Sejarah Serangan Subuh (Guthrie Dawn Raid 1981). Bagaimana Malaysia Menggoncang Pasaran Saham London, Bekas Penjajah Tanah Melayu? (PART 1)
Berita Semasa sehingga ke hari ini tidak faham bagaimana figura korporat yang melompat ke arena politik sehingga diangkat menjadi menteri Besar Selangor dicaci dan dimaki serta dituduh pada ketika beliau belum dibuktikan bersalah dan Berita Semasa amat bersetuju dengan titah Sultan Selangor baru-baru ini. Ya, benar…
Ya benar, Berita Semasa bersetuju walaupun Khalid Ibrahim seorang tokoh korporat yang besar tetapi dalam soal bermain sepak terajang politik di Malaysia, beliau masih lemah ditambah dengan terdapat pelbagai rungutan kalangan rakyat Selangor melibatkan infrastruktur jalan raya, masalah sampah dan lain-lain masih lagi belum berjaya ditangani dengan baik sehingga ke hari ini.
Tetapi itu bukan “lesen besar” untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dengan cara melemparkan dan mencanang tuduhan ke atas Khalid Ibrahim tanpa belum ada bukti yang benar-benar kukuh untuk mewajarkan pertuduhan sebegitu disebarkan, yang bagi pendapat Berita Semasa adalah tidak wajar sama sekali. Anda pula bagaimana?
OK baik….Itu satu perkara dan cerita lain, tetapi pada hari Berita Semasa suka untuk berkongsi satu kejayaan melibatkan sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang diketuai sekumpulan anak Malaysia bersama-sama aspirasi puluhan juta rakyat Malaysia pada ketika itu yang bercita-cita besar membawa pulang aset yang dimiliki oleh “tuan penjajah” kita dahulu bernama British.
Akhirnya menyaksikan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya) sekaligus berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang telah dimiliki British sejak zaman penjajahan.
Sejarah Awal Serangan Suboh (Guthrie Dawn Raid 1981) Bermula?
Semuanya bermula di atas satu syarikat yang berumur lebih 200 tahun lamanya, diasaskan sejak 1821 lagi oleh Alexender Guthrie yang diberikan nama Guthrie & Co di Singapura selepas diberikan lesen oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Macam-macam bisnes dan pernigaan yang dijalankan termasuklah kain, arak, rempah, mineral dan getah asli pada ketika itu.
- Tahun 1896 : Guthrie memulakan penanaman getah
- Tahun 1924 : Guthrie memperkenalkan tanaman kelapa sawit ke Tanah Melayu
- Tahun 1965: Guthrie telah disenaraikan di Bursa Saham London (London Stock Exchange LSE) sebagai Guthrie Corp Ltd
- Tahun 1969 : Selepas tahun 1969 Kerajaan Malaysia telah memulakan langkah di bawah kepimpinan Tun Razak untuk melakukan tindakan afirmatif yang besar-besaran dengan harapan dapat membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamaan sosial antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Malangnya, banyak aset negara masih lagi dimiliki dan dikendalikan oleh orang Barat.
- Tahun 1970 : Berdasarkan rekod, dianggarkan lebih 60% aset korporat Malaysia masih dimiliki syarikat asing, dan dalam pada masa sama British terus meningkat pegangan sektor perladangan di Malaysia sehingga 175,000 ekar
- Tahun 1978 : Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah ditubuhkan.
- Tahun 1979 : Satu lagi agensi kerajaan, Pernas ditubuhkan, dan membawa pulang Sime Darby Bhd.
- Tahun 1980 : Atas arahan kerajaan, Sime Darby melantik Rotchild Merchant Bank untuk menjadi penasihat kepada PNB dan juga Sime Darby dalam usaha mengambilalih Guthrie. Percubaan pertama gagal untuk membawa balik Guthrie gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.
- Usaha pengambilalihan Guthrie hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu (tahun 1981 pula) berdasarkan undang-undang pelaburan di Britain pada masa itu.
- Tahun 1981 : British terus meningkatkan pemilikan aset perladangan mereka kepada 194,000 ekar dengan tanaman getah, koko, ladang teh
Tahun 1981 : Adalah tahun kedua untuk Malaysia cuba membawa pulang Guthrie ke Malaysia yang merupakan langkah yang penuh dengan taktikal dan strategi daripada PNB kali ini. Serangan Suboh (Dawn Raid 1981) ini diketuai oleh Tun Ismail Mohamed Ali bekas Gabenor BNM kedua & Rotchild mula mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan di Britain, serta mendapat bantuan bersama penganalisis muda merangkap pengurus pelaburan PNB bernama Khalid Ibrahim (kini Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor) bagi memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.
Sejarah Serangan Suboh (Guthrie Dawn Raid 1981) : Aset Guthrie, Sime Darby & Golden Hope Dianggarkan Bernilai RM36 Bilion
Berdasarkan semakan Berita Semasa, semenjak tahun 1977 Guthrie sudah ada banyak projek perladangan di Filipina, China and Afrika. Dan ada satu projek yang dilancarkan pada awal suka kedua tahun 1981 yang sedikit sebanyak membantu PNB bagi melancarkan projek berprofil tinggi ini sekaligus merealisasikan serangan yang sarat dengan aspek taktikal dan strategi ke atas pasaran saham melibatkan negara penjajah Tanah melayu suatu ketika dahulu. Walaupun ada yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah