SPS SSO : Sistem Pengurusan Sekolah Online KPM


SPS SSO Sekolah Online Sistem Pengurusan Sekolah KPM

Nampaknya Kementerian pelajaran malaysia bersungguh-sungguh untuk meningkatkan sistem teknologi maklumat yang sedia ada supaya mudah untuk diuruskan pada satu sistem dengan harapan guru-guru dapat mengendalikan dengan lebih mudah efisen.

sps sso

Di atas kertas pelan begitulah objektifnya di atas nama Sistem Pengurusan Sekolah KPM Online.

Jikalau sebelum ini, menggunakan kaedah konvensional dengan cara merekod kehadiran pelajar dan murid menggunakan buku kedatangan.

Selepas ini tidak lagi. Ini kerana Berita semasa difahamkan bermula awal tahun 2015 sistem kehadiran dan kedatangan pelajar ke sekolah akan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah online. Dalam pada masa yang sama disediakan juga Sistem Pengurusan Sekolah Lite App sepenuhnya bermula 1 Januari 2015 kelak.

Di mana Sistem Pengurusan Sekolah SPS sudah pun dimulakan sejak 1 Oktober 2014 yang lalu.

Ia bakal dimaksimumkan dengan Aplikasi telefon pintar Sistem Pengurusan Sekolah Lite App KPM Kementerian Pendidikan Malaysia Online. Tujuannya adalah bagi memudahkan guru merekod kehadiran dan kedatangan pelajar melalui pelbagai platform.

Sistem SPS SSO KPM Online : Memudahkan Atau Menyusahkan?


Perkara Butiran Dan Pautannya
Portal SPS SSO KLIK SINI

Walaubagaimanapun, Berita Semasa telah menerima pelbagai aduan dikalangan guru yang sistem SPS SSO Online dan Sistem Pengurusan SekolahLite masih lagi ditahap yang kurang memuaskan.

Diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil berat isu dan masalah ini secara serius supaya tidak menambhkan lagi beban tugas dikalangan guru-guru di Malaysia.