Sekolah Teknik VS Kolej Vokasional di Malaysia? Pilihan Anda Sambung Tingkatan 4?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Sekolah Teknik VS Kolej Vokasional di Malaysia? Pilihan Anda Sambung Tingkatan 4?

Masalah sistem pendidikan di Malaysia adalah kerana ianya asyik sahaja berubah dan banyak lompang sana, lompang  sini.

sekolah teknik

Apabila naik Menteri yang lain, ubah lagi dasar dan sistem. Akhirnya pelajar-pelajar dan sistem pendidikan negara acapkali menjadi bahan ujikaji.

Tampak visi kita masih lagi kabur dan tidak konsisten dalam menentukan satu satu dasar. Buat keputusan macam langsung tiada kajian.

Sekolah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) sekali lagi melalui proses penjenamaan semula. Masalahnya sekolah menengah teknik ini lebih fokus kepada pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi semata.

Cuba kita lihat Sekolah Menengah Vokasional dahulu kala, mereka bukan sahaja berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi semat, malah pelajar-pelajar yang kurang minat belajar boleh fokus kepada bidang kemahiran dan akhirnya menjadi pekerja berkemahiran tinggi.

Kerajaan harus ingat, kita bukan sahaja “mesti membekalkan” pekerja berkelulusan ijazah sedangkan pasaran pekerja memerlukan pekerja-pekerja untuk gred bawahan yang berkemahiran yang mana bilangan permintaan lebih ramai daripada yang berkelulusan ijazah. Ini tidak, setiap tahun kita menghasilkan berpuluh ribu jurutera, tetapi nampak di sini kita kurang menawarkan peluang, menghasilkan dan menaiktaraf bagi skop pekerja berkemahiran tinggi seperti :

  • skilled welders
  • skilled carpenters
  • skilled electricians

Dalam masa yang sama kita juga mendapat manfaat apabila dapat mengurangkan bilangan pekerja asing di Malaysia disebabkan orang tempatan tempatan sendiri kurang berminat untuk menjadi pekerja berkemahiran tinggi. Sistem pendidikan di Malaysia dilihat sekakan nak mengejar bilangan pekerja yang berkelulusan diploma dan ijazah sahaja. Hakikatnya kelulusan yang mereka perolehi “kosong”. Ini yang berlaku apabila mereka keluar daripada tamat pengajian akhirnya bekerja sebagai operator dan kerani contohnya dan lebih teruk lagi ramai betul yang menganggur.

Sistem pendidikan negara lebih sesuai untuk perempuan. Sebab itulah yang perempuan punya keputusan adalah lebih baik. Kadang-kadang pelajar lelaki yang gagal dalam peperiksaan tidak semestinya dicop sebagai terus gagal. Tidak sama sekali.

  • Kita lebih pentingkan kandungan subjek.
  • Kita lebih pentingkan jangkamasa pembelajaran
  • Kita lebih pentingkan menghafal dan menjawab kertas peperiksaan
  • Kita lebih pentingkan sains dan matematik sebagai bahan teori sahaja tetapi kurang menekankan sains dan matematik bagi tujuan ketika diaplikasikan dalam bidang kemahiran
  • Kita kurang pentingkan kemahiran psychomotor, sosial, soft-skills di sekolah

Ya…betul mereka gagal (terutama golongan lelaki) dalam akademik yang dibentuk oleh kerajaan tetapi ada sebahagian besar daripada mereka ini adalah “juara” dan mempunyai kelebihan dalam bidang yang memerlukan kemahiran, seni dan kreativiti.

“What ever changes that being made not important, but the important thing is how benefit those sources to educate us”

Berita Semasa percaya perubahan yang lebih baik tiada masalahnya, yang penting anak-anak kita mendapat manfaatnya kelak. Yang menjadi masalah sistem pendidikan negara yang acapkali dilihat bagai “yoyo”. Kejap pelan A. Tak sesuai pula tukar kepada pelan B. Kemudian selepas beberapa lama, kaji punya kaji, dirasakan tidak sesuai. Tukar semula kepada pelan A. Contohnya dasar PPSMI.

Kami tidak mahu mengatakan sekolah di Indonesia lebih bagus dari Malaysia. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan rujukan dan perbandingan. Yang baik kita ambil sebagai contoh. Di Indonesia, kurikulum mereka tidak diseragamkan seperti yang dibuat di Malaysia. Kerajaan Indonesia akan menetapkan piawaian yang mereka sasarkan dan sekolah mempunyai autonomi dalam merangka kurikulum mereka sendiri merujuk kepada piawai yang telah disediakan oleh kerajaan Indonesia.

Malangnya disebabkan masalah politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di Indonesia, ia telah menyebabkan pelaksanaan sistem ini tidak mencapai seperti yang kerajaan Indonesia sasarkan. Bagusnya sistem sebegini adalah kerana sekolah mempunyai autonomi dalam menentukan hala tuju pendidikan sekolah tersebut dan sistem pendidikan juga sangat sukar untuk dipolitikkan. Begitu juga sistem pendidikan di USA.

Sekolah Teknik Vs Kolej Vokasional : Malaysia VS Indonesia Vs Jerman?


kolej vokasional

Selain itu, di Indonesia memang dari umur tingkatan 1 sudah ada pengkhususan yang berkaitan dengan minat dan kemahiran yang dimilki oleh seseorang pelajar tersebut.

Contohnya, mereka dari seawal tingkatan 1 sudah belajar berkenaan salun kecantikkan (bagi mereka yang berminat) sehingga apabiaa keluar pada umur 17 tahun sudah berkemahiran berkenaan dengan potong rambut dan rebonding. Kita pula di Malaysia, masih lagi menekankan ilmiah.

Kita kena tahu juga, tidak semua budak-budak ini mampu untuk menghafal dengan baik serta merangka teori-teori baru. Bukan semua manusia memperolehi pengetahuan dengan cara yang sama :

  • ada yang, Cut  to learn
  • ada yang, Learn to cut

Jadi kenalpasti kemampuan dan kemahiran mereka. Kalau nak dibandingkan dengan sistem pendidikan di negara maju seperti Jerman termasuk sekolah teknik di sana, Malaysia masih jauh lagi nak mengejarnya dengan sistem sekolah teknik yang berada di luar sana. Mereka yang belajar di tingkatan 4 dan 5 melibatkan sekolah teknik di sana, sudah boleh program PLC dan diaplikasikan kepada hydraulik dan penuematik.

  • Sistem pendidikan kita ketika ini perlu diakui berkonsepkan exam oriented
  • Satu masalah kita di sini, pelajar kita banyak yang meniru. Keputusan tinggi, pemahaman lemah.
  • Memplagiat tugasan. Tugasan siap, dapat keputusan baik, tetapi kefahaman rendah.
  • Hasilnya banyak budak-budak yang dapat keputusan yang baik, akhirnya apabila keluar nanti tak dapat buat kerja dengan baik

P/S : Apa pendangan anda pula, pengenalan semula Sekolah Teknik (SMT) berbanding Kolej Vokasional (KV) yang lebih banyak ditekan olek kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sekarang ini?



Share.

25 Comments

  1. FrankRose on

    Saya sangat bersetuju dengan artikel ni…. kerana kemahiran itu yang sebenarnya membangunkan negara, kreativiti, inovasi semuanya berlandaskan kemahiran, saya sangat kagum dengan keluaran vokasional dan IKM satu ketika dulu, mereka ni walaupun dipandang kelas 2, tapi bila dicampak ke dunia pekerjaan, mereka inilah yang hidup, mereka inilah yang mampu bekerja…. Ini adalah pengamatan saya…

  2. saya sokong artikel ini. pendidikan di malaysia sekarang lebih kepada nak meramaikan yang ada degree dan diploma. akibatnya peluang kerja semakin sedikit sedangkan jumlah graduan semakin meningkat, bukan hanya dari IPTA saja, malah dari IPTS. kalau dulu hanya yang benar-benar cemerlang saja yang boleh masuk IPTA. sekarang 3 kredit dah boleh masuk IPTS dan buat diploma atau degree. Bila dah ada degree dan diploma mesti memilih kerja, taknak kerja kilang atau yang bawah-bawah ni. Jadi sebab itu la ramai indonnesial, bangla dan nepal kat Malaysia ni.

  3. ewah ewah on

    Betullahl….lambakan ipts membuatkan ramai sgt pelajar jurusan jurutera……aku masuk ipta, tp belajar sekadar nak cemerlang jerk dari sekolah sampai universiti bila kerja….susah nak buat…..sbb dah terbiasa belajar belajar jerk….hafal2 hafal…

  4. btullaa..saya pun sokong dgn artikel ni.. saya ni pun student ipta pendidikan aliran teknik&vokasional. bila dh berlaku rombakan begini, masa depan kami utk posting, belum tentu lagi..yer la.. dasar pada sekolah sumer dh berubah..jadi kami terpaksa amik extra course utk masuk mengajar ke sekolah vokasional..mmg btul, kita nampak pada masa kini, cuma mengutamakan keputusan yg baik, tp x semua apa yang dipelajari di ipta akakn diaplikasi pada waktu pekerjaan,

  5. Aliran Teknik (SMT) dan Vokasional (SMV) seharusnya bermula dari tingkatan 1 bukannya bermula tingkatan 4. 2 tahun aliran tersebut + – cuti dan aktiviti lain tak sampat pun 2 tahun, apa yang dapat……….. Kalau dari tingkat 1 paling tidak pun ada juga kemahiran. lepas spm terus di serapkan ke IKM KE….IKBN dalam bidang yang sama…selalunya guru lebih tahun anak muridnya boleh pergi jauh atau sebaliknya

  6. Imran dah keliru dah ni . Memang Imran cadang nak masuk SMT tahun depan sebab ia membantu kita pergi ke peringkat yang lebih tinggi pendek kata ke peringkat profesional . Imran cadang nak ambil Aliran Teknikal untuk Perdagangan . Tapi setelah baca semua ni , Imran dah keliru sama ada nak masuk SMT atau terus je kekal di sekolah biasa .

  7. Ada sesiapa di sini boleh membantu saya.saya ingin memasuk kan anak perempuan saya di sekolah vakasional yg ada kemahiran dlm bidang masakan.jahitan,salun dan bersangkut paut dengan wanita.Klu ada sekolah mana ye yang ada kemahiran seperti berikut…harap saya dapat info dari anda SEMUA

  8. The authority also should be global in planning skill base trainings. Multi skill personnel is better than one skill only. In vokasional school, students must learn all type related skills. For example, machining skill student must learn welding technology, etc. For 2 yrs in vokasional, students must able to variety skills.

  9. aq nk masuk voke tpi kbnyakkan ahli keluarge aq x kasi terutame nyer mak aq.. dyerong pdng rendah kat sekolah voke. voke lbey baik untuk golongan lelaki. Btw, aq skrang mek sains dan i hate it….susah n kurang yakin nk lulus dlm SPM. so camne nk wat mak aq pham perasaan aq?

  10. Assalamualaikum Capix,
    sy bekas pelajar vokasional nibong tebal, terus terang sy katakan kalu dh melangkah masuk ke vokasional kita hanya tertumpu kepada bidang kemahiran , tp pastikan saudara habeskan pelajaran sampai diploma,.,.,insyalah kemahiran anda dan diploma anda amat berguna dan gaji yang diberikan agak tggi.,.,.,.,sila.,.,hubungi saya.,.,untuk maklumat lanjut.,..,.,supaya sy dapt terang dengan details

  11. plan nak masuk KV . tapi ramai buddy talk , TEKNIK lagi much better than KV . bila tanya cikgu balik , cikgu lebih galakkan student masuk KV dari TEKNIK . lagi satu , teknik tu banyak jurusan teknikal . KV pulak , macam-macam bidang ada .lagi satu , nak masuk TEKNIK , kurang-kurang 5A dalam tangan . susah bro . so , eiyqah dah buat pilihan . eiyqah pilih KV dekat PD . next year baru masuk (2014) . first choice , eiyqah ambil pelancongan . second choice pengurusan perniagaan untuk bakeri . hahaha . thanks to MR. BLOGGER .

    #KV=kolej vokasional

  12. hantar anak makcik dekat Kolej Vokasional Dato’ Undangan Haji Mohammad Sharif , Rembau , Negeri Sembilan . sister hantu dulu masuk situ . dekat sana ada course katering , seni kecantikkan , kemahiran teknikal , dll .

  13. Saya nak tanya tentang peluang lepasan pelajar Kolez Vokasional ke Maktab Perguruan di Malaysia sedangkan lepasan ini tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia sepertimana sebelum ini yang pelajar layak memohon IPG selepas menamatkan SPMV di SM teknik.

  14. Pelajar lepasan kolej vokasional tiada kualiti dan ini terbukti apabila BPTV mengarahkan agar semua pelajar program Kolej Vokasional diluluskan walaupun mereka gagal didalam subjek kemahiran teras. Bagi mereka yang gagal juga terutamanya pada peringkat pra diploma, mereka ini akan dipanggil juga untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma. Pelajar ini akan tetap mendapat diploma walaupun mereka gagal kerana BPTV tiada perancangan yang teliti terhadap mereka dan BPTV juga tiada jawapan untuk persoalan yang diajukan.

  15. Bptv byk menipu dan merosakkan generasi..sorry to say..calon keluaran kolej vokasional xde kualiti lansung.. ramai pelajar yg quit.. pihak company pn yg amik pljar kv untuk praktikal byk dh komplen pelajar kv x reti buat keja.. standard kurikulum pn low class.. lnsung x ikut kehendak jpk..

  16. Hamba Allah on

    Sedihnya saya dengar En. Rizuan, kebetulan anak saya sorang di KV. Sangat sedih dengan berita sebegini. Saya sangat menyesal masukkan dia ke KV. Kenapa sistem dulu yang mewajibpkan pelajar mengambil SPMV tidak diteruskan… ianya lebih baik dan telus pada saya. Saya juga lulusan SMV dan ramai juga kawan2 dari SMV berjaya melanjutkan pelajaran disamping mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. Pihak BPTV harus bertanggungjawab atas impak besar pada generasi KV. Fikirkanlah nasib anak-anak KV… dahlah tiada SPM pulak dicop tiada kualiti. Saya ada dengar khabar dari salah seorang tenaga pengajar KV, lulusan Diploma KV tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. So sad….

  17. Anonymous on

    ridzuan! sory juga…antara smua jgn pernh judge kv nada kualiti!!sbb bukan smua yg brmslah…yg pastiny,smua mau brusha ,tiada seorng pun mau ggal!!!faham!

  18. Yeop syamsudin on

    Bukan nk kata sistem kv tak bagus, sebenarnya bagus utk melahirkan tenaga kerja mahir. Jadi tak perlu bawa masuk warga asing ramai-ramai. Tapi cadangam saya biar lah pelajar kv ambil peperiksaan spm 6 subjek teras sahaja iaitu bm/bi/sejarah/pend.islam/sains & maths disertai dgn diploma DVM. Kan lebih cantik & molek. Ada sijil SPM & DVM

  19. sy sokong en. ridzuan…sebagai pendidik sy cukup sedih melihat masa depan pelajar2 KV nnt…mmg tidak semua tiada brmslh…tp di sebabkn pertukaran sistem ini byk pihak rugi…terutama perljar…di mana mereka mau sambung beljar jika tiada IPTA/IPTS yg sanggup terima mereka…kalau pun terus bekerja, sejauh mana tahap kelayakan mereka untuk berkembang…ingin memohon kerja gov jgn mimpi lah…ramai pelajar yg mengambil insiatif sendiri mengambil SPM calon persendirian utk melanjutkan pelajaran…perna ka pihat atasan mau mendengar keluhan atau pendapat gol2 pendidik vokasional untuk memajukan bidang ini mengikut acuan kita…ini blk2 mau ikut sistem luar negara….mslh jg timbul d peringkat Politeknik,ILP, IKM mereka terpaksa mengambil pelajar lepasan SPM dr skolah biasa yang tiada pengetahuan asas kemahiran padahal sblm ini sasaran pelajar SMT dan SMV akan melanjutkn peljaran ke POLIteknik, ILP dan IKM..

  20. Masina paridi on

    KPM harus bertanggungjawab keatas beratus pelajar KV yang tidak memiliki sijil SPM apabila KV tidak di iktiraf .KPM berlu bertindak segera atas masaalah yang dihadapi oleh pelajar KV.Ini seolah -olah menutup peluang pelajar KV untuk belajar ke IPT.Semua IPT memerlukan sijil SPM untuk menerima kemasukan ke IPT.Tapi apa nasib pelajar KV yang ada sekarang.Ibu bapa begitu gembira bila KPM menyatakan bahawa keluaran KV boleh melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar yang ingin belajar lagi,tapi indah khabar dari rupa.Kemungkinan ibu bapa akan mengadakan dimontrasi bagi membela nasib anak-anak mereka yang terlibat dengan ujikaji pihak KPM ini.Harap masalah yang besar ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak KPM.Terima kasih

  21. Masina paridi on

    ssaya setujuh dengan pendapat yeop samsudin.Masih belum terlambat bagi pihak KPM untuk memberi peluang kepada pelajar KV untuk mengambil SPM untuk masa depan mereka.Kerana SPM adalah ibu segala sijil.Lebih cantik dan berkualiti kalau ada sijil SPM dan DVM.

Leave A Reply