Semakan PTPTN Secara Online untuk Pinjaman Pengajian Tinggi

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Semakan PTPTN Secara Online untuk Pinjaman Pengajian Tinggi

Nampaknya permohonan pinjaman pendidikan Online mendapat sambutan ketika ini.

semakan ptptn

Ini dapat dilihat apabila ramai pelajar yang mendapat tawaran belajar ke peringkat yang lebih tinggi mengharapkan bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia bagi meneruskan survival mereka untuk mencapai apa yang mereka mahu dikecapi berdasarkan……bidang yang adik-adik kita bakal terokai selepas ini.

Berita Semasa doakan kepada adik-adik sini terutamanya kalangan yang benar-benar yang memerlukan contohnya datang daripada keluarga susah diberikan bantuan pinjaman.

Gunakanlah bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia loan tersebut pada jalan yang betul dan dapatkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman semasa dalam pengajian kelak.

Mana tahu dengan kesungguhan dan kecekalan anda, loan PTPTN Malaysia yang anda bakal terima selepas melalui Semakan PTPTN Online seperti yang telah Berita Semasa pautannya seperti pada jadual di bawah ini, bakal membolehkan anda mendapat apa yang dipanggil sebagai “keistimewaan perlepasan dari bayaran balik” loan anda, Insyaallah.

Pilihan di tangan anda.

Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan bersama dengan anda cara semakan online yang berkaitan dengan pinjaman tabung pendidikan Malaysia ini dengan harapan dapat membantu anda semua di sini check loan status dengan lebih cepat dan mudah.

Rujukan Semakan PTPTN Online? Antaranya Ialah :

Selain daripada semakan online untuk status permohonan anda yang berjaya, ada juga dikongsikan pautan lagi yang berkaitan dengan urusan sepanjang anda menerima wang loan.


Perkara Butiran dan Pautannya
1) PTPTN Login bagi Semakan PTPTN KLIK SINI atau KLIK SINI
ptptn gov my gateway login
ptptn gov my web guest semakan
2) Permohonan Wang pendahuluan KLIK SINI
3) Semakan PTPTN bagi Penyata Baki dan Bayaran Balik (EFES) KLIK SINI
4) Semakan PTPTN; samada anda blacklist; senarai hitam atau tidak KLIK SINI
Perkara Butiran dan Pautannya
Semakan keputusan permohonan wang pendahuluan WPP a) Check secara online : KLIK SINI
b) Check secara SMS : PTPTN WPP <NOKP>
Hantar ke 33199

Sebagai peringatan bersama, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan pembayaran balik secara berjadual.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional” (SSPN) yang merupakan produk tambahan yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.

Dan….yang dah habis lama dah pengajian tu, dapat pula gaji besar, jangan buat tak tahu nak bayar semula hutang anda. Takkan nak tunggu surat jemputan atau surat cinta daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional baru nak bayar.

Bukan apa, kesian kepada generasi akan datang yang masih mengharapkan lagi pinjaman pendidikan tinggi seperti ini.

Kepada permohonan online yang telah diluluskan belajarlah rajin-rajin sehingga berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama supaya mendapat keistimewaaan pelepasan pembayaran semula pinjaman.

Dalam bahasa mudahnya semuanya jadi PERCUMA.

P/S : Jikalau anda mahu lihat sendiri bagaimana isi borang permohonan dengan cara BETUL dan PALING TEPAT boleh semak gambar-gambar di bawah ini (Ada 20 muka surat kesemuanya yang disusun kemas untuk semakan anda):

 



Share.

11 Comments

  1. dah cuba cek 4 kali. 4 kali aku hntar mesej
    tapi
    service unavailable
    dem dam dam

  2. Aku pun nak check no pin aku, ingat nak byar hutang, tp hantar sms service unavailable. PTPTN tido ke. Nanti kata org tak nak bayar hutang.

  3. masalah yang sama.. nk byr mcmne if no pin x thu..asyik tulis has been terminate je

  4. I sent to 33199 to get my PIN Number, but SMS sent me short code 33199 service has been terminated. What to do????

  5. nape laaa nyusahkan org asyik nk no pin je.. mntk no ic je x bleh keee… nk cek no pin servis unavailable pulak.. surat pnjmn tah mana letak tah.. adoi susah la ptptn ni..

  6. Terima kasih sebab kongsi post ni.. sangat2 membantu buat peminjam PTPTN.

Leave A Reply