Rumah Mampu Milik Terengganu RMM. Daftar Permohonan Online!


Rumah Mampu Milik Terengganu RMM. Daftar Permohonan Online!

Nampaknya kerajaan negeri Terengganu tidak ketinggalan dalam menyediakan rumah mampu milik terengganu.

rumah mampu milik terengganu

Untung rakyat Terengganu yang terpilih.

Berita semasa dimaklumkan, untuk kumpulan terawal telah pun menerima unit-unit mereka baru ini-baru yang disampaikan oleh ADUN mereka. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Anda pula bagaimana?

Jikalau anda benar-benar berminat boleh semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak yang terbabit untuk projek rumah mampu milik terengganu. Syaratnya mudah sahaja. Antara lain ialah :

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu

  1. Semestinya anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Jikalau anda anak Terengganu akan diberikan keutamaan
  3. Umur mestilah lebih 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun
  4. 90 peratus unit akan diberikan kepada golongan yang sudah kahwin
  5. Manakala bakinya adalah untuk golongan bujang
  6. Pastikan anda dan pasangan tidak mempunyai rumah pertama lagi
  7. Tidak pernah mendapat sebarang bantuan rumah dari kerajaan terengganu
  8. Had maksimum pendapatan isi rumah yang dibenarkah adalah tidak lebih RM3500 sebulan
  9. Penjawat awam dan kakitangan kerajaan dari gred 1 hingga gred 22 dibenarkan hantar borang permohonan online
  10. Jikalau anda merupakan kakitangan polis PDRM, bomba dan tentera yang bertugas di luar negeri Terengganu juga dialualukan untuk memohon

Perkara Butirannya
Permohonan Rumah Mampu milik Terengganu KLIK SINI
Senarai projek perumahan mampu milik Terengganu Daerah Kemaman (RMM Seri Bandi Kijal)
Daerah Kuala Nerus
Daerah Kemaman
Daerah Hulu Terengganu
Daerah Dungun
Sebarang masalah dan persoalan boleh hubungi info di sini Unit Perumahan; Pejabat Setiausaha Kerajaan; Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi; 20000 Kuala Terengganu; Terengganu.
Tel: 09 6267 999 / 09 6317 999
Faks: 09 6262 999
Emel: perumahan@terengganu.gov.my