Semakan Prasekolah 2018 : Pendaftaran SMPK oleh KPM


Semakan Prasekolah 2018. Pendaftaran SMPK oleh KPM

Untuk ibu bapa yang tercari-cari maklumat dan info serta tarikh semakan permohonan prasekolah 2018, nah semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua.

semakan prasekolah

Permohonan Prasekolah 2018 boleh dilakukan berdasarkan tarikh yang telah pun ditetapkan seperti pada jadual di bawah ini. Permohonan kemasukan prasekolah terbuka kepada semua kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia.

Dan permohonan dipermudahkan lagi apabila sistem pendaftaran dan permohonan online disediakan untuk kalangan ibu bapa hari ini.

Proses Permohonan Prasekolah oleh Ibu bapa


PerkaraButirannya
Permohonan secara onlineKLIK SINI
Tarikh buka permohonan1 Mac 2018
Tarikh buka permohonan31 Mei 2018

  1. Layari pautan permohonan eprasekolah yang disediakan pada jadual di atas
  2. Daftarkan diri sebagai pengguna
  3. log masuk
  4. KLIK pada borang permohonan prasekolah secara online
  5. Pastikan segala maklumat butiran diri yang diperlukan diisikan dengan lengkap dan tepat
  6. Sekolah yang diingini diisi
  7. Ibu bapa atau penjaga perlu sahkan permohonan tersebut dan klik butang hantar
  8. Pastikan permohonan secara online itu dicetak dan dihantar salinannya ke sekolah yang anda pilih sebelum 31 Mei 2018
  9. Anda sudah boleh mula semak secara online samada anak anda terpilih atau tidak

Semakan Prasekolah 2018. Cara Pendaftaran SMPK

Samada akan terpilih atau tidak, semuanya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid melalui penentuan sistem merit.

PerkaraButirannya
Pautan Semakan PraSekolah 2018KLIK SINI
Tarikh buka semakan5 Ogos 2018
Tarikh tutup semakan20 Ogos 2018

Untuk pengetahuan anda pada masa anda dibenarkan buat semakan prasekolah 2018, anda boleh mula hantar permohonan rayuan jikalau pendaftaran sebelum ini tidak berjaya. Anda boleh melakukan secara online atau secara manual.

Jikalau secara online anda boleh lakukan melalui pautan di bawah ini :

PerkaraButirannya
Pautan Rayuan PermohonanKLIK SINI
Tarikh buka permohonan5 Ogos 2018
Tarikh tutup permohonan20 Ogos 2018
Keputusan RayuanAkan diumkan pada 10 September 2018

Manakala untuk secara manual, anda perlu hantar borang rayuan tersebut terus ke sekolah anda inginkan ataupun boleh juga hantar ke :

  • Sekolah pilihan anda anda atau
  • Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) atau
  • Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)