Permohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat
Ini merupakan berita baik kepada sesiapa yang belum memiliki rumah dan yang berpendapatan sebulan RM2,500 dan ke bawah, kini permohonan rumah PPR secara online boleh dibuat.
Berita dan informasi ini kami petik dari sumber rasmi Facebook MPJBT. Projek Perumahan rakyat ini adalah antara salah satu program dan insiatif kerajaan untuk menempatkan semula kawasan setinggan dan keperluan tempat tinggal kediaman untuk golongan yang berpendapatan rendah dapat dipenuhi.
Agensi yang bertanggungjawab dan melaksanakan projek-projek Program Perumahan Rakyat di negara ini adalah Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar.
Bagaimana Cara Permohonan Rumah PPR Secara Online
Sebenarnya terdapat 2 kategori bagi projek perumahan rakyat iaitu :
- Rumah Projek perumahan rakyat Disewa (PPRS)
- Rumah Projek perumahan rakyat Yang Dimiliki (PPRM)
Untuk makluman anda bermula dengan Rancangan Malaysia ke-10, Program Perumahan Rakyat rumah PPR telah mula diperluaskan di negeri-negeri Malaysia seperti di Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang paling terbaru adalah di Johor melalui programnya iaitu Projek Perumahan Rakyat PPR Melana Indah, Taman Perling, Johor Bahru.
Kini, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL khususnya, usah risau dan khuatir, walaupun dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur, anda masih mampu untuk memiliki rumah dengan adanya bantuan Program Rumah PPRT Wilayah Persekutuan.
Tujuan/Objektif Program Perumahan Rakyat PPR Diwujudkan
- Menempatkan semula kawasan setinggan
- Keperluan tempat kediaman untuk golongan berpendapatan rendah dapat dipenuhi
Spesifikasi dan Harga Sebuah Rumah PPR
Paras harga rumah-rumah PPR Yang Dimiliki (PPRM) adalah antara Rm30,000 dan RM35,000 untuk seunit rumah di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak pula harganya sekitar RM42,000 seunit.
Setiap spesifikasi perancangan dan juga rekabentuk perumahan PPR ini telah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi projek dan program Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2) bagi setiap unit yang dibina tidak mengira di bawah programprojek perumahan rakyat Disewa ataupun projek perumahan rakyat Dimiliki.
Kategori Rumah PPR Disewa
Pada Februari 2012, projek program PPR untuk anda sewa telah mula diperkenalkan dan disewa dengan kadar sewa RM124.00 sebulan dengan objektifnya untuk disewakan kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan berpendapatan rendah dan juga setinggan
Kategori Rumah PPR Dimiliki
Adalah antara pelaksanaan Kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Tetapi pelaksanaan Program Rumah Projek perumahan rakyat Dimiliki ini hanya dibuat di Pahang sahaja buat masa ini. Seunit rumah PPR Dimiliki ini dijual dengan harga RM30,000 dan RM35,000.
Cara Untuk Memohon Rumah PPR
Di bawah ini adalah informasi langkah-langkah atau cara untuk daftar permohonan
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Pendaftaran dan Permohonan Baru,Bagi pendaftaran dan permohonan baru; sila klik DISINI. Anda haruslah memuatnaik dokumen ini dalam bentuk pdf atau jpeg sahaja :
,a) Salinan IC Pemohon
,b) Salinan IC Suami/ Isteri Pemohon
,c) Salinan IC/MyKid/Sijil Lahir Anak Yang Ditanggung
,d) Salinan Slip Gaji Bulanan/ Surat Pengesahan Pendapatan (suami/isteri)
,e) Salinan Kad OKU (sekiranya ada)
Kemaskini Permohonan,Untuk kemaskini permohonan anda; sila klik DISINI. Bagi pemohon yang telah mendaftar; anda hendaklah semak semula :
,a) Dokumen yang telah anda muatnaik
,b) Semua maklumat yang diberikan telah lengkap
Proses Permohonan,Setiap proses permohonan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.
,Kuala Lumpur
,Perlis
,Kedah
,Pulau Pinang
,Perak
,Selangor
,Negeri Sembilan
,Melaka
,Johor
,Terengganu
,Kelantan
,Pahang
,Sabah
,Sarawak
,Wilayah Persekutuan Labuan
[/table]
Ciri dan Spesifikasi Rumah Yang Ditawarkan
- Di kawasan bandar-bandar besar, rumah jenis bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Di kawasan pesisir dan luar bandar adalah landed properties
- Keluasan segi tidak kurang dari 700kps
- Binaan Rumah – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Cara Hubungi Pihak Pengurusan
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Cara Hubungi Pihak Pengurusan PPR,Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR;Jabatan Perumahan Negara; Kementerian Kesejahteraan Bandar; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Aras 35; No 51; Persiaran Perdana; Presint 4; Pusat Pentadbiran; Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Malaysia
,No. Tel : 03 – 8891 4356
,No. Faks : 03 – 8891 4226
[/table]
Dengan membeli rumah PPR, golongan berpendapatan rendah dapat mengurangkan beban kos hidup kerana dapat membeli kediaman rumah dengan harga yang berpatutan.
Anda telah membuat pilihan yang bijak sekiranya anda berminat projek ini, maklumlah dengan harga jualan rumah sekarang yang kian melambung. Kami ucapkan bagi yang baru hendak memohon, semoga berjaya!