Semakan UKSBP : Ujian Saringan Bagi Kemasukan Ke SBP 2018
Impian semua anak muda remaja yang mahu melanjutkan sekolah terbaik di Malaysia.

emestinya sekolah berasrama penuh SBP sering menjadi pilihan kalangan yang mahu sambung belajar untuk kemasukan ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
Tetapi nak masuk SBP sekarang bukan mudah dan senang. Kuota dan tempat yang ada terhad tetapi pelajar cemerlang yang berkeinginan masuk ke sana sangat-sangat ramai.
Oleh itu satu ujian saringan perlu diadakan untuk menapis calon pelajar yang benar-benar layak untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh di Malaysia baik dari bekas pelajar UPSR ke tingkatan 1masupun bekas pelajar PT3 ke tingkatan 4.
Nama ujian tersebut adalah semakan uksbp atau Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh.
Panduan dan Cara Ambil Semakan UKSBP
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Permohonan UKSBP,mypt3
[/table]
Antara Format Soalan UKSBP :
- Soalan UKSBP yang diberikan kepada anda akan meliputi beberapa aspek. Ini termasuklah IQ, EQ, SQ dan juga pengetahuan am.
- Ujian ini ada dua kali diadakan iaitu pada ketika permohonan. Jikalau anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda boleh ambil pula untuk fasa rayuan kelak.
- Pastikan pada hari ujian anda bawa bersama slip menduduki UKSBP dan tidak lupa juga kad pengenalan anda.
Soalan Lazim Semakan UKSBP
1) Apakah faedah saya ambil ujian ini?
Peluang anda masuk ke SBP sangat cerah. Keutamaan akan diberikan kepada yang ambil ujian ini.
2) Saya terlepas ambil ujian ini? Adakah permohonan saya masih dipertimbangkan?
Ya. Masih dipertimbangkan. Tetapi untuk makluman anda seklai lagi, keutamaan akan diberikan kepada yang ambil ujian UKSBP ini terlebih dahulu. Jadi jangan ambil mudah ujian ini.
3) Bagaimana saya mahu tahu saya layak ambil ujian ini atau tidak?
Anda boleh klik pautan pada jadual di atas. Sistem akan memaparkan samada anda layak atau tidak.
Berdasarkan rekod Berita Semasa ada sejumlah 69 lokasi yang dijalankan semakan UKSBP di semua SBP di Malaysia.
Disebabkan semakna UKSBP ini adalah salah satu syarat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Andaikata anda terlepas ambil UKSBP ini, anda masih ada peluang untuk mohon, tetapi kebarangkalian untuk diterima masuk sangat-snagat tipis.