Sewa Kondominium di Kuala Lumpur, 32 Peratus Tiada Penyewa! Sewa RM2000 Sebulan, mampu?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sewa Kondominium di Kuala Lumpur, 32 Peratus Tiada Penyewa! Sewa RM2000 Sebulan, mampu?

Jikalau anda mengikuti laporan Berita Semasa seperti yang dikongsikan di bawah, yang mana pastinya anda masih teringat dengan kenyataan Profesor Dr Hoo Ke Ping yang mengatakan berlaku lambakan rumah yang telah dapat CCC tetapi kosong tidak berpenghuni.

sewa kondominium

Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan oleh Savills Malaysia melibatkan bandar-bandar utama di Asia Tenggara mendedahkan situasi di Kuala Lumpur contohnya melihatkan :

Kajian Savillas Malaysia : Sewa Kondominium di Kuala Lumpur Siap Tetapi Kurang Penyewa

Senarainya boleh anda semak seperti di bawah ini..

  1. berlakunya lambakan kondominium mewah.
  2. unit kondominium mewah berjumlah 21,069 mewah berharga lebih RM800 sekaki persegi di Kuala Lumpur pada akhir 2014
  3. Peningkatan jumlah sehingga 21 peratus berbanding tahun 2013
  4. Antaranya ialah, Setia Sky Residence Blok C (Jalan Tun Razak), The Greens (TTDI), Icon Residence Mont Kiara (Menara 1 & 2) di Dutamas KL, The Residences @ Platinum Park di Jalan Stonor, KLCC dan The Robertson (South Tower) di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.”

Hati-hati kepada pelabur hartanah terutamanya yang gemar “flipping”

BACA SINI : Prof Dr Hoo Ke Ping, Pakar Penganalisis Ekonomi: Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!

Hakikatnya situasi pasaran hartanah Malaysia sudah kelihatan lembap.

Ini berita gembira kepada rakyat Malaysia yang terus mengeluh melihatkan lonjakan harga unit kediaman di Malaysia, dan berita buruk kepada pemaju yang selama ini sesuka hati memberikan tekanan yang masih tercari-cari nilai sebenar rumah mampu milik yang sebenar-benarnya.

P/S : Adakah kadar sewa kondominium di Kuala Lumpur akan menurun dan lebih munasabah selepas ini?



Share.

13 Comments

  1. Dgn ekonomi semasa semestinya harga hartanah akan jatuh biarpun ada pihak bertahan namun harga akan jatuh juga bila ekonomi tidak stabil keyakinan perlabur berkurang dan ramai pembeli dan penyewa takut dgn keadaan semasa semuanya merudum dan melemah. Skrg bukan masa melabur atau membeli tetapi bertahan atau lepaskan utk kukuhkan kewangan semasa.

  2. Anonymous on

    Ramai yg sewa rumah yg sewanya lebih murah walaupun rata2nya sudah mahal walaupun jauh /diluar Kuala Lumpur contoh RM 450.Klu sewa di KL dengan harga RM2000 dengan pendapatan rendah/sedehana berapa lagi je yg tinggal,Klu ekonomi naikpun masih tak mampu klu ppendapatan/income yg masih sama.Rasanya klu harga diturunkn sedikit mungkin akan ada yg menyewanya

  3. Anonymous on

    Buatlah solah Istikharah sebelum menyewa walaupun mamapu anda tidak akan rugi

  4. dah nama pun “kondominium mewah”. jadi bagi yang bukan masuk kategori “bergaji mewah” tu sedarlah diri sikit. melainkan anda memang kategori “suka berbelanja mewah”, maka silakanlah membeli.

  5. SambalBelacan on

    …hanya kaum bangla, indon, pak2 hitam afrika dan pak2 arab aje yang mampu menyewa…sebab dunia dah memang terbalik…orang hanya memikirkan keuntungan dan duit sahaja…halal haram…itu belakang kiralahhh!…

  6. Bukan masalah sewa je Rm 2,100 sebulan, tapi nak duduk tinggi sampai 30 tingkat buat apa, kalau berlaku kebakaran,lif tak boleh guna, tak turun ke bawah tak sempat.
    Salah pemaju juga, pegi buat rumah-rumah merpati” ni buat apa? cuba buat rumah teres setingkat @ 2 tingkat, harga pula sekitar RM 180,00 ke RM 250,000, mesti laris. Ini baru dikatakan rumah mampu-milik. Bukan rumah mampu-tengok!

  7. SambalBelacan on

    …sebenarnya kita jangan salah faham…mereka bina rumah2 berharga x masuk akal tu bukan untuk rakyat tempatan…tetapi untuk orang2 luar negara yang sanggup membeli…sebab tu mereka lebih memikirkan keuntungan…serupalah seperti ‘anak kera di beri susu badan, anak sendiri di beri susu tepung aje’…

  8. SambalBelacan on

    …kalau x ada penyewa…yang ada itulah hanya syaitan2 dan iblis2 yang seronok duduk dalam kondo mewah tersebut…akhirnya kondo kosong pun jadilah macam Highland Tower yang berhantu tu…

  9. xpayah lah duk kondo tinggi2 bahaya, dah lah mahal tinggi bebeno .
    Takut akhirnya menyusahkan bukan menyenangkan..

  10. KAKI BANGKU on

    bayar sewa rm2000! boleh bayar ansuran kereta, belanja dapur dan minyak untuk sebulan

  11. kalau dah tanah kawasan kl. dalam 2 ekar dah berjuta. apa mampu di buat kalau bukan kondo. kalau rumah teres pon mungkin dapai 20 unit. lagi x mampu nak membeli

Leave A Reply