≡ Menu

Sultan Brunei Sokong Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei!!


Sultan Brunei Patuh Kepada HukumNya Sehingga Terus Sokong Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei!!

Setelah 27 tahun negara Brunei mencapai kemerdekaan sejak tahun 1984, baru-baru ini dalam Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mahu Undang-undang Syariah Islam yang di dalamnya terkandung juga HUDUD dilaksanakan di Brunei….

hukum hudud di brunei

Setelah kami mendengar sendiri sebahagian ucapan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini, kata-kata yang berjaya menarik perhatian kami adalah :

“Siapakah kita di hada semenjak dari 1400 tahun lebih”

Malaysia pula kena tunggu berapa tahun lagi? 20 tahun? 30 tahun? Atau…….?? Seperti dalam artikel kami sebelum ini mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia, kami tidak mengharapkan pun hukum Hudud akan dilaksanakan secepat mungkin, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah penerapan ilmu dan pendedahan kepada masyarakat terutamanya kepada orang Islam mahupun bukan Islam (supaya mereka tidak skeptikal atau salah faham mengenai undang-undang Hudud ini).

Adakah sudah bermula? Itulah persoalannya….Adakah ini pun memerlukan berpuluh tahun lagi baru hendak bersedia?

Kita “lebih sibuk” dan gemarkan perpaduan Melayu islam sedang rakyat di Malaysia dah bersatu lama dah. Dengan majoriti ahli parlimen  beragama Islam di Dewan Rakyat dari dahulu sehingga sekarang. Mudah sangat nak draff undang-undang Hudud di Malaysia kalau nak diluluskan. Cuba, persoalannya mahu atau tidak sahaja.

Apaa yang kami lihat, pelaksanaan Hudud di Malaysia dilihat sukar dilaksanakan disebabkan beberapa faktor:

Hukum Hudud di brunei Vs Hudud di Malaysia?

  • Golongan atasan yaag mana beragama Islam itu sendiri terlibat sama dengan perbuatan skandal seks, pecah amanah, rasuah, pembunuhan, salah guna kuasa dan lain-lain lagi
  • Yang keduanya, terdapat golongan ahli politik beragama Islam yang lebih mementingkan kedudukan & pengaruh politik mereka dengan menjaga hubungan antara satu sama lain daripada membincangkan soal pelaksanaan hukum Hudud ini selanjutnya
  • Akhir sekali kepada masyarakat itu sendiri, tiada usaha ke arah didikan kepada mereka bagi memberikan pemahaman berkaitan pelaksanaan hukum yang sebenar-benarnya sehingga ada kalangan suka-suka sahaja memberikan andaian pmahaman sendiri setelah isu ini terus “dimainkan”

Yang bukan Islam  kalau mereka tidak menyokong Hudud tidak hairanlah. Yang menjadi pelik dan hairan bagi kami jikalau orang Islam sendiri tidak menyokong pencipta Hukum Hudud iaitu Allah S.W.T sendiri.

Lihat sahaja masalah sosial dan kadar jenayah di Malaysia sejak berpuluh tahundahulu, adakah makin sejak dilaksanakan undang-undang konvensional? Tidak perlu tunggupelaksanaan hukum hudud di Malaysia dilihat berasaskan parti, “Pimai-pimai Tang Tu” juga. Kalau dilihat sekarang ini….

  • Yang Dipertuan Agong beragama Islam
  • Perdana Menteri Beragama Islam
  • Majoriti ahli parlimen beragama Islam
  • Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam
  • Agama rasmi di Malaysia adalah Agama Islam
  • Sukarkah mulakan tarbiyah terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia seterusnya ke arah pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia tidak lama lagi?

Bukan senang nak laksanakan hukum hudud dengan begitu mudah nak potong tangan orang sahaja. Tidak sebegitu mudah. Ada tatacaranya. Walaupun ada keraguaan yang kecil pun boleh terbatal (gugur) hudud dan jadi ta’zir (budi bicara pemerintah/penguasa). Hukum HUDUD ini hanya untuk menghukum/mengajar mereka “yang benar-benar bersalah” sahaja sehingga di luar keraguan prima facie, yang sememangnya secara jelas telah bersabit kesalahan.

Dan hukum hudud punya sebatan tidak seazab sebat di penjara itu sampai terkoyak daging punggung pesalah, itu azab namanya.

Sepatutnya pelaksanaan hukuman kepada pesalah dijadikan contoh dan iktibar supaya kita semua insaf dan memberikan pengajaran semua tidak diulangi sekali lagi pada masa hadapan.

Apa pengajaran yang masyarakat di luar perolehi kalau hukuman dilakukan di dalam penjara sahaja?

P/S : Pandangan anda dengan pelaksanaan hukum hudud di Brunei?