≡ Menu

Semakan Exit Policy Penjawat Awam oleh JPA Untuk Yang Berprestasi Rendah dan Bermasalah


Semakan Exit Policy Penjawat Awam oleh JPA Untuk Yang Berprestasi Rendah dan Bermasalah

Malaysia mencatatkan nisbah jumlah kakitangan awam dibandingkan jumlah penduduk yang tertinggi dibanding Singapura, Filipina mahupun Indonesia. Sekarang ini jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sekitar 1.6 juta.

exit policy penjawat awamMereka-mereka inilah yang telah memberikan sumbangan besar kepada rakyat dan negara dalam pengurusan dan menggerakkan pembangunan sebuah negara yang bernama Malaysia selama ini.

Walaubagaimanapun, ada kalangan kakitangan awam yang mengambil kesempatan dan tanggungjawab dan diberikan dengan melakukan kerja sambil lewa, curi tulang dan lain-lain lagi perbuatan dan tidak beretika sehingga memberikan imej yang buruk kepada majoriti kakitangan awam yang bekerja dengan penuh efisien.

Semakan Exit Policy Penjawat Awam oleh JPA?

Berita terkini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam JPA melalui kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengumumkan :

  • Kerajaan Malaysia akan perkenalkan sistem dan mekanisme terbaru melibatkan exit policy atau dasar pemisah untuk penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah
  • Memastikan penjawat awam yang ada dis ektor awam sentiada berada di perasi terbaik kepada rakyat Malaysia

Hakikatnya, berdasarkan pengumuman Tan Sri Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara mengatakan ada sekitar 5,000 penjawat awam di Malaysia mempunyai markah dan skor di paras 60 peratus sahaja melalui dasar pemisah (exit policy)

Maknanya akan ada semakan exit policy yang dilaksanakan sekarang seperti yang dikongsikan di bawah ini. Anda boleh semak satu persatu butirannya.