≡ Menu

Semakan Cukai Tanah Selangor dan Bayaran Online Selewat-lewatnya 31 Mei 2017


Semakan cukai tanah selangor dan Bayaran Online Selewat-lewatnya 31 Mei 2017

Sudahkah anda bayar cukai tanah Selangor?

Semakan Cukai Tanah Selangor

Pastikan anda jelaskan segera pembayaran cukai tanah Selangor anda sebelum daripada tarikh 1 Jun 2017. Ini kerana jikalau anda dikenakan bayaran denda untuk tunggakan.

Sekarang ini dunia tanpa sempadan segera urusan dengan kerajaan negeri dipermudahkan. Semuanya menggunakan sistem online termasuklah semakan cukai tanah Selangor pada bila-bila masa sahaja 24 jam sehari melibatkan maklumat bil dan caj yang terbaru dan terkini secara online.

Dan bertambah menariknya lagi, anda juga ada kemudahan dan akses untuk melakukan bayaran cukai tanah Selangor.

Semudah ABC :

  1. Masukkan sahaja nombor akaun bil cukai tanah Selangor anda
  2. Dan akan tertera maklumat yang anda perlukan.

Butiran Semakan Cukai Tanah Selangor dan Butiran Pembayaran


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Tempoh,Sekali Setahun
,Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun
Mekanisme bayaran,a) Semua kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
,- Majlis Bandaraya Shah Alam
,- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
,- Majlis Perbandaran Subang Jaya
,- Majlis Perbandaran Selayang
,- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
,- Majlis Perbandaran Klang
,- Majlis Perbandaran Kajang
,- Majlis Daerah Kuala Selangor
,- Majlis Daerah Kuala Langat
,- Majlis Perbandaran Sepang
,- Majlis Daerah Hulu Selangor
,- Majlis Daerah Sabak Bernam
,b) Semua kaunter Pejabat Daerah Negeri Selangor
,- Pejabat Tanah dan Galian Selangor (Ibu Pejabat)
,- Pejabat Tanah dan Daerah Klang
,- Pejabat Tanah dan Daerah Petaling
,- Pejabat Tanah dan Daerah Gombak
,- Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat
,- Pejabat Tanah dan Daerah Sepang
,- Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat
,- Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor
,- Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor
,- Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam
,c) kaunter Pejabat Pos di Selangor dan Wilayah Persekutuan
,d) Pembankan online samada CIMB; RHB; Maybank; Pos online; Bank Islam; HSBC; Ambank
,e) Sila pilih untuk bayar kepada Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah dan Galian Selangor
[/table]

P/S : Janganlah sampai tanah anda dirampas baru anda mahu tersedar tanggungjawab anda bayar cukai tanah Selangor diabaikan. Lakukan semakan cukai tanah Selangor daripada sekarang.

PP/S : Jikalau ada maklumat dan informasi terkini tentang diri anda boleh maklumkan terus daripada masa ke semasa kepada mana-mana pejabat tanah atau daerah atau PBT Pejabat Berkuasa Tempatan untuk tujuan kemaskini