10 Senarai Scrub Muka Terbaik di Malaysia Yang Berkesan

10 Senarai Scrub Muka Terbaik di Malaysia Yang Berkesan

Scrub tidak hanya diciptakan untuk membuang sel kulit mati dan kekotoran di tubuh badan sahaja, malah ada juga formulasi scrub diciptakan untuk membuang sel kulit mati di wajah.

scrub muka terbaik

Butir-butir scrub ini mampu membuatkan wajah nampak lebih cerah kerana kemampuannya untuk membuang sel kulit mati.

Berikut di bawah ini, kami syorkan beberapa jenama scrub muka terbaik dan bagus untuk para wanita dan jejaka di luar sana.

Scrub wajah ini biasanya didatangkan kemas seperti sabun pencuci muka anda yang biasa.

10 Jenama Scrub Muka Terbaik dan Bagus

1. Scrub Muka Terbaik dari Biore Pore Unclogging Scrub

,

Butiran lembut di dalam Biore Pore Unclogging Scrub ini membantu proses pengelupasan yang minimal untuk membuang kekotoran dan ‘blackheads’ yang terperangkap di pori-pori.

Kandungan Salicylic Acid di dalamnya akan membersihkan kekotoran yang menjadi penyebab pori-pori tersumbat. Proses pembersihan ini bertujuan untuk mencegah pertumbuhan jerawat di kemudian hari. Pemakaian produk ini tidak akan membuatkan kulit anda ‘breakout’ dan ianya bebas minyak. Produk ini juga sudah teruji secara dermatologi.

2. Scrub Muka Terbaik dari Lush Ocean Salt Facial and Body Scrub

Lush Ocean Salt Facial and Body Scrub ini boleh digunakan untuk wajah dan juga tubuh badan. Ianya boleh dipakai untuk semua jenis kulit. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, anda hanya perlu menambah sedikit air sahaja manakala untuk kulit kering pula anda perlu menambahkan lebih banyak air ketika memakainya.

Scrub ini diperbuat daripada rumput laut, minyak kelapa dan avocado butter. Manfaat scrub ini adalah untuk membuangkan sel kulit mati dan’blackheads’. Selepas pemakaiannya, wajah akan lebih segar dan lebih bercahaya.

3. Scrub Muka Terbaik dari St. Ives Blemish Control Apricot Scrub

Scrub ini yang diperkaya dengan butiran scrub lembut sangat berkesan dalam menghilangkan ‘blackheads di wajah’. Produk ini 100% diperbuat dari ‘exfoliants’ seperti serpihan kulit walnut yang mampu membersihkan pori-pori hingga ke dasarnya.

Untuk memperhaluskan kulit, St. Ives Blemish Control Apricot Scrub ini diperkaya dengan ektrak aprikot. Produk ini bebas dariapada paraben dan bersifat ‘non-comodogenic’ iaitu tidak akan menyumbatkan pori-pori anda.

4. Scrub Muka Terbaik dari Origins Never A Dull Moment Skin Brightening Face Polisher With Fruit Extracts

Adakah anda tercari-tercari scrub wajah yang mempunyai aroma menyegarkan? Jawapannya adalah Origins Never A Dull Moment Skin Brightening Face Polisher With Fruit Extracts yang diperkaya dengan ekstrak buah-buahan. Aroma buah-buahan yang menyegarkan pasti akan membangkitkan semangat anda.

Ia mengandungi ‘exfoliator’ daripada biji mangga, aprikot serta ekstrak betik. Ia mampu membersihkan kesemua kekotoran di wajah. Kesannya, wajah menjadi lebih segar dan cahaya wajah dapat dipancarkan selepas pemakaiannya.

5. Scrub Muka Terbaik dari Queen Helene Oatmeal ‘n Honey Natural Facial Scrub

Queen Helene Oatmeal ‘n Honey Natural Facial Scrub mempunyai bahan-bahan yang berkualiti yang mampu membersihkan kekotoran dan sel mati di kulit wajah secara menyeluruh.

Kandungan scrub ini yang terdiri daripada oatmeal akan menenangkan kulit dan madu untuk menyihatkan kulit. Apabila anda memakai scrub ini secara teratur, kulit akan terasa halus dan lebih segar. Produk ini boleh dibeli secara online di website Lazada.

6. Scrub Muka Terbaik dari Philosophy The Microdelivery Daily Exfoliating Wash

Adakah anda berasa takut untuk mencuba scrub yang menyebabkan pengelupasan? Anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengalami pengelupasan dengan Microdelivery Daily Exfoliating Wash. Pengelupasan yang dimaksudkan adalah kemampuan untuk menghilangkan sel kulit mati dan kekotoran.

Pencuci muka berasaskan scrub ini merupakan solusi terbaik bagi yang mempunyai masalah warna kulit tidak sekata, kusam, garis halus dan kedutan di wajah. Produk ini sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kulit berminyak. Wajah akan lebih berseri dan segar setiap hari kerana kandungan scrubnya yang sangat halus yang tidak akan melukakan kulit.

7. Scrub Muka Terbaik dari Clean & Clear Morning Burst Skin Brightening Facial Scrub

Produk Clean & Clear Morning Burst Skin Brightening Facial Scrub ini unik berbanding scrub wajah yang lain. Ia menggunakan Bursting Beads yang lebih efisyen untuk membuang sel kulit mati dan kekotoran di wajah berbanding scrub wajah lain yang banyak menggunakan microbeads.

Scrub ini diformulasukan daripada lemon, kafein dan betik. Anda akan lebih bersemangat menjalani hari-hari anda dengan haruman daripada ektrak lemon yang segar ini. Selain itu, dengan pemakaian 5-7 kali sahaja dapat mencerahkan wajah anda. Jika anda tertarik, anda boleh membelinya di laman web Lazada.

8. Scrub Muka Terbaik dari Bobbi Brown Buffing Grains For Face

Bobbi Brown Buffing Grains For Face ini merupakan jenama scrub wajah yang bagus dan berkualiti dan ianya dibekaskan dalam toples yang mewah. Produk ini boleh dipakai bersama produk pembersih wajah yang lain atau hanya ditambahkan air sahaja.

9. Scrub Muka Terbaik dari Sircuit Skin Sir Active Zeolite Invigorating Scrub

Ini adalah contoh scrub yang cukup laris dijual di pasaran. Sircuit Skin Sir Active Zeolite Invigorating Scrub ini mengandungi exfoliator lembut yang akan menghilangkan kekotoran di dalam pori-pori, menghaluskan kulit dan membuatkan wajah tampak lebih cerah.

Bahan-bahannya yang berkualiti tinggi akan membuatkan anda tidak risau untuk menggunakan scrub ini. Ianya diperbuat daripada Jojoba Beads, Diatomaceus Earth, Cranberry Fruit Juice, False Daisy Stem Cells, Neem Leaf Extracts, Wine Extract, Apple Stem Cells dan Zeolite yang merupakan crystalline daripada gunung berapi.

10. Scrub Muka Terbaik dari Sariayu Facial Scrub

Sariayu ini berasal dari Indonesia yang diciptakan untuk menghaluskan kulit wajah anda. Facial Scrub ini sangat sesuai untuk kulit normal dan berminyak. Ia diperkaya dengan minyak peppermint sebagai aromaterapi untuk menyegarkan wajah dan ekstrak jeruk nipis untuk mengurangkan lebihan minyak di wajah.

Butiran scrub pada produk ini mampu membuangkan sel kulit mati pada lapisan kulit. Manakala fungsi ekstrak chamomile membantu menyejukkan kulit yang kemerahan kerana iritasi kulit yang ringan. Di dalamnya turut terkandung astringent yang membantu mengecilkan pori-pori, seterusnya menampakkan kulit lebih halus dan bercahaya.

Sekian itu sahaja perkongsian kami pada entri kali ini berkenaan dengan 10 jenama scrub wajah yang bagus dan berkualiti untuk wajah anda. Moga-moga perkongsian ini sedikit sebanyak membawa manfaat dan faedah kepada anda semua.