kita untuk menyedarkan kita betapa bertuahnya kita hidup di muka bumi ni.

    BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA

Leave A Reply