Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia Online Edisi Pilihanraya Umum

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia Online Edisi Pilihanraya Umum

Apa yang kami nampak sekarang kesedaran rakyat “mengambil berat” setiap apa yang berlaku di Malaysia sangatlah tinggi ketika ini.

daftar pemilih

Tetapi sayangnya apabila menyentuh pula kesedaran rakyat Malaysia untuk buat semakan daftar pemilih SPR Malaysia masih lagi kurang.

Pilihanraya Negeri Sarawak semakin hampir. Bila-bila masa sahaja. Tetapi anda sudah bergelar sebagai pemilih atau masih lagi sebagai pemerhati pada pilihan raya kerana tidak layak membuang undi?

Kami tidak pernah sama sekali setiap kali menjelangnya pilihanraya, untuk mengatakan anda sepatutnya:

  • mengundi calon daripada parti B kerana kebaikannya ataupun
  • jangan sesekali mengundi calon daripada parti A kerana keburukannya

Lakukan Semakan Daftar Pemilih SPR Sekarang

Semuanya kami pulangkan semula kepada anda sebagai seorang warganegara Malaysia umumnya dan pengundi di Sarawak amnya yang ada kelayakan untuk mengundi. Kami merasakan pembaca Berita Semasa sudah matang dalam memilih baik dan buruk, yang mana hitam, yang mana putih.

Tetapi apa gunanya, jika anda acapkali meluahkan pendapat dan bercakap soal politik tetapi hakikatnya anda belum lagi bertindak buat semakan daftar pemilih untuk dizahirkan melalui melalui “undi emas” anda dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak (mandat kerajaan Malaysia hari ini sehingga tahun 2018?

Statistik yang disuarakan sendiri oleh Timbalan pengerusi Suruhanraya Pilihanraya (SPR) Malaysia mengatakan:

  • Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil untuk mendaftarkan diri untuk menjadi pemilih bagi mengundi pada hari pilihanraya
  • Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
  • 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
  • 3.7 juta rakyat masih belum mendaftarkan diri

Berita Semasa tidak merasakan untuk buat semakan daftar pemilih cukup membebankan. Hanya curi sedikit masa anda untuk buat semakan daftar pemilih SPR. Banyak pilihan yang ada untuk daftar sebagai pemilih, antara ialah :

  • melalui penolong pendaftar bagi wakil parti politik
  • melalui wakil jabatan
  • melalui wakil pertubuhan
  • melalui wakil universiti
  • melalui pejabat pos di seluruh negara. Berikan sahaja IC anda kepada kakitangan pejabat pos untuk diisikan maklumat untuk anda. Dalam 5 minit segala proses selesai

Pokok pangkalnya, anda mahu bertindak atau tidak sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Ada 2 pilihan untuk anda buat semakan bagi memastikan di mana anda sudah benar-benar layak untuk mengundi semasa Pilihanraya Umum ke 14 kelak. Antaranya ialah:

Semakan Daftar Pemilih Secara Online Pautan
Pautan Alternatif LINK 1 KLIK SINI
Pautan Alternatif LINK 2 KLIK SINI

Semakan Daftar Pemilih Secara SMS

semakan daftar pemilih

Cuma kepada SPR, kami merasakan sistem SPR juga patut diperbaiki kerana apa yang kami perhatikan setakat ini, SPR mengambil masa 2 bulan untuk mengemaskinikan nama kalangan yang layak mengundi. Bagi Berita Semasa ia satu tempoh yang terlalu lama.

  1. Suruhanjaya Pilihanraya akan compile/proses pendaftaran 4 kali setahun (setiap suku tahun)
  2. Contohnya, jika anda buat semakan daftar pemilih antara bulan Januari – Mac (suku pertama), bulan April barulah nama pemilih tersebut akan masuk dalam senarai “draf” (di mana masa ini semua orang boleh buat bantahan jikalau ada senarai nama yang dicurigai)
  3. Pada bulan Mei – nama-nama yang dalam “draf” akan diluluskan untuk masuk dalam senarai semakan daftar pemilih secara rasmi
  4. Untuk suku kedua tempoh daftar pemilih (April-Jun), July – masuk draf, Ogos – masuk secara rasmi
  5. Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang

Ini diperkuatkan dengan trend rakyat Malaysia yang lebih gemar bertibdak di saat-saat akhir. Apa yang menyebabkan ada dikalangan daripada kalangan rakyat Malaysia masih lagi “liat untuk buat semakan daftar pemilih SPR? Apa sebabnya?



Share.

28 Comments

  1. yang dah lama bedaftar pun malas nak turun mengundi..menyampah dengan taraf politik malaysia.

  2. mazlan bin mohamad on

    saya mau mengundi tapi belum di dafter lagi toloong pihak berkuasa dafter ken spr ribuan trimakasi nama mazlan bin mohamad 631203125163 no 33 jalan permai 1,taman ketoyong permai 35900 tanjong malim

  3. Ckap meletup2 kat atas suruh org buat semakan daftar pemilih… tapi bila kita nak buat semakan kenapa x boleh? Kenapa yg jadi susah sangat nak semak online ni… kata mudah tapi indah kabar dari rupa…

  4. kerana sikap pekerja pekerja SPR yang tidak berhati hati.sering terjadi pegundi megundi di tempat lain luar daripada alamat sebenar.

  5. Itu bagi mereka mereka yang tiada pendirian.Kekanan salah kekiri salah.Sudahnya duduk ditengah tengah.

  6. Susah betul nak buat pertanyaan..call susah betul nak jawab..mula2 jawab la…dah call balik btuah nak jawab..punya ramai staf xkan xleh jwb skejap… iklan bukan main suruh daftar..macam malas nak amik port lagi dah bab mngundi ni…mnyakitkan hati je…

  7. sharifah md isa on

    saya dah tukar alamat.. nak mengundi di tempat baru..dah isi borang petukaran alamat.. tapi bila check, masih mengundi di tempat lama juga..apa yang saya harus lakukn.???? sekarang saya dh tukar i/c baru .alamat pn yang baru.. apa pula yang harus saya buat.?? minta pnjelasan n pandagan..

  8. sy nk taw knp name sy xde dlm pemilih,sdgkn name suami yg daftar same hari dan same waktu sudh ade dlm senarai..ini tidak adil.knp sy tidak layak untuk mengundi????????????????????

  9. ORANG KUAT BN on

    sabo…xleh pakai internet..pakai la hanphone…and tgu dan lihat…

  10. anda org malaysia?..tinggal di taman perumahan..pastinya tiada masalah mendaftar..melainkan anda ‘baru’ berada di malaysia..tetapi entah macam mana dapat ic..gaya bahasa anda agak berlainaan daripada masyarakat setempat..tak faham aku..anda bagaimana?

  11. saya lagi lah inda paham , apa ketua kampung buat .inda pun diaorang tau siapa rakyat di kampung sendiri. indada laporan bulanan tentang kedudukan penduduk di kawasaan yang di ketuai.

  12. betul tu ADUS…gaya bahasa dia mcm pendatang asing tanpa izin Indonesia jer..heran bin pelik mcm mane dia bole dpt ic yer????????

  13. SPR CAKAP…Ini diperkuatkan dengan trend rakyat Malaysia yang lebih gemar bertibdak di saat-saat akhir. Apa yang menyebabkan ada dikalangan daripada kalangan rakyat Malaysia masih lagi “liat untuk buat semakan daftar pemilih SPR? Apa sebabnya?

    haha cakap…spr pn sama dftar awl pn takde nama!Apa sebabnya?

  14. saya merupakan isteri tentera…sblm ni saya mengundi pos….tp bila hsbd pencen..sy blik ke kg hsb…hsb daftar SPR dan dpt la tau tempat mengundi..time sy buat depa bg alasan..xda lam senarai..dah daftar tp xdpt kesan….blik kg sendiri wat semakan d pej pos,,,dpt jwpan yg sama……entah pa kerani SPR ni…….last2 sy yg bengong

  15. sy juga mengalami nasib yang sama…daftar kat pos april last year,
    sampai sekarang asyik `rekod tidak ditemui`..haish

  16. ni sebab mereka berpindah tapi tak mau tukar alamat(renew my card)…kalu duduk di satu tempat lebih dari 3 bulan boleh tukar alamat tempat bermastautin…

  17. saya sudah berdftar sebagai pemilih tp kenapa nama sya cek melalui sms tkda dlm aenarai.. sya dftar pada bulan 2 tahun ni. mcm mana nak mengundi klu tmpt mengundi pun tk tau……..haiyo ati nak sgt mengundi ni tp nak buat mcm mana arap arap senarai nama dftar sebagai pemilih dpt di percepat kn………..dh nak dekat pilihan raya ni.binggung tk tau mana tmpt mengundi

  18. Saya berumur 22 tahun dan belum mendaftar sebagai pengundi. Saya fikir dah lewat untuk daftar. Baru tadi saya check dalam semakan daftar pemilih dan nama saya ada dalam tuh…pelik..tp apa2 pn pn, thanks ya…xpayah susah2 nk daftar dkt pejabt pos..HUHUHUHU. TERBAIK LAH

  19. saya nak tanya, jika kita daftar dalam bulan 12 tahun lepas, adakah nama kita akan tersenarai untuk mengundi yang akan datang ni?

Leave A Reply