Semakan PLKN 2018 : Check Kemasukan Secara Online dan SMS


Semakan PLKN 2018 Check Kemasukan PLKN Online dan SMS

Untuk makluman anda semua terutamanya adik-adik lepasan SPM 2017 yang lahir pada tahun 2000, semakan PLKN 2018 boleh mula dibuat dalam bulan Januari 2018.

semakan plkn

Jikalau anda dikalangan remaja yang lahir pada tahun 2000 khususnya, anda boleh membuat check bagi kemasukan tahun hadapan bagi memastikan samada nama anda terpilih atau tidak sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2018.

Sekarang ini sejumlah 81 kem penempatan Khidmat Negara di seluruh Malaysia. Anda boleh semak dengan menggunakan 2 cara iaitu melalui online ataupun secara SMS. Terpulanglah cara mana yang lebih mudah bagi anda.

Yang paling penting semuanya dibuat secara sukarela untuk menyertai program PLKN kali ini untuk kalangan yang berminat. Tidak seperti siri bagi tahun-tahun sebelum ini yang akan dipilih secara rawak oleh sistem.

Cara permohonan secara sukarela
Kalangan pelajar akan diedarkan borang permohonan secara sukarela kepada kalangan pelajar tingkatan 5 yang berminat untuk menyertai program ini selepas
Borang akan diedarkan sendiri oleh pihak sekolah masing-masing
Keutamaan akan diberikan kepada kalangan yang tidak dapat tempat di pengajian tinggi
Mereka yang terpilih turut dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang dihantar ke alamat kediaman masing-masing

Program Latihan Khidmat negara ini akan dibahagikan kepada 3 kumpulan :

  • Kumpulan Borneo : Sabah, Sarawak
  • Kumpulan Utara : Kedah, Terengganu, Perlis, Kelantan, Pulau Pinang
  • Kumpulan Selatan : Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak

Cara Melakukan Semakan PLKN 2018

Anda boleh semak butiran tambahan seperti di bawah ini :

Perkara Butiran dan Pautannya
SEMAK SMS1 Taip PLKN SEMAK [No KP anda]
CHECK SMS2 Taip PLKN KEM [No KP anda]
Semakan Penempatan Pelatih KLIK SINI
Borang Permohonan Khidmat Negara Secara Sukarela: KLIK DI SINI
Semakan PLKN sukarela bagi tahun 2018 secara Online: KLIK DI SINI

Untuk makluman anda, bagi servis perkidmatan SMS ini, setiap sms yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 manakala setiap sms yang diterima dikenakan RM0.20 untuk. Dan kepada yang diterima sebagai pelatih Khidmat Negara, anda akan menerima surat makluman yang mana akan dihantar ke alamat rumah anda sebagai rujukan.

P/S : Mungkin anda di luar sana yang telah terpilih untuk semakan PLKN 2018, boleh berkongsi dengan kami bagaimana perasaan dan keterujaan anda? Berita Semasa ingin ucapkan tahniah sesiapa yang terpilih kelak.

PP/S : Mungkin ada di kalangan anda yang berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara secara sukarela, boleh mendapatkan borang permohonan secara sukarela, anda sebenarnya dialu-alukan sebenarnya. Contoh borang permohonan kemasukan boleh anda semak seperti di bawah ini :

Perkara Butiran dan Pautannya
Borang Permohonan Sukarela secara online KLIK SINI
Semakan Status Permohonan Sukarela KLIK SINI