Harga Rumah Mampu Milik Penang: Harga RM400 Ribu Tindas Rakyat Miskin


Harga Rumah Mampu Milik Penang RM400,000. Satu Lagi Strategi Halus DAP Tindas Rakyat Miskin?

Sekarang ini, kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk membina 18,000 unit Rumah Mampu Milik.

rumah mampu milik penang

Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation(PDC).

  1. Fasa 1 Rumah mampu milik di Pulau Pinang bernilai RM2.7 bilion yang merangkumi 12,000 unit di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan
  2. Fasa 2 Rumah Mampu Milik Penang melibatkan 77 ekar tanah yang telahpun dikenalpasti di empat daerah lain di Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik
  3. Keseluruhan tanah sebanyak 277 ekar untuk perumahan projek rumah mampu milik Penang harga yang ditetapkan adalah sama seperti julat harga RM400,000 yang ditetapkan PR1MA Kerajaan Persekutuan.

Pecahan Tawaran Harga Rumah Mampu Milik Penang

Penang Development Corporation (PDC) melaksanakan projek berilai RM500 juta bagi rumah mampu milik di Pulau Pinang (Penang) ini sama seperti yang telah ditetapkan kerajaan persekutuan iaitu :

  1. RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan Bandar
  2. RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar

Walaubagaimanapun cara pelaksanaan kerajaan Pulau Pinang melalui Penang Development Corporation(PDC) ditemplak hebat oleh barisan pembangkang di Pulau Pinang dan mereka merasakan kerajaan Pulau Pinang mempunyai niat jahat disebalik projek rumah mampu milik Penang kali ini :

Harga Rumah RM400,000 Keluar Pulau Pinang Cara Halus DAP Halau Orang Miskin

Kenyataan penuh ada pada gambar di bawah ini:

Alhamdulillah semakin ramai pemimpin politik di seluruh Malaysia sudah nampak tanda-tanda cukup positif di mana seringkali tampil prihatin dengan begitu terperinci dengan setiap masalah rakyat. Kalau boleh pemimpin politik hari ini mahu kebajikan rakyat terus dijaga tanpa ditindas oleh pihak-pihak yang berkepentingan tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang. Baguslah, satu perkembangan yang baik. Akhirnya yang untung rakyat juga.

Cuma, soalan kami satu sahaja yang mahu ditujukan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jahara Hamid dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow faham apa maksud harga siling RM400,000?

P/S : Kepada sesiapa kalangan pembaca Berita Semasa yang tiada rumah lagi dan mahu memilki rumah sendiri di Pulau Pinang, boleh daftar diri sekarang. Cuti Tahun Baru Cina pun dibuka seperti biasa. Kaunter pendaftaran buat orang ramai di Komtar, pejabat PDC dan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda. Berminat?

PP/S : Adakah rakyat di Pulau Pinang dalam bahaya dalam usaha mereka untuk memiliki rumah mampu milik sendiri seperti yang dikatakan Datuk Jahara Hamid dan Teng Chang Yeow ini?