Saps NKRA : Sistem Guru Masuk Markah Murid Secara Online

Saps NKRA : Sistem Guru Masuk Markah Murid Secara Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau dikenali sebagai SAPS merupakan laman portal yang sangat penting bagi semua guru.

saps nkra

Semua guru akan mempunyai akaun untuk login masuk ke laman SAPS ini. Apakah yang terkandung dalam laman portal ini? Di dalamnya terdapat markah peperiksaan murid yang akan diisi oleh guru.

Markah ujian di peringkat sekolah yang diperolehi oleh semua murid akan dimasukkan ke dalam sistem ini. Analisis semua markah pelajar adalah mengikut kelas, subjek, mengikut tahun dan sebagainya.

Melalui sistem portal mypt3 yang boleh buat saps nkra dan semakan analisis peperiksaan, siapa yang mendapat nombor satu. siapa yang memperolehi markah tertinggi, berapa peratus lulus dan gagal dan pelbagai lagi boleh diketahui oleh guru-guru.

Bagaimana langkah untuk login SAPS NKRA?

Para guru perlu mempunyai ID Pengguna terlebih dahulu untuk login masuk dan ID Pengguna boleh dirujuk kepada Setiausaha Peperiksaan. Kebiasaannya merekalah yang bertanggungjawab membuat ID dan kata laluan ini.


Perkara Butirannya
Akses Login ke Portal Saps NKRA KLIK SINI

Laman portal yang disediakan di atas laman web SAPS. Ini adalah kerana data di enjin carian (search engine) telah dihapuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga laman web sebenar tidak dapat dijumpai.

Oleh yang demikian, anda boleh terus klik sahaja pada link di atas dan aplikasi SAPS NKRA boleh dimuat turun di Playstore.

Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan (password)?

Usah khuatir dan usah bimbang, kata laluan boleh reset iaitu dengan berjumpa sahaja SU peperiksaan dan mereka akan uruskan semuanya.

Selain itu, laman portal ini juga boleh login masuk menerusi Single Sign On (SSO), di SSO ini, semua aplikasi di bawah KPM boleh anda masuk dengan hanya satu ID Pengguna dan satu password sahaja. Untuk mendapatkan kata laluan, anda hendaklah rujuk kepada Guru Data Sekolah anda.

Sebanyak 3 kali makah ujian yang dimasukkan ke dalam sistem tidak termasuk Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan Percubaan UPSR iaitu :

  • Ujian Sumatif 1 atau Ujian 1 (Ujian Awal Tahun)
  • Ujian Sumatif 2 atau Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian Sumatif 3 atau Peperiksaan Akhir Tahun

Markah baru hanya boleh mula diisi setelah mendapat arahan daripada SU peperiksaan. Tetapi pastikan subjek telah didaftar terlebih dahulu.

Cara-Cara Daftar Subjek

Login SAPS NKRA

  1. Klik masuk pada ‘Pilih Jenis Peperiksaan’
  2. Pergi ke Menu Guru MP dan seterusnya klik pada Daftar MP (Sila pilih subjek, kelas dan bilangan murid yang diambil)

Data senarai pelajar ini diambil dari Laman APDM, jadi jika ia diambil dari Laman APDM maka senarai pelajar di SAPS NKRA juga betul.

Anda boleh merujuk pegawai berikut jika anda mempunyai sebarang masalah untuk masuk ke sistem atau masalah lain berkenaan sistem ini :

  • SUP – Pegawai Unit ICT / SPA di PPD
  • Guru Mata Pelajaran – SU Peperiksaan
  • Pegawai SAPS PPD – Pegawai Unit ICT / SPA di KPM, BPSH

Jika di peringkat sekolah, guru-guru hanya perlu memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah sahaja dan tidak perlu menghubungi terus Pegawai ICT. SU Peperiksaan Sekolah boleh membantu anda dengan pantas dan lebih arif dengan sistem ini.

Masalah yang sering dihadapi berkenaan sistem ini adalah :

  • Markah hilang setelah dimasukkan
  • Kekeliruan untuk mendaftar nama subjek
  • Markah sudah diisi tetapi masih berlaku ralat
  • Terlupa kata laluan
  • Nama murid tiada di dalam senarai
  • Analisis kedudukan murid tidak tepat

Semakan markah anak-anak juga boleh dilakukan oleh ibu bapa dengan melayari link di bawah ini selain daripada guru-guru memasukkan markah :

Perkara Butirannya
Semakan keputusan oleh ibu bapa KLIK SINI

Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Sijil Lahir perlu dimasukkan oleh ibu bapa untuk menyemaknya. Kemudian, pilih sama ada Sekolah Rendah ataupun Menengah dan Tahun Peperiksaan pelajar. Paparan Slip Keputusan Peperiksaan hanya akan dilakukan sekiranya pengesahan markah telah dibuat oleh SU Peperiksaan Sekolah.

Diharapkan dengan maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu kelancaran anda untuk mengisi markah di dalam SAPS secara sistematik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Segala masa dan usaha yang telah ditaburkan oleh anda dalam memastikan sistem pendidikan ini berjalan dengan lancar amatlah dihargai.