Rumah Murah. Hati-hati Skim Penipu Yang Kayakan Penjenayah Moden

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Rumah Murah. Hati-hati Skim Penipu Yang Kayakan Penjenayah Moden

Rumah murah. Semuanya hari ini ramai yang mahu dapatkan dan memiliki rumah di Malaysia. Itu memang tidak dinafikan.

rumah murah

Tapi janganlah mahu duduk rumah banglo, tetapi mahu bayar murah. Ini yang membuatkan ‘penjenayah moden’ hari ini buka mata melihatkan ia sebagai satu peluang utnuk mereka mengambil kesempatan ke atas mereka yang memberikan ruang diekplotasi.


‘Penjenayah moden’ ini sudah tidak fikir halal haram, hukuman, yang penting mereka fulus dengan cara yang mudah. Yang kasihannya apabila kebanyakan masa adalah terdiri kalangan warga emas dan juga kalangan wanita.

Ada yang terpaksa belanja mengeluarkan sejumlah RM120,000 semata untuk memiliki rumah flat kos rendah (subsale) yang hanya sebesar ala-ala kandang kucing yang berkeluasan 650 sqft.

Bagi Berita Semasa sendiri, memang sama sekali tidak percaya rumah murah ini yang jauh daripada harga pasaran sebenar. Murah boleh, tetapi berpadalah. Semak dulu harga pasaran terkini, buat perbandingan. Cuba tanya yang lebih pakar, kaasan-kawan yang betul sebelum membuat keputusan yang besar.

Rumah Murah. Sila Semak Nilai Pasaran Semasa

  • Berdasarkan harga pasaran hari ini adalah sekitar antara RM110 sekaki hingga RM130 sekaki
  • Apabila dibahagikan dengan RM110 bersamaan berapa kaki persegi yang diperolehi? Inikah banglo yang dikejar-kejarkah?

Ada banyak agensi kerajaan yang menawarkan rumah murah dan rumah mampu milik kepada anda termasuklah skim seperti di bawah ini :

Perkara Butirannya
Rumah PPR KLIK SINI
Rumah PR1MA KLIK SINI
Rumah Myhome KLIK SINI

Berapa ramai yang sudah tertipu dengan skim pakej perkahwinan murah-murah, tidak cukup lagi. Ada pula skim rumah murah versi banglo yang iklannnya datang dari pemaju yang rekod entah di mana sebenarnya. Persoalannya sampai bila, masyarakat kita terus mahu serah diri untuk menjadi ‘bahan eksperimen’ kepada penjenayah moden untuk menggunapakai teknik penipuan mereka yang terkini. Sampai bila?

P/S : Berita Semasa simpati pada yang kena tipu, duit hangus rumah pun tiada. Amankah hidup hasil daripada tipu orang?

Share.

6 Comments

  1. xxxx Worldwide Properties Sdn Bhd dan xxxx Global Sdn Bhd ADA menyediakan pembelian rumah banglo mini yang murah, sila layari laman web kami utk keterangan lanjut.

  2. okla 650 sf subsale 120 ribu di selangor…nak besa2 pun bukan boleh bw mati pun…

  3. Rumah mampu mimpi on

    Dah orang kita memang macam tu….gaji nak besor tapi goyang kaki bulan2 income masyuk….rumah nak beso tapi modal nak kecik…..si penipu pandai amik kesempatan…oh ya,jabatan perumahan buat ape ek?krik krik krik….

  4. anak kacukan yang suci on

    “Berapa ramai yang sudah tertipu dengan skim pakej perkahwinan murah-murah, tidak cukup lagi. ”

    Saja nak bagi tahu, siapa yang berminat nak buat perkahwinan 1malaysia.. dipersilakan contact agensi kerajaan berkenaan.. jimat kos, jimat masa, jimat tenaga..

Leave A Reply