≡ Menu

Semakan Egumis : Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Sistem Semakan egumis online untuk mudahkan semakan wang tidak dituntut WTd

Selepas mendapat respon balas ramai yang mahukan semakan wang tidak dituntut dalam bentuk online, akhirnya Jabatan Akauntan Negara memperkenalkan sisitem semakan egumis.

semakan egumis

Ramai yang merungut dek kerana terpaksa menunggu masa yang panjang untuk mengetahui status duit tidak dituntut untuk sekian lama.

Semestinya sistem semakan egumis membuatkan ramai orang menarik nafas lega. Sangat memudahkan mereka. Untung-untung dapat RM100, kalau Rm1000 lagi baik bukan.

Ini kerana Berita Semasa ada yang pernah dapat sehingga RM14 ribu dek kerana tidak sedar akaun-akaun yang tidak aktif untuk sekian lamanya.

Langkah dan Cara Semakan Egumis Online


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Sistem egumis,KLIK DI SINi
Disediakan oleh,Jabatan Akauantan Negara ANM
Bila tarikh sistem online diaktifkan,Bermula Suku kedua 2018
[/table]

Semakan Egumis atau nama lengkapnya Electronic Government Unclaimed Money Information System akan boleh mula digunakan orang ramai tidak lama sahaja lagi berdasarkan butiran di jadual atas ini. Yang bagus setiap permohonan tuntutan dan penerimaan bayaran kelak tidak akan dikenakan sebarang caj kepada anda walaupun wang tidak dituntut akan bakal terima melalui kemudian perbankan online.

Berita Semasa merasakan dengan ada sistem ini lebih memudahkan Jabatan Akauntan negara menguruskan wang tidak dituntut yang masih lagi banyak iaitu sejumlah RM5.96 bilion.

Anda Berhak Tuntut Duit WTD Ini Jika

  1. Ada duit anda yang berdasarkan lunas undang-undang adalah sah dan sepatutnya diserahkan kepada anda. Malangnya duit tersebut selepas lebih dari setahun masih anda tidak terima. ANDA BOLEH TUNTUT
  2. Ada akaun bank anda yang lebih dari 7 tahun an tidak aktif. ANDA BOLH TUNTUT JUGA
  3. Dalam rekod anda pernah memiliki akaun dagangan, waaubagaimanapun ia sudah tidak aktif diuruskan anda. INI JUGA ANDA BOLEH TUNTUT

P/S : Diperingatkan juga kepada orang ramai, jangan sampai tertipu dengan mana-mana individu yang menggelarkan diri mereka wakil atau agen atau syarikat yang dilantik mewakili Jabaran Akauntan Negara ANM. Mohon disebarkan maklumat dan info ini kepada semua. Jangan sampai ada yang tertipu dan dapat wang tidak dituntut tanpa sebarang caj tambahan.