9 Produk Skincare Terbaik untuk Jerawat Bagi Wanita Malaysia

Produk Skincare Terbaik dan yang paling bagus untuk Jerawat bagi muka Wanita Malaysia. Yang penting selamat dan berkesan.

Sememangnya tidak dapat dipisahkan wanita dan kecantikan. Almaklumlah wajah yang cerah, gebu dan mulus adalah aset yang berharga bagi wanita.

skincare terbaik

Disebabkan itulah untuk mendapat kulit wajah yang sempurna, bagi wanita Malaysia contohnya mereka sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar.

Ia tidak mengira sama ada gadis itu masih lagi dara ataupun yang sudah berumahtangga. Kesempurnaan dan kemulusan kulit wajah mampu menaikkan keyakinan seseorang. Begitu besar impak kuasa kecantikan terhadap para wanita.

Kini, lelaki juga turut menjaga kecantikan dan tidak hanya terhad kepada golongan wanita sahaja. Sekarang ini, ramai orang obses terhadap kecantikan dan kesempurnaan wajah, buktinya adalah wujudnya pelbagai krim wajah, suntikan dan suplemen di pasaran. Persoalnnya yang mana produk skincare terbaik di Malaysia

Oleh kerana itulah, adalah sangat penting untuk memilih produk kecantikan yang betul dan sesuai. Sebelum memilih mana-mana produk, anda boleh meninjau testimoni (review) oleh penggunanya sendiri yang boleh didapati di hujung jari. Tetapi kadang-kadang kena lebih berhati-hati kerana testimoni yang diberikan mungkin dipalsukan atau dibayar.

Di sini, Berita Semasa berbesar hati untuk berkongsi produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan di Malaysia yang mendapat reaksi atau review positif daripada penggunanya sendiri.

9 Produk Skincare Terbaik Untuk Muka Yang Mendapat Banyak ReaksiĀ  Positif

Berikut adalah antara senarai produk kecantikan dan produk skincare terbaik yang boleh anda cuba:

1. Skincare Terbaik : SKII

Siapa sahaja yang tidak mengenali produk SKII. Produk kecantikan ini adalah ekstrak wain beras yang berasal dari Jepun. Di dalamnya terkandung hampir 90% pitera. Produk ini popular kerana pemakai yang mempromosikan produk ini bukanlah calang-calang iaitu kebanyakannya artis antarabangsa. Disebabkan itulah produk SKII ini dipercayai ramai.

Facial Treatment Essence ataupun dikenali sebagai ‘miracle water’ adalah antara produk terbaik SKII. Bagi yang ingin melambatkan proses penuaan untuk menampakkan wajah kekal anggun dan muda, makan produk ini amat sesuai untuk anda. Di kalangan pengguna, ia mendapat rating 5 bintang.

Tetapi jika dilihat dari sudut harganya, boleh tahan mahal juga harganya. Harga ribuan ringgit boleh dicecah jika mahu membeli satu set produk SKII.

2. Skincare Terbaik : Garnier Sakura White

Produk Garnier yang terkini iaitu Garnier Sakura White mendapat review positif dan lebih banyak sambutan berbanding produknya yang terdahulu yang berasaskan lemon. Label produk Sakura White ini pun lebih menarik bertemakan seperti sakura di Jepun. Anda boleh dapatkan produk ini jika mahukan kulih putih kemerah-merahan.

Produk ini antara yang mudah untuk didapati dan dibeli di Watson dan Guardian. Bila diselidik, rupanya produk ini banyak juga mendapat reaksi positif daripada ramai penggunanya. Mampu mencerahkan wajah 60% dalam masa 4 minggu adalah antara kebaikan Garnier Sakura White.

Sakura White juga sesuai digunakan untuk kulit yang sensitif. Produk ini berasaskan vitamin pencerah dan ekstrak sakura. Harganya yang mampu milik membuatkan ramai yang memilihnya sebagai pilihan krim wajah.

3. Skincare Terbaik : Safi Rania Gold

Kini, duta Safi Rania Gold adalah Nora Danish. Pencuci gel untuk wajah, toner dan krim malam adalah antara produk Safi Rania Gold yang memberikan kesan agak berkesan juga untuk kulit.

Gel pencuci untuk mencuci wajah daripada rangkaian ini memang wangi dan terbaik. Toner pula sangat wangi dan krim malam pula sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat dan kesannya boleh dilihat dalam 1 malam sahaja. Dengan memakai krim malam ini, wajah akan kurang berminyak apabila bangun daripada tidur keesokan paginya. Mengikut pengalaman orang lain, ada yang mengatakan krim siang daripada rangkaian ini akan membuatkan kulit lebih berminyak. Tetapi belum cuba belum tahu, kerana kulit setiap orang berbeza-beza.

Harga produk Safi Rania Gold ini sangat mampu milik dan boleh didapati di mana-mana kedai seperti Guardian atau Watsons.

4. Skincare Terbaik : Cellnique

Jika disemak, terdapat banyak komen dan review positif berkenaan produk Cellnique ini. Harganya agak mahal sedikit namun rasanya berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencubanya.

Buat anda semua yang ingin mengetahui fungsi produk Cellnique, ia adalah satu produk pakar kecantikan yang bertindak merawat penuaan, warna kulit yang tidak sekata, kulit kering, pigmentasi, kulit sensitif, jerawat, parut dan liang terbuka. Anda jangan keliru Clinique dan Cellnique, kedua-duanya adalah produk yang berbeza.

5. Skincare Terbaik : Loreal

Di peringkat antarabangsa, Loreal adalah produk yang sangat popular dan banyak digunakan oleh orang ramai. Loreal Vanish Double Booster contohnya memberikan hasil wajah si pemakai menjadi sangat berseri dan cerah. Harganya pula berpatutan dalam lingkungan RM50 ke RM60.

Boleh cuba Loreal Melanin Vanish Double Booster ini dan ternyata krim tersebut memang terbaik kerana ia berasaskan air dan sangat wangi. Tetapi rasanya produk ini sudah tiada lagi pasaran. Untuk produk Loreal ini, kita kena bijak memilih mana yang sesuai dengan kulit kita di samping meyelidik terlebih dahulu yang mana mempunyai review yang positif. Akhir kata, kualiti produk Loreal ini memang boleh dipercayai.

6. Skincare Terbaik : Mary Kay

Produk Mary Kay ini sangat popular kerana ramai yang mempromosikannya. Berdasarkan kajian yang dilakukan, memang ramai yang menggunakan produk ini.

Bagi produk Mary Kay ini, boleh didapati rangkaian pencuci, krim wajah sehinggalah kosmetik. Harganya pun boleh tahan mahal yang boleh mencecah puluhan ke ratusan ringgit. Mary Kay juga adalah antara pakar bagi merawat dan membantu kulit bermasalah.

7. Skincare Tebaik : Skin Food

Skin Food adalah merupakan salah satu produk kecantikan dari Seoul, Korea. Produk ini sudah lama dikeluarkan sejak tahun 1957 lagi dan memang dipercayai oleh ramai pengguna. Produk Skin Food ini diproses dari bahan-bahan semulajadi iaitu bahan organik. Anda yang mempunyai sensitiviti terhadap produk lain yang mengandungi bahan kimia yang tinggi adalah disarankan untuk mencuba produk Skin Food ini.

8. Skincare Terbaik : Hada Labo

Hada Labo adalah salah satu produk dari Jepun. Hada yang bermaksud kulit, manakala Labo pula berasal dari ‘Laboratory’ atau makmal. Jadi maksud bagi Hada Labo adalah ‘makmal kulit’. Anda boleh mencuba produk ini jika mahukan kulit secerah susu. Review positif banyak boleh didapati di Internet mengenai produk Hada Labo ini.

9. Skincare Terbaik : Bio Essence

Produk Bio Essence ini sangat popular dan mendapat ulasan positif daripada penggunanya. Saya mempunyai rakan yang menggunakan krim malam Bio Essence dan kulitnya langsung tidak berminyak dan nampak mulus sahaja.

Harganya juga sangat berpatutan di pasaran. Jika anda yang baru mahu mencuba, mungkin boleh mencuba Tanaka White atau Bird Nest yang rata-ratanya banyak mendapat sambutan baik.

Sekian itu sahaja perkongsian berkenaan 10 produk kecantikan muka yang mendapat sambutan baik daripada penggunanya. Diharapkan dengan entri ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam memilih rangkaian produk dan skincare terbaik dan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.