≡ Menu

SSP BSN : Kelebihan Sijil Simpanan Premium dan Hantar Permohonan


SSP BSN. Permohonan dan kelebihan Sijil Simpanan Premium

Siapa sangka dengan hanya simpanan sahaja boleh memberikan anda peluang besar bergelar jutawan Malaysia dengan sekelip mata sahaja.

ssp bsn

Selain itu, hadiah kereta mewah daripada model kereta import BMW dan Mercedes Benz. Ini semua gara-gara tawaran hebat yang ditawarkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional BSN yang menjemput anda semua yang berminat untuk melakukan simpanan SSP di BSN. Sebenarnya ada banyak kebaikan dan kelebihan Sijil Simpanan Premium SSP BSN ini.

Jikalau mengikut sejarah awalnya, SSP BSN mula diperkenal dan dilancarkan kepada umum bermula pada tahun 1978. Yang menarik skim simpanan dan pelaburan ini adalah patuh syariah. Jadi kalangan yang melakukan simpanan tidak perlu nak ragu-ragu atau was-was. Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. Bawa sekurang-kurangnya RM10 ke atas dan lakukan simpanan skim dengan sesegera mungkin.

Dengan syarat anda mestilah warganegara malaysia dan umur anda mesti 12 tahun dan ke atas. Dalam pada anda melakukan simpanan pun, dividen turut diberikan kepada anda padar kadar yang telah ditetapkan.

Semak Bagaimana Nak jadi Jutawan Segera Melalui SSP BSN

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Cara Panduan Simpanan SSP BSN,KLIK SINI
Senarai Tawaran Hadiah,KLIK SINI
Terma dan Syarat Kelayakan,SEMAK SINI
Kadar Faedah dan Kadar Keuntungan,KLIK DI SINI
Semakan Keputusan SSP BSN Secara Online,KLIK DI SINI
Semakan Keputusan Cabutan Bertuah BSN SSP melalui online,KLIK SINI
[/table]

Bersama-sama ini suka untuk Berita Semasa berkongsi beberapa tips mudah bagaimana cara untuk bergelar pemenang hadiah cabutan SSP BSN:

  1. Pertama, bukan bermakna lebih banyak anda beli sjil simpanan premium peluang anda untuk menang menjadi lebih besar. Tidak sama sekali. Ada kemungkinan pada ketika anda membeli banyak sijil sehingga menyebabkan anda tiada duit simpanan untuk tujuan kecemasan. Akhirnya sijil simpanan yang anda beli tadi terpaksa ditebus semula. Pastikan lebihan duit anda itulah digunakan untuk beli SSP BSN tersebut. Biar nilainya kecil tetap dapat simpan untuk tempoh yang lama.
  2. Kedua, anda boleh cuba beli pada setiap minggu walaupun nilainya kecil
  3. Masih tidak terlambat lagi untuk anda bermula menyertainya walaupun anda baru tahu hari ini. Ini kerana peluang yang sudah lama membuat simpanan adalah sama dengan orang baru. Jadi peluang adalah sama rata sebenarnya.