Semakan Imigresen. Dihalang Keluar Negara atau Tidak
Hari ini Berita Semasa ingin ingatkan kepada anda semua yang mahu keluar negara waima untuk tujuan perniagaan, bisnes ataupun untuk cuti melancong, perlukan check dan lakukan semakan Imigresen terlebih dahulu.
Takut-takut nanti, tiket penerbangan sudah beli, hotel sudah ditempah tetapi apabila anda melakukan check imigresen didapati nama anda tersenarai dalam senarai nama yang kena blacklist imigresen. Kan sudah rugi.
INi kerana sekarang Jabatan Imigrsen Malaysia lebih agreseif untuk kemaskini nama kalangan rakyat Malaysia yang dihalangkan keluar negara.
Jikalau nama anda tersenarai besar kemungkinan anda ini tergolong dari kalangan rakyat Malaysia yang :
- kena ptptn blacklist
- tak bayar e filing LHDN aka cukai pendapatan
- ada kes mahkamah yang halang ke luar negara di mana passport anda disimpan mahkamah
- pinjaman bank tertunggak
- arahan dari kerajaan Malaysia atas alasan anda mungkin didapati memberikan imej buruk kepada negara atau boleh menyebabkan kemudaratan daripada sudut keselamatan dan keamananan negara Malaysia
Jadi, jikalau anda didapati tersenarai pada kesalahan di atas, ini bermakna apabila anda melakukan semakan Imigresen, anda akan melihat sendiri notis yang mana memaklumkan anda dihalang keluar negara.
Cara Semakan Imigresen. Dihalang atau Tidak
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Semakan Imigresen,KLIK SINI
PTPTN Blacklist,KLIK SINI
[/table]
Berita Semasa difahamkan yang kerajaan sekarang sangat tegas dalam memastikan rakyat Malaysia yang berhutang dengan kerajaan membayar balik duit kepada kerajaan.
Cara ini dilihat mereka mekanisme memberikan tekanan terutamanya kepada penghutang untuk melaksanakan tugas mereka kepada negara dengan membayar segala tunggakan cukai pendapatan, bayaran pinjaman ptptn dan lain-lain lagi termasuklah tunggakan pinjaman bank.
P/S : Berita Semasa dimaklumkan yang sekarang ada kiosk ditempatkan di lapangan terbang untuk anda melakukan semakan terus di sana