≡ Menu

Semakan Kad Siswa Bank Rakyat : Status Samada Lulus atau Tidak

Semakan Kad Siswa pelajar oleh Bank Rakyat : Status Samada Lulus atau Tidak

Dahulu bentuk bantuan untuk pelajar adalah dalam bentuk pemberian baucer untuk digunakan bagi pembelian bahan-bahan belajar.

semakan kad siswa

Walaubagaimanapun, banyak kes penyalahgunaan baucer tersebut sehingga ada di dapati menjual pula baucer itu kepada orang lain.

Oleh sebab itulah, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan bantuan untuk pelajar ini tetapi diperbaiki mekanisme pemberian. Semuanya adalah bertitik tolak usaha kerajaan bagi mengurangkan sedikti sebanyak kos sara hidup di kalangan pelajar di universiti awam dan universiti swasta di malaysia.

Skim bantuan yang diberikan nafas baru ini diberi nama semakan permohonan kad siswa bank rakyat pelajar ataupun nama lengkapnya Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M). Skim bantuan terbaru ini adalah kolabarasi dengan bank Rakyat, yang mana proses dari permohonan sehinggalah kepada semakan kad siswa pelajar akan Berita Semasa kongsikan cara dan prosesnya seperti di bawah ini :

Cara Permohonan Kad Siswa Bank Rakyat :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Permohonan atas talian atau online,KLIK SINI
[/table]

Syarat Kelayakan untuk pemohonan

  1. Anda mesti warganegara Malaysia
  2. Masih lagi menuntut di universiti awam atau universiti swasta
  3. Anda mestilah pelajar sepenuh masa
  4. Anda juga bukanlah terdiri daripada penerima duit BR1M atau BRIm
  5. Anda mesti berada di Malaysia ketika hantar permohonan kad siswa bank rakyat ini

Di mana Boleh Digunakan Kad Ini?

Dengan jumlah RM250 yang diperuntukkan dalam kad ini secara percuma, anda boleh belanjakan untuk beli buku dan bahan-bahan belajar di kedai dan premis-premis terpilih.

Semakan Kad Siswa : Bila Tarikh Akhir Pengambilan

Selepas anda menerima email terus dari Bank Rakyat yang mengarah anda untuk menuntut kad siswa Bank Rakyat yang telah pun tersedia untuk anda ambil di cawangan Bank Rakyat yang telh pun anda pilih ketika pada proses permohonan dahulu.

Pada ketika anda tuntut kad ini di cawangan Bank Rakyat, anda perlu bawa bersama dokumen sokongan seperti :

  • salinan kad pengenalan anda
  • dan juga salinan kad pelajar universiti anda

Nah, sekarang anda boleh terus gunakannya selama tempoh kad ini aktif, iaitu 3 tahun lamanya. Gunakannya dengan berhemah pada barangan dan tujuan yang betul.