≡ Menu

Stesen Minyak : Pengusaha Rugi Bila Harga Minyak Turun


Punca Pengusaha Stesen Minyak di Malaysia Rugi RM20K- RM100K Apabila Harga Minyak Turun dan Boleh Gulung Tikar?

Selepas rakyat Malaysia sudah lama tidak menikmati harga minyak di bawah paras RM2.00 selama tempoh 1 tahun lebih lamanya, akhirnya harga minyak turun kepada RM1.91 seliter bagi minyak RON95.

stesen minyak

Kini, semakin ramai yang mula menggunapakai RON97 dek kerana perbezaan harga yang tidak ketara dan masih lagi dilihat “mampu milik” untuk menggunakannya. Tetapi….

Tetapi disebalik kegembiraan rakyat Malaysia, harga minyak turun telah menyebabkan pengusaha stesen minyak di Malaysia “panas punggung” sehingga boleh membawa kesan seperti di bawah ini :

  1. Pengusaha stesen minyak Malaysia terpaksa menanggung kerugian yang besar.
  2. Semakin ramai pengusaha stesen minyak gulung tikar
  3. Pengusaha stesen minyak Malaysia rugi antara RM20,000 hingga RM100,000 apabila berlaku penurunan harga minyak Malaysia

Walaubagaimanapun, bersama-sama ini Berita Semasa sertakan penjelasan daripada salah seorang yang terlibat dalam pengurusan pengusaha stesen minyak di ________ yang tampil memberikan penjelasan mengapa dan kenapa pengusaha stesen minyak di Malaysia bangun membangkitkan isu ini selepas sahaja pengumumkan harga minyak turun bermula 1 Januari 2015.

Ini jawapan yang Berita Semasa terima :

Penjelasan Isu Pengusaha Stesen Minyak di Malaysia Tertekan Apabila Harga Minyak Turun?

pengusaha stesen minyakAssalamualaikum dan salam sejahtera…Berkenaan isu yang dibangkitkan Presiden Persatuan Peng­usaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, ada sedikit kekeliruan berkenaan apa yang terjadi dan ini menyebabkan orang ramai telah memandang serong pada semua pengusaha minyak. Saya akan cuba terangkan secara ringkas operasi sesebuah stesen minyak untuk penjelasan kepada semua.

Sebenarnya kerugian yang ditanggung apabila harga minyak turun dengan jumlah yang besar adalah kerana ianya diserapkan oleh syarikat-syarikat minyak kepada pengusaha stesen minyak.

Contoh;

Apabila harga turun, sehari sebelum kuatkuasa harga baru, syarikat minyak akan push out semua stok simpanan pengusaha minyak kepada stesen-stesen dan pengusaha terpaksa terima dan bayar kepada syarikat minyak pada harga sebelum penurunan. Tetapi apabila dijual keesokkan harinya pada harga baru yang lebih murah.

  • Bayangkan jika 100,000 liter petrol dalam simpanan pengusaha stesen minyak yang dibeli pada harga kos awal RM2.15 terpaksa dijual pada harga RM1.91 keesokan harinya.
  • Kerugian ONE OFF yang pengusaha stesen minyak tanggung adalah RM0.24 x 100,000 liter = RM24,000. Ini baru kerugian yang melibatkan minyak petrol.

Macam mana pula kalau kenaikan harga minyak naik, mesti untung banyak bukan pengusaha minyak di Malaysia?

Jawapan saya tidak sebab syarikat minyak akan kawal atau stop penghantaran sehari sebelum harga minyak akan naik. Hanya untung sedikit hasil dari baki minyak dalam simpanan awal pengusaha minyak, itu pun jikalau ada. Ini kerana biasanya pengguna akan berduyun-duyun beli minyak pada malam tersebut. Mungkin ada dalam 2000-3000 liter, jadi keuntungan tidak sampai RM1000 pun sebenarnya.

Mungkin ada yang akan bertanya, ‘plan la stok minyak tu awal-awal, takkan itu pun tidak tahu’. Ini jawapan saya.

Penghantaran stok minyak kepada pengusaha minyak di Malaysia bukan melalui pesanan yang dibuat oleh pengusaha tetapi dikawal oleh syarikat minyak berdasarkan laporan jumlah stok yang dihantar oleh pengusaha setiap hari. Oleh itu pengusaha hanya terima sahaja jumlah yang dihantar. Tambahan lagi ada arahan yang menyatakan bahawa pengusaha tidak boleh menolak penghantaran yang dibuat oleh syarikat minyak selagi ada kekosongan pada tangki simpanan. Jadi secara mudahnya pengusaha stesen minyak di Malaysia terpaksa terima walaupun tahu kerugian yang akan dialami.

Pengusaha stesen minyak ini adalah mangsa kerana terpaksa menyerap kerugian tersebut.

Untuk pengetahuan juga, pengusaha stesen minyak ini dapat keuntungan bukan pada harga minyak sebab komisyen yang diterima adalah TETAP tidak kira berapa harga minyak hatta RM10 seliter sekalipun dan komisyen tersebut cuma sekitar RM0.12 seliter. Jadi rasanya tidak adil jikalau kita cakap macam-macam sedangkan kita tidak tahu apa-apa. Kerugian yang ditanggung adalah sekitar RM30,000-RM100,000 bergantung pada saiz stesen setiap kali ada penurunan yg drastik.

BUKAN PENGUSAHA MENENTANG PENURUNAN HARGA MINYAK TETAPI MENGHARAPKAN SATU KAEDAH DIPIKIRKAN SERTA CAMPURTANGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM PROSES PERALIHAN HARGA MINYAK SETIAP BULAN AGAR KERUGIAN DAPAT DIKURANGKAN.

PENGUSAHA JUGA SEPERTI PENGGUNA YANG LAIN LEBIH SUKA MINYAK PADA HARGA YANG RENDAH KERANA MODAL PUSINGAN YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI UNTUK MEMBAYAR STOK YANG DIHANTAR HAMPIR SETIAP HARI. PEMBAYARAN ADALAH SECARA TERUS SETELAH PENGHANTARAN DIBUAT.

Yang menjadi kerisauan sekarang adalah jika trend ini berterusan tanpa ada penyelesaian oleh pihak yang tertentu, maka tidak mustahil ramai yang akan gulung tikar.

Nanti akan ada yang bertanya ‘mustahil la pengusaha ni akan gulung tikar, semua kaya-kaya kan’.

Ok, saya akan bagi situasi untuk dipikirkan

  • Purata untung bersih sebulan : RM20,000
  • Kerugian jika perubahan harga berlaku setiap bulan : RM50,000

Jadi rasanya berapa lama pengusaha stesen minyak mampu bertahan?

Tetapi ramai di luar sana masih menganggap selama ni pengusaha-pengusaha stesen minyak yang sebenarnya dapat keuntungan besar apabila minyak makin naik. Memang tidak dinafikan perniagaan ini pendapatannya agak lumayan tetapi andaikata kerugian sebegini berterusan tidak mustahil akan lingkup.

Tuntutan serta rungutan yang dibuat oleh pengusaha ni tidak menjejaskan hak penguna pun sebenarnya sebab pengusaha stesen minyak bukan meminta harga dinaikkan tapi hanya kaedah peralihan harga dikaji semula untuk menjaga hak pengusaha-pengusaha minyak di malaysia.

Sekian, terima kasih.

Bagi Berita Semasa inilah yang dinamakan “sepak terajang” dalam berniaga. Adat berniaga ada masa rugi ada masa untung melonjak tinggi.

Dan masalah dan isu yang dihadapi pengusaha stesen minyak ini adalah masalah pengusaha minyak di Malaysia dengan syarikat pengeluar minyak anda sendiri yang melibatkan pembayaran komisen yang dipersetujui dan dalam pada masa yang sama Berita Semasa tidak sanggup melihat ramai rakyat Malaysia “terduduk” dalam perniagan sekalipun.

P/S : Hakikatnya, rakyat marhaen tetap berhak mendapat harga minyak murah jikalau harga minyak dunia turun.