Sewa Kondominium di Kuala Lumpur, 32 Peratus Tiada Penyewa! Sewa RM2000 Sebulan, mampu?


Sewa Kondominium di Kuala Lumpur, 32 Peratus Tiada Penyewa! Sewa RM2000 Sebulan, mampu?

Jikalau anda mengikuti laporan Berita Semasa seperti yang dikongsikan di bawah, yang mana pastinya anda masih teringat dengan kenyataan Profesor Dr Hoo Ke Ping yang mengatakan berlaku lambakan rumah yang telah dapat CCC tetapi kosong tidak berpenghuni.

sewa kondominium

Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan oleh Savills Malaysia melibatkan bandar-bandar utama di Asia Tenggara mendedahkan situasi di Kuala Lumpur contohnya melihatkan :

Kajian Savillas Malaysia : Sewa Kondominium di Kuala Lumpur Siap Tetapi Kurang Penyewa

Senarainya boleh anda semak seperti di bawah ini..

  1. berlakunya lambakan kondominium mewah.
  2. unit kondominium mewah berjumlah 21,069 mewah berharga lebih RM800 sekaki persegi di Kuala Lumpur pada akhir 2014
  3. Peningkatan jumlah sehingga 21 peratus berbanding tahun 2013
  4. Antaranya ialah, Setia Sky Residence Blok C (Jalan Tun Razak), The Greens (TTDI), Icon Residence Mont Kiara (Menara 1 & 2) di Dutamas KL, The Residences @ Platinum Park di Jalan Stonor, KLCC dan The Robertson (South Tower) di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.”

Hati-hati kepada pelabur hartanah terutamanya yang gemar “flipping”

Hakikatnya situasi pasaran hartanah Malaysia sudah kelihatan lembap.

Ini berita gembira kepada rakyat Malaysia yang terus mengeluh melihatkan lonjakan harga unit kediaman di Malaysia, dan berita buruk kepada pemaju yang selama ini sesuka hati memberikan tekanan yang masih tercari-cari nilai sebenar rumah mampu milik yang sebenar-benarnya.

P/S : Adakah kadar sewa kondominium di Kuala Lumpur akan menurun dan lebih munasabah selepas ini?