RUMAWIP KL Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
Berita baik untuk kalangan yang tinggal di KL, Putrajaya dan labuan yang masih cari rumah pertama pada harga mampu milik.
Kepada kalangan anda berumur 21 tahun ke atas berpendapatan serdahana dan rendah yang tinggal tidak kurang 3 tahun atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan ada tawaran projek rumah mampu milik untuk anda.
Pelan rancangan perumahan RUMAWIP KL ini cukup besar apabila mahu bina sejumlah lebih 80 ribu unit RUMAWIP untuk anda yang terbabit yang aman ada 3 jenis RUMAWIP untuk anda pilih
- studio atau 1 bilik
- 2 bilik
- 3 bilik
Anda yang bujang dan juga kalangan pendapatan isi rumah Rm10,000 ke bawah dipelawa untuk daftar permohonan RUMAWIP secara online seperti yang Berita semasa kongsikan pautannnya seperti paad jadual di bawah ini.
Namun anda tidak dibenarkan sama sekali untuk jual rumah RUMAWIP KL dalam tempoh 10 tahun ataupun sewa kepada orang lain. Beli untuk anda tinggal sahaja.
Permohonan RUMAWIP KL Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur Putrajaya Labuan
Antara tawaran unit projek termasuklah di Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Kepong, Sentul, Kuala Lumpur, Pantai Sentral Park, Kepongmas yang disedia dan dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan KWP dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL. Selebihnya anda boleh rujuk pada jadual di bawah ini:
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Syarat Kelayakan dan Daftar Permohonan Online,KLIK SINI
Senarai Projek,KLIK SINI
Jenis Rumah RUMAWIP,a) Harga Rumah Rendah
,RM63 000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya);RM52 000 (labuan)
,700 kaki persegi (3 bilik tidur)
,b) Harga Rumah Serdahana Rendah
,RM63 001 – RM150 000
,800 kaki persegi (3 bilik tidur)
,650 kaki persegi (2 bilik tidur dan kurang)
,c) Harga Rumah Sederhana
,RM150 000 – RM300 000
,800 kaki persegi (3 bilik tidur)
,650 kaki persegi (2 bilik tidur dan kurang
[/table]
Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik
- Kemaskini profil selepas anda daftar permohonan online
- Segerakan hantar permohonan rumawip rumah mampu milik apabila anda dapat tahu projek terkini RUMAWIP KL project telah dibuka
- Jikalau anda dapati permohonan anda boleh dipertimbangkan untuk diproses. Hantar dan sertakan seperti di bawah ini:
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon
– Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
– Salinan Surat Nikah /Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
– Penyata Gaji Terbaru Pemohon
– Penyata Gaji Terbaru Pasangan
– Penyata KWSP atau Penyata
– Cukai Pendapatan Pemohon
– Penyata KWSP atau Penyata
– Cukai Pendapatan Pasangan
– Salinan Bil Elektrik
– Salinan Bil Air
– Salinan Sijil Kelahiran
– Anak-anak / Tanggungan
– Surat Pengesahan OKU
– Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
– Surat Pengesahan Majikan Pemohon
– Surat Pengesahan Majikan Pasangan
– Salinan Geran / Salinan
– S&P harta yang dimiliki (jika ada)
– Surat Akuan Sumpah
– Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran- SURAT JEMPUTAN akan dihantar terus ke emal jikalau anda telah terpilih untuk LAYAK MENGUNDI. Pastikan anda semak dan check email anda daripada masa ke semasa
- Surat pengesahan akan dihantar sekali lagi ke emel anda jikalau anda BERJAYA semasa proses mengundi
- PEMAJU akan memberikan kepada anda surat tawaran pembelian unit RUMAWIP KL bagi projek yang terbabit. Selepas itu urusan akan diteruskan antara anda dan pemaju sahaja. JELAS?
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Ada Persoalan?,Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP); Aras G-7; Blok 2; Menara Seri Wilayah; Presint 2; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan; 62100 Putrajaya
,Talian Am : 03-88897888
,Faks : 03-88897640
,E-Mel : urusetiarumawip@kwp.gov.my
[/table]