Tambat Ringgit Malaysia Tidak Perlu Kata Gabenor Bank Negara BNM, Zeti. Punca dan Mengapa?
Masih ramai yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa Tan sri zeti Akhtar Aziz yang mempunyai kuasa selaku Gabenor Bank Negara masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak tambat ringgit Malaysia sehingga ke hari ini.
Sedangkan nilai ringgit Malaysia terus jatuh-jatuh sehingga ke hari ini. Dan ini pula kenyataan terkini dan terbaru daripada Tan sri Zeti akhtar Aziz.
Tan Sri Zeti : Punca Tidak Tambat Ringgit Malaysia?
- Jikalau dilakukan tambatan ringgit Malaysia, harga produk akan turut melaras
- Jikalau dilakukan tambatan ringgit Malaysia, permintaan juga akan turut melaras
Ini semua ada kaitan dengan persekitaran ekonomi Malaysia negara kelak yang akan berikan kesan besar kita semua. Itu kata Tan Sri Zeti.
Berdasarkan pemahaman Berita Semasa dalam bahasa mudahnya untuk difahami, jikalau kita tambat ringgit Malaysia, “rizab luar negara” perlu banyak digunakan dan dibelanjakan. Seperti mana yang Temasek lakukan Temasek semata-mata untuk mengukuh nilai matawang Singapore Dollar.
Malaysia boleh sahaja lakukan tambahan ringgit, dengan syarat BNM sudah tiada jalan dan pilihan lain.
Jadi untuk menggunapakai rizab yang kita ada, sebenarnya tidak boleh buat apa-apa perubahan yang drastik. Ini kerana Malaysia dianggarkan sekitar 0.45% sahaja daripada GDP seluruh dunia. jadi ia tidak beri kesan apa pun untuk gergasi ekonomi dunia.
Terima sahaja hakikat nilai matawang Amerika Dolar telah berjaya menjadi “superman dunia” tahun 2015 ini sehingga sudah banyak nilai matawang dunia dilanggar mereka termasuklah saudara-saudaranya yang juga berbintikan Dollar dan juga negara-negara yang menggunakan matawang Dollar Amerika untuk urusniaga.
- Ditambah pula isu 1MDB Malaysia dengan tangungan hutang RM42 bilion, sekejap lagi turun nilai dan akhirnya timbul pusal isu derma Pak Arab.
- Kejatuhan harga minyak dunia
- Kelembapan ekonomi China yang merupakan enjin ekonomi dunia
- Ketidaktentuan harga komoditi minyak kelapa sawit
Hakikatnya, hari ini ada “perfect storm” untuk ringgit Malaysia, “summer time” untuk sesetengah industri bagi eksport Malaysia dan berkurangnya hutang-hutang luar negara kita yang jenis berbentuk bond Islamik (sukuk) berbasis ringgit.
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada mengatakan yang mana kejatuhan nilai ringgit Malaysia tidak memaksa BNM untuk terus melakukan tambatan ringgit. Ini kerana :
Kelebihan Ekonomi Malaysia Hari ini VS Tindakan Tambat Ringgit?
- Pertumbuhan ekonomi sekitar 4.9%
- Ada lebihan dagangan yang mana sudah 200 bulan tidak pernah defisit
- Foreign reserve Malaysia 3 kali ganda berbanding tahun 1998
- OPR masih lagi stabil berbanding tahun 1998
- Keadaan ekonomi Malaysia hari ini telah banyak berubah
Mungkin jikalau mahu tambat ringgit Malaysia juga, faktor timing dan keadaan adalah paling baik untuk diperhalusi. Boleh semak kajian lama Milton Friedman yang amna pernah buat kes study melibatkan 2 negara.
Yang mana satu negara berjaya hanya dan ada kesan sekejap sahaja dan satu lagi negara berjaya daripada segi tindakan mereka tambah matawang mereka kerana timing yang tepat.
P/S : Salah timing boleh menjurus ekonomi Malaysia ke kancah yang lebih buruk.
PP/S : US Dollar sahaja yang menguat luarbiasa dan adakah permainan skrip ulangan over-supply minyak dunia di era 1980an yang mengakibatkan kejatuhan Soviet Union(Russia) berulang sekali lagi?