Punca 88 Peratus Risau Duit dan Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup? Jatuh Miskin Selepas Bersara! Apa Kata Anda?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Punca 88 Peratus Risau Duit dan Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup? Jatuh Miskin Selepas Bersara! Apa Kata Anda?

Realitinya hari ini, 2 benda keperluan di Malaysia yang paling mahal dan paling membebankan sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan beban hutang yang sangat lama sehingga hampir seumur hidup mereka bagi membolehkan mereka “melepasi had kemampuan” untuk memiliki 2 benda keperluan tersebut lebih-lebih lagi rumah untuk tempat mereka berteduh di atas bumi yang dinamakan Malaysia.

simpanan hari tua

2 Benda keperluan yang paling mahal dan membebankan ini tidak dapat tidak rakyat Malaysia terpaksa juga mencari jalan berusaha memilikinya meskipun harga yang ditawarkan untuk mereka mahal.

Malangnya, 2 benda keperluan inilah juga yang kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini tidak mampu mengawal “harganya” apabila mana “sistem hutang” yang dipraktikkan di Malaysia menyebabkan taikun-taikun dan kapitalis hartanah mengambil peluang semaksimum mungkin mengeksplotasikan sehingga akhirnya natijahnya berbalik kepada rakyat marhaen.

Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup VS Bebanan Hutang Kereta dan Rumah?

Penjelesannya seperti di bawah ini..

  1. Harga rumah sekarang langsung tidak dikawal.
  2. Kerajaan sendiri dilihat jelas memihak dan menjadi jurucakap kepada pemaju hartanah, bagaimana mungkin hak rakyat marhaen dapat dibela secara bersungguh-sungguh
  3. Apabila menyentuh isu kereta pula, dasar kerajaan yang sebenarnya menekan & membebankan rakyat dengan system duti, AP dan sebagainya cumanya ianya tampak cuba dimudahkan untuk rakyat Malaysia memilikinya dengan sistem hutang yang longgar.
  4. Rakyat nampak “mewah” ada kereta dan rumah tetapi majoritinya hidup dan tinggal di atas hutang yang besar yang kemungkinan besar akan dilelong apabila tidak mampu membayar bayaran bulanan sehingga dilelong ataupun terpaksa terus-menerus menangung hutang sampai bersara

Hasil Laporan Kajian HSBC : Isu Duit dan Wang Simpanan Hari Tua?

Baru-baru ini berdasarkan semakan Berita Semasa laporan analisa dan kaji selidik yang dilakukan oleh pihak HSBC mendapati daripada mana-mana kalangan anda di sini rakyat Malaysia,

  1. 88% bimbang simpanan hari tua mereka tidak akan cukup kelak di hari tua. Setuju atau tidak?
  2. Lebih 45% mendapati kos sara hidup di Malaysia lebih pantas daripada pendapatan mereka selama ini sehingga menjejaskan keupayaan menyimpan mereka di hari tua kelak
  3. Rakyat Malaysia mula risau dengan tabungan mereka di masa hadapan apabila melihatkan ketidaktentuan ekonomi global di masa akan datang
  4. 23% menjangka tahap kehidupan ketika mereka bersara kelak lebih buruk daripada yang mereka hadapi sekarang ini
  5. 21% merasakan yang mereka perlu merancang wang simpanan hari tua dan tabungan mereka pada umur sekurang-kurangnya 30 tahun atau lebih awal lagi jikalau mereka mahu mendapatkan tahap kehidupan seperti yang dinikmati hari ini

Jikalau tuan-tuan dan puan-puan masih ingat lagi, dahulu kita ada ditawarkan skim insuran bagi mengeluarkan KWSP untuk tujuan dilakukan skim pencen tetapi dihentikan serta-merta dek kerana terlalu ramai yang mengeluarkan caruman KWSP.

Kerajaan Malaysia masih lagi dilihat “lemah” dalam memikirkan cara memaksimakan simpanan rakyat Malaysia di hari tua. Acapkali, kerajaan cukup takut apabila apabila melihat duit KWSP makin kurang…

Akhirnya dipulangkan dividen KWSP yang tidak seberapa kepada ahli. Ermmm….Apabila ditanya apa usaha KWSP untuk memaksima tabungan caruman EPF ini hasil idea mereka :

Jikalau gaji kecil, berapa sangat EPF boleh disimpan Gaji RM2,000 sepuluh tahun, EPF baru berapa?

  1. Pesta kenaikan harga barang di Malaysia acapkali berlaku
  2. Lambungan kenaikan harga rumah di Malaysia sehingga tidak terjangkau rakyat marhaen
  3. Harga kereta yang cukup mahal ditawarkan di mahal, “terima kasih” kepada pengenalan pelbagai cukai kepada pemilik kereta

Jadi, adakah cukup duit EPF dan simpanan hari tua semasa selepas anda bersara kelak?



Share.

40 Comments

  1. Di Malaysia curi duit lembu lebih kaya dari simpan di KWSP. Macam si Kak Jat Lembu bibir tebal buat songlap duit lembu 250 juta tujuh keturunan makan tak habis.

  2. Sebab tu lah geng parti pencuri lembu berebut-rebut nak jadi menteri sebab boleh merompak dan menyamun harta negara. Kenakan cukai GST pada rakyat miskin semata-mata nak memuaskan nafsu isteri keliling dunia.
    Kak Jat Lembu bibir tebal adalah contoh klasik sistem politik ketuanan umno. Menjarah dan merompak duit lembu 250 juta tanpa rasa takut dan berbelanja barangan mewah mercedez benz dan kondo mewah seolah orang kaya baru berlagak jutawan.
    Sementara rakyat setiap hari mengikat perut semakin ketat akibat nak berjimat. Pada masa yg sama Kak Jat Lembu tergolek kekenyangan macam ular sawa.

  3. Siapakah golongan yg untung dalam pemberian diskaun pembeli rumah bumiputra. Rakyat kelas bawahan beli rumah harga 500 ribu kredit dgn bank dapat diskaun 50 ribu tapi terpaksa bayar hutang cecah 1 juta. Atau Kak Jat Lembu bibir tebal bayar cash rumah harga 5 juta dapat diskaun 500 ribu. Kat Jat Lembu hanya bayar harga rumah cuma 4.5 juta.

  4. rozi mohamat on

    Merancang awal persaraan lebih mudah jika di usia muda berbanding umur di penghujung persaraan.

  5. Whenever the government wants to spend money it doesn’t have, it borrows.

    Government borrows by selling T-bills and Treasury bonds, or
    “Treasuries.” The buyer gets an IOU, and the government gets cash. So, various bondholders—individual investors, banks, other country
    government, the central bank, even parts of the government—hold in aggregate billions n in IOUs.

    These bonds and bills come due all the time, and typically, the Treasury pays them off by borrowing again.

  6. Akhirnya apa yg comel cakap betul.dri 200 ribu jadi 50 ribu. sebab apa mata wang kita sikit.hidup bn,hidup umno.

  7. Rakyat m’sia ssedar / tidak ekonomi m’sia semakin teruk di bwh pimpinan najib?

  8. taylor swift on

    kak rosmah apa kurangnya. hari-hari tukar handbag. handbag buatan luar negara pulak tu. apa ni kak rosmah support la handbag buatan malaysia. ini tak show off handbag yahudi mabuk mana. perlu ke kak rosmah pegi mana-mana event bawa handbag besar gedabak tu. dalam handbag tu ada apa? ada baju? makanan? barang mekap? perlu ke nak letak semua tu dalam handbag. kak rosmah bawak dompet ada isi duit ke ataupun kad kredit?

  9. taylor swift on

    kak jat kata dia mana tau bab tipu-tipu duit lembu nfc ni. kak jat kata suami dia yang buat onar. suami kak jat bernama Datuk DR Mohamad Salleh Ismail. kesian kak jat kahwin dengan laki tamak duit. walaupun suami kak jat tamak duit, dia sayang kak jat, anak-anak diorang. mereka keluarga bahagia bina mahligai kekayaan untuk masa depan keturunan mereka.

  10. ok apakata kalau ada wang palsu dipasaran atau terlebih cetak tentu nilai wang malaysia akan turun

  11. Salam kak ton, apa la dosa kak jat ngan anda sehinggakan pada setiap komen dan setiap artikel anda sumpah seranah dia. Saya bukan nak menyebelahi dia, cuma kita sebagai org islam. Jgnlah kita suka menyumpah seranah org lain dgn kata2 yg kesat. Jgn kita nak mendahului maha kuasa dlm menghukumkan org lain. Kpd admin dulu saya suka baca komen kat bs ni sb byk komen2 yg bernas kat sini. Sekrg terlalu byk sampah dlm ni tlg tapis la sikit supaya kita lebih matang dlm berfikir dan meluahkan pendapat

  12. salam,,
    saya nak katakan kesian pada rakyat miskin dan kurang gajinya malah pada pemboros dan tak faham mengatur ekonomi utk masa depan .
    gaji malaysia tak setimpal dgn kerja dan tahap kehidupan semasa selama ini.
    rakyat tiada didikkan ekonomi yg mampu mengatur kewangan mrk dgn betul.
    kerajaan mencukai perbagai barangan dgn keterlaluan yg hanya utk meningkatkan pendapatan kerajaan.
    kerajaan tak mampu mencari pendapatan dari luar negara tetapi hanya pandai mencari pendapatan dalam negara yg mana rakyat jadi mangsa dgn membayar lebih apa yg mrk belanjakan .
    rakyat di perbodohkan supaya rakyat saling salah menyalah satu sama lain dimana penjual acapkali di salahkan kerana untung byk sgt (hisap darah) sedangkan sepatutnya rakyat harus salahkan kerajaan kerana mrklah semua ini terjadi .

    kalau wang disimpan memang selamanya tak akan cukup sebab wang semakin kecil barang semakin mahal.
    kalau yg bijak atau tahu caranya akan lebih membeli hartanah kerana ada naik tiada turun maka dgn simpanan begini lebih menjamin masa depan anda.
    pada yg suka bergaya berlagak memboros sememangnya tak perlu fikir masa depan sebab anda tiada masa depan kecuali anda sgt kaya.
    lepas 2020 akan dtg rakyat malaysia 50% adalah miskin dan bankrupsi kerana hutang yg tak setimpal dgn gaji mana mampu nak bayar hutang!!!! sebab rakyat malaysia bijak berhutang tak pandai nak bayar hutang dah rumrah sejak puluhan tahun lagi.
    maka sesiapa sj akan miskin dan bankrupsi ……jadi bersedia menerima atau selesaikan masalah anda skrg dgn teratur dan belajar ekonomi anda dgn baik dan betul………

  13. Apala…..
    Selalu di utarakan tak msk kenapa susah nak msk blog ni….atau di sekat!!!!!.
    Kalau gaji tak setimpal dgn kerja dan saraan hidup semasa mana mungkin cukup simpan hari tua….malah kalau yg suka berlagak bergaya boros dapat ke simpan duit!”!! Kalau pendapatan tak setimpal dgn kenaikkan harga barang mana mungkin cukup…malah byk cukai macam2 kena bayar nak hidup selesa pun susah apa lg kerja lebih dua tiga kerja pun belum pasti cukup.rakyat di tindas tetapi masih tak tahu macam katak bawah temburung selamanya hidup membabibuta gelap masa depan……

  14. Lepas 2020 50% rakyat miskin dan bankrupsi kerana rakyat malaysia di didik suka berhutang tapi tak di ajar bayar hutang malah rakyat tidak di ajar menyimpan sebaliknya di ajar boros berlagak bergaya hidup selesa tetapi bila dah tua hidup merempat ….bagi yg bijak pandai ekonomi akan hidup selesa lepas 2020 kerana mrk dah tahu bagaimana mengatur ekonomi mrk walaupun nampak hidup sederhana tetapi wang simpanan mrk membuahkan hasil bukan sebab gaji besar atau byk duit tetapi tahu guna wang mrk dgn baik . Maka teruskan meminta….. hidup rakyat akan semakin susah.
    Tiada durian semesti tak berulat jadi kenapa rakyat suka tnggu durian runtuh!!!! Yg akhirnya sdr juga yg susah.

  15. Duit tak cukup disebabkan malapetaka , harga barang – barang keperluan mahal, harga rumah naik sehingga tak masuk akal. harga kereta buatan malaysia mahal tak payah nak sebut kereta impot yang berkali kali ganda mahalnya. BR1M 950 sahaja untuk setahun.Gaji sikit sahaja. Mana cukup . Orang yang paling bodoh sekali dalam dunia ni pun pandai menilai apa punca duit tak cukup.

  16. penanam anggor on

    cukup2 la korang..bersyukurla..penjawat swasta xleh kelebihan cam ni..gaji besarr n keje senang…

  17. SambalBelacan on

    Menggunakan wang KWSP untuk kepentingan individu tertentu…itu adalah dalam ketegori sangat tidak baik dan menganianya…sebab itulah ada badut2 dalam kerajaan yang mencadangkan agar tuntutan wang KWSP dilanjutkan sehingga keusia 55 tahun atau up 60 tahun atau up 65 tahun atau up 70 tahun atau up 75 tahun atau pun up sehingga 80 tahun…akhirnya penuntut2 tiadalah dapat menuntut hatta dapat merasa walau se-sen pun wang tersebut…sebab sudah meninggal dunia…

  18. Anonymous on

    soalan anonymous bronco tnya sape yg cerdik antara kak rosmah dgn jat, jawabnya kopral sirul lbih cerdik…. sbab bleh escape ke ostolia

  19. saya dgn ini mghadiahkan tali pinggang hitam ‘black belt’ kpda para keyboard warrior yg tlah lulus ujian saringan ‘lompat tendang’ dan ‘makan lunggok’… t.ksih

  20. the secret of hj hashim on

    nti PA bila dah bersara bukan saja boleh dok goyang kaki mcm tukang jahit, tapi bleh goyang gedik kaki, tangan & kpala serta seluruh badan sbab kena pnyakit stroke dan parkinson akibat tekanan knaikan harga brg dan kos hidup yg btambah…

  21. lembu bandar on

    klau gaji x naik atau naik mcm kura2 nk lintas batas sawah tapi harga brg naik mcm pmpuan mngandung lngkah taik lembu tentu PA yg amanah akan hidup sgsara dan bila dah pencen pun lgi susah, kcualilah PA yg boleh makan rasuah dan sggup pecah amanah dan jdi ‘pnyamun berlesen’ semasa bkhidmat dgn kjaan

  22. lembu bandar on

    sprm perlu pantau dgn berintergriti ‘pnyamun2 berlesen’ dlm perkhidmatan awam yg salahguna kuasa, pecah amanah, rasuah dan mgkhianati rakyat dan melemahkan sistem kewangan negara

  23. budak lemah on

    sape yg buat kja x amanah, guna kuasa x btul, mkn rasuah dan kianat tu? klau kt ngara cina dh bleh kna hukuman bunuh….

  24. kris kayu on

    dlm sbuah kjaan yg lemah dan korup, pgawai2 kjaan mggunakan jawatan dan kuasa serta mnjadikan pjabat mereka sebagai “lombong emas” …manakala rakyat yg dtg berurusan dgn mereka sbagai ‘lembu’ yg datang sua tengkok utk disembelih… waktu inilah lembu2 kurus ditendang ke sana ke mari manakala lembu2 gemuk, susu besar dan ponggong tonggek dilayan mcm anak raja

  25. the secret of hj hashim on

    ramai pnjawat awam makin tertekan bila mereka sukar mdapat pinjaman bank akibat sekatan CTOS & CCRIS… alternatif yg ada adalah mminjam dari syarikat2 kewangan berlesen yg bertopengkan koperasi2 yg menindas peminjam dgn kadar bunga yg tinggi mcm ah long… akibatnya ramai PA sgsara smpai pencen…

  26. the secret of hj hashim on

    kjaan patut mngarahkan bank2 mlonggarkan syarat2 pinjaman kpda pnjawat awam. CUEPACS juga perlu perjuangkan prkara asas ini sbagai sbuah badan khusus yg mewakili pekerja2 perkhidmatan awam di Malaysia…bgaimana nk beli rumah klau gaji dh tinggal kerak periuk atau nasi dah tinggal ‘bunga pinggan’

  27. the secret of hj hashim on

    ramai juga PA (Pnjawat Awam) mngambil pndekatan negatif dgn “menebuk karung guni” dan “mbuat lubang” dlm govt services utk buat quick money…. ini mjadikan perkhidmatan awam lemah & korup

  28. barua bodoh on

    pcaya atau tidak? pcaya atau tidak ?klau aku katakan hmpir 70% pjawat awam yg hidup mewah di luar kemampuan dan lingkungan pendapatan terlibat dgn salahguna kuasa, pecah amanah & rasuah…

  29. the secret of hj hashim on

    beberapa jawatan dlm Perkhidmatan Awam negeri dan persekutuan ibarat “lubok emas” dan mnjdi sasaran pencari2 kerja…. nak kaya cepat atau nk hidup mewah? mudah saja…. jawatan2 ini mbuatkan “duit” mencari anda

  30. SambalBelacan on

    …dalam bab ini ‘sendiri yang berhutang sendiri yang tanggung’…

  31. SambalBelacan on

    …sebabnya jugak si pitung Sirul ni memang dah tahu hukuman yang bakal dia terima…sebab tu lah jugak mamat ni siang2 dah plan nak ‘cabut’ keluar negara…yang lebih peliknya…si mamat ni boleh ‘lepas bebas’ pulak ke luar negara minta suaka politik…

Leave A Reply