Skim Gaji Pensyarah Universiti : Dah Tahun Tiada Semakan

Skim Gaji Pensyarah Universiti IPTA Telah 10 Tahun Tiada Semakan. Perlu Naik Gaji Lagi! Kerja Lebih Banding Guru!

Hakikatnya, skim gaji pensyarah Universiti tidak berlaku sebarang semakan untuk tempoh 10 tahun lamanya.

skim gaji pensyarah

Apakah mereka selama ini dipinggirkan? Hari ini Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) tampil dengan harapan dapat sertai bersama gelombang pelarasan skim gaji bagi gred lain di sektor awam tidak lama lagi. Patutkah? 

Berita Semasa pernah mengeluarkan tuntutan dan rungutan kalangan isu skim gaji pensyarah universiti yang mana Berita Semasa telah menerima respon balas sejumlah 412 komen. Macam-macam cadangan dan pandangan diutarakan supaya mendapatkan perhatian daripada pihak berwajib. Malangnya……

Semakan Berita Semasa terhadap salah satu kertas kerja kalangan akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi pelarasan skim gaji pensyarah universiti baru telah membuat perbandingan antara tugas mereka dengan kalangan guru…

Semakan Skim Gaji Pensyarah Universiti : Guru VS Pensyarah?

  1. Beban pensyarah juga meliputi pembinaan soalan peperiksaan, pemarkahan, penasihatan akademik dan pelbagai lagi sepertij awatankuasa peringkat universiti, fakulti, jabatan dan unit serta jawatankuasa peringkat luar universiti.
  2. Kalau hendak dibezakan beban pensyarah dengan beban tugas guru, pensyarah politeknik dan kolej komuniti adalah sangat besar sekali, mereka hanya mengajar dan terlibat sedikit dalam aktiviti kokurikulum atau guru penasihat sahaja, tidak ada penyelidikan, penulisan, perundingan dan sebagainya sebagai syarat kenaikan pangkat.
  3. Guru juga boleh memperlihatkan prestasi baik  mereka jika keputusan peperiksaan sangat baik, contohnya jika ramai pelajar dapat 1A dalam peperiksaan PMR aatau SPM tetapi ini tidak mungkin berlaku di universiti, malahan universiti akan dilabel tidak baik jika ramai pelajar yang mendapat kelas pertama.
  4. Oleh kerana tugas lecturer dan pensyarah universiti tidak seperti guru sekolah, iaitu sebagaimana yang  diterangkan di atas, maka sudah tentulah para pensyarah mengharapkan skim gaji pensyarah universiti (kenaikan pangkat ) yang  lebih fleksibel sesuai dengan usaha, tanggungjawab dan kelulusan mereka

Tuntutan Kenaikan Skim Gaji Pensyarah Universiti & Pengajar IPTA

  1. Mengkaji pelarasan skim gaji pensyarah universiti gaji baru tanpa mengira kepakaran. Maksudnya di sini, kenaikan pangkat yang lebih fleksibel untuk staf akademik (pensyarah) dan seterusnya digunapakai untuk proses kenaikan pangkat yang tidak semestinya sebagai Pensyarah Kanan, Profesor Madya atau Profesor sebagaimana yang diamalkan sekarang.
  2. Skim gaji pensyarah universiti & pengajar IPTA di Malaysia masih lagi ketinggalan dengan negara yang lain
  3. Kerajaan perlu mengkaji pencapaian pensyarah berdasarkan human developement index (HDI) atau modal pembangunan insan. Ini kerana pensyarah telah berjaya membentuk modal insan di kalangan masyarakat hari ini.

Jadual Gred Skim Gaji Penysrah Universiti (Gred DS45, DS51, DS52, DS54 dan Gred VK7)

P/S : Teringat kisah seorang pensyarah yang pulang berkelana di US dengan meraih gaji RM100,000 sebulan. Manakala, apabila pulang Malaysia gaji yang diterimanya sekitar RM7,000 sahaja. Apa respon balas kalangan pensyarah mengenai skim gaji pensyarah universiti & pengajar IPTA ketika ini?