≡ Menu

Semakan Kad Pengenalan Diri MyKad/MyPR/MyKAS Online di JPN

Semakan Kad Pengenalan Diri mykad /MyPR/MyKAS Online di JPN

Semakan status permohonan kad pengenalan MyKad kini sudah boleh disemak untuk mengenal pasti sama ada sudah siap ataupun belum hanya melalui cara mudah iaitu online atau sms dan semakan juga boleh dilakukan bagi kad pengenalan MyPR atau MyKAS.

semakan kad pengenalan

Untuk pengetahuan semua, MyKad diwujudkan khas untuk warganegara Malaysia, manakala kad pengenalan MyPR untuk pemastautin tetap dan MyKAS pula untuk pemastautin sementara.

Bagi tujuan penyemakan status permohonan kad pengenalan, laman web khas atau portal khas telah disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) @ www.jpn.gov.my

Cara Buat Semakan Kad Pengenalan MyKad, MyPR atau MyKas

Berikut di bawah adalah cara-cara untuk membuat semakan kad pengenalan anda semua :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Semak Kad Pengenalan Secara Online,1. Untuk melayari laman web khas semakan MyKad; MyPR atau MyKAS; sila KLIK DISINI
,2. Nombor IC/ kad pengenalan anda hendaklah dimasukkan di ruangan yang telah disediakan. Pada resit rasmi permohonan; boleh didapati nombor kad pengenalan.
,3. Captcha dimasukkan dan tekan pada butan ‘Semak’ yang tertera.
,4. Akhir sekali; anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan kad pengenalan sama ada berada di status sudah siap atau sudah boleh dipungut di kaunter.
[/table]

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Semak Kad Pengenalan Secara SMS,Taipkan (JPN) jarak(MYKAD)jarak(NO KAD PENGENALAN) dan hantarkan SMS kepada 15888
,Contoh : JPN MYKAD 940606019898
,Anda akan dikenakan caj RM0.15 sebagai caj perkhidmatan manakala bagi penerimaan SMS; anda akan dicaj RM0.20
[/table]

Nasihat kepada anda semua, sebelum berkunjung ke pejabat pendaftaran untuk pengambilan kad pengenalan, anda terlebih dahulu membuat panggilan telefon ke pejabat pendaftaran bagi mengetahu tarikh sebenar untuk memungut kad pengenalan yang dah siap untuk perjalanan servis yang lebih lancar.