≡ Menu

Rumah Selangorku. Perumahan Selangorku. Harga RM250 Ribu Ke Bawah


Rumah Selangorku. Perumahan Selangorku. Harga RM250 Ribu Ke Bawah

Menyedari rumah adalah satu keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat terutamanya rakyat di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor hari ini, sesuatu perlu dilakukan segera.

rumah selangorku

Apatah lagi melihatkan lonjakan harga rumah yang semakin naik dan melambung tinggi hari ini. Oleh sebab itu, satu dasar telah dirangka yang mana Dasar Peurmahan Negeri Selangor telah dibentuk yang mencapai sasaran “Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”

Jikalau anda berminat mencari rumah di bawah harga RM250,000 seunit bagi keluasan antara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp), anda dipelawa untuk hantar dan daftar permohonan rumah mampu milik selangor dan senarai projek rumah mampu milik selangor di bawah nama rumah Selangorku secara online berdasarkan butiran dikongsikan portal mypt3 pada jadual di bawah ini nanti.

Walaubagaimanapun sebelum hantar permohonn rumah Selangorku ini, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan mudah seperti tersenarai di bawah. Antaranya ialah :

  • Mestilah warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas
  • Yang mahu mohon rumah Selangorku jenis B,C dan D, gaji dan pendapatan minimum anda mestilah lebih RM3,000 sebulan
  • Pastikan pendapatan maksimum isi rumah anda tidak lebih RM8,000
  • Anda yang mohon samada suami atau isteri, pastikan tiada rumah sendiri atas nama anda di Selangor
  • Jikalau anda masih bujang tetapi mempunyai tangungan kepada keluarga, masih boleh hantar permohonan. Dengan syarat unit tersebut tidak disewakan semula
  • Daripada jenis projek perumahan Selangorku samada A, B, C dan D, anda hanya dibenarkan piliha satu jenis rumah sahaja
  • Setiap permohonan rumah Selangorku yang anda hantar, hanya sah tempohnya selama 2 tahun sahaja.
  • Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perumahan Selangorku perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

Daftar Permohonan Rumah Selangorku Secara Online Sekarang!

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautan dan Butiran
Dokumen yang perlu disertakan,Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
,Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
,Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
,Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
,Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya
,Sumpah sekiranya bekerja sendiri
,Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
,Penyata KWSP (jika ada) dan
,Salinan bil air atau bil elektrik.
[/table]

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautan dan Butiran
Senarai Projek,KLIK SINI
Permohonan Online,KLIK SINI
Permohonan Manual,KLIK SINI
Semak Status,KLIK: Keputusan Permohonan
FAQ; Soalan Lazim,KLIK SINI : Tutorialnya
[/table]