Serangan (Down Raid 1981) PART II : Kronologi Lengkap Detik 9 Pagi di Kota London. Malaysia “Rampas Semula” Secara PERCUMA!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Serangan (Down Raid 1981) PART II : Kronologi Lengkap Detik 9 Pagi di Kota London. Malaysia “Rampas Semula” Secara PERCUMA!

Sambungan Serangan Down Raid SIRI 1 (DI SINI) :

dawn raid 1981

Pada April 1981, pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan untuk rakyat Malaysia sebagai salah satu satu daripada serampang dua mata, selain daripada menggalakkan aspek tabungan dan pelaburan dikalangan anda rakyat Malaysia pada masa itu tetapi juga ia adalah platform terbaik bagi meningkat jumlah modal bagi menjayakan projek serangan subuh (Dawn Raid 1981).

Pemilihan serangan Subuh (Dawn Raid 1981) ke atas saham Guthrie adalah pemilihan tepat dek kerana beberapa faktor :

  1. Saham Guthrie turut dimiliki Genting Berhad melalui perniagaan (CEO Genting Lim Goh Tong) mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri Malaysia
  2. Saham Guthrie dimiliki Bank Simpanan Nasional BSN – Bank yang milik kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah
  3. Saham Guthrie dimiliki Kuwait Investment Group yang mana Tun Dr Ismail Ali juga merupakan Pengarahnya.
  4. Saham Guthrie juga dimiliki OCBC Bank (pengerusi OCBC Tan Chin Tuan) satu-satunya pemegang saham yang dilihat neutral (50-50) di mana berkeras tidak mahu menjual saham Guthrie kepada PNB

Operasi serangan menyingsing Subuh (Dawn Raid 1981) cukup sulit sehinggakan Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB tidak ada akses untuk menerima maklumat lengkap berkenaan projek berprofil tinggi itu.

Kronologi LENGKAP Serangan Dawn Raid 1981 (Pagi 7 September di Kota London)?

  • PNB telah mempunyai saham Guthrie sejumlah 25%
  • PNB hanya perlukan 15% saham sahaja lagi bagi membolehkan PNB menjadi pemegang saham utama Guthrie
  • Modal sejumlah £282 juta diperlukan pada masa itu untuk membeli saham Guthrie melalui dana ASN, Petronas dan PERNAS
  • Dan dana £282 juta tersebut diletakkan akaun bank di Switzerland
  • Pukul 12:00 tenghari : Pada ketika di Kota London masih lagi berlegar pukul 5 pagi, Tun Dr Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dan makan tengahari bersama pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan dengan harapan OCBC menerima tawaran yang dikemukan oleh PNB untuk tujuan membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu.
  • Pukul 3:30 petang : Tun Dr Ismail terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan kata putus daripada OCBC yang mana berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan. OCBC telah menolak tawaran PNB
  • Khalid Ibrahim terus dimaklumkan Tun Dr Ismail dengan berita buruk di masa yang cukup genting ini
  • Pukul 3:45 petang : Sementara di kota Di London, broker Rowe & Pittman serta Rothschilds terus tertunggu-tunggu keputusan terkini dan menunggu lampu hijau dari PNB bagi memulakan pembelian saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
  • Akhirnya, Khalid Ibrahim memberikan butiran daripada sudut harga, angka yang diperolehi dan butiran keputusan kepada broker Rowe & Pittman
  • Sementara di Kuala Lumpur Khalid Ibrahim terus memastikan pemegang saham yang mesra dengan kerajaan Malaysia seperti BSN, Kuwait Investment Group dan juga Genting terus setia bersama mereka untuk uruniaga penjualan saham yang dijanjikan
  • BSN, Genting, Kuwait bersetuju menjual pegangan saham mereka yang diuruskan oleh Khalid Ibrahim di Kuala Lumpur
  • Akhirnya sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sewaktu bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
  • 7 September 2014 (4 petang waktu Malaysia) : Hari serangan Subuh (Dawn raid 1981) yang ditunggu-tunggu pun bermula
  • Rothschilds berjaya beli saham Guthrie daripada M & G Investment Trust sejumlah 11% daripada 16-17% pegangan saham ke atas Guthrie
  • Walaupun apada mulanya berhadapan dengan kesukaran untuk memilih broker saham terbaik, akhirnya usaha pasukan projek Serangan Subuh ini ternyata berbaloi apabila PNB dapat beli lagi saham Guthrie daripada pemegang kecil melalui broker saham Rowe & Pittman sebanyak 5%
  • Apabila ia dibuka, PNB mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja, sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
  • Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
  • Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
  • Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
  • Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
  • Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia —Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB.
  • Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
  • Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Britian yang merupakan negara maju itu pun hanya hanya tahu seminggu kemudian selepas serangan Subuh (Dawn Raid). Perdana Menteri Britain Margaret Tharther merah muka menahan malu, akhirnya membbuat keputusan mengubah serta-merta pasaran saham Britain dengan syarat-syarat baru selepas Malaysia berjaya mengambilalih Guthrie secara sah di sisi undang-undang ekonomi antarabangsa

  • 25 Ogos 1989 : Selepas serangan Suboh (Dawn Raid 1981), Guthrie telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang mana sekarang ini dikenali Bursa Malaysia dengan tawaran harga RM2.10 sesaham.
  • Tahun 1994 : Origanisasi Guthrie telah dibahagian kepada pengurusan perladangan & juga perniagaan hartanah.
  • Guthrie mula jual lot banglo di Bukit Jelutong
  • Khalid Ibrahim mula tinggalkan PNB (Permodalan nasional Berhad) sebagai CEO PNB sekaligus menjadi CEO Guthrie.
  • Khalid Ibrahim mendapat tawaran saham 5% saham Guthrie atau 50 juta saham Guthrie pada nilai RM2.50 sesaham pada ketika yang mana harga sebenar adalah RM2.96
  • Tahun 1997 : Khalid Ibrahim mendapat tawaran menikmati 15% lagi saham Guthrie
  • Tahun 1999 : Guthrie mengumumkan telah membeli 234,000 hektar tanah perladangan di Indonesia bernilai RM1.38 bilion.
  • Pembelian hartanah di Indonesia cukup kontroversi. Di mana sudah ada cakap-cakap penganalis yang harga minyak sawit mentah yang diniagakan tinggi pada ketika itu, tidak akan bertahan lama.
  • 16 Februari 2001 : Harga CPO jatuh akepada paras yang cukup rendah RM662.50 satu tan.
    Guthrie terpaksa menerbitkan sukuk bernilai RM1.5 bilion membiayai perjanjian tersebut.
  • Akhir tahun 2001 : Tersebar cakap-cakap di mana kerajaan sedang mengkaji untuk menyingkirkan Khalid.
  • Tahun 2003 : Lembaga telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak Khalid Ibrahim
  • Januari 2004 : Khalid Ibrahim telah digantikan dengan Datuk Abdul Wahab Maskan yang mengetuai Golden Hope Plantations Bhd sebelum itu
  • November 2006, Synergy Drive Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh CIMB membuat tawaran untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti Guthrie dan anak-anak syarikat berkaitan, termasuk, Sime Darby dan Golden Hope juga.

Bagi Berita Semasa Guthrie walaupun sekarang ini telah ditelan oleh “jerung besar” adalah merupakan simbol bagi kita semua rakyat Malaysia yang sepatut berbangga di mana ia adalah salah satu lambang kesungguhan Malaysia untuk memiliki aset kita sendiri walaupun memerlukan kita serangan terhadap bursa saham asing seperti mana dilakukan pada satu projek yang dinamakan Serangan Suboh (Dawn Raid 1981) yang pastinya merupakan satu kenangan manis bagi Malaysia dan sejarah hitam bagi Margaret Thatcher dan anak-anak buahnya yang gigit jari melihat serangan yang sarat dengan taktikal dan strategi yang akhir “kekalahan” mereka menjadi topik yang memalukan.

Nah….kepada pembikin filem Malaysia yang acapkali menyuapkan rakyat Malaysia dengan cerita hantu, seram, tahyul dan lain-lain lagi mungkin ini peluang anda menyiapkan sebuah filem yang lebih berkualiti dan bermutu yang Berita Semasa pasti akan mendapat sokongan ramai jikalau jalan ceritanya digarap dengan elok. Insyaallah. Amin.

PP/S : Masih segar di ingatan di mana pelabur ASN pada masa Khalid Ibrahim menjadi CEO PNB, kalangan pelabur ASN menikmati bonus istimewa sehingga 60%. Masih ingat lagi?



Share.

29 Comments

  1. nanti ramai kot puak tak caya, sebab dlm cerita ni ada TSKI, TSKI kan tak bagus sejak Langkah Kajang. sebelum tu puak tu okay je dgn dia.

  2. Rothschilds . ni yg x sedap dengar. Àpalah yg Rothschilds ni dapat dpd malaysia

  3. malaysia mana reti buat cerita2 mcm ni, dorang cuma reti
    1. anak muda pakai smart jadi ceo syarikat besar dan borak juta2 dlm telefon.
    2. scene meja makan
    3.scene perkahwinan tak direstui dn mertua dan kakak ipar buat benda tak elok dgn menantu.
    4. anak muda pakai kereta mewah
    5. tak rancang nak kawin dan tak serasi, lepas tu lama2 mula serasi
    6. puih..malas aku nk list.. korang tambah

  4. dapat 3A….skang dapat control Selangor! the Richest state in malaysia!

  5. mmg lama dahh…sbb tu kenapa dulu hantu ini baik sungguh dgn IMF smpi dilantik jadi Chairman IMF.

    hari ini kita tahu IMF di control oleh George Soros (seorg perancang kewangan berbangsaYahudi )

    tapi Allah SWT telah memberi kebijaksanaan pada PM Malaysia waktu tu dan segala usaha syaitan di gagalkan!

    harini…setelah berpuluh tahun mencuba..akhirnya mereka berjaya juga dapat sebahagian besar kekayaan M’sia…yakni Selangor! tahniah org Selangor kerana sokongan malalut anda semua. :p

  6. cakap kuat2,cakap kurang ajar dengan org tua..makeup tebal walaupun duduk kampung…tu la scene drama tv mesia.

  7. 3A nile yg halang org cam khir toyo, satim diman, noh omar, raja ropeah dll yg seangkatan dgnnya.
    Kau ni tau fakta ke tak harta negeri selangor yg dah dirembat oleh penyamun2 ni.

  8. Filem dan doku dlm proses.. cuma doku ada masalah sket dri sudut bahan tuk dapatkan dari arkib di london.. maybe pasal peristiea yg memalukan mereka.. kami dh interview beberpaa org yg terlibat termasuk Tun M.

  9. Pas tu cerita budak2 muda yang tak di ketahui ape keje nye..tapi asyik lumba pakai moto dan kete mahal….alahai

  10. Sepatutnya inilah yang dibuat FILEM sebagai rujukan & kebanggaan melayu. Setiap kali merdeka, filem ni harus dimainkan di semua saluran TV! ni asyik buatkan filem yang tak berguna satu sen pun pada rakyat!

  11. rumah kata p laa on

    Setuju..balik2 citer rampas harta…gengster.hantu…cuba2 la buat filem anuar rembat azmin ka….lim guan eng kejer lombong ka…keh.keh

  12. 7 September 2014 (4 petang waktu Malaysia) : Hari serangan Subuh (Dawn raid 1981) yang ditunggu-tunggu pun bermula ….

    tukang cerita masa duk menaip duk mabuk daun kertum. tahun 2014 kejadahnya.

  13. aku rasa ko yang mabuk daun kertum. takde pun tahun 2014 penulis tulis kat situ., ko ni memang bangang macam baghal

  14. fakta celah bedah kau! setahu aku 3A ni pegi mana2 pun jadi haru biru! dulu naik kuda tanpa semena-mena kuda tu mengamok! kuda pun tak mau…euww!

  15. Cam saiful tu buat video palsu depan kaabah.
    Kau tau ke dataran kaabah tu camne. Sape jaga sebelah makam ibrahim tu?

  16. Bukan!…kita tak sangka YAB KHALID
    IBRAHIM bergitu hebat.syabas..!! Untuk
    YAB KHALID IBRAHIM.dan mengapa tak awal awal
    Cerita sejarah yang hebat ini…dan atas nasihat hamba supaya tanah yang begitu luas
    Halus di pecahkan kepada rakyat tempatan atau dijual
    Kepada orang perseorangan dan
    Sekurang kurang 100/ekar.Ini pasal apa.??okeh hamba cerita sikit pasal sykt
    Yang gergasi dan yang
    Kecil.ini bererti besar
    Vs Si kecil.yang besar
    Memang mendapat kebaikan kpd kerajaan
    Dan yang kecil ini pun
    Mendapat kebaikan kpd kerajaan mahupun
    Rakyat disekeliling
    Daerah.sebab apa???
    Si kecil,sekiranya mendapat keuntungan
    Hasil jualan sawit dia
    Boleh membelanjakan
    Wang di sekeliling
    Kampung,daerah atau
    Bandar atau mana saja.
    Dan juga kerajaan tiada kurangnya.
    Sekiranya Si besar ini
    Mendapat keuntungan
    Dia akan membawa
    Wang lari..!! Dan
    Melabur di luar negara
    Dan kemudian menetap di situ atau
    Mendapat pr..dan
    Bagaimana nak Selasaikan masalah ini..???tq

  17. Anonymous on

    typo… sikit je salah…
    yang lain2 tu lagi banyak info la bro…

  18. Sebab tski buat perkara betul untuk rakyat selangor.puak2 tu plak buat tuk kepentingan diri

  19. rkyt mlysia on

    aku bangga menjadi rkyt jati malaysia…sbb br tau cerita ni…touching aku…huhu….syabas ….moga ada pembuat filem buat filem ni….

Leave A Reply