≡ Menu

Semakan Senarai Hitam Imigresen : Semak Status Kawalan


Semakan Senarai Hitam Imigresen. Semak Status Kawalan Imegresen

Untuk makluman ada semakan senarai hitam yang dikenakan ke atas anda melibatkan pelbagai kesan kepada anda bergantung kepada kesalahan yang anda lakukan kepada agensi yang mana satu.

senarai hitam imigresen

Samada semakan senarai hitam PTPTN, Bank negara BNM CCRIS, Imigresen ataupun MARA. Semuanya memberikan kesan yang berbeza-beza kepada anda.

Berita buruk kepada peminjam PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang seringkali mengabaikan tanggungjawab masing-masing membuat bayaran balik hutang.

Rekod CCRIS dan CTOS anda bukan sahaja menjadi buruk dan tidak baik di mata pihak Bank Negara BNM dan bank-bank yang bakal anda anda berurusan untuk melakukan pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjmana peribadi mahupun kad kredit, malah anda bakal berdepan tindakan semakan senarai hitam Imigresen (blacklist) untuk keluar negara. Sumber : mypt3

Jikalau anda sudah dikenakan tindakan senarai hitam Imigresen, anda sama sekali tidak berpeluang untuk renew passport Malaysia anda sekaligus tidak diberikan kebenaran oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk keluar negara pada ketika anda sudah berada di airport.

Pada masa itu rayulah bagaimana sekalipun, rayuan sama sekali tidak dilayan kecuali :

Cara Keluar Nama Dari Semakan Senarai Hitam Imigresen

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautan dan Butirannya
Senarai Hitam Imigresen,KLIK SINI
Senarai Hitam JPJ,KLIK SINI
Senarai Hitam PTPTN,KLIK SINI
,Hotline PTPTN di talian 03-20804455
,Anda Hadir terus di kaunter PTPTN/JIM
[/table]

  1. Anda langsaikan keseluruhan tunggakan hutang PTPTN yang anda abaikan selama itu bagi membersihkan nama anda daripada tindakan senarai hitam Imigresen di atas kesalahan anda kepada PTPTN
  2. Walaubagaimanapun, PTPTN masih memberikan ruang dan peluang untuk anda berunding terus dengan mereka jikalau anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk bayaran balik kesemua tunggakan anda bergantung kepada budi bicara pihak PTPTN bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.
  3. Pastikan proses rundingan untuk semakan PTPTN berkenaan masalah ini dilakukan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh anda keluar negara, jikalau anda tidak mahu berdepan masalah semakan senarai hitam Imigresen

Sepertimana semakan senarai hitam PTPTN, MARA juga turut menghukum kepada peminjam mereka. Ini lebih terus tiada kadar faedah dan caj tambahan dikenakan, tetapi masih gagal melakukan bayaran balik pinjaman seperti yang diarahkan. Natijahnya :

  1. Nama anda juga akan tersenarai dalam senarai hitam Imigresen Malaysia untuk keluar negara
  2. Berdepan dengan tindakan undang-undang
  3. Selain itu tunggakan hutang anda akan ditambah 20 peratus pada ketika hutang anda diuruskan oleh Agensi Kutipan Hutang (AKH) untuk mengutip daripada anda