Semakan Cuepacs Malaysia. Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?


Semakan Cuepacs Malaysia. Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?

Sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita berkenaan isu gelandangan di Kuala Lumpur, Malaysia yang pernah “meletup” sebelum ini.

cuepacs malaysia

Terbaru, berdasarkan kenyataan Presiden Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda terdapat tanda-tanda yang mana bilangan dan jumlah gelandangan di Malaysia bakal bertambah pada masa akan datang dan kumpulan tersebut bakal datang daripada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Mengejutkan?

Nah…inilah kajian dan semakan yang dilakukan sendiri oleh Cuepacs Malaysia mengenai masalah dan risiko yang membelengu kakitangan awam di Malaysia yang bakal menghumban kalangan kakitagan awam yang tidak mampu berhadapan dengan “keganasan harga rumah yang dilihat tidak berperikemanusiaan”.

Semuanya gara-gara lonjakan kenaikan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi pada ketika ini.

Punca Kakitangan Awam Bakal Menjadi Gelandangan di Malaysia?

Datuk Azih Muda mengariskan beberapa faktor yang menyebabkan akan ada kakitangan awam di masa akan datang

  1. Gaji kakitangan awam di Malaysia melibatkan ramai kalangan penjawat awam pada masa sekarang ini sudah tidak mampu lagi beli rumah pertama yang sudah mencapai harga yang sangat tinggi
  2. Cuepacs semakin risau lebih-lebih akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Penang yang mana pemaju akan hanya lebih gemar untuk membina hartanah Malaysia bernilai RM1 juta ke atas gara-gara kerajaan menaikkan paras harga hartanah yang dibenarkan warga asing kepada hanya RM1 juta ada ke atas sekaligus

Gelandangan? Ya…benar Berita Semasa pun bersetuju harga rumah di Malaysia sekarang semakin mahal dan mahal dan begitu banyak hartanah yang dijual pada harga yang tidak munasabah dan usaha yang dilakukan oelh pihak kerajaan masih lagi belum cukup menyakinkan. Tetapi untuk mengatakan kakitangan awam bakal memilih menjadi gelandangan di Malaysia berdasarkan masalah di atas, bagi Berita Semasa adalah kurang tepat.

  • Ya…mungkin tidak mampu beli rumah
  • Jika tidak mampu beli rumah pada harga mahal, bukan boleh membeli yang berpatutan walaupun di ceruk bandar
  • Tetapi bukankah masih boleh menyewa?
  • Takkan sampai jadi gelandangan wahai Cuepacs?
  • Samada menjadi gelandanagn atau tidak ia adalah pilihan sendiri bukan?

P/S : Kepada pihak Cuepacs, jikalau kakitangan kerajaan pun boleh berpotensi menjadi gelandangan dek kerana harga rumah pada masa sekarang ini, bagaimana  agaknya nasib pekerja swasta?