Tabika Perpaduan. Anda Dipelawa Hantar Permohonan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
(Last Updated On: Sep 9, 2017)

Tabika Perpaduan. Anda Dipelawa Hantar Permohonan

Sebenarnya ramai yang tidak dengan kewujudan tabika perpaduan ini.

tabika perpaduan

Untuk makluman anda, Tabika Perpaduan adalah ilham berdasarkan apa yang terkandung melalui Rancangan Perhubungan Masyarakat bagi membolehkan kanak-kanak di peringkat umur antara 4 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar mendapat pendidikan peringkat kanak-kanak yang terbaik.

Ia sekaligus menjadi satu persediaan untuk anak-anak anda mendapat pendidikan awal sebelum menemuhi alam persekolahan.

Baik kurikulum mahupun kokurikulum kedua-dua elemen ini ditekankan dan diterapkan kepada anak-anak anda dengan harapan :



  1. perpaduan dikalangan kanak-kanak di tadika perpaduan ini terjalin erat
    memberikan perkembangan yang sihat daripada aspek fizijak dan amalan kesihatan yang betul diperingkat awal lagi.
  2. menerapkan perasaan ingin tahu dikalangan kanak-kanak kecil bagi
  3. menerokai seberapa banyak ilmu yang bakala dipelajarinya kelak
  4. memastikan nilai-nilai murni terbina dikalangan kanak-kanak kecil termasuklah menghormati orang tua, membantu sesama dikala kesusahan, bekerja di dalam satu pasukan
    Bahasa Melayu terus dihormati sebagai bahasa kebangsaan Malaysia
  5. Menjadikan kanak-kanak lebih kreatif dan kritis daripada aspek pemikiran dan pertuturan

Disebabkan ia telah mula beroperasi sejak dari tahun 1976, tidak menjadi kemusykilan lagi yang Tabika Perpaduan seringkali menjadi pilihan dikalangan ibu bapa hari ini

Jikalau anda terdiri daripada kalangan ibu bapa yang hanya mempunyai gaji dan pendapatan di bawah RM1,500 setiap bulan dan juga anak-anak yang ingin dihantar anda adalah di bawah 6 tahun, anda dipelawa untu hantar permohonan di sini sekarang.

Ia adalah merupakan antara syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan :

Cara Permohonan Tabika Perpaduan

Perkara Butirannya
Permohonan Tabika Perpaduan Online KLIK SINI

Bagaimana ada sesiapa di sini yang berminat untuk daftar anak masing-masing di sini?

Share.

Leave A Reply