Berminat Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online


Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 1 Malaysia RMR1M Online. Berminat?

Boleh dikatakan hari ini harga rumah di Malaysia semakin melonjak naik daripada hari ke sehari…

spnb

Natijahnya ia telah meninggalkan jauh golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di tanahair sendiri. Melihatkan….

Melihatkan masalah kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu program yang dinamakan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia RMR1M.

Alhamdulillah…..sejak diwujudkan permohonan rumah mesra rakyat yang diterima semakin menggalakkan dan mendapat perhatian golongan yang berpendapatan rendah.

Yang menariknya untuk spesifikasi rumah SPNB ini, keluasan rumah yang bakal dibina dan disediakan untuk anda adalah sekitar 700kps, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Manakala harga rumah mesra rakyat pula ditawarkan adalah RM65,000. Walaubagaimanapun, daripada harga tersebut, anda hanya perlu melakukan pembayaran sejumlah RM45,000 sahaja kerana anda bakal menikmati subsidi kerajaan Malaysia sebanyak RM20,000.

Anda perlu daftar dan dapatkan pinjaman daripada bank dengan subsidi kadar faedah oleh kerajaan sebanyak 2 peratus. Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada ketetapan bank (termasuk kadar faedah). Itu adalah rumah mesra rakyat di Semenanjung.

Tetapi untuk daftar permohonan rumah mesra rakyat dan kelebihan di Sabah dan Sarawak adalah sedikit berbeza melibatkan harga rumah iaitu sekitar RM68,000 – RM79,000 ditawarkan di mana 1/3 daripada pinjaman disubsdii oleh kerajaan Malaysia yang mana baki pembiayaan secara pinjaman tanpa faedah

SPNB : Cara Daftar Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR1M)

Butiran lanjut boleh anda semak seperti di bawah ini :

PerkaraButiran dan Pautannya
Permohonan OnlineKLIK SINI DAFTAR (Anda perlu lakukannya di Pejabat Wakil Rakyat di kawasan anda)
Semakan Keputusan PermohonanAnda akan menerima keputusan permohonan rumah mesra rakyat anda selepas 3 bulan permohonan lengkap dihantar
Cara dan Proses PermohonanKLIK SINI
i) Syarat kelayakan
ii) Warganegara Malaysia
iii) Mesti berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
iv) Pendapatan kasar isi rumah RM750 – RM3000 sebulan
v) Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usang/tidak sempurna
vi) Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
vii) Tapak berkeluasan paling minimum yang dibenarkan 2800 kps
viii) Tertakluk kepada kelulusan bank
Ada Masalah? Hubungi
Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB; Tingkat 8 Wisma Perkeso; Jalan Tun Razak; 50400 Kuala Lumpur
Tel: 1300-80-3838
Fax : 603-2681 0170
Email : aduan@spnb.com.my

RUMAH JENIS 1 TINGKAT 1000KPS
Harga RM65000
Keluasan 1000 kps
Bilik 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM20000
2 peratus kadar faedah pinjaman
RUMAH 1 TINGKAT 850KPS
Harga RM55000
Keluasan 850 kps
Bilik 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM17500
kadar faedah pinjaman 2 peratus
RUMAH JENIS 1 TINGKAT 700KPS
Harga RM45000
Keluasan 700 kps
Bilik 2 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM15000
kadar faedah pinjaman 2 peratus

PP/S : Selamat berjaya Berita Semasa ucapkan. Berita Semasa berharap berdasarkan semakan pada masa akan datang, semoga borang permohonan Rumah Mesra Rakyat Rumah 1 Malaysia SPNB (RMR1M) anda berjaya. Amin

PPP/S : Butiran contoh gambar dan maklumat mengenai program rumah mesra rakyat SPNB boleh anda semak gambar-gambar di bawah ini….